Hahahaha. Ini adalah entri 'syok sendiri'. Saya masih mahu menulis tentang murid-murid yang akan saya tinggalkan sempena Hijrah saya 1 Ramadhan. Murid-murid saya, kan? Lagipun, mulai minggu hadapan, pasti tiada lagi catatan saya tentang mereka di@Sanggar Maya ckLah ini. Jadi, kepada yang sekadar lalu-lalang di laman saya ini,janganlah menyampah pula ya! :D
Ya, daripada beberapa komen dalam entri lalu, saya tahu, dan faham serta akur benar, bahawa arahan bertukar adalah suatu perkara biasa bagi seorang guru. Saya tahu. Tak melawan pun, walaupun bagi saya memang tak biasa kerana selepas keluar dari Universiti Malaya, inilah satu-satunya sekolah tempat saya bertugas. Sampai 2 dekad 'tak beralih punggung!' Saya tak merungut pasal itu pun. Saya terima dengan terbuka, walaupun kesedihan itu tetap menebal! 20 tahun weh! Dari zaman saya anak dara,sampai berkahwin, sampai anak sulung saya tamat SPM di situ...bukan sedikit kenangan! Harap jangan ada yang menganggap saya merungut atau berkeluh-kesah!
Saya terima...arahan itu,dan sekarang, di samping menulis entri ini saya sedang kelam kabut menyiapkan banyak perkara, sebelum menyerahkan Nota Serahan Tugas Jumaat ini. Maaflah kalau saya 'gagal' menziarahi blog rakan-rakan atau membalas komen. Leka melayan anak-anak di facebook...
Cikgu terima, tapi bagi anak-anak murid, mungkin itu suatu perkara yang sukar diterima.Saya mengajar tingkatan 3 dan 5. Murid tingkatan 3 akan menghadapi percubaan PMR minggu depan, terpaksa saya tinggalkan begitu saja.
Perpindahan saya sedang menjadi isu yang hangat diperkatakan oleh semua orang (hahahahahaha....ayat penyata bernada perasan!) . Bukan saja murid-murid saya....malah, bekas murid-murid saya yang sudah lama tinggalkan sekolah...
Bekas murid yang sedang menuntut di luar negara....
Bekas murid yang sudah tamat belajar di luar negara...
Bekas murid yang baru nak keluar negara...
Yang dalam kolej persedian ke luar negara dalam negara...
Rakan setugas saya yang sudah bersara...
Ibu murid saya...
Dan....haih...macam-macamlah luahan mereka...
Maaf ya kalau ada yang diulang semula...dah banyak sangat...(KAN DAH TULIS DI ATAS, INI ENTRI SYOK SENDIRI SEORANG CIKGU YANG DISURUH PERGI...HAHAHA)
Alahai...budak-budak,beginilah...
Kira dia saja...
Ada yang cuba menyabarkan kawan-kawannya....alahai....Yang menerima dengan terbuka..hehe
Berpantun untuk cikgu...
Yang sempat 'meraikan' kepergian cikgu mereka
![]() |
| Tak nampak sedih punnnnnnn!!! Hahaha... |
Ya...ya...mari peluk cikgu, sayang...
Emmmm, nak baca lagi tak? Cikgu akan sambung entri ini untuk kamu semua sekali lagi, sebelum cikgu melangkah keluar dari pagar Convent, dan berundur dahulu dari dunia blog sempena Ramadhan ini. Untuk kamu,murid-murid cikgu. Ya, sebelum HIJRAH cikgu!!!
Semua itu..akan menjadi kenang-kenangan buat saya.

















panjangnya, saya baca sampai akhir dengan anak murid saya sebelah ni
ReplyDeleteImanshah;
ReplyDeleteBosan ya?
Hahahaha....
Ini catatan khas untuk anak-anak murid ckLah...merekabaca melalui 'share' di facebook dan mengomen di sana...hehe. DI FB tak boleh tulis panjang-panjang...
Salam CKLAH..
ReplyDeleteapa yang saya hendak tulis? Aduhhh beku!
Beginilah... apa sahaja yang anak-anak murid dan kengkawan or sesiapa sahaja... anggaplah itu juga luahan hati saya..
