Sabtu 12 Februari.Dimulai dengan Merentas Desa pada hari Sabtu lepas, diikuti Pelancaran Kempen Ponteng Sifar, Majlis Bacaan Yaasin (Maulidur Rasul), Majlis Perasmian Surau, Perhimpunan Khas Persaraan Pengetua, Majlis Budi diSanjung Bakti di Junjung...dan Mesyuarat Penyelarasan Bahas Ala Parlimen peringkat daerah pada petangnya, dan di akhiri dengan Sekolah Ganti serta gotong royong hari Sabtu ini. Sabtu ke Sabtu. Tak tercerita kalau mahu cerita semua perkara dalam blog!
Hari majlis rasmi persaraannya...18.2.2011. Seperti biasa saya sampai ke sekolah jam 6:50 pagi, tapi kali ini terus ke dewan, bersama semua guru lain memantau apa-apa yang patut mengikut tugas masing-masing...saat pagi masih gelap!
Acara di dalam dewan.
Sekadar memilih beberapa rakaman gambar. Syukur semuanya berjalan lancar.......
Antara penyampai hadiah...paling istimewa pastinya hadiah dan ucapan suami yang
Acara di luar dewan...
Perjalanan keluar beliau diiringi lagu 'Auld Lang Syne' oleh Pancaragam Sekolah, dan beberapa lagu lain...seperti No Body, Hey Macarena dan sebagainya.
Antara detik akhir...berbeca di laluan sekolah.
"Pengantin lama!" Kata Haji Adam.
Lepas beca, berkereta antik pula...
Lambaian terakhir....antara pengetua-pengetua, mantan pengetua dan pegawai-pegawai pelajaran yang hadir.
Tinggallah semua 80 staf (Yob nampak sikit saja..:D)
Rakaman wajah terakhir, dari telefon cap ayam cklah...
Apa kerja ckLah dalam majlis tadi?
...apa lagi?
Jawatan tetap dan berpencen di setiap majlis
.....Alhamdulillah, dengan kerjasama semua staf di bahagian masing-masing, acara berjalan mengikut waktu yang ditetapkan.
Malamnya...
Inilah antara teman rapat saya....
| Mulai malam ini, beliau tidak mahu dipanggil 'PUAN'. "Kak Nab aje!" Katanya. |
Tak kisahlah...siapa yang bakal menggantikan beliau nanti, tapi, adakah kemesraan dan keakraban begini bisa dipupuk nanti....wallahu'alam.
Tinggal kenangan....
![]() |
| Sabtu terakhir kami minggu lepas, setelah beliau mengalahkan saya dalam acara Merentas Desa (entri ini) |
...dan mulai Sabtu ini...dia tiada lagi di sini.
**Minta maaf kerana cerita agak panjang!Mungkin tiada cerita baru dan aktiviti melawat kawasan blog beberapa hari ke hadapan, kerana tuan rumah sedang dalam misi melatih dan mengasah bakat bakal-bakal Ahli Parlimen.



Assalamualaikum ckLah
ReplyDeleteseronok nyer jadi cikgu
apabila pencen, diarak dgn kereta berias.....
Wassalam
Rozali;
ReplyDeleteSeronoknya jadi cikgu...bukan setakat itu saja tuan haji... baaaaaaanyak lagi.
:D
selamat melatih ahli2 parlimen...
ReplyDeletemoga success mcm tahun lepas ye cekgoo
:)
Dah bersara dah pengetua. nampak meriah majlis. ^^
ReplyDeletesalam cikgu
ReplyDeleteorang berbakti pasti diraikan dan dikenang.
salam..
ReplyDeletepertama tahniah dah tukar
title blog..panik ingat blog
sapa tadi..he he..kedua tahniah
pada yang bersara ke tu..hebat sambutan..ngalah Tun M dulu..he he
ada trumpet bagai..la la
selamat bersara kpd Pn hjh Zainab, semoga tenang menjalani usia persaraan
ReplyDeleteyang baru belum tentu sama dengan yang lama.... kan ckLah
selamat besara...
