Suka tak?

20110326

Di sana dan di sini...

Label 1: Dunia Cikguku.
Sabtu. Pagi.
Mesyuarat PIBG. Alhamdulillah, tugas sebagai Pengacara berjalan lancar. Banyak juga usul dan cadangan yang dibincangkan. Tak kisahlah, memang inilah medannya.

Pengetua melaporkan dapatan dari lawatan Tuan Pengarah JPN serentak dengan pemantau dari Sektor Kemanusiaan JPN dan Pegawai-pegawai PPD, serentak pula dengan kemeriahan pengumuman keputusan SPM (semuanya dalam hari yang sama) 23 Mac lalu- bahawa sekolah kami berada dalam BAND 3 (Band Prestasi Sekolah antara Band 1-7) berdasarkan Skor Komposit yang diperolehi sebanyak 92% (Selepas beberapa SBT/SBP)  dalam Sektor Jaminan Kualiti. Satu kekuatan untuk sekolah harian yang sedang tercalon untuk SBT 2011 ini.

(Err...faham tak? Saya rasa, rakan-rakan guru di blog ini faham apa yang saya cuba ceritakan itu, kan? Saya sedang mengulas tentang NKRA sekolah saya. Kalau tak faham tak apalah, saya ucapkan tahniah kepada sekolah saya sendiri. Bukan mahu menunjuk-nunjuk tapi memang menunjukpun!!! Sebab tu diwarnakan ungu!!!Warna teruja @Laman Maya ckLah! Haha.



Lepas mesyuarat, sambung LADAP Pengurusan Aset Alih/Harta Modal sampai petang. Memantapkan pengetahuan tentang pengurusan aset kerajaan yang menjadi tanggungjawab guru di sekolah, borang-borang Kew.PA -1 hingga 19 dan seumpamanya. Kerja-kerja perkeranian yang juga sebenarnya menjadi tanggungjawab seorang cikgu. Bagus, bagus, bagus. Perancangan waktu yang sangat bagus untuk memenuhkan hari cuti Sabtu buat seorang cikgu, kan! Kan! Err, ikhlas ni. :D

Penat? Pening?
Eh, tak baik merungut pasal kerja. Nanti hilang semua pahala, kalau ada.
Jom kita balik ke rumah.



Label 2: Kisah Rumahtangga.
Mari kita bersenang-lenang.
Mari kita tenangkan fikiran.
Mari kita main masak-masak.

Hari ni, makcik nak masak Chiken Chop, ya puan-puan!

Mula-mula, kita buang tulang pada daging ayam. Seelok-eloknya pilih peha. Susah nak buat? Tak apa. jangan gusar.

Caranya mudah:
1. Kita panggil suami kita dengan panggilan yang paling manis.
2. Kita senyum-senyum. Angkat-angkat kening sikit..
3. Kita puji bahawa tangannya sangat kuat dan hebat. Jadi, tolong buangkan tulang ayam, boleh kan! Hehe!


"Pakai sarung tangan ya bang! Nanti takut tangan abang yang hebat itu tercalar"

Ayam tu kita buat macam biasalah. Perap, megikut citarasa. Perlakukan seperti biasa.  Lepas tu, saya salut dengan oat, kerana serbuk roti sudah habis. Yang ini, terpulang mau buat sendiri, atau suruh suami lagi. Agak-agaklah....:D

Antara bahan-bahannya...ikut suka hati. Manipulasikan apa-apa yang tinggal dalam peti sejuk dan stok makanan kering yang ada.

Dipendekkan cerita ya puan-puan. Siap...
Bahan hiasan hanyalah cadangan, bergantung kepada stok yang tinggal. Hahaha...

Itu set untuk diambil gambar di rumah. Anak di rumah dah makan kenyang-kenyang, anak di asrama terkenang-kenang pula. Hati seorang ibu, beginilah. Jadi, kami bungkus dan bawa ke asrama Bin, berkelah di sana. :D
Bin sedang meneliti slip SPM kakaknya, yang baru sampai kepadanya.
Ini dikira jamuan meraikan kakak jugalah...

