Suka tak?

20110213

Kejor Yob Kejor....eh, silap, Kejor Yong Kejor!

Sabtu. Kami buat program Merentas Desa.
Dimulakan dengan  poco-poco untuk memanaskan badan.

Kategori guru-guru dan staf lari dulu, kerana mereka harus bertugas pula untuk larian murid. Saya pun, ikut berlari....sebelum tercungap-cungap bertugas sebagai pencatat. Nasib baik tak diserang hypeglecemia macam selalu.....


Hadiah....sekolah perempuan, macam nilah....


Untuk kategori tingkatan 5, Johannya adalah Ketua Kelas 5 Bestari, kelas saya , dari rumah Rafflesia....rumah saya juga. Hahahaha. (Gelak riak!) Tengoklah...riaknya mereka menjulang ketua kelas, seriak cikgu kelas mereka menulis entri ni...


Kalau ikut kategori kelas yang paling banyak mendapat hadiah (no 1-20) kelas saya lah yang paling banyak...(err....ini termasuk katgori entri mintak dipuji ke ni?)



Meraikan kejayaan bersama Guru Kelas mereka...hahahahaha (ketawa bongkak!!!)


Errrrr....errrr....guru kelas mereka pun dapat juga menerima hadiah daripada pengetua....kerana dia juga ikut berlari merentas desa dan melewati 2 kawasan perkuburan Islam dan Kristian...


...dapat no 15 daripada 80 orang guru......pujilah..pujilah...hahahahahaha (ketawa sombong) walaupun tak semua cikgu lari. (Eleh...Mana aci.....berlumba dengan cikgu-cikgu muda dan adik-adik praktikum sekali......kitakan warga platinum. Hahahah) Dan Pengetua yang akan bersara Jumaat depan ini mendapat nombor 5.......walaupun badan ckLah lebih besar dari dia....



Melepas lelah bersama anak-anak murid ...wajah tanpa mekap kekurangan oksigen selepas berlari!!!




***
Tajuk Kejor Yob Kejor tu, tukar kepada Kejor Yong Kejor, kerana kami semua perempuan.

Saya segan nak cerita pasal Yob lagi....
Kenapa? Dah insaf?
Kerana saya tak boleh panggil dia Yob lagi....


Setelah hari ketiga beliau di sini, barulah saya tahu nama panjangnya dan memandang wajahnya dari hadapan.


ALAMAK!!!!!
Jejak kasih betullllll!!!

....segala-galanya kerana sebuah sajak!!!


Kenapa ckLah.?



Rupanya-rupanya...
YOB adalah.....





(Bersambung esok. Petanglah ya! Saya tak berblog waktu sekolah....:D)










31 catatan pelayar @XIIINAM:

  1. Salam ziarah di pagi minggu su singgah lepas sarapan...
    singgah pagi di blog cikgu
    mencari idea untuk santapan

    deruan air memecah sunyi
    blogmu indah tak terperi
    sumanje singgah lagi
    tak jemu datang hingga dinihari..

    ~~sumanje

    ReplyDelete
  2. cerita bersambung ni yg buat suspen hehe anyway tahniah kerana anak2 murid yg aktif..

    ReplyDelete
  3. salam cikgu
    sya suka dapat lari lari lari lari lari
    dan peluhhhh.........

    ReplyDelete
  4. Mesti Yob tu sedulur...
    Pangkat paman....


    isk isk...


    Atau mungkin... erk.. erk...
    seseorang yang pernah... nanti tunggu isnin la..

    ReplyDelete
  5. su manje;
    Selamat berziarah....


    Tuan rumah obses dengan bunyi pancuran air. Lebih tenang rasanya daripada terpaksa memperdengarkan lagu yang disukai diri sendiri tapi, tak semestinya disukai juga oleh pengunjung blog....

    Terima kasih ya!

    ReplyDelete
  6. zino;
    Kena cari bahan dulu sebelum 'pelem' di sambung..hehe

    ReplyDelete
  7. sayangibu;
    Larilah......jangan sampai dikejar ong ong!