ReplyDeletelaman maya baru cKlah...
xiiinam mana?
dah ditukar baru ker?
manisnya senyuman wanita berbaju merah diatas..erkk,yg dpt no 15 tu..siapakah gerangannya..haha..
ReplyDeletekalau dikumpul semua acara sekolah utk dibuat entri.. dah 7 entri cklah leh buat nih.. hehehe..
ReplyDelete'jawatan rasmi' cklah utk setiap acara - hehehe...
Teringat kata2 seorang rakan :- 'sekali ko dh pegang microfon tu, semedang le nama ko kena petik bila ada acara yg melibatkan 'juruacara' ni..".. hehehe..
.. dan cklah buktinya.. (tak semua orang mampu berdiri dan bersuara bila pegang microphone kt depan khalayak.. ada yg gigil sampai tak keluar bunyi.. sungguh!.. pernah saksikan sendiri.. hihihi).
.. sporting sungguh ibu ibu guru di warung kek rahsia itu.. cuteeee...
;)
..(alhamdulillah, surau sekolah cklah dh dirasmikan.. semoga setiap kali ia digunakan, akan dicatat amalan pahala kepada mereka-mereka yang bertegas, bertindak dan berusaha untuk mewujudkannya.. ameen).
majlis persaraan cikgu semenagnya seronok..
ReplyDeleteigt zaman dlu2 masa cikgu beso nk bersara,iring die sampai ke pintu beso skolah...
hahahaa...
seronokkn bile jd cikgu kan ckLah...
nnt tyme akak lagi ler havoc ye tak?siap ade bunga api..
kekeke...
akak jd MC ker?
terbaek lah kak...
boleh lawan Aznil nawawi tak?
hehehe...
gurau je....
:p
السلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteSelamat bersara buat Puan Hajjah Zainab...moga segala amal di sekolah mendapat pembalasan yang baik dari Allah SWT..
Buat yang masih berkhidmat di sekolah bersama-sama ckLah, moga Allah limpahkan keberkatan dan permudahkan segala urusan...amin
salam ziarah dari su manje
ReplyDeletedapat dirasakan betapa cklah senang dengan mantan puan pengetua tersebut.. pasti rasa sedih tu tetap adakan.. semoga puan pengetua sentiasa di lindungi ALLAH dunia akhirat..
ReplyDeleteMeriah majlisnya ada pancaragam dan yang paling best diarak dengan kereta antik.
ReplyDeleteTentu sedih berpisah dengan pengetua yang dah terlalu rapat dan mesra.
Kepada pengetua selamat bersara.
Mesti terharu kan cikgu?
ReplyDeleteMesti teringat-ingatkan kerusi yang kosong tu.
Cikgu Alias baru pencen bulan Nov 2010.
hi kak..
ReplyDeletepengetua dari Sabah tue eh?
pasti beliau dirindui..
*rindunyeeer g sekolah...
yer.. yer.. kngh nampak perut yob kt tepi tu hihihi!!
ReplyDeletegambar kat warung resepi rahsia tu kan.. happening ah.. ala2 muda remaja gitu..
kngh kagum jugak dgn segala acara yg ada. mmg grand giler. apatah lagi utk sklh perempuan. tahniah pd cklah dn semua warga sklh...
pengetua convent mmg best2.
ReplyDeletedulu.
puan midah tu.
walau tegas.
memalam pukul 12 pun dia dtg asrama tgk student tau.
tak kira masa dia bekerja.
.
lambat tul loading
ReplyDeletelaaa ada jawatan kosong ni
itulah mulianya kerjaya guru setiap tahun dirai..kemudian apabila pencen jasa sentiasa dikenang hingga akhir hayat. sesuai dengan pengorbanan seorang guru itu sendiri
ReplyDeleteHebatnya sekolah cikgu buat majlis perpisahan. Mesti hatinya syahdu dan sayu kerana sambutan dibuat sangat gah.
