Suka tak?

20110215

Bonggol Unta Vs Cone Heads...

1Sementara menunggu nombor giliran kami tiba di klinik itu, Nuha di sebelah asyik mengulit teman 'booklet' kesayangannya. Teman setia kala sihat dan kala demamnya...

Seorang wanita muda manis, datang dan duduk di sebelah saya. Dia senyum, dan saya menganggukkan kepala.

"Sakit apa?" Dia beramah.
"Owh, anak saya ni...demam sikit!" Jawab saya.

Tiba-tiba Nuha merapatkan kepalanya ke sisi saya. Seperti biasa, begitulah gaya dia, meleseh.
"Ibu....orang sebelah ibu tu, mesti kepala dia macam cone heads!"

Tak sangka sungguh dia akan berkata itu, dengan nada suara separuh berbisik.

Saya hanya menjegilkan mata dan menunjuk isyarat jari telunjuk di bibir.

"Why? I wonder....." Belum sempat dia habiskan ayat, jari telunjuk saya sudah sampai ke bibirnya, kerana nada suaranya bukan lagi separuh berbisik...bimbang pula orang di sebelah saya terguris hati dengan kata kanak-kanak yang belum baligh itu...kata-kata budak demam!.


Hmmm, entahlah Nuha. Macam cone heads kot...

Ibu tak tau....sebab terlindung di sebalik tudung fesyen terkini...





Bak kata Nyonya Lee, jiran belakang rumah kita...

"Itu ata selupa JPJ punya kun, kasi taluk sana atas kapla maaaaa!"



MONOLOG:
......haiya nyonya, saya sangat segan dengar nyonya punya perumpamaan! 


Susah mau cakap horrr! Saya faham kenapa nyonya jadi tak faham dengan mereka yang sepatutnya lebih faham dari nyonya tapi macam tak faham itu.




Memang ada dijual secara 'online' rupanya sarung busut ni...tapi tak maulah nyatakan sumbernya.
Takut nanti hangpa semua pakat pi beli pulak!
:D




Lampiran tambahan:
Diriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al-Mu’jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya; akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita berpakaian tapi sebenarnya mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian.Sanggul mereka ditinggikan bagai goh unta(bonggol).Kutuklah mereka,sesungguhnya mereka itu terkutuk (dikutuk oleh Allah)

96 catatan pelayar @XIIINAM:

  1. Assalamualaikum ckLah

    Slam Maulidul Rasul

    ikut iktan sahaja
    tak kaji sebelum pakai

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. saya pun br tau menatang tu mmg purposely ada jual...
    xpaham kenapa pulak nak kena benjol2kan kepala tu

    ReplyDelete
  3. adei, tergelak imanshah baca..pandai lah wat lawak..hehe, berisi juga lawaknya..nice nuha

    ReplyDelete
  4. Rozali;
    Mudah-mudah diperbaiki mutunya dari masa ke masa

    ReplyDelete
  5. Ms Lilies;
    Mesti deme ghase cantik ghope tu...

    ReplyDelete
  6. imanshah;
    tu lah...dalam demam-demam tu...dia "WONDER WHY!"

    ReplyDelete
  7. Waaakakakaa...... mujur tak tersedak kita ! Malu sama itu nyonya !

    Tie pun tak berkenan langsung fesyen tudong bonggol unta tu. Orang kita ni suka benar ikut-ikut tanpa rasa malu . Bila orang tegur, marah pulak.

    Lagipun.. pada pandangan kita, memang hodoh benar! Kita yang berambut panjang ni pun seboleh-boleh nak sorok sanggul ke bawah, jadi orang tak perasan.

    .
    .
    Salam Maulidur Rasul ckLah... kita raikan dengan masak-masak sikit untuk sekeluarga, hehe...

