Penat ya, beberapa kali keluar masuk @Laman Maya ckLah tapi tiada apa-apa cerita ceria mampu saya suguhkan sejak beberapa hari, kan! Lebih-lebih lagi kepada mereka yang baru mengikuti atau mengenali @Laman Maya cklah. Maaf ya, kerana anda hadir di saat keterujaan berblog saya sedang menurun. Harap anda tak menyesal ya...
Saya sudah semak rekod keluar masuk @Laman ckLah sepanjang beberapa hari ini. Terima kasih kepada yang masih sudi menyapa di ruang komen meski ckLah sudah lama tidak mengunjungi laman kalian.
Kenal ckLah lagi tak ni?
Kalau dah tak kenal, ini ckLah letak gambar terkini....(Ceh...gombal lah ckLah ni!)
ckLah di sini, Alhamdulillah. Masih mampu bercanda dengan Sang Arjuna Hati di bawah rembang mentari. Saat kepenatan, boleh duduk sandar menyandar di perdu pohonan pinang raja, berkongsi sebungkus air jambu batu campur asam boi, dan berebut-rebut helaian tabloid percuma yang diedarkan di hadapan pintu masuk , sambil tangan gatal menguis-nguis rerumput yang menghijau (sesekali mencabutnya...hahaha)
***Aksi sementara menunggu anak-anak yang sedang mencari maklumat dari 'booth ke booth' di ruang pameran Karninal Pengajian Tinggi Negara di Ipoh yang sesak bagai sardin, Ahad lepas)
______________________________________
***Untuk beliau yang bertanya kenapa ckLah lama tak menyapa dan bercitra ceria @Laman Maya. Boleh tak entri cerita kosong macam ni? :D
Entahlah, mutakhir ini, ckLah rasa kurang bermaya untuk bermaya-maya @ Laman Maya ckLah ini lagi macam dulu. Tanda-tanda penuaan ni! Bukan merajuk, bukan marah, bukan membawa diri atau berkecil hati.
Ada sesuatu yang sedang mencucuk-cucuk. Bukan pasal kes cucuk-cucuk di luar blog seperti yang pernah diberitahu kepada saya itu. Yang itu saya tak ambil pusing. Sekarang bukan masanya untuk melayan hal-hal remeh. Ada cucuk-cucuk lain pada dada kiri sebelah atas sejak seminggu dua ini. Tapi tak apa, kerana masalah itu telah dirujukkan kepada yang pakar, dan kini dalam kawalan. InsyaAllah.
Saya terima rasa yang mencucuk-cucuk pada dada kiri sebelah atas yang seakin kerap menyapa mutakhir ini, sebagai amaran dan peringatan dari Dia, Yang Maha Memiliki. Peringatan tentang banyak perkara dalam hidup saya yang belum selesai. untuk saya, untuk keluarga saya, untuk tugas saya dan paling utama untuk anak-anak saya. Peringatan tentang indeks kesihatan saya yang memang tak selancar orang lain. Tak payahlah cerita secara terperinci ya! Kepada rakan-rakan di luar blog pun, saya tak cerita. Cerita tak seronok, tak payah kongsi...
Cucuk-cucuk lain, saya letak di tepi....terima kasih sajalah kepada yang terlibat! Kita memang tidak pernah mengenali di luar dunia maya...jadi, tak ada apa-apa yang perlu dimaafkan.
Cucuk-cucuk satey pun, saya letak tepi, kerana saya memang harus menjauhinya secara total!
Cucuk-cucuk yang ini, saya kena layan, kerana itu sudah dan akan menjadi rutin sepanjang hayat saya yang masih berbaki.
Sekiranya tak berapa nampak lagi kelibat ckLah di dunia maya sementara ini, maafkan segala salah silap saya. Doakan kesihatan saya juga, meski kita tak pernah kenal di luar @Laman Maya ckLah.
***Ketika sedang menyemak ejaan dalam entri ini, mendengar berita di TV Dato' Malek Noor , antara ikon sihat saya, dikejarkan ke ICU Hospital Ipoh, setelah diserang sakit dada ketika menjadi penjaga gol sebuah perlawanan persahabatan di Ipoh petang tadi. Simptom yang sama....semoga beliau selamat.