ReplyDeleteSahabat yg berpindah itulah lumrah hidup cikgu. Sedangkan bujang cikgu yg masih remaja pun dah kena berpisah duduk asrama, inikan lagi seorg guru yg telah mempunyai suami.
1.nampak sambutannya meriah..
ReplyDelete2.oh jawatan pengacara majlis tu..kdgkala org suka tolak2, tahniahlah menjalankan dengan baik dengan menggunakan segala pengalaman yg ada..
CkLah,
ReplyDeleteSeronoknya! Dan sedih jua, patah tumbuh, hilang berganti.
Istimewa dan unik upacara tersebut kerana sang suami d jemput mmberi ucapan..hmmm boleh cedok idea ni CkLah. Sklh Sally blm ada upacara spt itu..
ReplyDelete*Aishhhh...formal lah pula bhs sally nih
masa saya pencen nanti ada ke yg perasan hehe
ReplyDeleteSelamat bersara pada bekas pengetua CkLah tu!
ReplyDelete& untuk CkLah, selamat menyambung tugas melatih ahli parlimen yeh :D
wah...pengacara majlis gitu..mesti akak seorang yg hebat...bukan mudah tu...
ReplyDeleteAssalamualaikum ckLah,
ReplyDeleteMemang hiba bila rakan sama2 bekerja berpisah kerana salah seorang telah pencen. Tapi dia ke Selatan tanahair aje kan? Bolehlah ckLah ke sana bila-bila cuti dan ada masa.
mmg meriah sungguh...dlm kemeriahan tu ada trselit kesayuan n kesedihan...sebuah perpisahan!!!!
ReplyDeleteberapa org yg sertai merentas desa tu?
ReplyDeletetmpt ke-15 ok la tu. ada gak tmpt. klu kita laaa... kompem tak bertempat. hihihi
Wah..ckLah: kepala rumah baru nampak, cantik...
ReplyDeleteEmm...sedih bila berpisah, nak pulak pengetua yang baik dan berbudi bahasa.
Entri Cikgu Nurin adikanati.blogspot.com
pengacara>??
ReplyDeletemmg cklah hebat
bila saya baca dan lihat gambar di etry ini, ayu terpegun..tak sangka...terharu dgn majlis yang sangat gemilang dan terbilang utk guru2 pencen...(pengetua dan mantan)
cklah....rumah baru cikgu bestlah...santai gitu
Tahniah kepada warga sekolah yang menjayakan / merealisasikan majlis gilang gemilang...Tahniah & selamat bersara kepada Tuan ( ? ) / Puan Pengetua...yang pergi akan berganti....
ReplyDeleteada bakat jadi pengacara rupanya...bakat terpendam..try la masok Nona..glamour u..
ReplyDeleteMs Lilies;
ReplyDeleteTerima kasih...banyak cabarnnya kali ini. Cikgunya rasa nak nangissss....
Fazirah Nasir;
ReplyDeleteConvent kan....suka memeriahkan suasana! :D
Azani;
ReplyDeletePasti...
zulkbo;
ReplyDeletePancaragam tu sebahagian identiti sekolah kami. Orang kenal sekolah kami sebab ada pancaragam (sekolah lain tak ada...hehe) 'Watak' sekolah...
ibuintan;
ReplyDeleteSungguh lah ibu...dan nak memupuk 'kemesraan yang ikhlas' (bukan bodek) itu bukan mudah, terutama dengan seorang pemimpin sekolah seperti ini. (Dah rasa 4 pengetua perempuan....yang pertama dulu, pandang wajah pun tak berani walaupun sepupu suami..heheheheh)
kakLong;
ReplyDeleteXIIINAM MENJADI TAJUK BLOG SATU LAGI YANG DIPRIVASIKAN.....untuk yang terpilih sahaja. Hehehe!
