Suka tak?

20110531

Entri blognya yang itu, mendapat anugerah di peringkat negeri...(setelah dimurnikan plot dan teknik plotnya)

Pada hari guru lepas, saya ada memaparkan pautan ke blog anak bongsu saya  , Nuha. Ramai juga yang telah membacanya.

Bukanlah mahu  mempromosikan blog anak yang belum matang itu, tapi, waktu itu saya memang tersentuh amat dengan cara anak saya menyambut hari guru. Di kala kanak-kanak lain sibuk meminta duit ibu untuk membeli hadiah itu dan ini buat guru mereka, anak saya yang ini sibuk mengarang sesuatu untuk setiap gurunya....ada sajak, ada pantun, ada cerita pendek, dan ada juga yang diberinya puisi!

Hanya catatannya untuk cikgu Nona,  guru yang terpaksa bergerak di atas kerusi roda, tetapi punya jiwa yang begitu besar untuk mendidik anak-anak muridnya  itu Nuha masukkan ke dalam blognya.

Cerita Nuha dalam blognya yang pendek itu, tidak cukup untuk meluahkan semua. Terlalu pendek, tertahan-tahan, dan takut-takut....

Lalu, saya bimbing Nuha untuk memurnikan 'cerita pendek'nya itu. Saya ajari dia, menulis semula plotnya dengan memasukkan elemen-eleman penulisan kreatif seperti teknik kejutan, suspens, imbas kembali, monolog dan dialog. (Dengan bantuan kakaknya, Dia sebenarnya)


Saya tunjukkan kepada dia, cara memainkan bahasa agar indah dibaca dengan memasukkan unsur-unsur metafora, hiperbola dan personifikasi.


Saya selitkan tema dan persoalan yang lebih mantap dan jelas, di samping nilai kemanusiaan dan kasih sayang....serta pengajaran.


Saya ajari budak kecil ini, bagaimana mahu menjadikan penulisan sebagai medium meluahkan perasaan dengan cara yang bermoral. Tidaklah nanti sudah dewasa baru kemaruk menulis ayat-ayat yang sakarstik, mencarut , dan bahasa yang hancur dalam laman-laman sosial, kerana masa kecik tak jumpa laman web!!! .
(saja merahkan tulisan berlatar hitam)


Kata orang, melentur buluh biarlah dari rebung. Kalau sudah menjadi buluh kasap, tentu payah mahu bentuk! Betul, kan pendapat saya? Kan?

Saya memang guru Bahasa Malayu SPM, tapi untuk mengajar Nuha menulis cerita bahasa Melayu memang sukar amat. Tabik kepada guru BMnya (yang juga memang bekas murid BM saya). Dia akan berfikir dahulu dalam bahasa Inggeris dan menterjemahkannya dalam BM. Langsung tak sedap ayat terjemahannya. Kata cikgu BMnya, ayat BM Nuha macam sarikata drama Cina, kat TV!

Nuha, anak Jawa jati ini lebih suka bergaul dengan rakan yang bukan Melayu, dan berkomunikasi dalam BI. Saya akan terus berusaha untuk lentur rebung yang ini untuk menguasai penulisan BM sewajarnya... InsyaAllah.
BFF 1 Malaysia Nuha, dari usia 5 di Tadika sampai sekarang
(Ini masa darjah 2)

Dipendekkan cerita....

Akhirnya, catatan buat cikgu Nona yang telah dimurnikan itu, telah mendapat pengiktirafan ini apabila saya berusaha menghantarnya kepada pihak penganjur.

Itulah yang saya maksudkan dalam entri sebelum ini.




...bagaimanakan plot cerita Catatan Buat Cikgu Nona itu setelah dimurnikan? Maaflah, saya tidak boleh menyiarkannya di mana-mana, kerana karya itu telah mendapat hakcipta untuk dibukukan di dalam sebuah antologi khas.


Nuha ke lokasi majlis itu di Ipoh jam 7 pagi dengan cikgunya. Dia terpaksa menjalani upacara raptai dahulu pada jam 9 pagi.

Majlis mula jam 2 petang. Saya tiba di sana jam 3:10 petang. Menteri Besar sedang berucap.