Sebagai kawan maya, teman blogger, rakan berkongsi cerita, sejiwa selalu ibu dan wanita...
Moga CKLAH bahagia, moga CKLAH sejahtera dan terus menjadi CKLAH yang saya kenal sejak dulu hingga kini...
Sob! sob! sob!
Contol ~ Option ~ Shift = Command...!
cklah, terang2 kamu mmg disayangi..
ReplyDeleteyelah kan 20 tahun tu,.
siap anak bujangmu habis SPM di situ
apapun, y terbaik utk kamu...
tempat jatuh lagi di kenang kan?
ReplyDeleteselamat bertugas di tempat baru
Selamat tinggal dunia sebelah sana...
ReplyDeleteSelamat datang ke dunia sebelah sini...
Azieazah;
ReplyDeleteTerima kasih Azie......
Ayu;
ReplyDeleteAda yang kasih....ada juga yang takut...hehe.
sayangibu;
ReplyDeleteBetul...betul....betul. Terima kasih...
Aku;
ReplyDeleteDunia...oh dunia!
Hehe
selamat bertugas d tempat baru.... :)
ReplyDeletesemoga terus cemerlang di tempat baru.
ReplyDeletewalaupun 2 kali pindah sekolah sebab saya mohon tapi tetap rasa sedih dan masih terbayang2 kedua2 sekolah tu, tapi di tempat skrg ni saya tak bercadang utk pindah lagi melainkan dipindahkan.. harap2 tak la..ooops, sehari dua ni kena pindah bilik guru lak..hehe..
Ziraziz;
ReplyDeleteSemoga selamat ckLah ya!
nazrah;
ReplyDeleteTak taulah lagi macam mana kondisinya nanti...
amboi cklah..
ReplyDeletesaya yg baca ni pun rasa sedih..
tam bah lagi tiga tahun perkhidmatan cklah kat sek tu.. dah sama dgn usia saya
lamanyer.. sgt lama..
namun
jgn bersedih
pemergian cklah disertai doa anak2 murid dan ahli2 masyarakat lain..
bersyukur ck lah
dan saya berasa bahawa cklah sgt beruntung dan bertuah..
semoga cklah bersedia dan bergembira sentiasa biarpun di sekolah yang baru..
ramai lagi yang perlukan khidmat cikgu yang bg saya sgt hebat ini..
salam ziarah & follow..
ReplyDeletesedih baca entry nie..begitulah kalau guru yg dia org suka dan sayang mesti rasa sedih nak meninggalkan cikgu.
ReplyDeletecikgu bertukar sebab naik pangkat ya???
apa-apa pun selamat bertugas di sekolah baru dengan anak-anak yang baru.
kalau pertama kali berpindah memang terasa berat sangat bila dah dua kali rasa biasa je zino pun mungkin bakal berpindah kali yg ke 4 hehe.. selamat bertugas di tempat baru..
ReplyDeleteSAlam..
ReplyDeleteTakpe la cikgu.. perjuangan mesti diteruskan.. semoga cikgu peroleh rahmat dari-Nya..
selamat mengajar di tempat baru..
:)
uih..lama tu kat skolah lama..patutla kene tukar..eheheh takpe nnti buka lebaran baru..agenda baru..baru syiok idup ni..:-)
ReplyDeletecer cite cer cite....tuko sekoloh mane tu yong...?!
ReplyDeletesyahdunya...... anyway semoga cklah seronok di tempat baru...
ReplyDeletemoga sentiasa ceria dan berlapang dada terutama berada di tempat baru..
ReplyDeletesob sob sob..
ReplyDeletetiba-tiba berair pulak hidung nih.. isy isy isy..
20 tahun, bukan sedikit jangka hayatnya..
sejak keluar universiti malaya...
dari zaman masih anak dara..
hingga anak dara sendiri dah melangkah ke menara..
keringat dan tenaga dicurah sepenuh jiwa..
.. masakan tidak terasa luluh di jiwa..
mendapat arahan agar bertukar segera..
sebelum sempat hujung tahun dirasa..
1 ramadhan, pintu baru dibuka..
aduh.. apakah rahsia Yang Maha Kuasa..
Apakah hikmah dari yang Esa..
Pastinya ada kebaikan yang nyata..
Amanah itu diteruskan jua..