nurkass;
ReplyDeleteSiapalahhh yang berbaju merah tu ya? Tak malu betul dia tunjuk2 gambar dia...heheh
kakTiny;
ReplyDeleteItu membawa konotasi....yang cklah dah malas nak tulis hal-hl peribadi dalam blog lagi tu....pelan-pelanlah nak ubah genre. Hehehehe
Tu lah pasal, dah beberapa kali cklah cuba mengelat dengan mencadangkan nama orang lain sebagai juruacara setiap kali mesyarat Jawatan Kuasa Kerja sesuatu majlis. Cadangan itu diterima, tetapi nama yang dicadangkan itu hanya menjadi pembantu atau 'stand by'saja. :(. Pembantu sentiasa bertukar...tapi Mak Pelaungnya asyik orang yang sama. Pernah menjadi pengacara dalam keadaan perut BOYOT di Padang MPTI........dan malamnya cklah bersalin. Hahahahahahahh!
Surau...Alhamdulillah. Ruang solat kami selesa...meski dibangunkan dari bilik asalnya...bilik sister/mubaligh!
Aku;
ReplyDeleteNak tunggu Nijam duduk kerusi tu...lain saluranlah pulak. Hehe
hysman;
ReplyDeleteMasa ckLah nanti...ckLah tak nak orang raikan. Sebulan sebelum bersara, cklah ambil cuti...dan menyorok di Makah ke, Beijing ke, Paris ke...hehehe
Kalau lawan Azwan Ali...Azwan kalah. Hehehe (sebenarnya akhir2 ni cklah memilih acara rasmi saja. Sesuai dengan umur kot. Dulu....belasah saja tak kira apa. Kebanyakannya jemputan dari tadika....sebab ramai kawan2 dengan cikgu tadika...)
Abdul Razak
ReplyDeleteAmin...amin...terima kasih atas doa ustaz tu...
su manje;
ReplyDeleteZiarah je..?
Baca cerita tak?
:D
(Gurau aje ya Su!)
Aiman;
ReplyDeleteOrang yang baik...akan mudah didekati. Dan terpahat dalam hati...ckLah ni, entah mampu entah tidak jadi sebegitu...
zaitun;
ReplyDeleteItu antara tugas pancaraga, sekolah cklah...heheh. Kadang2 mereka dijemput mengiringi keranda orang Cina ke jirat. Dapatlah duit banyak. Hehehe
Pearls:
ReplyDeleteBeliau bukan dari Sabah tapi pernah mengajar di ST PATRICK TAWAW selama 10 tahun. Lekat dan pekat loghat Sabahnya dicampur dengan bahasa JAWAnya. Beliau Jawa Batu Pahat Johor.
kakNgah;
ReplyDeleteDi kalangan sekolah2 daerah sini, kalau ada apa-apa majlis, sekolah kami selalu kena bahagian protokol majlis.....sebab memang dikenali sebagai sekolah yang suka buat majlis grand walaupun bendanya kecik aje. Kalau dah kena bahagian protokol...cklah udah tentu2 terlibat jadi tukang pegang mikrofon tu. Pernah juga buat majlis ADD HOk atas arahan PPD. Kelam kelibut juga...tapi jadi. Hehe
tasikM;
ReplyDeleteAda juga yang tak best . Hahahah. SSSSyyyyyy!
Yang ini, datang seawal 6.45 pagi, pulang paling akhir 6.45 petang. Tidur di sekolah pun selalu...
cemomoi;
ReplyDeletecklah tak sempat kecilkan piksel gambar tu....minta maaf ya! :D
rynas;
ReplyDeletePernah menyaksikan majlis meraikan persaraan yang hambar......tentu ada sebabnya, dan puncanya, tentulah 'sikap' individu yang dirakan itu sendiri....kesian juga.
kakZakie;
ReplyDeleteDepa memang macam tu...suka buat majlis yang nampak hebat meski perkaranya kecil saja dan hanya melibatkan dalaman sekolah. Sekolah perempuan agaknya memang macam tu...
sal;
ReplyDeleteTerima kasih....
