Suka tak?

20110731

Selamat tinggal (4) TAMAT.

Sambungan dari entri ini.

"Hahahaha...apalah ckLah ni! Nak pergi-pergi jelah....asyik bersambung-sambung entri! Cheh!!!"

Okey,okey, okey!
Kali ini tinggal betul-betul.
Dengan rasminya...saya bukan lagi staff Sekolah Menengah Convent dengan imbasan kad kerja terakhir saya sebelum melangkah ke luar dari pagar sekolah ini...detik 4:00:31 Jumaat 29 Julai.


Jadi lepas ni, kalau saya (masih mahu) berkisah tentang hal-hal sekolah, itu bukan Convent. Itu mungkin sekolah baru saya.

Sekolah apa?
Oooops, kali ini saya tak akan mendedahkan di mana kerja saya. Apa jawatan saya. Berapa gaji saya. Cukuplah sudah saya terlanjur memperkenalkan diri saya sebagai seorang cikgu di alam blog!

'Kepergian' saya sudah diraikan...

Oleh murid-murid yang saya ajar.

Oleh murid-murid kelas saya.


Oleh  rakan-rakan staff...makan tengahari terakhir secara buffet bersama-sama, 29 Julai. Minggu depan dah puasa kan!.

Oleh rakan-rakan karib saya, makan malam bersama sebentar tadi....(yang ini bukan terakhir dan benar-benar jamuan makan...kerana dengan mereka saya tak mungkin berpisah. Kami akan selalu berjumpa begini walaupun saya sudah bertukar sekolah. Bukan jauh pun..kan kawan-kawan!) Makan malam biasa yang pada mulanya hanya dirancang oleh 10 teman akrab berhampiran rumah, akhirnya turut disertai 30 orang rakan yang semuanya memang sahabat terbaik...

Saya sudah potong semua kek ini......kek yang saya terima sepanjang minggu ini.

Saya sudah penuhkan kereta dengan hadiah-hadiah dari mereka. Hahahaha...

Tak boleh berundur lagi...



Dengan mata yang bengkak...saya pergi jua. Huhuhuhuhu...



Ya,  REZEKI HIJRAH PADA TARIKH YANG CANTIK!
1 Ramadhan ini.


50 catatan pelayar @XIIINAM:

  1. amboi.. penuh xiinam. nampak ke cermin pandang belakang tu??
    hihihi!!

    sian doremon kene cantas...

    semoga cklah bertambah sukses di tempat baru.

    salam ramadhan dari kakngah dan keluarga.

    ReplyDelete
  2. Tuai padi antara masak
    Esok jangan layu-layuan
    Intai mereka antara nampak
    Esok jangan rindu-rinduan

    Kalau ada sumur di ladang
    Boleh saya menumpang mandi
    Kalau ada umur yang panjang
    Boleh semua berjumpa lagi

    Orang Aceh sedang sembahyang
    Hari Jumaat tengah hari
    Pergilah kasih pergilah sayang
    Pandai-pandailah menjaga diri

    Tuan puteri pergi ke Rasah
    Pulang semula sebelah pagi
    Kita bertemu akhirnya berpisah
    Diizin Tuhan bersua lagi

    ReplyDelete
  3. mak aiii

    kasut tu..sungguh ku jeles

    ReplyDelete
  4. Ngah;
    Kerja Nuha dan Diba tu...menyusun tinggi . Depa yang lebih2 suka ibu dapat hadiah. Selamat menyambut Ramadhan ya Ngah...

    ReplyDelete
  5. Sonata;
    Dari mana hendak ke mana?
    Tinggi rumput dari padi;
    Tahun mana bulan mana,
    Dapat kita bertemu lagi...

    Dian tiga lilin pun tiga,
    Dian tergantung rumah laksamana;
    Diam juga sabar pun juga,
    Ada umur tidak ke mana.

