Kodok? Mungkin kerana rupanya yang hodoh seperti kodok? Hahahaha...(andaian tanpa kajian ilmiah penulis semata-mata...)
Hari minggu lalu, masa saya demam, ckZahan dan anak-anaknya telah berkolaborasi menyatukan dua bangsa
Nampaknya, menu cekodok masih tetap mendominasi carta hidangan minum petang minggu ini....
Kali ini, ibu pula yang buat...
Mula-mula buat cekodok sukun.
Pernah dengar tak? Bukan semua jenis sukun sesuai dibuat cekodok. Pilih cekodok yang berisi kuning seperti ini kerana rasanya lebih manis dan lemak. Yang jenis putih, tawar. Pastikan benar-benar masak...Sukun sumbangan mak. Beliau yang tanam...
Yang di atas cekodok sukun.
Yang di bawah pula cekodok pisang, meski rupanya 'salin tak tumpah'....tapi rasanya lain-lain....
Pisang paling sesuai membuat cekodok adalah pisang awak, yang cukup ranum. Hanya capurkan tepung gandum, ramas, dan jemput untuk digoreng. Ya....untuk anak-anak dan suami, semuanya saya gunakan tangan, sambil membaca
Petang tadi, dikunjungi 4 anak saudara, seorang cikgu baru dari Johor, seorang bakal cikgu dari Bangi dan dua budak sekolah dari Sabak Bernam (anak-anak dara kakak saya) Cuti seminggu, kan!
| Bersimpang siur tangan mencicah.... |
Hahahaha...yang berpanah merah itu bukan cekodok, tapi anak saya panggil cekodok ikan. Nak kata keropok lekor, tak nampak berlekornya. Anak buah ckZahan yang beri semalam, dan anak-anak buah ckLah dan anak-anak ckLah yang kendurikan sambil berborak dengan ckLah mereka masa hujan petang tadi...sambil menikmati tapai ubi, dan kerepek pisang buatan embah mereka. (mak sayalah!).
Monolog:
"Eleh, ckLah tu nak tunjuk pinggan lah tu!"
"Hey....ini semua pinggan tinggalan aruah mak mertua saya tau! Beliau beli masa zaman belum merdeka dulu. Orang sekarang dah hantar ke muzium dah...sebab sekarang zaman Vantage. Deme tak main dah pinggan corak bunga kangkung macam ckLah. Nak menunjuk 'amendenye kome''?"


ish.. ada org sanggup beli harga tggi pinggan bunga kangkung ni tau..
ReplyDeletebelum pernah merasa cekodok sukun lg. biasa mkn sukun goreng jek..
kakNgah;
ReplyDeleteUish....tak sanggup jual...Kenangan dari aruah mak mertua tu.
Cubalah Ngah, tapi pastikan sukun yang berisi kuning ya! Yang putih memang tawar....
hari ni pagi petang layan cekodok
ReplyDeleteHah.sama dah carta minum petang kita....tapi, cekodok pisang yang akak tak boleh nak menahan tu.....haish...bak semangkuk...
ReplyDeletesusah tau mau cari corak ni sekarang....saya suka!
ReplyDeletewah, tertelan air liur tengok cekodok-cekodok tu..
ReplyDelete**maaf cklah lama tak berkunjung.. memang blog sendiri pun saya tak masuk menjenguk.. konon 'bz' bebenor la tu..hi hi hi
e eh ada gak cekodok sukun ye...cekodong pisang my feveret...
ReplyDeletee eh ada gak cekodok sukun ye...cekodong pisang my feveret...
ReplyDeletesalam
ReplyDeletesaya suka lagi cekodok labu ngan doyan
السلام عليكم
ReplyDeleteErmm...saya sarapan pagi tadi pun makan cekodok pisang...memang kegemaran saya tu..:)
Assalamualaikum ckLah
ReplyDeletekalau pisang/labu boleh buat lepat
tapi sukun boleh ke
Wassalam
salam..