    ReplyDelete
  8. Nizam;
    Emmmmmm...emmmmapa tu ya?






    Tungguuuuuu..hehe.

    Nak pi kebun durian dulu. Malam tadi banyak yang luruh...

    ReplyDelete
  9. saspen...! cklah takde cadangan nak tulis skrip cerita saspen-advencer ke? tv kita takde cerita macam tu (yang tak berunsur nangis leleh-leleh, jemu dah)

    ReplyDelete
  10. KOG;
    Yang ini dijamin....tak meleleh-leleh punya. Tunggu esok ya. Jam 4 di TV XIIINAM! Hahahaha...

    ReplyDelete
  11. Macam cerita bersiri dah pulak. Ada suspennya. Tapi kakak respect cikgu supporting ikut merentas desa. Hebat lagi no. 15 tu. Tahniah....

    p/s: Hmmm.... cuba jenguk bolg kakak ada award untuk cikgu tau....

    ReplyDelete
  12. cklah...
    gelak pelan2...
    sampai sini dengar kemeriahannya


    hihihihi
    peace cekgoo
    :)

    ReplyDelete
  13. ckLah, kekasih lama kah???





    atau musuh lama dr zaman persekolahan?

    ReplyDelete
  14. Ms Liliesk
    Apa yang kau gelakkan? cklah lari slow motion je...tak bergegar pun. Hahaha...


    Tulah....entah macam mana boleh buat peace tu...nak tutup muka yang polos tanpa mekap tu konon!

    ReplyDelete
  15. zonaku:
    Kekasih lama? Wow!

    Musuh lama? Pergh!


    Tungguuuuu...

    ReplyDelete
  16. kakZakie;
    Saja-saja berlari nak uji ketahanan diri...walaupun selalu diserang hypeglecemia.




    Dah tengok blog kakak.....terima kasih kakak (Kalau ckLah tak terbuat...jangan kecik ati tau. cklah memang tak pandai menjawab tag.....sungguh!)

    ReplyDelete
  17. ala...
    potong stim btl la.. ayat tergantung tu..
    org dh berkobar2 nk tau nama chekgu yob.

    ReplyDelete
  18. cepat cklah buat n3 baru...
    dah tak sabar nak tunggu,sapa yob yg sebenar nya!

    ReplyDelete
  19. alahai comel2 hadiah nya..macam ni ye sekolah sejenis mak limah

    ReplyDelete
  20. SEPUPU! dia SEPUPU CkLah! SEPUPU!

    over sungguh meneka, hehehe

    ReplyDelete
  21. salam..
    berstamina lagi
    warga platinum ye..
    ermmm..baik untuk
    kesihatan..selain
    berpeluh..dapat merapatkan
    hubungan sesama..

    ReplyDelete
  22. sekurg2nya cari gak lemak2 kt dlm badan tu cklah...sy awal2 dh mengalah cz risau sakit bdn..maklumla dh lama xberlari2 nie....
    sbnarnya syg kot lemak kt badan mencair...hi...

    ReplyDelete
  23. kakngah;
    Ada juga tunggu ya....

    ReplyDelete
  24. kakLong;
    Tunggu cklah siap berenang pulak...

    ReplyDelete
  25. imanshah;
    Apa maksud sekolah sejenis mak limah tu? Sekolah kampung ya?

    ReplyDelete
  26. Dinas;
    Wei laaa...takkan tak kenal sepupu, melampau hang!

    ReplyDelete
  27. zulkbo;
    Sangat berstamina....
    :D

    ReplyDelete
  28. nor zakiah;
    Saya masih berjoging saban petang.....tapi, penyakit tetap dtg juga...

    ReplyDelete
  29. ckLah...Yob adalllahhhhhhhhhh....*kekasih lamamu*?

    ReplyDelete
  30. cikgu nurin:
    Ooooooooooooops, nanti nak ingat senarai kekasih lama...hehe

    ReplyDelete
  31. alamak tak sabo nak tahu nie..kasi suspen jer CKlah ni tau

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...