Suka tak?

20110624

Ibarat Sireh Pulang Ke Gagang...

Hari ini berlangsung Majlis Anugerah Kecemerlangan sekolah saya, namun saya bukan mahu tumpukan cerita tentang acara  majlis yang sudah kali ke 20 saya acarakan ini, sebaliknya, akan berfokus kepada individu yang merasmikannya. (Tidak juga kepada angka 20 itu... Alah, cuma 20 tahun saja :D)

Biasanya, dalam majlis seumpama ini, sekolah akan menjemput tokoh-tokoh, pegawai -pegawai jabatan atau kementerian, orang-orang penting dalam masyarakat, ahli-ahli politik, menteri, malah Sultan juga. Dan sebagai pengacara majlis untuk kali ke 20 dalam majlis yang sama, telah pelbagai perasmi (VVIP) yang hadir.

Bagaimanapun, pada tahun ini, sekolah saya membuat kelainan. Apabila Pengetua menyatakan dalam mesyuarat untuk menjemput beliau sebagai perasmi, saya ada rasa sedikit terharu. Lalu, apabila naik sepanduk menguar-uarkan tentang majlis ini, saya catatkan sesuatu pada laman facebook saya.

Siapakah Chew Hoong Ling?

Saya pernah menulis entri tentangnya dalam entri ini. Beliau juga mempunyai beberapa laman web antaranya ini  dan ini
Gambar-gambar ini saya ambil dan edit dari web Hoong Ling. Maaf ya yang!
(Gambar bawah semasa masih berambut panjang )

Sebenarnya, kalau mahu dicatatkan, terlalu ramai bekas murid saya yang berjaya dalam kehidupan masing-masing. Ya lah. Sudah 20 tahun di sekolah yang sama, kan! Tapi, kami memilih beliau yang baru mendapat Anugerah Belia Negara 2011- Katagori Pencapaian Luar Biasa.

Semoga, segala yang pernah dilalui oleh Hoong Ling, yang tak semudah anak-anak lain (Ibu bapanya bercerai semasa beliau kecil) sehingga beliau menjadi apa yang beliau jadi sekarang akan berjaya menyuntik semangat baru buat anak-anak didik kami yang masih dibangku sekolah. Mudah-mudahan, dengan kehadiran orang muda, ditambah lagi bekas pelajar sekolah mereka sendiri, akan memberi impak yang baik buat mereka.

Hoong Ling seorang yang sangat aktif. Sejak di alam persekolahan dulu, sampailah sekarang.

Sehingga saat saya mahu merangka teks ucapan untuk mengalu-alukan beliau dalam ucapan saya, saya tidak tahu hendak menulis jawatannya sebagai apa. Apabila saya bertanya beliau melalui facebook, beliau menyenaraikan tugasnya yang amat banyak!

Ini petikan ucapan alu-aluan saya....yang saya bacakan dalam satu nafas!!! (ya, ya, ya, nafas saya memang panjang. Sebab tu saya pandai mengaji...hahahahaha. bluek!)

Pertemuan murid dan guru yang telah lama berpisah di dunia facebook, hari ini dieratkan lagi dengan pertemuan sebenar dalam keadaan yang membanggakan cikgu itu. Terkepil dalam gambar adalah buku tulisan Hoong Ling yang menceritakan tentang pendermaan organ yang pernah dilakukannya.
Tumpuan cerita adalah kepada Hoong Ling, jadi, kita tutup muka cikgu yang terlebih sengih itu. Haha


Satu naskah untuk bekas cikgunya...

Ooooops, dua kotak hitam itu memang sengaja diletakkan di situ. Hahaha.
Ya, tradisi di sekolah saya, pada Majlis Anugerah Kecemerlangan bukan sekadar meraikan murid-murid yang cemerlang, guru-guru yang dapat mengekalkan pencapaian cemerlang dalam pencapaian peperiksaan SPM dan PMR juga turut menerima penghargaan, terutamanya yang mendapat 100% untuk mata pelajaran diajar.
Dua pen berukir nama saya, untuk dua subjek yang saya ajar pada peringkat SPM.

Antara bekas murid cemerlang 2010 yang hadir menerima anugerah. Semuanya mendapat 9A SPM. Ramai yang tidak hadir kerana melanjutkan pelajaran masing-masing di kolej.
Tutup lagi muka cikgu tu, kerana fokus cerita adalah budak-budak 9A SPM itu.
(Semuanya pernah menjadi rakan sekelas anak saya, Dia)


Saya tak merakam gambar majlis, kerana harus mengawal mikrofon, mengawal suara, mengawal emosi, mengawal senyum...dan mengawal perjalanan majlis mengikut protokol dan masanya.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar hasil kerjasama cemerlang semua staf dalam bahagian kerja mengikut kepakaran masing-masing yang memang 'super!', tak kira yang masih muda atau telah veteran. Semua kesempurnaan yang mereka sediakan itu akhirnya membantu pula saya 'melangsungkan' majlis dengan lancar.