Semoga dian nan sebatang ini terus bercahaya..
Menerangi dunia dan alam maya..
Ya Allah.. redhai dirinya..
Ameen.
(Dia.. nanti Dia datang KL, acik bawak pergi Mahkamah Persekutuan k, LexisNexis dan ILBS Bookstore k.. kita cari bahan rujukan... ---> rindu pada maknya, terus cari si anaknya.. hihihihi)
:)
salam... saya tak sempat jadi cikgu
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteTahniah buat ckLah. (Harap ckLah tidak tersalah tafsir dan kecil hati pula).
Memang sedih tinggalkan murid kesayangan yang sentiasa didampingi.
Tetapi ckLah kena percaya bahawa sekolah baharu ckLah juga amat memerlukan guru seperti ckLah. Murid/pelajar di sana juga amat memerlukan dan menanti kehadiran ckLah bagi meniti kejayaan yang diimpikan.
Semoga ckLah lebih sukses di sekolah baharu nanti.
TQ
ikhram;
ReplyDeleteTak sedihlah...
Tak...
Tak...
Tak...
(kata ckLah sambil meraih sehelai lagi kertas tisu...hehe)
hanez;
ReplyDeleteTerima kasih ya...
rynas;
ReplyDeleteSedih kejap saja tu....
zino;
ReplyDeleteHehe...ckLah baru nak cari pengalaman...
adol;
ReplyDeleteBetul...siapa kata nak berhenti! Haha
rose;
ReplyDeleteIye lah tu...
kakLong;
ReplyDeleteOooooooooooooooooooooops, lepas ni ckLah tak akan sesekali dedahkan nama tempat kerja baru ckLah macam sebelum ini. Ini antara hikmah penghijrahan ini yang ckLah nampak. Tak adalah macam dulu....sampai ada bloger yang datang ke sekolah ckLah masa ckLah tak ada. Ambil gambar depan sekolah ckLah dan masukkan dalam blog. Dan ada yang hantar surat berbau wangi ke alamat sekolah, dengan nama 'ckLah' saja. Mampuih ckLah kena perli dek orang pejabat yang terima surat tu dari posmen. Tak suke...tak suke...kite bukan remaje lagi tau, kite mak kepada 4 anak remaje tau...hahahah.
alimaz;
ReplyDeleteYa...betul! ckLah akan cari mana-mana sudut untuk menjadi seronok...
sal;
ReplyDeleteInsyaAllah...harap gitulah.
Tiny;
ReplyDeleteWah..wah...wah...
Indahnya susunan kata.
Ada bakat dia bergurindam ya!
Hehehe...
Minta maaf baaaaaaaaanyak sangat Tiny. Kepulangan DIa seminggu lepas masackLahsedng benar-benar sibuk dengan pelbagai perkara...sampai tak sempat nak atur perjalanannya ke KL. Dia pun ada assigment yang tak siap-siap dari mula bercuti. Asyik relaks je...hujung-hujung baru kelam kabut...
Panglima Muda;
ReplyDeleteNgape tak sempat tu gamaknye ye?
Admin;
ReplyDeleteApa nak dikecil hatikan cikgu?
Hehehe..
Tak ada apa-apalah...perpindahan biasa saja bagi seorang cikgu. "Saya Yang Menurut Perintah!", kan!
Kak Zai baca pun terasa sedih,kenapalah disaat2 murid memerlukan cklah di arah bertukar kalau ya pun tunggulah habis tahun.
ReplyDeletezaitun;
ReplyDeleteTak apa kak Zai. Pengganti ckLah nampaknya lebih muda dan lebih pro-aktif (walaupun katanya belum pernah mengajar tingkatan 5)....semoga mereka serasi dengan cikgu baru mereka itu.
Cikgu... kakak yg tak diajar pun macam nak menangis pulak. Kesiannya budak-budak tu... Benar kata salah seorg yg kakak rasa penjaga murid cikgu. Kalau nak tukar tunggulah selepas SPM mudah kata tahun depan kan....
ReplyDeleteApa-apa pun moga cikgu diberi ketenangan ditempat yg baru...
kakZakie;
ReplyDeleteKena akur kan kakak...apa boleh buat.
terkejut dengan berita ini
ReplyDeletepB;
ReplyDeleteBerita biasa-biasa saja...