Dari kanan, ke kiri, ke belakang dewan, saya cari Nuha di celah ribuan guru dalam Dewan Bankuet yang besar  itu. Tak jumpa...(Tak malu sungguh ibu Nuha ni)
(Berita tentang ini ada di Berita Harian 2 Jun, halaman 20)

Akhirnya, saya menyebok di konti  guru-guru Media yang sedang membuat liputan...tengok dari situ baru jelas, kerana pentas nun jauh di hadapan...

Baru turun dari pentas...muka serius : "Manalah ibu tak datang-datang ni?" Dia tak sedar ibunya ambil gambar.
Dah nampak ibu baru senyum...
Tanda...
Nuha sedang menerima hadiah dari Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri Dr Zambry dalam majlis yang gilang-gemilang di Dewan Bankuet Ipoh.

Dah...dah...dah...jom balik!!!


"Errrr...ini bukan kira promote anak dalam blog ke ckLah?"
?
?
?
?
?

"Entah! Kita makan dulu....!!!" Hehehehe...
"Akak 'jeles' tau!" Usik Diba.




Catatan entri terakhir Mei, tanggal 31, 2011.

105 catatan pelayar @XIIINAM:

  1. Tahniah! Tahniah! Tahniah!

    Kalu saya, 3 hari 3 malam saya tulis entri pasal dia....

    sebab apa?

    sebab dia anak saya!

    kan?

    ReplyDelete
  2. Weyyyy gua lapat nomot satu wooooo! podium juara!

    ReplyDelete
  3. Gua kan, kalu sudah dapat jadi juara, misti mau komen manyak-manyak punyaaaa...

    ops! ini blog cikgu Bahasa daaaaa..


    lariiiiiiiiii (ke belakang pentas)

    ReplyDelete
  4. AYU nomot 3.. hahahahaha kalahhhhh yeyyy!

    ReplyDelete
  5. tahniah utk anak cklah...
    mmg bangga jika itu anakku......

    terbaik

    ReplyDelete
  6. eik....... kak azie... mengelat...
    yang pasti ayu nak komen gak....

    tahniah... tahniah.. tahniah

    nielah yang terbaik, nak gak baca karangan nuha.... utk cikgu nona

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah mudah-mudahan lahir sorang lagi pendita seperti zaaba, aliran inggeris yang kuat jati diri melayunya

    ReplyDelete
  8. Assalamu'alaikum ckLah
    Tahniah! Semoga Nuha terus cemerlang. Pamane melu ndongakne kok.

    ReplyDelete
  9. tahniah ckLah dan Nuha..

    ke mana lagi tumpahnya kuah,.. kan

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum ckLah

    saya bangga lahir di T Intan

    Tahniahhhhhhhhh

    Wassalam

    ReplyDelete
  11. SAYA SANGAT BAHAGIA BACA ENTRI INI!!.. Tahniah Ibu Nuha!.

    Kalau masuk bab mak ayah.. anak-anak.. SAYA SANGAT SETUJU MEREKA DIPROMOTEKAN! (perihal kebaikan..)..
    bukan untuk tujuan 'komersial' atau nak RAIH UNTUNG.. tetapi dgn nawaitu supaya ada di antara amalan kebaikan itu menjadi contoh dan teladan bagi ibu bapa dan anak-anak di luar sana yang membacanya!.. (lantak le org nak kata apapon, kalau rerasa MELUAT TU, sila tekan butang pangkah!!).

    SEMOGA CATATAN CKLAH INI DITERIMA ALLAH SEBAGAI IBADAH DALAM MENTARBIYAH JIWA MANUSIA DAN MENDIDIK INTEGRITI INSAN, PEMANGKIN MASA DEPAN NEGARA! (juga kepada ibu bapa yang raaamaaaiii sgt sibuk berhajat nak hantar anak2 ke dunia GLEMER seperti segala AKADEMI "FULUS" semua tu!!.. haish..)

