Suka tak?

20110529

Zaman memang sentiasa berubah...anak-anakku!

Saya baru pulang dari menghantar dokumen perjanjian biasiswa Dia di kampusnya, nun jauh di utara tanah air.

Sepatutnya, dokumen itu diserhkan semasa pendaftaran minggu lepas. Tapi, itulah ceritanya. Saya serahkan kepadanya bulat-bulat untuk menguruskan segala dokumen, untuk melatih dia berdikari dan saya rasa, saya percaya dia akan melakukan dengan teliti. Saya memang tak semak langsung, dan tak tolong langsung dari memuat turun borang, mengisi maklumat, mendapat pengesahan, urusan pembayaran, pemeriksaan kesihatan  dan semuanya. Alhamdulillah, semua dia dapat lakukan. Saya cuma bantu membeli  keperluan peralatan yang mahu dibawanya.

Bagaimanapun, setelah saya kembali ke rumah, Dia mengatakan dia terlepas pandang tentang dokumen perjanjian itu, kerana dalam senarai semak pendaftaran memang tak kelihatan dan meminta saya menguruskannya segera, termasuklah mematikan stem hasil.

"Kalau tidak, nanti Dia tak dapat elaun!" katanya.

Alhamdulillah, siap semuanya. Dan terpaksalah (terpaksa ke memang rela nak ke sana lagi? Haha) saya menghantarnya ke sana. Yang iyanya, Bin mahu sangat melihat tempat kakaknya. Masa pendaftaran tempohari, Bin masih di asrama, tak dapat itut.

Bukanlah mengeluh kerana sedikit tugas di atas. Untuk anak sendiri juga. Cuma peristiwa ini mengingatkan saya kepada satu senario. Yalah, masa berubah. Segala kemudahan juga, pastinya berubah. Bukan juga untuk menunjuk-nunjuk, tapi, untuk mengingatkan anak-anak zaman ini...bahawa kalian sangat beruntung kerana segalanya semakin mudah kini!!!

Teringat semasa saya masuk U lebih 20 tahun dulu. Dari mula terima surat (dulu zaman surat) semua saya lakukan sendiri. Dapatkan tandatangan dari 'Ketua Kampung' (TAK KENAL ORANG-ORANG BESAR LAIN SELAIN KETUA KAMPUNG), pemeriksaan perubatan, dan segala-galanya. Bapak hanya mampu menghantar dengan kapcai usangnya yang sering mati enjin di tepi jalan, ke sana dan ke mari. Jalan di kampung saya ketika itu, belum beraspal (tar) dan jaraknya dari jalan raya bukanlah dekat! 18 km, dengan motorsikal lama dan jalan tanpa tar!!!

Kesian bapak! 10 anaknya, semua melalui proses yang sama...(mungkin angkatan adik-adik saya yang lebih muda lebih beruntung kerana kehidupan sudah mulai selesa. Sewaktu adik-adik saya memasuki universiti, abang-abang dan kakak mereka sudah menamatkan pengajian dan berkerjaya. Kemudahan kampung juga semakin lengkap)

Masa saya sekolah menengah di asrama Ipoh, bapak hanya sekali melawat saya, kerana kebetulan beliau ada kursus Imam di Jabatan Agama Islam, Ipoh masa itu. Setiap minggu, saya hanya melihat rakan-rakan saya berkelah bersama keluarga di bawah pokok sekitar asrama. Saya hanya balik ke Kg Sg Manila, ketika cuti penggal, dengan menaiki bas. Setakat cuti hujung minggu atau cuti umum, memang saya bertapa di asrama. Dari tingkatan 1 sampailah 6 atas, menahan perasaan melihat rakan-rakan dijemput pulang oleh bapa dengan kereta menjalar....Huhuuhu.

Semasa sesi pendaftaran saya di UM, bapak minta tolong jiran yang punya kereta untuk menghantar. Sampai UM, enjin kereta jiran saya tersangkut-sangkut saat mahu mendaki jalan-jalan kampus yang berbukit-bukit. Bapak suruh saya keluar, bawa segala beg besar, beg kecil dan baldi. Saya menyeret semua itu, menuju ke tempat pendaftaran di Kolej Tunku Kurshiah, UM. Sedihnya saya saat itu, melihat pelajar lain dihantar ibu bapa, datok nenek dan seisi keluarga!

Selesai mendaftar, saya tunggu bapak. Sampai petang saya tunggu. Ahhhh, rupa-rupanya, bapak dah balik, tanpa sempat saya bersalam dan mencium tangannya!!! Saya masuk ke bilik, tekup muka dengan bantal, duduk belakang katil, lalu......apa lagi.?Meraunglah semahu-mahunya. Sudahlah masa itu senior (pembantu haluansiswa) masing-masing tunjuk wajah garang macam pak dan mak tiri zaman Cinderella!