(Kun Fa Ya Kun...kata Tuhan, meski kita sudah mengambil langkah-langkah sewajarnya dan kelihatan sihat dan gagah, tiada yang dapat mengatasi kuasaNya.)



cklah...
ReplyDeletewalau entry mu ini agak mendalam..ku tahu dikau kurang sihat kesejahteraanmu..(aku membaca sambil menitiskan air mata)
kuatkan semangatmu melawan penyakit....semoga cklah sihat sejahtera,
walau kematian itu pasti...teruskan dgn kehidupanmu....
insyallah...kita pasti bersua lagi..amin
Semoga kesihatan ckLah bertambah baik
ReplyDeletetake care cklah..
ReplyDeletejgn lasak2 yek...
moga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik2
:D
assalamualaikum ckLah..
ReplyDeleterindunya pada ckLah
jagalah kesihatan kerana itu kewajipan kita, dahulukan yang menjadi keutamaan
semoga ckLah terus diberi kesihatan yang baik
السلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteMoga ckLah sihat hendaknya..
Saya pun sejak akhir-akhir ni kurang bermaya untuk berjalan di alam maya lantaran kurang sihat dan sebagainya..
cklah ada sakit jantung ke?
ReplyDeletemak saya (cikgu juga) baru je last year masuk 'stent' sebab saluran darah jantung tersumbat. simptom yg sama, admit di hosp tk,intan, tp buat stenting di Penang. Yang jadi cikgu ni senang stress gamaknya.
saya doakan kebaikan, kesihatan semua....termasuk cklah.
CkLah jaga diri baik2 ya. Semoga kesihatan CkLah akan stabil, insyaallah. Rindu padamu, kakak.
ReplyDeletemasih kenal cklah lagi..
ReplyDeletecuma kalau berlanggar bahu tu.. belum cam.. :P
bila umur dah meningkat, penyakit banyak mengetuk pintu minta kebenaran masuk...tetapi ada pulak yang dah masuk senyap2...tu yang sangat bahaya...
ReplyDeletesaya punn cuma jejalan aje kat sini...minggu ni agak kepenatan...slpas majlis PIBG sabtu lepas, stand by tuk majlis watikah pengawas yg dah tertuna pd isnin nanti...
mulalah sakit kat dadalah, sendi kakilah dan mcm2..
tu hal saya tapi dlm hal ckLah, jagalah kesihatan tu...
bersabarlah....
semoga cikgu cepat sihat.
ReplyDeleteharap-harap dijauhkan drpd segala mcm penyakit jantung.
ckLah yg dihormati..
ReplyDeletesaya dan tentu saja kwn2 yg lain mendoakan kesihatan cikgu.. memang kena kawal makan tu..barangkali amalan kerap berpuasa boleh membantu.. err..kata org laaa..
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletesemoga tidak ada apa-apa yang membimbangkan... Allah kurniakan ujian kesihatan kerana Dia sayangkan CkLah...
ReplyDeletesalam rindu untuk cklah.
ReplyDeletesemuga cklah dan keluarga berada di dalam dakapan kasih sayangNYA.
Salam Cikgu,
ReplyDeleteAda yang kata, lagi banyak diguna, lagi cepatlah rosaknya*...maka, kurangkan bersenam.... hahaha
(*kajian terhadap spesis-spesis yang hidup secara 'slow phase' dapat hidup lebih lama)
salam ckLah..
ReplyDeleteitulah..tertanya2 juga..lama ckLah menyepi..hehe..
rindu bangattttttt..:)
apepun saya doakan semoga ckLah sihat sentiasa dan tabah mengharungi ranjau kehidupan ini..
Salam..
ReplyDeleteLama memang tidak menjengah ke laman Ck Lah dek kesibukan kerja luar ke sana dan ke sini..
Moga Ck Lah terus kuat dan sihat untuk hari2harti yang mendatang..
Moga dapat menjalankan tanggungjawab yang tergalas dengan jayanya, insyaAllah..
SALAM,
ReplyDeleteMENDOAKAN KESIHATAN CKLAH SENTIASA DALAM KEADAAN YG TERBAIK. AMIN !
selama hari jumaat ckLah
ReplyDeleteassalam,
ReplyDeletesemoga cklah sihat dan tenang sentiasa..take care
La Haulawa Quwata illa billah..