    TAHNIAH NUHA!..
    (A.Tiny pun 'jeles' kat nuha.. semoga anak2 a.tiny punya semangat menulis seperti nuha dan Ibu nuha itu.. ameen). :)


    note : nak pegi carik la buku antologi tersebut!
    (ke, Ibu Nuha nak hadiahkan?.. hahahahaha.. soalan ini kategori apa eh?.. hiperbola?.. klimaks?.. alaaa.. luupaaa aaa.. dh lama tak praktikkan.. huhuhu...)


    :) :) :)
    <3

    ReplyDelete
  12. tahniah..kemana tumpahnya kuah kari kalau bukan di dalam nasi briani..

    ReplyDelete
  13. Wahai ibunya si Nuha...sudilah kiranya dikau mengadakan satu GA dimana hadiahnya adalah merupakan sebuah antologi yang terselit ceritanya anakmu Nuha yang bijak laksana itu...

    Sungguh sangat sejuklah perutmu itu mengandungkan akan dia...

    Ha ha ha..itu masuk kategori bahasa bola apa tu ckLah? Teman bab-bab berbahasa ni, amatlah 'fail'nya...

    Tahniah, tahniah,tahniah....anak teman dah lama merengek suruh dibuatkan blog, tapi teman buat 'nohennn' je...sian dia...nanti nak ajarlah..

    Tahniah lagi buat Nuha, berpotensi besar tu...
    Tahniah juga buat mike yang berjaya mendidiknya sehingga ke peringkat itu...

    Ermmm...ckLah...terima kasih yeee..'yang itu..'

    ReplyDelete
  14. TAHNIAH Nuha....moga terus suksess.

    ReplyDelete
  15. Tahniah Nuha. Nuha memang seorang yang berbakat. Tahniah pada cklah kerana mengasah lagi tajam bakat yang ada pada nuha.
    Adei.. makcik pun jeles nuha..

    sapa yang tak bangga cklah weh...

    ReplyDelete
  16. iyer iyer...kaklong ingat entri itu,malah pergi ke blog nuha baca puisi tersebut,walaupun tak faham BI,tapi paham sikit2...heheheh!!!
    rupanya dapat anugerah...!
    tahniah nuha..!
    anak2 seperti ibunya....bijak!!!!

    ReplyDelete
  17. ooo..
    jemputan pasal menang n3 rupanya..congrats nuha..mmg best pun cerita cikgu nona tu..tahniah pada ckLah juga..

    ReplyDelete
  18. kadang2 rasa malu bila karangan kanak - kanak seusia nuha lagi bagus dari orang yang dah tua bangka macam saya ni. kemahiran karangan entah kemana!

    ReplyDelete
  19. hah..! empat ikat kertas esei..

    Alaaaa.. anggap je semua tu umpama beratus-ratus entri dalam satu blog yang indah... hahaha

    ReplyDelete
  20. bila tgk nuha dalam seragam itu nampak dia lebih dewasa dari usianya. Tahniah nuha.

    ReplyDelete
  21. tahniah Nuha!

    alahai ckLah, jauh sgt port ambik gambar Nuha ngan MB tu. lain kali gi la dekat2 kt area jurukamera tu...heheh..

    ReplyDelete
  22. Tahniah ckLah, saya pun tumpang rasa bangga :)

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah dapat kakak tengok Nuha ambil anugerah. Didikan dan ibunya juga Nuha berjaya. Kakak baca blog Nuha yg cikgu katakan sebelum ini. Teramat cantik kalau dikira dari usainya yg baru 10 tahun.

    Memang patut pun Kak Diba jeles. Tapi hatinya tetap bangga adiknya berjaya.

    Tahniah Nuha!!...

    ReplyDelete
  24. tahniah nuha....

    setuju dengan komen kakTiny.

    nanti dah keluar bukunya, update lagi tau. mungkin berkesempatan membeli.

    ReplyDelete
  25. Tahniah adik kak Syasya! Bangga! Nanti kak Syasya cuti, kak Sya belanja ya! Ibu bayar. Hehe

    ReplyDelete
  26. Tahniah Nuha..juga tahniah CkLah..Sally bab nak ajar penulisan ni mmg GAGAL..huhu..