Dan bapak hanya datang semula ke kampus UM, ketika hari konvokesyen saya!!! 3 tahun tu!!!

Itu saya. Paling menyedihkan waktu abang saya menerima tawaran di MRSM Kulim pada tahun 1978. Dengan 'BORANG KOSONG', bapak lepaskan abang saya, budak lelaki comot berusia 12 tahun itu menemui pegawai-pegawai MARA dan lain-lain untuk membuat urusan. Bayangkan, budak lelaki comot berusia 12 tahun itu telah dimarahi dan dimaki oleh pegawai-pegawai bertali leher itu......kerana membawa borang kosong???

Kami sering mengenang-ngenang peristiwa sebegini ketika bersama-sama......dan budak lelaki comot yang dimaki oleh pegawai-pegawai bertali leher itu, kini telah menjadi seorang PROFESOR di fakulti kejuruteraan sebuah IPTA, setelah menamatkan PH Dnya dalam bidang kejuruteraan di University Of Leeds, UK.

Pada tahun 1983, seorang abang (pelajar MRSM juga) telah dihantar oleh MARA untuk membuat A-Level di Ecxeter Collage, England sebelum keputusan SPM diumumkan. Maknanya, usianya baru 17 tahun.  Ketika usianya 17 tahun, beliau sudah terpaksa menguruskan hidupnya sendiri di perantauan. Bapak hanya mampu menghantarnya ke lapangan terbang, (dengan kereta sewa)dan zaman itu, berhubung hanya melalui surat beberapa bulan sekali.. harga stem pos ke England amat mahal!!! Ketika itulah....

Itu baru cerita saya dan abang saya.

Belum lagi cerita pasal abang sulung saya yang terpaksa di pos oleh bapak melalui Keretapi Tanah Melayu, ketika beliau hendak belajar di Johor. Abang sulung saya belajar di Sekolah Menengah Sains, Kluang sejak tingkatan 1, tahun 1973!!! Kehidupan bapak memang agak susah waktu itu.

Dan saya ketika itu masih berusia 6 tahun, melihat emak, menangis sembunyi-sembunyi di kebun belakang rumah!!!

Lebih mengharukan lagi kisah kakak saya. Saat bapa mahu menghantarnya mendaftar di UPSI Tanjung Malim. tahun 80an juga. Keluar dari rumah menaiki motorsikal 'cup' bapak. Dalam perjalanan, motorsikal meragam. terpaksa ketuk pintu rumah orang untuk pinjam motorsikal. Naik motorsikal dari Kg Sungai Manila, (dekat sabak Bernam) sampai Tanjung Malim!!!

Ahhhhh, banyak lagi kisah-kisah pahit getir kami semasa kecil yang mungkin tidak dilalui oleh orang lain. namun, Alhamdulillah.....segala-galanya itu tetap menjadi pengajaran yang amat mahal untuk kami 10 beradik, dan semua itu menjadikan kasih sayang kami teradap bapak dan mak tiada tolok bandingnya kini. yang ada di minda dan jiwa kami, adalah, kami tidak mahu melihat mereka mengalami sebarang kepayahan dalam hidup tua mereka, walau sedikitpun! Mereka telah puas melalui kepayahan menanggung kami....dan usaha menjadikan kami 'manusia'!!!

Keluarga besar saya, dari 10 anak! Semalam bertambah seorang lagi apabila adik saya, pasangan Ustazah ckPah dan ustaz Zek, menyambut kelahiran anak mereka yang ke 5. Alhamdulillah...
Gambar ini dipetik dari entri ini.

Ya, catatan ini buat anak-anak ibu...
Supaya kalian sentiasa mengenali asal-usul dan akar umbi! Bersyukurlah, kerana kalian dilahirkan di zaman yang berbeza dengan kami. Dan cabaran hidup, semakin lama semakin rumit...berhati-hatilah.



'Bukan senang nak senang, anak-anakku!!!'
(Dan murid-murid cikgu yang terbaca catatan ini...bahawa cikgu tak mahu kamu jadikan 'kesusahan hidup' sebagai penghalang kepada kejayaan, seperti senario yang berlaku mutakhir ini! -berdasarkan pemerhatian saya kepada murid-murid kelas hujung saya.)


41 catatan pelayar @XIIINAM:

  1. Bila tiba masa anak kita pula, baru kita sedar bahawa ketika itu, itulah yang terbaik yang boleh bapak kita lakukan...

    ReplyDelete
  2. Aku;
    Betul tu Jam...

    Dan itulah mesej yag ingin ckLah sampaikan dalam tulisan panjang berjela ini...


    :D

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum cikgu...

