Suka tak?

20110618

Bapa-bapa kesayangan saya...


Buat bapa-bapa istimewa di mata saya...

Bapakku...
Bapak dan isterinya...

Bapak anak-anakku...
Suamiku dan isterinya...

Abang-abang dan adik-adikku yang semuanya telah menjadi bapa yang hebat...

Abang pertama, Abang Long tercinta...
Abang Long saya, kanan sekali, bersama seorang abang
dan adik saya dalam sebuah majlis keluarga.

Abang ke 2 saya, yang paling susah nak jumpa kerana menguruskan perniagaan di Amman, Jordan dan Madinah.

Abang ke tiga saya...Profesor Dr Haji R.

Adik-adik lelaki saya yang semuanya telah menjadi bapa....
Adik saya Najib, yang menetap di Kota Kinabalu. Satu-satunya adik yang belajar seuniversiti dengan saya.

Adik saya Dr Haji H. Gambar ketika muncul dalam Segmen Bersama Doktor, SPM, RTM 1.

Adik  saya seorang lagi, seorang Software Engineer di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Ini gambar curi dari FBnya sewaktu menjalankan tugas di Satelite Radio Management Center, South Korea.
Satu-satunya adik yang saya 'sambut' kelahirannya di depan mata....



Adik bongsu saya, seorang Akauntan di Petronas.
Ketika di tanah suci, semasa masih bujang dulu...

Juga kepada:-
Abang ipar saya satu-satunya...kerana saya cuma punya satu kakak. Tuan Haji N.
Adik ipar saya satu-satunya , kerana saya cuma punya satu adik perempuan perempuan, Ustaz ZA.
Abang-abang dan adik-adik ipar sebelah ckZahan.

Rakan-rakan bapa yang berkunjung @Laman Maya ckLah hari ini....

Dan kepada semua bapa yang bertartanggungjawab. Ya, yang bertanggungjawab sahaja!

SELAMAT HARI BAPA!

(Bapa yang dera anak, yang haruan makan anak, yang pemalas, yang belasah duit bantuan pelajaran anak, yang main dadah, yang kaki botol, yang gila judi, yang bapak ayam, yang pukul bini, yang tak amanah dengan tanggungannya dan seumpamanya...sila main jauh-jauh!)



Buat bapa mertuaku yang telah pergi dahulu, al fatihah.


53 catatan pelayar @XIIINAM:

  1. Selamat hari bapa juga kepada arwah ayah saya..dan kepada semua bapa yang ada gambarnya dalam entri CkLah

    ReplyDelete
  2. selamat hari bapa buat semua bapa yg hebat, bapa yg menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

    ReplyDelete
  3. Imanshah;
    Al Fatihah buat marhum bapa mu...

    ReplyDelete
  4. sedihnya...
    dah takde bapa..isk..isk

    selamat hari bapa buat semua yg bergelar bapa..

    ReplyDelete
  5. selamat hari bapa utk semua yang cklah nyatakan..
    jua utk semua bapa2 di seluruh malaysia

    bangga dapat kenal cklah.. sebab di kelilingi lelaki2 yang berjaya dalma bidang kerjaya mahupun keluarga..

    TAHNIAH..

    ReplyDelete
  6. selamat hari bapa pada semua...

    anak saye yg kecik tu baru jer bagi kad ucapan pd ayahnye...senyum simpul la pulak en somi saye tu...

    alfatiah untuk abah & bapa mertua saya....

    ReplyDelete
  7. selamat hari bapa ckLah..agak2 ada masak nasi lemak kegemaran ayahanda tak hari ni???? heheh..

    ReplyDelete
  8. nurkass;
    Jangan sedih dik....
    Kita sama-sama doakan semoga roh marhum tenang di sana...Amin.

    ReplyDelete
  9. keluarga berjaya..!
    selamat hari bapa juga buat bapak,abang2&adik2 cklah...!



    alftihah juga buat abah kaklong...!


    kasih ayah membawa kesyurga..!

    ReplyDelete
  10. Ayu:
    Salam ckLah pada suami Ayu, Selamat Hari Bapa dan semoga kesihatannya semakin membaik. Amin.

    ReplyDelete
  11. Long;
    Selamat hari bapa buat suami Long juga....semoga kesihatannya semakin membaik.

    ReplyDelete
  12. najwa:
    Alamak doktor...
    Hari ni...nasi lemak 50 sen beli dua bungkus saja. Anak ckLah yang makan...Hehehe




    Petang-petang nanti buat bubur nasi, hantar ke rumah bapak...doktor tak bagi dia makan nasi lemak dah. :D

    ReplyDelete
  13. ainnorraini;
    Kad ucapan dari anak kecil tu memang menyentuh.....


    Semoga roh mereka aman di sana....

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum cikgu,

    Senjata hanya sebilah kapak
    seharian diguna menebang pohon
    kelelahan memanjang tanpa jemu
    kejayaan kita kerana mak-bapak
    keberkatannya sentiasa kita pohon
    kasihnya tidak pernah diragu

    ReplyDelete
  15. kakZakie;
    Apabila kakak tuliskan perkataan 'kapak'....


    Memang sungguh, dengan berbekal kapak, bapak dan ibu ckLah mula meneroka dan membuka kampung Sungai Manila bersama beberapa peneroka lain, seperti watak pasangan suami isteri muda, Dali dan Tijah yang digarap Zaharah Nawawi lewat novelnya Jalur Sinar Di Celah Daun....