    ReplyDelete
  6. Imanshah;
    Itu pemberian Guru Kanan Bahasa ckLah...Sampai rumah dia mesej kalau tak muat, hantar ke kedai dalam masa 3 hari. Pakai-pakai, elok je muatnya.Tak payah jadi cinderella...hehe

    ReplyDelete
  7. Sungguh la pulak, bila dah macam2 majlis perpisahan dihadiri, apa ke hal la pulak nak tunggu lagi 2 minggu. Memang cantik tarikh penghijrahan itu, CkLah :)

    ReplyDelete
  8. Dinas;
    Tu la pasai....naaa!
    Sungguh, moga hijrah ini juga sesuatu yang pnuh dengan 'kecantikan'....doakan ckLah ya...

    ReplyDelete
  9. salam..
    ermmm..dah 4 siri dah nih..
    ternyata hati terlalu berat hendak meninggalkan sekolah lama ye.?
    selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  10. betul tu....

    tak sedapkalau toleh belakang lagi...

    kenduri dah buat...

    hahaha.........

    ReplyDelete
  11. Salam

    Selamat berpuasa dan selamat berhijrah kak.

    Tup-tup balik tempat kelahiran.
    Nak kena check, ada dak cikgu baru mai sekolah saya.

    Tapi yang dok mai sini, cikgu baru belaka. Baru lantik ngee...

    Apa-apa pun, saya doakan akak lebih sihat dan ceria lagi bersemangat di tempat baru :)

    ReplyDelete
  12. Syabas CkLah! Betul tu..sekali dah melangkah tak perlu bertangguh lagi. Selamat maju jaya di tempat baru..1 Ramadhan sangat berkat tarikh itu untuk satu penghijrahan..
    Psssttt!!! Satu cabaran n tekanan bg si pengganti..

    ReplyDelete
  13. "JANGAN PANDANG BELAKANG".....
    sekali melangkah xakan menoleh lagi....

    semoga gembira ditempat baru dan dpt mengutip pngalaman baru dgn suasana baru, rakan2 baru dan budaya baru.....

    sy dh mengajar di 4 SK sejak brkhidmat kak......

    ReplyDelete
  14. sedih sungguh perpisahan ini ! teringat saya berhijrah pada 5 Ramadhan ( 16.8.2010 ) tahun lepas...macam nak bersara
    dibuatnya ! saya hampir 15 tahun di sekolah lama...tahan aje le air mata bergenangan...sampai sekarang seolah2 saya masih berada di tempat lama...apakan daya di mana kita sebagai penjawat awam insyaAllah tetap profesional...emosi dalam hati je...

    tahniah dan selamat bertugas di sekolah baru

    ReplyDelete
  15. zulkbo;
    Berat juga kalau memikirkan kehendak anak-anak tu. Tapi...apa nak buat. Hehe

    ReplyDelete
  16. Aku;
    Kan...!
    Ngisin-ngisini wae...

    ReplyDelete
  17. Waterluly;
    Takkan sejauh itu akan dihijrahkan dik...hahaha
    Terima kasih ya!

    ReplyDelete
  18. Sally;
    Betul...betul...betul...
    Walaupun hati kecil berdebar-debar untuk menghadapi musim langit baru...

    ReplyDelete
  19. sonata;
    Kena dengar cakap pengetua berpangalaman ni...

    Terima kasih kak...

    Semoga semuanya berjalan dengan sempurna...Amin.

    ReplyDelete
  20. nZA;
    Ya...jangan toleh belakang.

    4 sekolah banyak juga tu. Tapi, kesan bertukar kerana memohon dengan diarahkan tanpa memohon....lain kot. Apatahlagi setelah 20 tahun berakar di situ. Tapi, betul...kena akur juga.

    ReplyDelete
  21. betul tu, arahan kena ikut kan ckLah..
    selamat menyambut dan menjalani ibadah puasa di sekolah baru tentunya..

    ReplyDelete
  22. betul tu, arahan kena ikut kan ckLah..
    selamat menyambut dan menjalani ibadah puasa di sekolah baru tentunya..

    ReplyDelete
  23. saya yg bukan murid pun sedih hahaha...


    lama tu cklah 2 dekad...banyak sungguh kenangan kat situ...apa2 pun selamat berhijrah...selamat menyambut ramadhan al-mubarak...moga sihat2 saja :)

    ReplyDelete
  24. ala... dah tamat yer....

    selamat menyambut ramadhan dan saya bakal menanti kisah hari pertama di sekolah baru.

    moga semuanya diberkati Allah.

