Selepas terjaga jam dua pagi, saya terus mengadap 'kerja-kerja tambahan seorang guru', dan terus berjaga hingga siang. Owh, ini bukan komplen ya, cuma tunjuk perasaan mereng dan meraban sikit!!!
Hasil kerja? Banyak yang tidak betul. Panjanglah ceritanya lagi...tak payahlah cerita. Seganlah nak cerita kesibukan kerja sendiri. Jadi sibuk, kerana tak pandai mengurus masa, sebenarnya cikgu tua ni. Bukan ada apa sangat pun...
Sampai rumah jam 2.30 petang. Saya rasa tidak sedap hati. Entah apa puncanya.
Masuk rumah....
"Astaghfirullahal'adziim........aku tertinggal anak aku!" Baru teringat pesan abahnya untuk mengambil Nuha di sekolahnya. Dia keluar jam 1.30. Wah....lewat sejam!.
Di hadapan Bangunan Pejabat Tanah, tiba-tiba terdengar bunyi gedegang!
Bagussssssssss, ckLah terlanggar pembahagi jalan lagi!!!
Kali ke dua. Dalam bulan yang sama. Setelah 20 tahun memandu dengan rekod bersih! Kemek lagi kereta saya, tak sampai 3 minggu kekemekan sebelumnya dibaiki.
Sampai sekolah, nampak beg Nuha di pondok jaga. Orangnya tak ada. Sekolah sunyi. Ahhhhhh, cuainya ibu. Merajuk kah dia?
Pengawal keselamatan tolong mencari, dan dia ditemui di kantin.
Saya dapat bayangkan muncungnya....
Tapi, dia nampak sungguh girang.
"Tadi, Guru Besar dan PK Ko-ku panggil Nuha. Mereka kata, ada Pegawai JPN cari Nuha! Mereka jemput Nuha ke Majlis Hari Guru Peringkat Negeri. Nuha dapat anugerah!" Beriya-iya dia bercerita, dan dia memang menggunakan bahasa Melayu yang baku, kalau bercakap!
"Anugerah apa pulak? Hari guru, cikgu lah yang patut dapat anugerah?" Saya acuh tak acuh.
"Alaaaaaa, susahlah mahu cerita. Esok, guru besar nak jumpa ibu!" katanya.
Hari ini, saya ada mesyuarat sampai jam tiga. Abahnya saja yang berjumpa guru besar.
ckZahan bawa surat ini.
"Hadiah apa pulak ni?" Tanya saya.
Aisk....siap raptai bagai!!! Aku nak kena hantar ke ni? Jauh ni...
Errr.....itupun kalau ada yang nak tau la, kan!
Ada ke yang nak tau?
Cer kabor! Cer kabor!
Kalau ada, nanti baru ckLah buat sesi menunjuk-nunjuk tahap dewa...sampai orang muntah hijau, hehehe!

Assalamualaikum cikgu,
ReplyDeleteCikgu buat kakak suspen betul. Kakak memang nak melihat Nuha ambil hadiah apa. Janji cikgu ambil gambar dia dari mula keluar rumah sampai hadiah tersimpan dalam rumah.
Harap kakak tak tertinggal N3 itu. Tahniah dulu buat Nuha...
KakZakie;
ReplyDeleteNuha pergi dengan cikgunya.
Ibunya tak dapat jemputan.....hehe
Hadiah apa tu? Cek nak tau jugak naa!
ReplyDeleteNasib baik dia tak muncung, hehe..
wah2.. kemain seronok nuha nak dapat anugerah ^_^
ReplyDeleteIsh..teman nak bebenor tau..cer kabor! cer kabor!
ReplyDeleteOF COURSELAH NAK TAHUUU!!!!..
ReplyDeletecer kabo.. cer kabo.. (siap bubuh gambo tau!.. kehkehkeh)..
langgar lagik?.. hai xiiinam.. selamat la ko!!.. hahaha...
HAH??!!... Buleh plak TERTINGGAL ANAK.. aduhaiiii cklah... (yang sana dirindu-rindu, ditunggu-tunggu 'janjitemu'.. yang sini ditinggal-tinggal pulak.. kuikuikui)..
mujur Nuha dapat berita gembira.. kalau tidak?.. aduuh... kena cari getah diikat muncungnya kot.. kehkehkeh...
Dinas;
ReplyDeletePanjang ceritanya...hehehe
mrs Azmi;
ReplyDeletePeringkat negeri tu yang buat dia seronok sangat. Dapat jalan-jalan ke Ipoh.