2 Label: Dunia Cikguku dan Kisah Rumahtangga.
Ahad ini, mahu meninjau-ninjau di sini...





50 catatan pelayar @XIIINAM:

  1. Assalamualaikum:):)

    Satu hari di hujung minggu yang hebat biar pun menagih rasa penat melayan kesibukan namun pasti ada kepuasannya di situ..:):)

    pe2..TAHNIAHHH!!:):):)
    tumpang bangga nihhh;)

    ReplyDelete
  2. Pn KArtini;
    Alhamdulillah...
    Di situlah letaknya kepuasan dan keseronokan sebagai seorang guru dan ibu (isteri) serentak. Banyak tuntutan pengorbanannya tu...ya tak?

    Terima kasih...:D

    ReplyDelete
  3. sungguh saya teringat CkLah tadi, intai gak sebab teringat ada anak dara baru lepas SPM..rupanya esok

    ReplyDelete
  4. sungguh saya teringat CkLah tadi, intai gak sebab teringat ada anak dara baru lepas SPM..rupanya esok

    ReplyDelete
  5. Imanshah;
    Tu lah...kita selalu berselisih bahu di jalan, kan!


    Terima kasih atas info/laporan dari orang yang dah pergi dulu...

    ;D

    ReplyDelete
  6. Imanshah;
    Nampak hebat karnival tu. Tak sabar nak ke sana esok...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dh selesai mesy Agung PIBG..SAMA dgn sek kak sal..

    murah rezki sek kami, YB janjikan kasi rm..rm.. bnyk juga utk peruntukan sekolah..

    ReplyDelete
  8. wah.. makanan.. asyik tengok pic makanan aje membuatkan perut saya lapau.. hehehe.. (^^,)

    ReplyDelete
  9. hebatnya sekolah Cklah dan hebat juga cikgu2nya

    tahniah kepada adikku CkLah dan kakakku yg berkhidmat di sekolah itu

    ReplyDelete
  10. Dia minat nak belajar apa ek?

    ReplyDelete
  11. Sekolah saya dalam Band 6, kahkahkah! Gelak jalah, takkan nak menangis pulak. Suara pengetua pun pitch dah naik macam brek basikal kering takda minyak ja dah.

    ReplyDelete
  12. hari sabtu depan mesyuarat PIBG kat sekolah anak kaklong pulak....


    ciken cop air tangan ibu ada lah yg terbaik baut anak2...

    ReplyDelete
  13. sal;
    Wah...melibatkan orang politik di sekolah tu....

    ReplyDelete
  14. faaein;
    Silakan...makanlah!

    ReplyDelete
  15. ibuintan;
    ...cikgu-cikgunya sntiasa kena perambat!

    ReplyDelete
  16. Aku;
    Bahasa Inggeris, Sejarah dan Sains Sukan....

    ReplyDelete
  17. DinasAldi;
    Tak apa. Kita mengajor je le Dinas ya! Ko-business kita:D

    ReplyDelete
  18. kakLong;
    Buat sendiri, lebih puas dan yakin menjamahnya...hati ibu pun senang tengok anak-anak makan. Kan Long...

    ReplyDelete
  19. salam cikgu
    1. ayam perap dgn oat sangatlah disukai annuar

    2.pastinya anak bujang cikgu rasa seronok sangat merasakan air tangan ibunya.

    3. rajin pak zahan kedapur, pstinya orangnya tertib dan kemas -saya kalah

    4. cikgu di sini juga berPIBG, memang hampir kebanyakan sekolah buat pad hari ini,ya?
    Macam berpakat pula.

    ReplyDelete
  20. macam laporan bursa saham

    ada orang time tensen dia lagi tinggi selera.. hah makan je la

    ReplyDelete
  21. rasanya masih tak terlambat nak ucap tahniah pada Dia

    juga pada cklah, rakan sekerja dan sekolah.

    semoga tahun ini bertambah maju.