    ReplyDelete
  8. laa... ni fesyen baru ye cklah.. masa sy ke sini dulu blom ada fesen nih.. buruk nyaaaa... heheheh... tak berkenan langsung nak ikut... huhuhu

    ReplyDelete
  9. bukan nak mengutuk..kaklong pun memang tak suka tengok orang pompuan muslim guna benda ni...

    nyampah....!
    *maaf yer..!




    kekadang tengok dlm tv tu pun,artis pakai tudung dah macam 'sister'...
    meluat..!

    ReplyDelete
  10. terimakasih tolong meng'update' ilmu tudung kat saya. Baru tahu hari ni fesyen tudung ada fesyn kon tu :)

    ReplyDelete
  11. Dr Sam;
    Dah tau ni...jangan ikut pakai pulak tau..:D

    ReplyDelete
  12. juneginie;
    Barulah agaknya....sebab sana sini nampak unta berkeliaran.

    ReplyDelete
  13. kayteeze;
    Bagus Tie....itu fikiran orang yang faham...

    ReplyDelete
  14. kakLong;
    ckLah pun tak kutuk kan!

    Sabar...sabar, jangan meluat atau menyampah. Yang kat tv tu, apalah daya kita kan. Tapi kalau kawan2 kita yg masih tk faham....kita tegur dengan hikmah....sambil gurau-gurau.....sambil urut-urut bonggol tu...

    ReplyDelete
  15. hanya mampu memandang dgn bristifar dlm hati...susah cklah, nk ditegur nnti dikata kita ni jaga smpai dlm tudung org, xtegur lg rasa bersalah......

    ReplyDelete
  16. NzA;
    Kita buat mana yg terdaya...dengan cara yang kita mampu!

    ckLah.....? Mungkin dengan hanya menulis entri picisan begini, kalau ada yang sudi mengambil pengajaran.

    Bukan mahu mengutuk atau menghina...tapi, beginilah cara ckLah, gaya penulisan orang yang tak bijak pandai....

    ReplyDelete
  17. Saya betul2 tak tau ada jual begitu rupanya. saya ingatkan dema cuma sanggulkan rambut atau ikat rambut tinggi2 saja..

    ReplyDelete
  18. السلم عليكم ورحمة الله

    Baru saya tahu rupanya ada juga jenis tudung macam tu..

    ReplyDelete
  19. Dinas;
    Dah tau, jangan pi beli pulak,naaaa!


    :D

    ReplyDelete
  20. Abd Razak;
    Ustaz kan innocent man...
    Kan Ustaz!


    ....gurau ya Ustaz!

    ReplyDelete
  21. di sini kurg sedikit fesyen tudung camtu......emmm...

    ReplyDelete
  22. Mula2 kak Zai tengok orang pakai dulu tertanya2 juga,lebat dan panjang sangat ke rambut orang ni tapi bila dah tahu nak tergelak pun ada.

    ReplyDelete
  23. Ezatul Hani;
    Okey, laporan dari sana diterima. Roger!

    ReplyDelete
  24. Zaitun;
    ckLah ingat sebab dia dalam pantang....

    ReplyDelete
  25. alahaiiiii.. patutlah banyak kon JPJ yang hilang, letak kat kepala rupanya.. patutlah buruk benar rupanya


    itulah jadinya bila ngikut saja tanpa usul periksa, tanpa tahu hukum hakamnya

    ReplyDelete
  26. ibuintan;
    Fesyen mak2 dalam pantang Ibu....

    ReplyDelete
  27. selamat malam cklah..
    tak sangkanya..ada jual rupanya.
    nasiblah ayu nie kementot...
    kalau pakai dah macam unta..hehehheh

    ReplyDelete
  28. terbaiklah nuha..
    pokcik like nuha lebih nih..
    bgus jugak klu didengar oleh pompuan sblh td tu cikgu..
    biar die paham,budak2 pon tahu mane yg betul mane yg tidak..
    shame of da pity women lorr...

    tahniah cikgu atas didikan kpd nuha... :)

    ReplyDelete
  29. salam..
    adehhh...macam2 la fesyen
    orang sekarang ni kan..kononnya
    cantik la tu..entahlah pada saya
    nampak pelik..tap pe lah asal mereka menutup aurat dulu,dan berminat..