Pelukan erat pengetua di hujung majlis dengan membisikkan "Well done Ram, thank you!", sudah cukup membuat saya berasa lega.....



46 catatan pelayar @XIIINAM:

  1. oooo..
    bekas murid ckLah ke..
    bangga cikgunya..
    patut lah sengih lebar tu..:)

    ReplyDelete
  2. SALAM,
    ITULAH KEHEBATAN GURU .... BANGGA DAN TAK PERNAH IRIHATI DGN KEJAYAAN ANAK MURID WALAUPUN ADA KETIKANYA ANAK MURID LEBIH BERJAYA DRPD GURU. TERUSKAN TUGASMU YANG MURNI ITU

    ReplyDelete
  3. kalau kaklong jadi cklah pun rasanya,kaklong pun terlebih bangga dari cklah...!


    errr..suara ok tak...?

    ReplyDelete
  4. nurkass;
    Sengih sepanjang hari....kena sengih biar suara yang dilontar didengar manissssss. Hehe

    ReplyDelete
  5. musollaehsan (Abang Di):
    Owwwwh, kita sentiasa besyukur dan berbangga dengan kejayaan sesiapapun, kan Pak Di! Tumpang bahagia apabila melihat orang bahagia.....

    Dengki atau iri, oh...jangan sesekali, apatahlagi dengan kejayaan murid dan anak sendiri.

    ReplyDelete
  6. kakLong;
    Suara?


    Hmmmm...kalau dah lebih 3 tetamu bersalam dan ucap tahniah (serta puji suara...hahahahahahahaha -bluek!) itu maknanya okeylah yang!

    ReplyDelete
  7. Tabiklah makcik Sya ni.
    Ala-ala Ezzah Aziz Fawzi gitu. Hih hih hih. Nanti mintak sponsor jadi emcee majlis kawin Sya ya?

    ReplyDelete
  8. ku Risya;
    Sponsor?
    Pilih satu saja.
    Nak ckLah sponsor kek kawin 5 tingkat atau jadi jocker rosakkan majlis kawin Sya yang gilang gemilang tu nanti?


    Hehhe...

    (Depan keluarga tak boleh....gagap den!)

    ReplyDelete
  9. tahniah cklah.
    kerap ayu baca entry ini.. sekolah cklah melahirkan pelajar yang berkualiti dari segi akademik atau jasmani

    tahniah utk seluruh warga sekolah cklah..
    dan tahniah utk cklah kerana berjaya mengawal diri diatas pentas dgn baik...

    ReplyDelete
  10. Citarasa Rinduan;
    Bukan ckLah seorang Ayu....
    Sekolah ckLah bukan SbP, hanya sekolah harian.


    Mungkin kerana budaya kerja di sekolah ckLah yang agak lain dari sekolah sekitar, menyebabkan ibu bapa bersaing menghantar anak perempuan mereka ke sini, menjadikan proses pendidikan agak mudah. Ramai cikgu luar dan pegawai pelajaran berkata begitu.

    ReplyDelete
  11. pernah trbaca sebuah sajak berbunyi
    "anak didikku,
    nnti pabila kau mengatur langkah pulangmu,
    bygkan wajah2 gurumu,
    yg masih di bilik guru,
    mencari kekuatan baru,
    utk hari esok.......

    gitulh kita, ttp di situ, mengadap buku2 n tugas rutin, sdgkn anak2 didik melangkah penuh gaya....

    ReplyDelete
  12. tahniah cklah @ Ram... memang patut lebar sengihnya

    ReplyDelete
  13. Paman pun nak kata tahniah kepada Cikgu Ram. Guru yang hebat sahaja yang berkemampuan melahirkan manusia yang 'lebih hebat' darinya. Keep up the good work!

    ReplyDelete
  14. NzA;
    Apa lagi yang diharapkan oleh seorang guru dari muridnya....melainkan kejayaan mereka menempuh kehidupan selepas sekolah dengan kecukupan, kebahagiaan dan kesempurnaan, lebih lagi dengan kebaktian, samada mereka murid cemerlang atau tidak dalam semasa di bangku sekolah...

    ReplyDelete
  15. Temuk;
    Saya cuma seorang cikgu yang kecillll sangat sumbangannya teradap sekolah Paman. Tapi, bersyukur dapat bekerja di antara rakan-rakan yang cemerlang!

    ReplyDelete
  16. As'Salam ckLah...bila ada bekas2 anak murid yang berjaya dan mengenang jasa guru mereka... guru2 adalah insan yang paling bahagia...

    Tahniah buat murid2 dan guru2 yang cemerlang...