Tu lah Sal...rasa nak pencen jadi pengacara, tetapi permohonan sentiasa ditolak.
Alif;
ReplyDeleteBetul tu...jadi, jangan dikenang2 lagi yang dah patah tu!!!! Awak carilah penggantinya...supaya tumbuh yang baru!
:D
sally;
ReplyDeleteSila..sila..
Sila cedok. :D
zimo;
ReplyDeleteErr..zino bukan dah pencen ke?
:D
Dinas;
ReplyDelete...ya Dinas. Bakal YB kali ini sangat mencabar kesabaran mentor mereka. Rasa macam tertekan sangat mereka kerana masa yang diberi terlalu singkat. Hari Ahad macam ni baru dapat respon komen-komen rakan.
wahida;
ReplyDeleteHebat? Owwwwwh, jauh ke depan sangat gelaran tu. Biasa-biasa saja....setakat di daerah sendiri bolehlah.
Yunus Badawi;
ReplyDeleteHiba?
Ada ayat yang menghibakan ke dalam mana-mana para di atas tadi?
nza;
ReplyDeleteSedih tu tidaklah sangat. Memang dah sampai masanya. Cuma, berdebar menunggu penggantinya.....payah kalau sebuah organisasi tiada pemimpinnya. Biasanya lambat sampai tu..
kts;
ReplyDeleteNi apa psei pulak cerita pasal merentas desa ni...? Hehehehe..
(Jom kita lumba lari nak?)
cikgu nurin;
ReplyDeleteKepala rumah yang lama pun bersara...hehehehehe
citarasa rinduan;
ReplyDeletetak sehebat mana.....eksen aje yang lebih. Hehehe.
Rumah diubahsuai sempena persaraan ..hehehe
sonata;
ReplyDeleteApa pulak Tuan cikgu....kan Jenab namanya tu!
:D
abadiromeo;
ReplyDeleteTak boleh masuk Nona....nanti pecah TV orang baling dengan selipar!
:D
assalamualaikum kak CkLah
ReplyDeletesayunya membaca entry ini
sebab terkenangkan
peristiwa persaraan ibu saya
setelah 34 tahun berkhidmat di bidang pendidikan...
lalu baru2 ni dia berkongsi rasa dan engalaman...
awal tahun begini memang sibuk dgn macam2 acara kan kak,ops akhir tahun dengan fail2 dan exam pula..
mesti byk kosnya,kan?
ReplyDeleteummu,
ReplyDeleteanak cikgu rupanya. Pasal fail tu, sepanjang tahun..hehe
Hamizah;
ReplyDeleteErr...janganlah fikir begitu sayang!
Cakap pasal kos...pengetua yang ini terlalu banyak berkorban untuk mencari dana kewangan sekolah ini yang bertaraf 'Sekolah Bantuan'. Kewangan kami tidak semudah sekolah kerajaan yang lain. Kalau tidak kerana dia, banyak bilik sekolah lama ini yang runtuh diserang anai-anai. Apa yang beliau lakukan untuk mencari dana, tidak sanggup dilakukan oleh mana-mana pengetua. Beliau sendiri memubuat kerepek dan wadges secara tetap untuk dijual. Beliau memperkenakan formula tepung kek (yang dikenali di daerah ini) dan beliau sendiri yang mengadun. Dalam sejarah, belum ada mana-mana pengetua yang membuat demonstrasi membuat kek di hadapan ibu bapa dalam mesyuarat PIBG untuk mempromosi...demi kewangan sekolah yang daif fizikalnya inii.
....untuk majlis ini, beliau suami beliau sendiri yang menaja banyak perkara termasuk hidangan jamuan, dan cenderemata kepada semua guru dan jemputan sang berupa beg berisi sejadah, tuala, kek buatannya sendiri dan lain-lain.
Beliau benar2 menggunakan kemahirannya memask untuk menambah dana sekolah. Pada hari kantin contohnya, beliau tak rehat lansung dari periuk belanga.
Banyak lagi perkara lain....