ReplyDeleteselamat "berkodok"
musim hujan ni sedap..
nesti banyak buang
angin lepas tu..he he
meriahnya cekodok2 tu....hujan2 ni laju saja makan ramai2..
ReplyDelete2.pinggan2 zmn dulu, tahan2 yaa.saya pun ada menyimpan pinggan mangkuk n dulang lama, sebab sayang...
sedap yer cekodok sukun tak pernah rasa lagi. susah tau nak cari pinggan masa zaman pemerintahan Jepun dulu tuh.masa nielah boleh tunjuk kat anak-anak. skang ni macam-macam brand dah yer...
ReplyDeleteyg klasik tu mahal nilainya..
ReplyDeletehujan2 nie mmg lapo jelh.....tgk cekodok pn terliur....
ReplyDeletesukun muda sedap digoreng mcm goreng pisang n mkn dgn sambal kicap......
rupa cekodok tu 'salin tak tumpah'... maknanya payah nak dibezakan, sebijik macam yang asal...
ReplyDeleteAha...pasti rasanya 'salin bertumpah-tumpah' kan? hahaha...
kalau saya, saya tak pakai pinggan yg lama ni sbb sayang..bukan senang nak cari tau..
ReplyDeleteDah lama tak makan cekodok sukun... Terbayang-bayang aje rasanya dalam mulut... Hohohohohoh :P :P
ReplyDeleteAiseh, cekodok pisang pun ada... Hishhh~~ Mencabar iman betuuulll~~~
Saya suka guna pisang emas atau pisang berangan yang dah masak sangat untuk buat cekodok... Pisang awak kat rumah saya banyak nau bijinya... Kalau buat cekodok nanti bila makan hati adalah tidak tenang... Kih kih kih kih :P :P
Syahshah;
ReplyDeleteMarilah berkodok-kodakan di sini...
Pisang emas dan berangan boleh saja, tapi, belum sempat dikodokkan dah dingap anak-anak. Lagipun, kerana kandungan gulanya lebih, kalau dah goreng dia gelap sikit...
Errr....er.rrrr...pisang awak yang berbiji tu......ckZahan kata pisang awak betina. Heehehhhehehehe
cekodok sukun tu mmg tergoda benor nengoknya...
ReplyDelete.
cengkodok dgn jemput2 same tak erk cikgu? hehe....
ReplyDeletetp series tak penah mkn cengkodok sukun..
huhu
cemomoi;
ReplyDeleteTak apa layan cekodok...jangan layan kodok!
cikgunurin;
ReplyDeleteRespi paling mudah dan mesra pelanggan
zonaku;
ReplyDeletecorak klasik..hehe
AimanHadi;
ReplyDeleteUtamakan yang utama....tak kisahlah anakanda!
sham;
ReplyDeleteAda.....
imanshah;
ReplyDeleteItupun sodap!
AbdRazak;
ReplyDeleteKira juadah popular juga ya Ustaz...
Rozali;
ReplyDeleteNak buat kek sukun atau pie sukun pun boleh...:D
zulkbo;
ReplyDeleteAngin dalam badan memang kena buang...tak elok simpan! :D
sal;
ReplyDeleteKalau tak pakai nanti jadi kufur nikmat. Hahaha. Banyak dalam simpanan...
rynas:
ReplyDeleteAnak2 dah tengok hari-hari...:D
Hamizah;
ReplyDeleteBagi yang tahu menilai. ya!
nza;
ReplyDeleteSukun goreng dan sambal kicap...antara juadah yang membesarkan ckLah...
Aku;
ReplyDeleteSalin tak tumpah....memang itu perumpamaan asal. Tapi, oang belasah guna 'saling tak tumpah!'Orang dulu2 kalau bagi juadah kepada jiran, masa salin bekas tu...dan pulangkan bekas, dia kasi balasan juadah. Tak pulangkan kosong....ada isi, tak tumpah...