Alhamdulillah...
sally;
ReplyDeleteNanti teman ushe. Nanti teman ushe..:D
kakTiny;
ReplyDeleteAte....ibunya tak pergi sama pun. Mana nak ade gambornye...nanti makin gelisahla 'si dia' yang sering mengumpat di luar blog mengatakan blog cklah suka menunjuk-nunjuk itu dan ini.....kan! Kan!Kan...kesian dia, kearan dalam meluat tu URL dia asyik keluar masuk juga.
....yolah, ckLah tengah serabut serabai ni. Banyak benau titik bengik tugas mutakhir ini...
Suami pun lupa...haha
alahaaaaaaai ckLah... ngapa ni sampai lupa anak
ReplyDeletecer kabor... cer cete.... cer nunjuk-nunjuk...hahaha
Tahniah pada Nuha, ckLah tak dapat jemputan skali ke?
tahniah le...
ReplyDeleteabadiromeo;
ReplyDeleteiyo le.....
ibuintan:
ReplyDeleteItu tanda-tanda penuaan tu ibu....
Gitulah dunia cikgu. Ada masanya rasa lapangggg sangat. Ada masanya rasa tak cukup tanah. Semua serba tak kena...
laa..akak kat ipoh rupanya..
ReplyDeleteigtkan KL
Nur;
ReplyDeleteMacam orang KL ke? Haha. ckLah orang kampung lah Nur...
Tak lah...ckLah bukan tinggal di Ipoh. Majlis tu saja dibuat di Ipoh.
Assalamualaikum ckLah.
ReplyDeleteSaya tak hairan kalau ckLah terlupa nak jemput anak balik sekolah. Kejadian yang sama pernah berlaku pada diri saya sendiri.
Kerana terlalu penat gamaknya. Perjalanan pergi balik sejauh 60 km, sempat rehat sebentar, beli keperluan, rehat... anak kena tunggu hampir satu jam. satu sejarah tercipta apabila si ayah lupa pada anak???
Admin;
ReplyDelete...dan ini bukan kejadian pertama ckLa. Pernah berlaku...ckLah siap baring-baring lagi, tiba2 teringat. Abah dia tak perna lupa. Sesekali dia minta ibunya ambik, tu yang lupa tu.
...lepas mesyuarat yang agak 'tegang' sebenarnya semalam. Jalan pula banyak ditutup untuk menyambut kunjungan Sultan, menambah stress...hehe
sy pn pernah trtinggal anak ktt sk...hu...
ReplyDeleteTAHNIAH utk Nuha!!!!
cklah,
xde istilah menunjuk2 n rasanya xde pn rakan2 blogger yg branggapan sebegitu.....ttp sbgai catatan dairy.. Mana la tahu suatu hari nnti Nuha dh branak pinak n bolehlah flashback kt blog ibunya ni....brg bukti kata org...kalu kata pihak atasan "mesti ada surat hitam putih".....ye dak?????
nzA;
ReplyDeleteHahaha...mak-mak macam tulah...
Terima kasih atas ucapan tu.
Pasal menunjuk-nunjuk tu...
Adaaaaaaaa. Adaaaa.
Suatu hari nanti, ckLah akan terangkan juga perkara yang menyinggung hati itu di sini. Tapi, nantilah...tengok dulu perkembangannya.
Minta maaf kalau ada yang terganggu dgn kenyataan ckLah ni. Tapi, itu cerita benar.
cikgu
ReplyDeleteceritalah apa hadiahnya...
salam
ReplyDeletenanti cerita lagi yer
wahhhh..
ReplyDeleteof kos lah nak tahu..
lambatnye nak tunggu nuha ambil hadiah..kalau cerita dulu tak boleh ke ckLah..hehe
nuha dah boleh lawan kak dia ngan abg nabil dah :P
ReplyDeletetahniah Nuha.. dulu makcik pun pernah dapat hadiah.. masa darjah 5... lama daaahh.. makcik pun dah veteren sekarang :D
ReplyDeletehehehehe tergelak. Anak pun boleh tertinggal, kan? Sympton sebegitu, saya pun dah mula kena juga, CKLAH oiiii... dah makin tua.
ReplyDeleteTulis jer, cerita jer, tunjuk jer. Orang nak muntah hijau ker biru ker, itu masalah depa. Biar depa lap muntah sendirik. hehehehe
Tahniah buat Nuha,seronok jadi ibu kepada Nuha tiba2 aje dapat hadiah.
ReplyDeletetahniah, seronoknya. apa plaks menunjuk, pembakar semangat kat kami-kami ni para ibu-ibu :)
ReplyDeletetak sempat ke banquet ..dah balik kampung daaa..apapun tahniah untuk NUHA
ReplyDeleteThank you ibu.
ReplyDeleteI'm so nervous. Hihihi
ce citer ce citer...keta dah repair belum...?
ReplyDelete