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. salam cikgu

    laaa....saya ingatkan rambut paras tumit kaki disanggulkan...hi hi hi

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum.
    Ada disebut dalam hadis nabi berkaitan perempuan yang berpakaian tetapi telanjang , begitu juga yang di kepalanya berbonggol seperti bonggol unta...

    Dilarang...berdosa tu...

    ReplyDelete
  33. Macam pernah tengok fesyen tudung ni. Rasa-rasa ada satu puak di Afrika sana tu. Jenis tocang naik ke atas.

    dan satu lagi, bini firaun pun belit rambut busut anai-anai camtu. Tengok kat lukisan dinding la...

    ReplyDelete
  34. makngahnya pun pakai .. tapi taklah tinggi sangat, macam 'extended' sanggul.

    air cincau tu pandai mencari sasaran tempat tumpahnya ye !

    ReplyDelete
  35. sy x tahu apa motif fesyen kon head tu........ ?? :(

    ReplyDelete
  36. Cita rasa rinduan;
    Kemetot pun comel...nama pun dah ayu.....tak usah dok pakailahhh...hudoh! :D

    ReplyDelete
  37. hysman;
    Kekadang apa yang keluar dari mulut budak2 ni memang di luar jangkaan. Kalau yang elok tak apa....takut tersasul yang bukan-bukan depan orang...

    ReplyDelete
  38. zulkbo;
    Alhamdulillah ya kalau ada kesedaran menutup aurat...itu yang kita harapkan.



    Tapi, ada yang pakai begitu untuk majlis tertentu saja....majlis lain dia buang terus, na'uzubillah.

    ReplyDelete
  39. Azani;
    Ala-ala Rapunzel gitu ya? Hehe

    ReplyDelete
  40. Admin P&P;
    Diriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al-Mu’jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya; akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita berpakaian tapi sebenarnya mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian.Sanggul mereka ditinggikan bagai goh unta(bonggol).Kutuklah mereka,sesungguhnya mereka itu terkutuk (dikutuk oleh Allah)

    ReplyDelete
  41. Aku;
    Yamg bibir lebor letak piring dan gelang-gelang besar memanjangkan tengkuk tu ya? Pernah tengok dalam Pameran Kecantikan Yang Menyakitkan di Muzium....kecantikan itu kan subjektif......hahahahahaha

    ReplyDelete
  42. al avendari;
    Kalau dah Pak Ngahnya suka...kita 'no komen!'

    ReplyDelete
  43. maksu;
    Motif?
    Nak bagi tau;
    "Aku dalam pantang. Awas!"

    :D

    ReplyDelete
  44. nasib baik tunjuk gambar kalau tak saya tak paham hehe

    ReplyDelete
  45. ckLah... ntahlah aper yang diorang berkenankan sangat bonggol unta tu...akak langsung tak berkenan...pelik pulak bila tengok kepala diorang berbonggol mcm tu...

    ReplyDelete
  46. entri yang sangat berguna, cklah.. syukran atas ingatan kasih sayang sesama Islam..

    ReplyDelete
  47. hahahaha..
    betul ckp nuha tu cikgu..sebijik cam cone head..saya pun baru tahu ada jual,lepas member ofis pakai ari tu..

    ReplyDelete
  48. eh! dah tukar tajuk blog. bagus2. :)

    cekgu... minggu ai rasa nk gelak kahkahkah saja la...

    kot ye punnnnnnn...
    jgn la cari yg berkawan antara satu sama lain.
    ha ha.

    maaf la yaek.. komen tak ada kena mengena dgn n3.





    .

    ReplyDelete
  49. Laaa...ada jual serkup macam tu ke? Ishhh...tang mana yg lawa tu kalau pakai serkup macam tu. Nak bergaya pun agak2 ler.

    Selama ni ingatkan ikat rambut, then buat sanggul tinggi2. Sebab tu jadi macam tu. Rupa2nya ada jual fesyen macam eh? Alahai..

