'Bin' namanya?
Tak lah, 'Bin' ayahnya, kerana dia lelaki.
Dia menyambut harijadinya di lapangan memanah sepanjang hari ini. (Sambungan cerita sebelum ini.) Sudah 3 hari dia berkampung di venue Kejohanan Memanah MSS Negeri Perak, di Bandar Seri Iskandar ini.
Selamat hari jadi Bin.
Bagaimana kekuatan kamu menarik busar panahmu?
Bagaimana kamu fokus arah tuju panahanmu?
Begitulah juga doa dan harapan ibu, semoga kamu sentiasa kuat dan fokus dengan usaha kamu dalam pelajaran dan kehidupan kamu.
Hadiah dari ibu?
Errr.....ini dua pasang kasut baru ibu bawa. Kira hadiahlah juga kan kerana kebetulan diberi semasa tarikh hari jadi....
Menggantikan kasut sekolah hitam yang sudah 'nyawa-nyawa ikan' itu, dan kasut sukan yang katanya sudah nazak. Ini bukan nazak lagi Bin, ini dah kira bangkai!
Ya ampun, anak aku.....! Mulutnya, payah amat mahu meminta sesuatu...meski sudah begini terdesak! Kalau ibu tak datang menerjah kemnya, mengintai dia memanah kelmarin, memang ibu tak tau dia ada masalah kasut sukan...
... kasut yang dibekalkan guru olahraganya tiada yang muat! Kakinya bersaiz 9!!!
Hadiah ibu dan abah, adalah kejutan kehadiran ini, untuk menyokong kamu, dalam apa-apa juga bidang yang kamu ceburi. Dan, dalam perjalanan pulang dari Seri Iskandar tadi, kami singgah ke Kompleks Sejarah Pasir Salak. Anak cikgu Sejarah...kan!
Mengimbau kedatangan kami masa 4 permata hati kami masih kecil. Semua nak jalan dengan abah...Bin yang berbaju kuning itu.
Datang lagi, mereka dah besar, semua nak jalan dengan abah juga...Bin masih berbaju kuning, baju T percuma untuk pemanah dari PPD Hilir Perak.
| Anak-anak dah besar...pokok kelapa di belakang pun dah besar... ABAH JUGA YANG TAK BESAR-BESAR... |
![]() |
| Nasi Arab dan Ayam Penyet jadi juadahnya malam ini... |
Selamat hari jadi, Bin!
Rasa baru saja ibu teresak-esak kesakitan melahirkan bayi lelaki seberat 4 kilo ini...
Budak yang berkhatan ketika berusia 5 tahun ini, kini dah 14 tahun.
![]() |
| Ketika berusia 7 hari, bersama abah dan dua kakaknya, Dia dan Diba. (14 tahun yang lalu :D) |
***Malam ini semua kena tidur cepat. Esok pagi-pagi nak ke PWTC, memborong buku di PBAKL2011.



alahai mujo masuk sabda, kalau masuk star, susah lah, sebab sukan memanah sukan kelas ke dua..huhu
ReplyDeletejgn marah..jurulatih pun takde, anak panah pun nyawa2 ikang
4kg???
ReplyDeletekussss semangat!
tengokkan dua gambar tu.. terasa sungguh masa berlalu cepat sangat....
ReplyDelete*nampak ckLah kat PWTC tadi* hi hi hi...
wahhhh...
ReplyDeleteNi boleh lawan Robin Hood ni.. hehe...
Hepi besdei utk putera CkLah..
Assalamualaikum ckLah..
ReplyDeleteSelamat hari ulang tahun kelahiran BIN..
imanshah;
ReplyDeleteTak apalah...mampu Bin cuma kelas ke dua. Sekolah pun sekolah kampung...
Ngah;
ReplyDeleteYa Ngah...koyak rabak dibuatnya...
:D
cikguNurin;
ReplyDeleteSiapa yang cikgu nampak tu? Esok baru ckLah pi sana...
:D
Kak Azz:
ReplyDeleteRobin Hood Jawa..
Abdul Razak;
ReplyDeleteTerima kasih atas ucapan ustaz...
selamat hari ulang tahun BIN....!
ReplyDeletebaik nya kamu...sukar nak tengok anak yg meminta-minta skrg...bertuah sungguh cklah yer!
He he..Cikgu Nurin Lagi..
ReplyDeleteSaja ngusik kome...
Be ready mentally and physically tau ckLah..sesak napeh..ghame umat kat PWTC...
selamat hari jadi utk bin... selamat memborong di PWTC..
ReplyDeletesalam Cikgu..
ReplyDeleteselamat hari lahir buat Bin..
realiti sama pula tarikh dengan
Mrs saya hari ni..
:)
cikguNurin;
ReplyDeleteYa ya...dah sediakan perisai. budak2 dah faham bebenor sebab setiap tahun pergi. Dah jadi acara tahunan keluarga...
Long;
ReplyDeleteTerima kasih atas ucapan. Mmmm...macam maknya...hehe
zino;
ReplyDeleteTerima kasih....borong, jangan tak borong.
:D
zulkbo;
ReplyDeleteoooo, selamat hari lahir buat isterimu juga.
selamat hari lahir untuk anaknya 'bin'
ReplyDeletemoga 'bin' murah rezki, panjang umur ,hidup diberkati dan dirahmati Allah hendaknya...begitulah juga dgn keluarganya yg sentiasa prihatin dgn 'bin'....
Selamat Ulangtahun Kelahiran BIN.. Moga terus menjadi anak yang cemerlang.
ReplyDeleteCKLAH... nanti jumpa di PWTC eh..:)
happy birthday Bin.
ReplyDeletekpah semalam pegi pwtc. Orang.. ya Allah.. macam ulat. Lemas kpah. Dan malamnya sengsara kedua belah kaki ni.
Selamat menghabiskan duit gak pada cklah..
Assalamualaikum ckLah
ReplyDeleteselamat ulang tahun bin
moga menjadi anak yg soleh
SELAMAT HARI PEKERJA
Wassalam
tabik sama cklah...
ReplyDelete4kg???huhuhu
saya merasa time syira je...tu pun 3.11kg...rasa mcm nak putuih napas
Assalam cikgu
ReplyDeleteSalam ulangtahun untuk perwira sulung Cik Zahan
Semoga panjang unur dan murah rezeki
sekarang memanah, nanti bila berpedang, amalkan laqad jaa akum....ya nak..
selamat ulang thn utk 'bin'. semoga terus cemerlang dunia n akhirat...amin!!!
ReplyDeleteSelamat hari lahir Bin..moga membesar sihat menjadi anak yg soleh..
ReplyDeleteSelamat menyambut ulangtahun kelahiran, Bin!
ReplyDeleteMak datuk, kasut dia udah teruk bebenor! Sakan sungguh dia bersukan tu!
very touching!
ReplyDeletebila tguk gambar masa anak2 masih kecik dgn yg dah sama besar dgn abahnya...seronok tenguk
p/s kesian ckLah tk dapat membeli di pesta buku..memang ramai sgt2 nak memilih pun berasak2...
Terima kasih ya kalian....
ReplyDelete