    Mengingatkan saya ketika hendak berangkat ke USA dulu, pergi tanpa ada keluarga hadir di airport dan jika ada masalah kewangan di sana tak pernah saya suarakan kepada ayah dan ibu. Apabila tamat pengajian dan kembali ke tanah air tiada siapa menunggu di lapangan terbang.

    ReplyDelete
  4. Abd Razak;
    Samalah kita ya Ustaz...
    saya pun hidup di universiti 100% dengan wang biasiswa dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Nak minta kat bapa kalau tak cukup, teringat adik-adik lain, dan keringatnya yang melimpah setiap kali balik dari kebun......

    Kalau di luar negara, lagi hebat cabarannya ya Ustaz...

    ReplyDelete
  5. Zaman memang telah banyak berubah, CkLah. Budak-budak sekarang ni, haisy..cehwah, macam saya pulak yang ada 10 orang anak cakapnya, heheheh!

    ReplyDelete
  6. saya kagum dgn org dulu2...mampu berjaya dgn cemerlang walau apa jua keadaan...

    ReplyDelete
  7. alah sedihnya baca cerita Cklah dan adik-beradik dulu-dulu. saya pun tak merasa saat-saat macam tuh sebabnya bila zaman saya dah banyak senangnya drp susah. Tapi sebenarnya kesusahan itulah yg mengajar sesorang itu lebih menjadi dewasa dan menghargai pengorbanan ibu bapa.

    ReplyDelete
  8. saya masih tidak memiliki anak untuk saya critakan kenangan pahit getir saya..tahniah buat ayahanda dan bonda cklah yang berjaya mendidik anak2nya..

    ayah dan mak, besar sungguh pengorbanan mereka

    ReplyDelete
  9. Anak2 sekarang jarang kenal erti susah..tak seperti zaman kita dulu...yg sentiasa bersusah2 dulu bersenang2 kemudian..

    tahniah buat ayah dan ibu ckLah yang berjaya menjadikan anak2 Insan yang berjaya.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum ckLah

    moga kita menjadi anak yg soleh
    dapat membantu mereka semasa hidup atau yg telah pergi

    Wassalam

    ReplyDelete
  11. benarlah pengalaman sebegini yang tak dapat dibeli..

    ReplyDelete
  12. azaaab!!! cuma azab saya tak seteruk itu walopon masih azab, tapi keazaban itu yang menjadikan jiwa kental dan menghargai setiap peluang yang datang

    ReplyDelete
  13. sebak baca entry cklah yg ni...

    ReplyDelete
  14. waktu saya sekolah pun mcm tu juga, padahal zaman saya baru je..

    mula masuk MRSM sampailah ke matrikulasi dan universiti, tak pernah ada istilah "keluarga dtg melawat".

    ayah hanya hantar waktu hari pertama pendaftaran, ambil masa hari terakhir - untuk angkut barang. selebihnya buat le sendiri.

    hari penyampaian hadiah, tak pernah ada yg datang, menangis ngongoi2 pun, xde pekdahnya. sampai jenuh menangis.

    dapat anugerah pelajar terbaik matrikulasi pun tiada siapa datang, konvokesyen universiti 2007, pun sama tiada sape datang.
    mujur masa konvo tu baru kahwin, jadi suami sajelah buat peneman.

    cuma berbekal kata-kata
    "pandai-pandailah kau bawak diri"

    ..tapi semua tu mematangkan saya.

    ReplyDelete
  15. dulu.. keperitan ibu ayah itulah yang menjadi penguat semangat anak-anak utk berjaya..

    sekarang.. keprihatinan ibu ayah (yg sanggup datang tiap2 minggu menjengah umpama TI - SP tu macam pegi kedai runcit pak meon je..) itulah yang menjadi pembakar semangat si anak utk melakar kejayaan cemerlang.. InsyaAllah..
    Ameen.

    tak kira bagaimana jua situasi... pengorbanan, doa dan kasih sayang ibu ayah itulah sebenarnya INSPIRASI anak-anak utk terus meraih kejayaan demi kejayaan yg pulangnya utk membahagiakan kedua ibu ayah jua.. sungguh!.

    ReplyDelete
  16. Ada cerita kita yang hampir seakan-akan.

    Terharu, terkedu.

    Tabik dalam sebak!

    ReplyDelete
  17. zaman memang dah berubah

    Selamat bercuti ckLah

    ReplyDelete
  18. azieazah;
    Apa yang sama tu agaknya...

    ReplyDelete
  19. kakTiny;
    Sungguh haih....betul tu!

    ReplyDelete
  20. Dr Najwa;
    Bapa mu percayakan kamu tu....macam tulah bagussss....
    :D

    ReplyDelete
  21. cemomoi;
    Yang pernah merasai azabnya tu, akan faham azab yang dirasai orang lain, kan cemomoi!