    ReplyDelete
  50. pernah tengok orang arab pakai kak, laaagi tinggi dan besar, tak nampak lawa pun, nampak cacat :|

    ReplyDelete
  51. huuu mesti slalu tersangkut kat pintu nii

    ReplyDelete
  52. sangat pelik hoccay... bila kepala berbonggol begitu. dah macam ketumbuhan pulak.
    cantik??
    dok eh.... hodoh lg ada lah!

    ReplyDelete
  53. Asslamualaikum cikgu,

    Patut biar Nuha habiskan ayat dia. Budak mana ada simpan dalam hati apa yg dia nak tahu mesti terus terkeluar.

    Sekarang memang ramai yg pakai macam tu. Cantik ke?....

    ReplyDelete
  54. memang cukup tak berkenan dengan gaya tu..

    mula2 keluar dulu guna sanggul palsu kene klipkan kat rambut.. pastu lagi senang dia jual pulak anak tudung dengan bonggol tu!!

    cantik ke??

    masa merasa berambut panjang dulupun seboleh mungkin nak ikat bagi tak nampak bonjol sebab tanak orang teka panjang mana aurat kita tu

    sekarang terbalik kut dah ni..

    rambut seciput pun nak jugak pakai.. bagai2 laman dah keluarkan pasal hadis tu tapi masing2 buat tak nampak dan buat2 tak tahu sebab tanak ketinggalan dalam berfesyen.. alahai......

    ReplyDelete
  55. Nampak cantik ke agaknya, ya? Kakcik rasa macam janggal je - terjojol semacam!

    ReplyDelete
  56. mmg byk dlm online kak...kawan opis pun ramai yg jual...huhu...

    ReplyDelete
  57. ingatkan memang rambut dorang lebat pastu sanggul jadi tinggi gitu.

    ReplyDelete
  58. zino;
    Bagus...dah faham ya!

    :D

    ReplyDelete
  59. ANie;
    Budak-budak dan nyonya belakang rumah ckLah pun pelik....

    ReplyDelete
  60. Aiman Hadi;
    Untuk yang mahu menerima teguran cara ini...

    ReplyDelete
  61. heheheh...

    macam2 fesyen skrg..sampai xterkejar..hehhe

    ReplyDelete
  62. nurkass;
    Macam-macam kan orang jual....ala, coli yang siap berspan tebal pun ada jual. Bagi nampak montok meski dah kecut...

    ReplyDelete
  63. tasekM;
    Kita tukar sebab insaf dek nasihat seseorang.

    Hah...gelak...gelak...gelak! Jangan nanti tergolek nangis pulak.


    Selicik-licik tupai tua melompat....akhirnya...(sambung)


    Tak ada kena mengena? Kau memang...

    ReplyDelete
  64. sekuntum lavender;
    Segala yang palsu...dah ada dijual..Hehe

    ReplyDelete
  65. kucingorengemok;
    Kembar siam tu......kembar tang kepala saja.

    ;D

    ReplyDelete
  66. cemomoi;
    Hah hah haha. Dia tak sedar kalau tersagkut pun sebab palsu...tak terasa sakit atau benjol.

    ReplyDelete
  67. kakNgah;
    Kembar siam tang kepala je...

    ReplyDelete
  68. kakZakie;
    Cantik ke?
    Saya tanya kakak balik..

    Hehehehe

    ReplyDelete
  69. mrs Azmi;
    ....itulah, tanda akhir zaman namanya....

    ReplyDelete
  70. kakcik;
    Tu lah kakcik. Cantik ke? Saya tanya kakcik balik lah..

    :D

    ReplyDelete
  71. wahida;
    Terbayang2 bagaimana orang berebut beli kalau kat tempat kerja (sebab pernah tengok...)

    ReplyDelete
  72. juliet;
    Yang botak pun boleh pakai....

    ReplyDelete
  73. cikceriacorner;
    Kita tak payah kejar lah eik.....penat nanti!

    ;D

    ReplyDelete
  74. sakit kepala tengok fesyen gitu..macam firaun pun ade.. sape ye nama firuan tu..lupe pulak..hmmm...akhir zaman !