(Haih...entah apa ckLah merepek ni..)
tasek;
ReplyDeleteSaja nak goda kau.
:D
hysman;
ReplyDeleteOrang Jawa panggil Jumput-jumput saja...Samalah tu!
a samad jaafar;
ReplyDeleteKalau tak pakai nanti jadi kufur nikmat pulak...sebab ada banyak dalam simpanan. Yang cantik2 dan 'Made In England' cklah simpan. Tapi yang Made In China ada banyak. pakai ajelah. Setengahnya dah derma kat surau...hehehe
musim hujan nii, sesuai sangat kita makan cekodok pagi petang CkLah... cekodok pisang tu yang menguji sangat tu... nak kena cari pisang jugak ni
ReplyDeleteakak pun kalau buat mesti ramas dengan tangan jugak, baru betul2 air tangan kan
Ibu intan;
ReplyDeleteKalau hujan-hujan...cucur ikan bilis lagi nyaman....baunya noleh menerjah rumah jiran. Hahaha
saya suka goreng sukun .. tapi perut selalu keanginan. lalu makanlah sekeping dua tiga, untuk elak kempunan.
ReplyDeletekalau pisang, saya suka cekodok pisang emas. kalau pisang awak, saya suka digoreng tanpa dibuat cekodok.
tapi yang pastinya saya tak suka kodok !
Betul tu cikgu. Salin tak tumpah.
ReplyDeleteKalau tumpah maknanya dah tak sama setara...
salam cikgu
ReplyDeletebelum pernah merasa kodok sukun...sabtu ni pasar tani nak cari sukunlah...
Kerepek sukun saya pernah makan. Tapi, macammana rasa cekodok sukun?
ReplyDeleteooooooo... gitu rupa cekodok sukun
ReplyDelete.
.
:D lepas ckLah ckp pasal cekodok sukun aritu, terus teringin makan cekodok. tak dpt cekodok sukun, tp cekodok pisang
.
.
.
.
.
.
terima kasih Makcik Kiah. err.. ya. beli kat kedai Makcik Kiah. Nak dapat pisang susah kat sini . alasan yg kukuh
:D
Sapa la yg rajin dok komen pasal menunjuk pinggan tu. orang cakap pasal hal lain, pinggan yg dikelebeknya :D
ReplyDeletecekodok kalau kena gaya boleh jadi makanan ruji.
ReplyDeletetak pernah tengok lak sukun kuning macam tu...
ReplyDeletesaya tak kenal pisang awak, mungkin kat sini namanya lain. biasanya kalau nak buat jemput2 pisang saya suka pisang putar (kat tempat lain tak tahulah panggil apa, mungkin ni lah pisang awak....)..
al lavendari;
ReplyDeleteKan bagus...buang angin. Tak elok simpan angin dalam badan.
Pisang Abu atau nangka lebih sedap digoreng rasanya....kat keliling rumah keme memang banyak pisang. Sebut saja jenis apa, tanduk, toma, montel, bantan, emas, berangan...semua ada belaka.
Aku;
ReplyDeleteKan!
:D
Azani;
ReplyDeletePastikan yang spesis kuning...dan masak betul.
sekuntum lavender;
ReplyDeleteRasanya macam cekodok sukun...
KTS;
ReplyDeleteTak dapat pisang.....boleh cuba cekodok mangga...
:D
DinasAldi;
ReplyDeleteYang tak suka blog xiiinam ...tapi asyik klik...dan komen di luar blog. Hehe
DrSam;
ReplyDeleteBetul....paling mudah dan mesra pelanggan...
:D
nazrah;
ReplyDeleteTak pernah tengok...tengoklah ni hah!
Lain tempat lain caranya...
sy suka kodok gula merah, kelapa, jagung, plain, masin, dan yang free :)
ReplyDelete