Apabila beliau tidak pernah berkira dalam banyak perkara, kami juga tidak berkira dalam banyak perkara....termasuk tenaga dan wang ringgit. Dan mungkin kerana itu, banyak pihak luar yang menaja majlis ii....
Oooops, panjanglah pulak...
Salam
ReplyDeleteteman pun bz kat skolah, idok sempat nak menziarahi belog kawn2..Kalau pengetua berkesan di hati memang boleh menitiskan air mata. Saya pernah begitu tahun 2004 dulu..tapi yg klepas tu, dah tak sedih sangat..jawapannya..hang tak kenai aku, aku pun tak kenai hang..hang rasa hang dok kerusi no 1 tu hebat benor...kan..haha.
panjang lah pula..jadi pengacara majlis yang tetap dan berpencen, tak sedih ke masa tu?? mana tau sebak tibe2..satudewan menangis sebab CkLah
imanshah;
ReplyDelete......memang begitulah adatnya, kan!
Yang jenis 'dia saja betul' dan 'cakap tak serupa bikin'tu, memang usah mahu melekat di hati...ckLah bukan setakat tk mau jadi MC majlis persaraannya....tapi ambik MC terus kat klinik...hehe
Apabila pegang mikrofon tu, ckLah teringat kau. Terima kasih kerana bantuan talian hayat yang dihulurkan..:D
Assalamualaikum.
ReplyDeletePatah tumbuh.
Hilang Berganti.
Semoga meninggalkan kenangan manis.
Selamat datang pengetua baharu.
Tahniah ckLah.
TQ
saya igtkan Cklah yang akan jadi cikgu besar huhuhu
ReplyDeleteAdmin p&p;
ReplyDeleteKenapa tahniah kat ckLah cikgu....
Musykil ni...hehe
Lukhman;
ReplyDeleteDah lama ckLah jadi 'cikgu besar'!
aku pernah juga, send off pengetua...dah 4 kali semenjak start kerja......letih gak la..
ReplyDeleteadakah pengetua baru nanti buleh jadi teman cik ayob?
ReplyDeletecikgooden;
ReplyDeletecklah pun dah 4 kali. Lepas ni, kalau pengetua baru datang...soalan pertama nak tanya; "Bila pencen?"
Hahaha...
julietchun;Ya lah....tak pernah cklah kerja di bawah pengetua lelaki. Mesti makin bersemangat. Hahaha
ReplyDeletebanyak aktiviti sekolah yang telah berlangsung...cantik pulak sekolah cklah....
ReplyDeleteterima kasih sebab follow blog saya yang kecil tu...
semoga kita boleh bertukar2 idea...
ni mesti ada yang menangis tersedu-sedu ni...!
ReplyDeletecikgu STE;
ReplyDeleteSekolah ckLah kecik saja kawasannya.
Maaf ya lambat 'follow' balik....kelam kabut sikit akhir2 ini...terima kasih, InsyaAllah.
Sham;
ReplyDeleteBerbaldi air mata dema! Haha
beberapa hari tak menjenguk ke sini, sekali dah berubah wajah la pulak.. menarik..
ReplyDeletesemoga misi tercapai..
Salam ckLah,
ReplyDeletehehe.. seronoknya diarak dgn kereta berhias. meriah betul nampak. :))
assalam.. ceria sungguh, sronok dpt bergembira camni ;)
ReplyDeletenazrah;
ReplyDeleteSiapa suruh tak jenguk...lain kali, tengok2 blog ini juga berpindah. :D
indahouse;
ReplyDeleteNak bagi kenangan terakhir....
maiyah;
ReplyDeletesesekali...hehe
kadang2 terfikir jgk.. apabila pencen nanti, mungkinkah masjid menjadi tempat 'kerja' saya yang baharu..mohon sgt kat Allah.. harap2 biarlah begitu..eh ! bukan mau jadi imam atau bilal ye..saya tidak layak ! malah tidak selesa digelar imam rm700..
ReplyDelete