    Promosi anak d blog???? Blog siapa??? Blog ibu si anak kan???? Orang lain tak perlu kecoh okay..:)

    ReplyDelete
  27. kena berguru dgn cklah ni...supaya saya dpt didik anak2 saya dgn lebih baik..


    bangga tau ada anak macam anak2 cklah..


    tahniah nuha!

    ReplyDelete
  28. nak apply jadik MC tahun depan sambutan hari guru boleh??

    ReplyDelete
  29. Si nuha lebih terrer menulis dalam bahasa Inggeris daripada saya ha!ha!ha!

    (akibat cikgu bahasa Inggeris yang tak pernah nak ada semasa zaman sekolah).

    ReplyDelete
  30. wahhh, bangga tu naik pentas utama pada umur 10tahun, keep it up nuha!

    ReplyDelete
  31. tahniah!!! mesti cikgu bangga kan

    ReplyDelete
  32. jgn kan diba.. pokcik pun jeles tauuu

    ReplyDelete
  33. Tahniah untuk Nuha dan ckLah sekali kerna tanpa ckLah yang begitu pengalaman dan berpengetahuan luas sudah tentu tidak akan lahir Nuha yang berjaya hari ini...

    ReplyDelete
  34. Oo, cklah cikgu BM yer, patutla kenal ayah saya, heheh.

    tahniah pada Nuha!!!! tahniah juga pada ibunya ;)

    ReplyDelete
  35. assalamualaikum.
    Tahniah buat ckLah. Sebagai guru BM, bukan sahaja murid didahulukan, tetapi anak juga perlu didahulukan. Maksudnya sama-sama diambil berat dan ditunjuk ajar agar murid pandai, anak sendiri juga mesti pandai.

    Tahniah buat Nuha. Moga bakat yang turut diasah sang ibu akan terus bersinar.

    Tahniah. TQ

    ReplyDelete
  36. tahniah Nuha..bangga ibu Nuha. CkLah teringin nak baca cerita pendek Nuha..

    ReplyDelete
  37. assalam
    Nuha
    tahniah pakcik ucapkan...

    assalam ibu Nuha
    syabas cikgu..

    ReplyDelete
  38. sebelum dimurnikan pun saya dah rasa sebak membacanya, apatah lagi setelah dimurnikan. Tahniah Nuha :)

    ReplyDelete
  39. Haaaa inilah sebabnya dia dapat jemputan haritu! Tumpang seronok & bangga untuk Nuha! Way to go, girl!

    ReplyDelete
  40. syabas buat nuha...ni bukan promote,tumpang glamer jer...he he heee..

    ReplyDelete
  41. tahniah kepada nuha dan ckLah... kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi (walaupun dalam bahasa yang berlainan..hee)..

    ReplyDelete
  42. tahniah tahniah tahniah

    ReplyDelete
  43. Tahniah untuk Nuha.. dan selamat bercuti..

    ReplyDelete
  44. tahniah nuha dan mamanya sekali.
    ada rasa bangga tumpang diselit...

    ReplyDelete
  45. Tahniah Nuha. Pakcik tumpang bangga melihat Nuha naik ke pentas tempohari.


    cikgu, Tak sangka kita berada di majlis yang sama. Tak sempat nak cari. Balik awal ya?

    ReplyDelete
  46. Selamat kembali ke sekolah cikgu.. semoga terus cemerlang pada sessi persekolahan yang penuh mencabar ini..

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum cikgu,

    Kakak dtg hari ini. Hari selepas 2 minggu cuti sekolah. Cikgu sihat ke? Saban hari kakak cuba jenguk sunyi saja....

    Moga cikgu sihat-sihat hendaknya....

    ReplyDelete
  48. SALAM,
    TAHNIAH KPD IBU DAN ANAK

    ReplyDelete
  49. dah stat skuloh, bz pulok yea... slamat melaksanakan tugas

    ReplyDelete
  50. AzieAzah;
    Terima kasih....hehe

    ReplyDelete
  51. Azieazah;
    aa memang terarrr...hehe

    ReplyDelete
  52. Ayu dan AA;
    Jangan gaduh...hehe

    ReplyDelete
  53. Temuk;
    Amin..amin...kesuwon pamane...

    ReplyDelete
  54. ibuintan;
    Kuah masih cair...