    ReplyDelete
  25. wahh..banyaknya hadiah, macam org kawen ;) sori, gurau je ;)

    selamat berhijrah, selamat menyambut ramadhan ckLah...

    ReplyDelete
  26. sayangibu;
    terima kasih ya...selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  27. Ms Lilies;
    Ya mimi....sedih tk ilang lagi ni, Selamat untuk mimi dan keluarga ya...

    ReplyDelete
  28. zonaku;
    kena tamatkan...susah nk cari penaja...hahaha

    ReplyDelete
  29. najwa;
    hehe

    Selamat berramadhan...semoga mudah urusan kelahiran anak ke dua mu

    ReplyDelete
  30. sayan ibu;
    terima kasih ya yang...

    ReplyDelete
  31. ckLah
    Subhanallah.... ada juga ciri +nya bila berlaku perpisahan: melonggok cenderamata + cenderahati, melempah ruah jamuan.... Macam tiap tahun pindah pun tak apa! Itulah anugerah utk cikgu yg disayangi & jadi kebanggan murid & rakan sekerja. Selamat maju jaya di sekolah baru & selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  32. Selamat berhijrah dan selamat menyambut puasa.

    ReplyDelete
  33. Temuk;
    Ingatkan, selepas dapat surat arahan, ckLah nak keluar diam-diam saja paman. Tapi, boss dah umumkan depan perhimpunan 5 hari sblmnya......lalu beginilah jadinya!

    ReplyDelete
  34. zaitun;
    Terima kasih kakZai...salam Ramadhan

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum ckLah.
    Saya yang menurut perintah.
    Berkhidmat untuk Negara.
    Tak perlu nak mohon tangguh lagi. Rezeki Allah ada kat mana-mana.

    Salam hijrah di bulan baik dan barakah, Ramadhan al-Mubarak.

    TQ

    ReplyDelete
  36. Admin;
    Dah ucap selamat tinggal dah pun....tak kan nak balik semula. :D

    ReplyDelete
  37. aduh..

    kalau ayu pun malu oooo

    cklah..
    ayu nak ambil kesempatan nk ucapa salam ramadhan utk cklah sklrg...

    ReplyDelete
  38. wow sungguh disayangi Cklah banyak hadiah sungguh...selamat berpuasa dan menyambut Ramadan. Semoga penghijrahan membawa seribu rahmat..Amin

    ReplyDelete
  39. Ayu;
    Orang dah suruh keluarkan.....
    Ikut ajalah. Selamat berpuasa...

    ReplyDelete
  40. rynas;
    Selamat berRamadhan ya!

    ReplyDelete
  41. Selamat jalan cikgu, semoga penghijrahan dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, cikgu akan lebi cemerlang..

    ReplyDelete
  42. setiap apa yg berlaku ada hikmahnya..

    Agaknya Allah nak memberi kita kebahagiaan, keceriaan dan kesejahteraan yg lebih bermakna di tempat baru.. ameen

    Selamat menyambut ramadan almubarak....

    ReplyDelete
  43. semoga mencipta sejarah baru di sekolah yang baru ini pula



    Salam Ramadhan

    ReplyDelete
  44. selamat romodon kak..

    samat berposo..


    (emak aku arwah dah kak..)

    ReplyDelete
  45. salam ramadhan.. harap ada cerita untuk hari ini.....


    kisah tempat baru

    ReplyDelete
  46. Mohamad;
    InsyaAllah...cikgu!

    ReplyDelete
  47. sal;
    Harapnya begitulah....

    ReplyDelete
  48. cikgooden;
    Innalillahi...


    Bertabah Den...

    ReplyDelete
  49. zonaku;
    ckLah sedang dalam plan mengurangkan menulis di blog dik. Murid di sekolah baru ni, sangat berbeza dengan sekolah lama ckLah. Mungkin hijrah ini turut menghijrahkan cara bloging. Minta maaf kallau selepas ini ckLah mulai jarang menulis entri baru....

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...