    ReplyDelete
  75. cerita pasal tudung ke ni hehe..macam2 ada, tapi nape tinggi sangat ye, si nurin tu sibok dgn tudung 2 pieces, ingatkan itu yg terbaru...

    ReplyDelete
  76. assalamualaikum..

    semoga cklah terus ceria dan dirahmati Allah SWT

    ReplyDelete
  77. a samad jaafar:
    Bini Firaun kepala macam tu...
    ;D

    ReplyDelete
  78. Arol;
    Ya ...cerita pasal tudung dan hukum di sebaliknya...

    ReplyDelete
  79. .....pon baru tahu yang 'mende alah kon' tu ada dijual rupanya..

    patutla... penah tertengok sorang artis ni, pakai tudung, sanggul MAK HAAAAII.. besar, tinggi, mengembang.. keliru jugak mulanya, panjang mana rambutnya kalau bonggol dia sebesar punuk unta tu?..

    skrg baru tahu yg benda alah tu buleh beli!!.. haish..

    (rimasnya tgk.. tudung tertonggek macam pakai skirt pendek nampak b*nt*t.. oppsss.. dh nk kena jadi cam nuha, kena ditelekup mulut!!!).



    :p

    ReplyDelete
  80. tiny;
    Kat n3 tu ckLah tulis Nuha budak belum baligh. Dia demam hari tu....



    Hari ni, dia dah jadi 'anak dara'. Yang gelinya, dia bukan beritahu cklah....dia kasi tau ayahnya, dan cakap denganayahnya 'jangan bagitau ibu'. Aduhai....


    .....maka lengkaplah cklah sebagai ibu kepada 4 remaja yang cukup umur. ;D

    ReplyDelete
  81. kita ttp dgn tudung bawal... sbb tak reti nak berpesen kon camtu. takut tersangkut kat palang pintu

    hiksss

    ReplyDelete
  82. KTS;
    ckLah ikan kembung aje...:D

    ReplyDelete
  83. wah .. tukar kulit baru. ajak singgah kat laman sahaja ke .. tak ajak masuk dalam ?

    ReplyDelete
  84. jadi isu gak kat sekolah saya dulu ni...sekarang tak nampak dah cikgu2 pakai...

    ReplyDelete
  85. al lavendari;
    Ya ...kita main guli kat laman saja.
    Tak payah masuk, beras dah habis...

    ReplyDelete
  86. Sham;
    Alhamdulillah...maksudnya cikgu2 di sana faham dan menerima teguran...

    ReplyDelete
  87. assalamualaikum kak cklah
    aduss malunya dengan nyonya itu
    cerdiknya anak akak.
    anak2 kecil pun dapat menilai kan,kak?

    ReplyDelete
  88. ummu;
    Nuha pelik sebab ibu dia asyik pakai tudung bawal gred 9 yang berharga RM9.90 itu tak sudah-sudah...

    22:53

    ReplyDelete
  89. iskkk..org lagi kalau boleh tak nak tunjuk ada sanggul ini nak sanggul tinggi pulak. tak berkenan ehhh...entah aperlah nak ditiru sangatkan...

    ReplyDelete
  90. owh.. sudah 'besar' dah si nuha ni..
    ... dia 'share kejadian kes' dgn ayahnya?.. tak bagi bagitau ibu?.. errkkkk... (mesti kes takut ibu lebih daripada ayahnya nih.. kihkihkih)..

    ReplyDelete
  91. rynas;
    Itulah jadinya kalau suka sembrono ikut-ikutan

    ReplyDelete
  92. tiny;
    Hahaha...tulah, ayah depa memang jauh lebih lemah lembut dan setia mendengar dari ibu...

    Ayahnya yang ambik dia dari sekolah. Ibunya dah dekat Asar baru sampai rumah...terlalu sibuk minggu ni. Nak tulis cerita baru pun tak dan...

    :D

    ReplyDelete
  93. yang haram jugalah yang kita suka..

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...