    ReplyDelete
  22. Azani;
    1 ikut dan je taruk oat tu. Masak tak ikut peraturan...hehe
    2 Seronok tengok anak seronok menjamah masakan kita kan
    3 Dlm bnyk hal dapur ckZahan lebih teliti dari isterinya. Selalu buat isteri dia rasa segan....
    4 ya, mesyuarat pibg perlu dibuat selewat2nya Mac. Hari ni Sabtu terakhir Mac

    ReplyDelete
  23. cemomoi;
    Hehe. Susah nak faham ya?

    Betul tu. Kalau selera ckLah tinggi, tu tandan sedang stress. Tapi, selera memasak je yang naik. Selera makannya idak juga.

    ReplyDelete
  24. kakngah;
    Terima kasih lah Ngah....
    Seronok sehari dua je. Lepas ni kena memikior masa ke depannya ni...

    ReplyDelete
  25. Salam ckLah... teringat masa anak akak kat asrama dulu... hari minggu pepagi dah bangun masak lauk kegemarannya... sebab rasa tercekik tekak ni bila anak2 tak dpt makan masakan kegemaran diorang.

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum.
    Tahniah buat ckLah dan sekolah yang 'diwakili'. Semoga sentiasa maju. Hari ini lebih baik dari kelmarin, esok lebih baik dari hari ini.

    Tahniah juga buat tersayang yang baharu dapat keputusan SPM. Semoga dapat IPT yang sesuai untuk melanjutkan pelajaran. Tahniah.

    Terliur tengok makanan yang sedap tu.

    TQ

    ReplyDelete
  27. padat lagi likat aktiviti cklah :)
    xmenahan betul tgk jagung tu....

    ehhh...org cite psl chicken chop kita nampak jagung je pulakkan


    ;)

    ReplyDelete
  28. ckLah cikgu yg dihormati...
    tang NKRA tu saya tak faham..hihihi..

    Tang Chicken Chop tu.. saya faham.. sedap tu.. orang kate, kat T. Intan tu ade restoran Sutera..ape ntah.. yg sedap CC nya..

    Anak ada yg SPM ye.. tentu cemerlang insyaallah..

    ReplyDelete
  29. aNie:
    Mak-mak macam tu lah, ya dak!

    ReplyDelete
  30. Admin p&p;
    Terima kasih. Harapannya begitulah.

    Makanan kegemaran anak2. Kenalah juga cuba masak sendiri. Cemburu pula nanti kalau anak2 lebih menggemari masakan orang kedai...

    ReplyDelete
  31. ms Lilies;
    Tak apa, jagung tu masih maujud dalam gambar yang ditayang-tayang, kan! Hahaha...

    Nampak apa lagi? Botol air mineral? Songkok Nabil? Hahahaha

    ReplyDelete
  32. a samad Jaafar;
    Kedai Sutera .....tu pemiliknya dah jual kpd orang lain. Masalah dalaman. CkLah pernah tulis entri bertajuk 'Surat Buat Haleeda'. Haleeda (bukan nama sebenar)adalah kawan ckLah yang jadi pemilik asal Restoren Sutera......... Itu.

    Boleh tahan juga Chic Chop mereka. Dah pernah rasa, tapi mahal bebenor. Satu set RM15. Anak ramai dan jenis makan bertambah, memang kena buat sendiri...

    ReplyDelete
  33. sekolah saya kurang kerjasama sbb tu NKRA tak baik...
    Bukan apa, tak suka pengetua...
    hari tu buat LDP, barulah jelas tentang NKRA...nampaklah perubahan sikit....

    P/s: Terima kasih krn sudi membetulkan kesilapan ejaan saya tu...blog cikgu2 yg muda2 banyak dipengeruhi bahasa cincai...macam saya dan cikgu2 yang seumur saya nie dah tak guna bahasa seperti itu...dan kalau boleh mahu memartabatkannya...

    ReplyDelete
  34. CTE:
    Tak suka pengetua? Apalah sebabnya tu ya! Pasti hilang sedikit 'keseronokan bekerja' kalau ada situasi begitu, kan!

    Terima kasih kerana terima teguran ckLah. Bukan semua orang boleh ditegur.Bukan ap-apa CTE, apabila kita sudah mengaku di blog bahawa kita seorang cikgu, ada tanggungjawab yang kita bawa sebenarnya. Kita tak tau siapa yang membaca tulisan kita. Bukan tanggungjawab guru BM saja.