    ReplyDelete
  55. Rozali;
    Tak aci...tuan orang kampung gajah kan..hehe

    ReplyDelete
  56. Tiny;
    Waaa...panjang. Suka..suka...suka.


    Terima kasih Tiny...


    InsyaAllah, kalau dah terbit pasti ada bungkusan ke cheras tu...

    ReplyDelete
  57. abadiromeo;
    Nasi beryiani dengan kuah kurma lagi kawww..hehe

    ReplyDelete
  58. Nurin;
    Si Nuha buat blog sendiri...maknya tak ajor pun...hehe

    ReplyDelete
  59. kakPah;
    Terima kasih makPah...hehe

    ReplyDelete
  60. kakLong;
    Tak bijak mana...putar belit ayat je lebih..hehe

    ReplyDelete
  61. nurkass;
    Ya Nurr...pasal tu...

    ReplyDelete
  62. mrs Azmi;
    yang tua tu...kemahiran lain lagi banyakkan...hehe

    ReplyDelete
  63. Aku;
    Hahaha...angggap je macam 4 ikat tempe...

    ReplyDelete
  64. julietchun;
    hehehe....baya-baya kak Juliet je nampaknya kan...

    ReplyDelete
  65. Bapak;
    Gambar yang besar....untuk simpanan sendiri...di blog, tak manislah tunjuk yang besar-besar. Hehe

    ReplyDelete
  66. mama azfar;
    terima kasih...

    ReplyDelete
  67. kakzakie;
    terima kasih kakak....

    ReplyDelete
  68. zonaku;
    Terima kasih....insyaAllah kalau jadi....

    ReplyDelete
  69. Ms lilies;
    meh, kita tuisyen meh...hehe

    ReplyDelete
  70. imanshah;
    Untung sabut timbul...cubalah.

    ReplyDelete
  71. aliff;
    Samalah dengan ibu Nuha...anak lebih terar dari ibu...

    ReplyDelete
  72. Deelanrchretlupark(maaf kalau salah eja...payah benau)


    Terima kasih....hehe

    ReplyDelete
  73. shahromnasrudin;
    Terima kasih....banggalah sikit-sikit...

    ReplyDelete
  74. shifu;
    janganlah jeles...pokcik lagi gegeh kan..

    ReplyDelete
  75. Tinta Emas;
    Dia banyak belajar bahasa dari TV....

    ReplyDelete
  76. Najwa;
    Bukan setakat kenal...pernah kerja dengan dia juga...

    ReplyDelete
  77. Admin;
    guru di sekolah dan di rumah....

    ReplyDelete
  78. rynas;
    terima kasih...tak lah bagus mana ceritanya...

    ReplyDelete
  79. Azani;
    terima kasih pakcik...

    ReplyDelete
  80. Nora;
    Coretan budak-budak....terima kasih.

    ReplyDelete
  81. Dinas;
    Ya Dik Nas...itulah bendanya...hehe

    ReplyDelete
  82. Sham;
    hehehehe...tumpang apa-apa yang patut.

    ReplyDelete
  83. nazrah;
    Kuah belum masak lagi tu...

    ReplyDelete
  84. Mohamad;
    Cuti dah habis...hehe

    ReplyDelete
  85. a kl citizen;
    terima kasih...

    ReplyDelete
  86. Sya;
    jangan ditanya ke mana aku pergi...hehehe

    ReplyDelete
  87. Mohamad;
    ya cikgu....sangat mencabar....

    ReplyDelete
  88. kakzakie;
    Terima kasih kakaka...cklah ada. Cuma, agak kurang cekap mengurus masa mutakhir ini....

    ReplyDelete
  89. cemomoi;
    Sungguh........cepat penat akhir-akhir ini...

    ReplyDelete
  90. Tahniah buat Nuha dan ibunya. Tak sia-sia didikan bonda tersayang yang tidak jemu mendidik dan mengembangkan bakat Nuha sehingga mendapat pengiktirafan.

    Rasanya penulisan entri khusus untuk anak ckLah ini tidak menjadi kesalahan dan patut diteruskan agar menjadi contoh pada ibu bapa yang lain.

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...