    ReplyDelete
  17. aNie;
    Sebenarnya, ibu mereka lebih berbahagia. Cikgu sekadar tumpang bangga.....

    ReplyDelete
  18. salam ..
    wahh..hebat!
    tahniah pada yang berkenaan..


    ***ermmm..bab jadi MC ni teringat isteri saya..MC hebat juga di sekolahnya..tapi dia tak minat blogging..he he

    ReplyDelete
  19. zulkbo;
    Saya bukan Mc hebat macam isteri zul...
    Minat blogging pun dah tak seberapa.

    :v

    ReplyDelete
  20. pengetua tu peluk betul-betul atau secara metafora jer? hahahaah..


    bukan ke pengetua tu jantan sedulur hari tu?

    ReplyDelete
  21. Astaghfirullah...
    Tidaklah makcik ni nak bermetafora sampai hal-hal begitu dek oiiii....

    Belum tercatat dalam sejarah SEKOLAH MENENGAH CONVENT ini ada pengetua lelaki! Tukang kebun adalah....

    ReplyDelete
  22. Saya pun nak kata jugak, WELL DONE RAM walaupun saya bukan pengetua..

    Hehehe..

    ReplyDelete
  23. Dinas;
    Ram apa?
    Raaaam-ram pisannnng, pisangku masak layu.....
    Jatuh dalam lubang, disambut ikan yu....



    Hahaha...aisey, terperasan pulak ya tertulis suku kata tu!

    ReplyDelete
  24. walaupun saya baru berusia 23 tahun malah belum lagi menamatkan pengajian di maktab..

    tp seingat saya anak murid pertama saya kini sudah pun berusia 18 tahun..

    dam ramai rata2nya menduduki spm tahun nie..

    tp rasa saya faham perasaan cikgu bila ada anak2 murid cikgu yg berjya.. semuanya bermula dari ketekunan seorang cikgu bukan..

    semoga cikgu terus sukses dalam mendidik.. amin!

    ReplyDelete
  25. hanya tiga perkataan yang mahu saya zahirkan

    "anda manusia hebat"

    ReplyDelete
  26. Ikhram;
    semoga kamu manjadi cikgu muda yang bersemangat dan berdedikasi....hingga ke hujung kerjaya! Amin.

    ReplyDelete
  27. AbadiRomeo:

    OOOOOOOOOOOOOOOOPS, BUKAN CKLAH!!!

    Entri ni bukan cerita pasal kehebatan ckLah, tetapi pasal manusia bernama Chew Hoong Ling itu!

    Dia yang hebat!

    ReplyDelete
  28. wah Tahniah cikgu menarik kisahnya..mg boleh dijadikan panduan buat semua.

    ReplyDelete
  29. salam cikgu

    syabas cikgu
    tahbiah hoong ling

    ReplyDelete
  30. saya selalu berasa sangat kagum dengan kejayaan ckLah, anak2 murid/bekas murid ckLah, anak2 dan keluarga ckLah. tahniah. kejayaan anda semua selalu menaikkan semangat saya terutama sebagai seorang ibu dan guru. terima kasih.

    ReplyDelete
  31. Tahniah atas kecemerlangan cikgu..

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum.
    Saya dapat rasakan betapa bangganya ckLah yang telah berjaya menjayakan anak murid sehingga ke tahap ini. Semoga ini akan menguatkan lagi semangat insan guru dalam membina modal insan cemerlang.

    Tahniah juga buat ckLah, dah 20 tahun menjadi pengacara tetap. Dah kira katagori pro...

    TQ

    ReplyDelete
  33. tahniah atas kejayaan yang penuh makna ini..semoga cikgu terys berjaya lagi...

    ReplyDelete
  34. 20 tahun jadi pengacara segalanya dah ada dihujung lidah dan jari. Syabas cikgu. Kalau cikgu bangga dgn kejayaan anak murid pastiny anaak-anak muridnya pun bangga punya cikgu-cikgu mereka...

    ReplyDelete
  35. rynas;
    Panduan tang mana tu...

    ReplyDelete
  36. nazrah;
    Sekadar bercerita untuk yang suka...(yang mencebik pun ada tu...sungguh!)
    terima kasih ya...

    ReplyDelete
  37. AidaAli;
    Cikgu-cikgu yang lain lahhh....saya seadanya saja!

    ReplyDelete
  38. Admin;
    Kerana itulah kebahagiaan seorang guru.....

    ReplyDelete
  39. shahromnasruddin;
    Amin......

    ReplyDelete
  40. kakzakie;
    Ohhhh, tak juga. Ada majlis-majlis tertentu, saya terketar juga kakak...

    ReplyDelete
  41. all the best to cklah, Hoong Ling dan sekelian warga sekolah cikgu :)

    ReplyDelete
  42. Cikgooden;
    ckLah bukan menang apa-apa pun...hehe

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...