    Dibimbangi, ada budak sekolah yang keliru dengan bahasa cikgu.

    Terima kasih ya CTE!

    ReplyDelete
  35. kami pun meting pibg juga semalam...perghh ada drama tu...siap hentak2 meja lagi...!

    ReplyDelete
  36. salam ckLah..
    semoga ceria bersama keluarga tercinta..

    amboii..ayat manje2 panggil husband tu..dahsyat...hehe..boleh jadi tips ni..hehe

    ReplyDelete
  37. Tahniah utk cikgu2 n staf sk cklah......moga terus maju...

    itulh hati seorg ibu, time makan ingat anak2 yg jauh.....

    ReplyDelete
  38. salam kenal...ck lah...
    terima kasih berkunjung ke blog saya...sy pun dah follow ck lah...
    saya sgt mengkagumi kerjaya seorang guru...jadi, sy juga kagum pada ck lah...

    ReplyDelete
  39. wokeh.. jujurnya.. perenggan satu tu faham sgt la.. tugasan WAJIB cklah.. hahahaha... tapi, perenggan dua dan tiga tu.. buleh angguk-angguk geleng-geleng je la.. angguk sebab tgk banyak betul tugasan guru2 ni eh.. geleng sbb, huish.. banyaaaknya tugasan guru skrg nih weih.. huhuhu..

    part buat chicken chop (disertai air tangan suami tersayang tu), mmg sgt2 harmoninya, sampai terasa nk menitik air liur ni hah!.. sluuurrrppp... kehekhkeh...

    tapi, bila tgk anak2 yg berkumpul tu (dgn makan bekal dari ingatan si ibu..) rasa gembira dan terharu sgt.. bahagia sampai nk menitik air mata.. sob sob .. :)

    semoga Dia memperolehi tempat yang diminati dan diingininya... ameen.

    ReplyDelete
  40. label satu tuh pening sket nak membacanya... label ke-2 kinat tentang bab cara2 nya. hahaha, ada skill tersendiri eh?

    ReplyDelete
  41. Assalam cKLah..
    Dah 2-3 kali saya baca n3 cikgu, tapi sampai kat chiken chop tu.. menelan air liur je.. memang kesukaan saya. Kalau balik ke Kedah, pasti ke Tesco. Cari chiken chop.. sos lada hitam biar banyak.. aduh. Nyaman..

    ReplyDelete
  42. serupa dengan mem.. kalau nak amkan2 mesti cukup korum.. anak di asrama pun nak di angkut sekali keluar makan hehe

    ReplyDelete
  43. salam ziarah...
    saye folow kembali ye...

    ReplyDelete
  44. CkLah,

    kiranya chicken chop tu CkZahan la yang buat ek? :D

    kena belajar jugaklah macam ni..

    ReplyDelete
  45. salam cklah,
    tadi tumpang baca banyak entri. er.. dah pening nak komen apa. hehe..
    saya tak tau pasal skolah, tapi tahniah saya ucapkan.
    Buat yang baru mengambil result SPM, moga terus berjaya dalam hidup. :))
    kat sini,ada jual ayam yg siap dibuang tulang. hehe..

    ReplyDelete
  46. berselera nampak..kalau buka retaurant...tak menang tangan ni..

    ReplyDelete
  47. slm CKLah...rindu kat belog ni ngn tuan tanahnya....
    singgah menyinggah la nih....
    :)

    ReplyDelete
  48. tahniah utk kakak....
    n utk band sekolah akak....
    and utk chicken chop home made yg nmpk berselera tuu....

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikom ckLah!
    menyinggah utk berkenalan.. :D
    tahniah atas keputusan SPM sekolah & Dia!
    aiishhh mlm ni nk cari chickenchop le pulak rasenye hehe..

    ReplyDelete
  50. tahniah untuk Dia dan ckLah sekeluarga, mesti cemerlang kan?

    tahun ni, sekolah kami agak malang sikit... takpelah.. usaha lagi agar pencapaian 2011 ni meningkat..

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...