    ReplyDelete
  22. ck:
    Yang lain? Tak baca ya?


    :D

    ReplyDelete
  23. rahayu;
    pengalaman memang tak boleh dijual beli....

    ReplyDelete
  24. nyanyisunyi;
    Ada benarnya, ada juga tidaknya... kerana ada juga remaja sekarang yang pandai membawa diri dan memahami keadaan orang tua mereka. Tapi, yang manja memang lebih ramai...

    ReplyDelete
  25. imanshah;
    Tak ada anak, cerita kepada anak-anak didik...

    ReplyDelete
  26. rynas;
    Tak lah sedih bagi ckLah...cuma terasa kepayahannya sahaja...

    ReplyDelete
  27. budak sekarang ni kalau mak pak tak anta sampai depan pintu mau nagis guling2 tanak balik asrama!

    ReplyDelete
  28. ms lilies;
    Orang sekarang lagi 'handal'. Yang handallah...

    Yang hancur pun, ramai juga...

    ReplyDelete
  29. mr azmi;
    Iye ke? Tak pernah pulak nampak budak guling2 depan pagar....

    ReplyDelete
  30. dinasAldi;
    tak lah tuduh semua budak sekarang teruk....nanti marah pu;ak budak sekarang...

    :D

    ReplyDelete
  31. Kisah kita lebih kurang CkLah. Memang ibu bapa lepas gitu-gitu aja....

    Sampai konvo, terpaksa suruh bapa angkat datang ganti tempat ayah. (mujur bapa angkat tak kisah).

    ReplyDelete
  32. aliff;
    anak yang 'dilepas-lepas' kan tu, mujurnya pandai membawa diri kan....


    sampai terpaksa mengangkat bapak lain ya....


    ckLah pun, entah berapa orang mak pak angkat entah...sampai ada yang dah tak cam kalau jumpa.

    ReplyDelete
  33. Cikgu... bagaimana susah keluarga cikgu itu saling tak tumpah keluarga kakak. Sebab itu kakak selalu ingatkan anak-anak yg kami dulu hidup bukan macam mereka sekarang. Boleh pilih-pilih mana yg mereka suka. Dulu utk mendapatkan satu buku rujukan pun kena fikir beribu kali. Sekarang anak-anak bukan saja buku rujukan, buku ilmiah yg sekadar menambah pengetahaun pun berlambak mereka boleh dapat dan perolehi.

    ...N3 ini meraih airmata kakak cikgu.

    ReplyDelete
  34. kakzakie;
    Betul tu kak. Kita yang pernah merasai kesukaran itu memang sentiasa beringat-ingat. Yang tak pernah merasai, mungkin menganggap ini sekadar pengalaman anak kampung yang biasa....

    ReplyDelete
  35. Kerana itu,kita menjadi lebih kuat dan tahan cabaran, menghargai kejayaan. Tidak seperti kebanyakan anak sekarang. Saya pernah terjumpa, seorang calon guru yang menangis di pintu bilik temuduga,sebab mak masih dalam tandas...dia nak cium mak...alahai..bakal cikgu tu....( tak tau lah, berjaya atau tidaknya dia...)

    ReplyDelete
  36. Salam, ck Lah. Sedih dan terharu saya tatkala membaca entri ini...terkenang kisah saya dahulu...walaupun tidak sehebat kisah ck Lah, tetapi ia masih memberi kesan kepada saya...betapa beruntungnya anak-anak zaman sekarang.

    p/s : Masa di Taayah, saya selalu juga bertapa di asrama dan ia berterusan sewaktu saya di MPPM,Melaka.

    ReplyDelete
  37. cikgunurin;
    Masa hantar Dia temuduga TESL di IPBA, jumpa kawan lama cklah. Anak lelakinya bekas pelajar SBP. Fail semua mak susun, karangan penyataan hasrat mak dia buat, sebelum masuk mak sikatkan ramut dan peluk cium...kesudahannya , fail dia tertinggal di luar. Kelam kabut maknya hantar. khabarnya, anaknya tak dapat ke mana-mana....matrik tidak, ipg pun tidak (Dia dapat IPG Raja Melewar...tapi dia tak mau. Pi Temuduga tu pun sbb nak sedapkan hati ibu dia...)

    ReplyDelete
  38. CikguIna;
    Di Taayah dulu tahun berapa ya?

    ReplyDelete
  39. cikgu,
    entri ini,amat menyedarkan saya..walaupun dah tua ni,tetapi tetap ia mendatangkan rasa insaf dan betapa saya bernasib baik,sayangnya...kesedaran ini agak lewat...
    betullah ,susah susah dahulu, senang senang kemudian...

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...