ReplyDelete'Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah'
Innalillahi Wainnailaihi rajiuun..
'Dari Allah kami datang, kepada Allah jua kami kembali'.
Sungguh damai melihat kesantaian cklah dan pak zahan.. ,'lepaking' dgn keluarga adalah terapi minda yg sanga luarbiasa nikmatnya.. (tolak segala cucuk sakit fizikal atau cucuk sakit emosi (huhuhuhu).. kembalikan segala rasa pulang kepada Allah.. kan..)
..masalah, musibah, penyakit itu juga makhluk Allah.. di arahkan datang atas perintah Allah.. kepada yang telah ditetapkan... dan 'mereka' tidak pernah membantah arahan Yang Khaliq..
..justeru, kita pun tak boleh menyesalinya.. kan cklah kan..
Hasbunallah Wani'mal Wakil..
(tgh motivate diri sendiri nih.. hihihi).
Semoga ketentuan-Nya itu memberi peringatan dan mampu menyucikan hati kita semua.. ameen.
... will gonna miss U.. and will look at the picture whenever am thinking of U, a lot.. hihihi...
:D
;)
<3
.
Assalamualaikum ..:)
ReplyDeleteBila menjangkau usia..
begitulah kitakan
kecergasan dan nikmat yang dianugerahNya
perlahan2 diambil..
Itulah lumrah utk hambaNya kan sis..
Anyway..Take care
my prayer for you...
ReplyDeletemoga kembali sihat sejahtera...
kak raza, please do take care...
ReplyDeletesalam ck lah
ReplyDeletesemoga ck lah sentiasa sihat dan sentiasa dibawah pengawalan Rabbul Jalil....
ujian ALLAH buat yang dikasihi-NYA.. betapa kasihnya DIA pada cklah.. saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan cklah sekeluarga.. :)
ReplyDelete**cklah, saya pun dah semakin tak bermaya untuk berblog.. petanda usia meningkat jugakah? eh, umur siapa yang semakin menurun? he he he
Saya pergi karnival tu hari Sabtu. Ala, rugi tak pergi hari Ahad. Kalau tak boleh jumpa cikgu.
ReplyDeleteharap ckLah tak mudah putus asas, teruslah jaga kesihatan diri... saya doakan ckLah diberikan kesihatan yang lebih baik lagi...
ReplyDeletesekarang ni penyakit tak kira usialah...risau betul...jaga kesihatan ye cklah...doakan yg baik2 saja...
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu,
ReplyDeleteMacam hindustan duduk bawah pokok berdua-duaan. Anak saja tak nak kacau sebenarnya. Hehehe...
Moga cikgu tabah dan kental mengharungi hidup walau kena cucuk sana-sini. Ngeri kakak membayangkan.
p/s: pernah tak ckZahan tolong cucuk jarum tu ke lengan cikgu?
Kesian makcik ku ini. Kuat cik. jangan difikirkan sangat masalah tu. Kami semua memahami, dan menyokong cik Lah.
ReplyDeleteselamat rehat ckLah...moga sihat-sihat hendaknya dan dirahmati Allah selalu...AMIN
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteApa khabar puan?? Semoga sihat adanya..
Macam kenal beg itu, ku juga dapat, tapi warnanya ungu gitu.
Kalau sesekali jemput sebagai penceramah di STAR bisakah??
Aslmkm ckLah.
ReplyDeleteTerkedu sayu!
Hakikatnya setiap kita mesti melalui jalan berliku dari Dunia menuju Akhirat.
Kita semua hanyalah hambaNYA .. semua punya kita hanyalah kemudahan=pinjaman saja.
Walaupun laluan sama, kemudahan kita berbeza.
Semakin jauh langkah meniti usia, semakin banyak kemudahan yang ditarik semula.
Sabar, tabah dan redha serta berusaha sajalah memaksimakan kemudahan yang masih ada.
Insya Allah kita mendapat rahmat keredhaanNYA.
Maaf zahir batin juga.
dia cucuk tang sini... dia cucuk tak situ... tang sini.. tang sinunnn
ReplyDelete:)