    Begitulah bapak dan mak ckLah memulakan hidup bersuami isteri dengan meneroka tanah hutan, melahir dan mendidik 10 anak mereka....hingga kini, keadaan semuanya sudah berubah. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum ckLah

    semua bapa2 yg dlm n3 ini yg telah berjaya didunia, moga mulia Akhirat nanti....Insyaallah

    Wassalam

    ReplyDelete
  17. Rozali;
    Waalaikum salam...
    Doa yang sama untuk tuan haji juga.

    ReplyDelete
  18. moga ikatan kekeluargaan akan erat dan utuh wlupun ditelan waktu..

    ReplyDelete
  19. sampaikan salam selamat hari bapa kngh pada ckzahan yer..
    :)

    selamat hari bapa!

    ReplyDelete
  20. selamat hari bapa buat semua bapa2 di serata pelusuk dunia...

    ReplyDelete
  21. nZa;
    Dengar tu semua bapa...

    ReplyDelete
  22. adik berdik cKlah namapak macam org2 besau semuanya

    ReplyDelete
  23. Selamat hari bapa buat semua yang bergelar bapa.

    Al-Fatihah buat bapa mertua ckLah.

    ReplyDelete
  24. imanshah:
    Memang...badan depa besau2. Hehe

    ReplyDelete
  25. Ya betoi, betoi, Selamat Hari Bapa kepada semua bapa yang bertanggungjawab saja.

    Yang tak bertanggungjawab tu, tak selamat.

    :D

    ReplyDelete
  26. Entri penghargaan ini sungguh manis sekali. Dan begitu tinggi nilainya.

    Kenapa saya kata begitu?
    Kerana, CKLAH simpan (usaha cari) semua gambar mereka utk jadikan album di blog. Tentulah lebih bersifat peribadi.

    Itulah kemanisan hubungan kekeluargaan.

    Selamat Hari Bapa buat mereka semua dan seluruh bapa yang ada..

    Syukur: Sekadar untuk Rekod Peribadi Ibu dan Anak...

    ReplyDelete
  27. Azie;
    Gambar tu semua diambil dari Web Galeri Foto Keluarga ckLah...
    Adik ckLah yang jurutera software tu admin net keluarga kami...

    7 orang adik beradik lelaki semua gambar. Jenuh kalau nak cari...hehehe

    ReplyDelete
  28. selamat hari bapa utk semua bapa di dunia ni...

    ReplyDelete
  29. zino;
    terimalah ucapan zino itu wahai semua bapa di dunia ni...

    ReplyDelete
  30. salam hari bapa buat bapa bapa yangda h jadi dan bakal jadi...



    assalam cikgu

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum..
    ...selamat hari bapa dari hamba juga..utk semua org kesayanagn sis lam gambar di atas & utk semua mereka yang bergelar BAPA..:)

    ReplyDelete
  32. Assalamu'alaikum ckLah
    Bapa yg hebat, sentiasa dingat. Siblings ckLah hebat-hebat belaka. 'Kabeh ndadi...kabeh ndadi wong' (pinjam istilah arwah ibu saya). Alhamdulillah & tahniah.

    ReplyDelete
  33. Azani;
    Yang bakal jadi...tak aci.


    :D

    ReplyDelete
  34. kartini;
    ckLah tak mau ucap untuk semua...ckLah kecualikan bapa-bapa yang tak bertanggungjawab!

    ReplyDelete
  35. Temuk;
    Alhamdulillah.....tapi itu mereka paman! ckLahnya jadi cikgu biasa aje....

    :D

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum.
    Saya juga mengucapkan Selamat Hari Bapa buat ayah ckLah, suami, abang dan adik serta adik2 ipar ckLah.

    Alhamdulillah berkat usaha dan penat lelah bapa dan ibu ckLah, saya juga ucapkan tahniah kerana 'semua anak-anaknya menjadi'. (Gembira dan kagum).

    TQ

    ReplyDelete
  37. Admin P&P;
    Terima kasih cikgu Lai...
    Itulah harta mak dan bapa ckLah, 10 orag anak yang telah dibesarkan dengan segala jerih dan lelah...

    Semoga kasih di antara 10 anak ini (yang telah mengembang kepada lebih 60 orang kini) dengan mak dan bapa kami tak akan ada putusnya, meski telah sampai ke akhirat.

    ReplyDelete
  38. selamat hari bapa buat semua bapa yg ckLah senaraikan.. tahniah

    selamat hari bapa buat ckZahan tentunya... kehilangan kata2 nampaknya

    ReplyDelete
  39. ibuintan;
    Hehe...sebab dah cakap banyak di luar blog. Hehe

    ReplyDelete
  40. akuanak sorang... tak cukup 'bapa' lah aku ni... huhuhu

    ReplyDelete
  41. Aku;
    Seorang....lagi penuh tumpuan diberikan, bagai menatang minyak yang penuh. Lagi berkualiti si anak tu nanti, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  42. Kagum dengan keluarga cKLah...alhamdulillah dan tahniah buat semua bapa tersebut

    ReplyDelete
  43. a kl citizen;
    ckLah kaya dengan adik beradik....10 semuanya!


    Terima kasih atas ucapan.

    ReplyDelete
  44. anda manusia beruntung memiliki keluarga yang berjaya..semoga menjadi contoh buat saya..

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...