Suka tak?

20110623

Kegigihan seorang penggoda...

Dia yang petik lamtoro (dalam bahasa Jawanya) yang tumbuh melata tak dihirau dek orang di jalan masuk ladang kebun kelapa sawitnya, dia yang kupas satu persatu papan-papan kecil petai padi atau petai belalang itu, dia yang menumis dan dia yang bertanggungjawab sepenuhnya hingga menjadi seperti ini....

...dalam usaha untuk menggoda isterinya yang sudah berminggu-minggu kehilangan selera terhadap nasi putih! Hmmmm, malam Jumaat kanda buat sambal petai! Esok dinda nak pegang mikrofon de!!!


Dia memang suka menimbulkan semula juadah-juadah kampung zaman dulu aruah ibu mertua saya...yang tak boleh dibeli di mana-mana. Orang bandar moden memang tak pernah tengok menu-menu orang kampung begitu...

"Terima kasih mike.....
Habis dua senduk nasi awok  berbuke puase hari ni...sedap bebenor ayor tangan mike!"

Yang di atas itu cerita orang tua.
Yang di bawah ini cerita orang muda.

Diba pun puasa.

Tapi....

"Sorry, I pun tak selera nak makan nasi, tapi I tak makan petai-petai bagai semua ni!" Katanya, sambil mencicah strawberry yang di petik di ladang belakang rumah, dengan melakonkan lagak Datin Wanabe.... getik sungguh ibu nengoknya! Nak goda ibulah tu...

Hmmmm, sambal petai padi dan 'kepal-kepal' strawberry bercicah cokelat duduk bersebelahan di atas meja sarapan yang sama...juadah yang sangat padan! Hahaha...










***Malam ini harus tidur cepat, kerana esok saya akan mengacarakan satu majlis rasmi, antara jam 8:30 hingga 12:00. Doakan saya dapat mengawal diri dan emosi saya agar senyuman saya juga turut terkawal supaya nada suara yang terlontar sentiasa dalam kawalan dan mengawal kesihatan keterampilan saya.........agar saya dapat mengawal kelangsungan majlis dengan sempurna. :D


Jumpa lagi malam esok! InsyaAllah.

26 catatan pelayar @XIIINAM:

  1. sebelum tidor minum lah air asam jawa...biar sedap sore tu esok...heheheh!!!

    ReplyDelete
  2. bawak2 le berehat kalau sakit,, bagitahu pengetua masalahnya, bagi le orng lain pegang micropong tu

    ReplyDelete
  3. sedap tgk sambal petai tu..
    tapi sy jrg mkn petai ;)

    ReplyDelete
  4. pn cikgu
    sya baru bercerita pasal petai tu semalam, sbb masa mengandung kakak chantik sya suka makan petai belalang tu, pantang jumpa.

    ReplyDelete
  5. sambal petai mmg favourite..


    tp kalau makan lunch dengan sambal petai, tapi lepas jam 2, nak tengok patient kena pakai mask, kehkeh....

    ReplyDelete
  6. haruslah esok 'mengawal' juga angin dalam badan supaya tidak terkeluar semasa di atas pentas... takut2 bau petainya masih ada

    ReplyDelete
  7. moga esok baik-baik sahaja
    :)

    ReplyDelete
  8. ckLah...

    Esok nak guna suara...
    jangan banyak makan sambal petai!!!

    Hehehehe...jgn lupa air asam jawa.

    ReplyDelete
  9. moga semuanya dalam keadaan terkawal dipentas yer cklah

    sebenarnya, ayu tersenyum lebih tang komen ibu intan..
    heheheh

    PS: ayu pun ada stok petai tau...
    jeng2........

    ReplyDelete
  10. kakLong;
    Oppps, kena embunkan dulu ayor asam jawa tu. Hehe

    ReplyDelete
  11. Imanshah:
    Tiada siapa berani mengganti...hahahaha (perasan). Kalau dema baca kenyataan ni, mau muntah hijau ni!

    ReplyDelete
  12. zarazuyein;
    Makan selalu pun tak elok...jatuh makruh nanti sebab berbau! Haha

    ReplyDelete
  13. sayangibu:
    Kecik2 ulu ckLah dan kawan-kawan makan sambil main galah panjang dan konda kondi...

    ReplyDelete
  14. najwa;
    ckLah pun harus pakai mask esok ni...hehe

    ReplyDelete
  15. Ms Lilies;
    Minta-minta gitulah....walaupun dah banyak majlis cklah acarakan, tapi, setiap kali mengacara majlis besar....ketaq tetap ada.

    ReplyDelete
  16. MunsyiRagbar:
    nanti terserlah sebutan gaya Jawanya...

    ReplyDelete
  17. Citarasarinduan;
    Bingo! ckLah suka singgah restoren yang ada stok petai ni...Hehe

    ReplyDelete
  18. ibuintan;
    Sat lagi nak buat senaman malam....habislah keluar angin tu. Hehe.

    ReplyDelete
  19. juadah kampung yg tidak boleh dibeli tu yg mahalnya..
    lagi mahal.. ayor tangan kande..
    :P

    ReplyDelete
  20. alahai romantiknye..
    kalau suapkan bertambahlah romantiknya..hehe

    ReplyDelete
  21. petai dan strwberi dua2 saya jarang makan... yang mana lagi sedap??? hehehe

    ReplyDelete
  22. pandai ck zahan menggoda penghulu syurganya.. hihihihi...

    wah.. cik puteri sorang tu.. memang Elite lah.. (kalau cik abang cheq dijamu stroberi ngan coklat.. confirm berpinau bijik mata dia!!.. hahaha)

    ReplyDelete
  23. T_T Hu...hu... T_T

    Nak makan gak....
    Kat DM(dewan makan) tak jumpa lauk nih...T_T

    SO saddeh.....

    ReplyDelete
  24. teringin nyer nak rasa masakan sambal petai tu

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...