Suka tak?

20110825

Musafir menjelang raya...

Selama berumah tangga, saya memang tak pernah merasa sibuk-sibuk perjalanan jauh pulang berhari raya. Ya lah, jarak rumah saya dengan rumah mak ayah saya cuma 45 KM. Saya jadi penunggu adik beradik saya yang merantau, pulang. Rumah aruah mak dan ayah mertua semasa hayat mereka cuma berjarak 800 meter dari rumah saya. Alahai...Nyanyi lagu 'Balik Kampung' tak sempat sampai korus,  dah sampai....

 Khamis 25 Ogos lepas, saya dapat merasa perjalanan jauh menjelang raya. Nun di negeri Jelapang Padi utara tanah air. Kira jauh lah juga kan! Melepasi 3 sempadan negeri! Banyak juga lagu raya yang sempat didengar. Haha.

 Kami ke sana untuk jemput Dia di kampusnya. Dia tak sempat beli tiket bas kali ini. Nak dibiarkan naik 'bas lompat', tak tergamak pula, walaupun masa saya di UM dulu, mengheret beg besar dari KL-Klang, Klang-Kuala Selangor, Kuala Selangor-Tanjung Karang, Tanjung Karang-Sungai Besar, Sungai Besar-Sabak Bernam adalah perkara biasa saja! Tapi zaman dululah...sekarang KL-Sabak Bernam dah banyak bas.


 Bertolak jam 2:20 petang, lepas mesyuarat JK Kewangan Sekolah dan ambil Diba dan Nuha di sekolah masing-masing.  Hujan mengiringi sepanjang perjalanan kami. Ambil  gambar di Kampar, sebelum saya lena dibuai kesejukan (tak boleh harap punya ko-pilot).

Sedar-sedar, dah sampai, suami kejutkan untuk solat...hampir 4 jam dia memandu tanpa henti. Kelajuan tak taulah macam mana...3 jam ko-pilotnya tidur! Sampai kampus jam 6:06. Terus solat Asar di Pusat Islam universiti itu.

Diba dan Nuha datang mahu jemput kakak. Kakak habis kelas jam 6:00 petang. Sementara tunggu kakak bersiap, berposing dalam hujan, berlatar Gunung Jerai yang tak berapa nampak.......

Dah nak malam, tapi Dia...macam biasalah, ada saja urusan dia yang belum selesai. Layan sajalah...

Muka lapaq ayaq...Nuha!

 Bertolak meninggalkan kampus jam 7:05

 Berbuka dalam kereta dengan apa yang ada ketika di lebuh raya sebelum berhenti solat serta makan pasemboq dan nasi kandaq di daerah Juru. Kena ikut waktu berbuka di utara ni, lambat sikit....


 Teruskan perjalanan balik  melalui lebuh raya hingga ke susur keluar Gopeng. Sampai rumah jam 11:45 malam. Siapkan laporan 'post moterm' dan analisis Peperiksaan Percubaan PMR sambil tulis entri untuk hilangkan ngantuk....sebelum masak nasi, goreng dada ayam dan buat sotong masak kicap untuk sahur...serta sambung baca hujung juzuk 30 sikit. Insomnia malam ni....


Alhamdulillah. Pembantu dapur ku sudah balik. Banyak tugas menunggu Dia! :D

Jumaat 26 Ogos, jemput Bin pula di asramanya, di Sekolah Menengah Sains berhampiran. Mujur dekat! Teruna seorang ini, akan dikerah untuk membersihkan kawasan luar rumah dengan abah. 3 anak dara, dalam rumah dengan ibu!

Dah lengkap semua korum, baru bersemangat untuk menyambut raya, baru rasa aura raya dan baru nak ucapkan...
Daripada ckLah dan keluarga...

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال



...walaupun sedih meninggalkan Ramadhan.



**Catatan dari orang yang jarang musafir jauh-jauh di bulan puasa.
**Gambar-gambar dirakam melalui telefon bimbit 'cokia' Diba...rendah resolusinya!



75 catatan pelayar @XIIINAM:

  1. Yeayyyy korum sdh cukup :D

    Selamat Hari Raya buat CkLah sefamili....Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
  2. Ms Lilies;
    Petang ni baru nak ambik Bin sebenarnya....:D


    Selamat hari raya dari ckLah buat Mimi...maafkan segala salah silap cikLah di alam maya ini ya!

    ReplyDelete
  3. salam bersahur cijgu
    kembara jauh atau dekat pasti ada tinggalkan tanda dalam memori kisah kita semua...

    ReplyDelete
  4. Jemputlah datang ke rumah CkLah...

    tahun ni tak kejor ayam ke??

    ReplyDelete
  5. Wahhh seronoknya, lepas sorang, sorang anak akan pulang ke rumah. Pastu operasi boleh dimulakan dengan jayanya!

    My 2nd anak, petang ni baru balik, dgn bas 4.30 petang.

    Operasi kecil kecilan sahaja, sebab rumah pun kecik...! hehehe

    Selamat Hari Raya CKLAH. Maaf zahir batin.

    *Kad Raya tahun lepas ni, kan?

    ReplyDelete
  6. Azani;
    Betul...betul...masing-masing punya cerita sendiri....

    ReplyDelete
  7. Iamanshah;
    Belum lagi....
    Jangankan ayam....kambing pun.Hehe

    ReplyDelete
  8. Azie;
    Selamat menyambut kepulangan anak=anak....

    Kad tahun ini.....tapi gambar tahun lepas. Hehe

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Ck Lah sekeluarga..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum ckLah..

    Selamat menyambut hari raya aidil fitri..:)

    Kalau perjalanan cikgu ke rumah mak ayah 45 KM saya lak 0 KM..:)

    ReplyDelete
  11. Selamat hari raya buat cklah sekeluarga. x berkesempatan berjumpa juga, ckLah x masuk ke pulau.

    lain kali ya.

    ReplyDelete
  12. selamat hari raya buat Cklah sekeluarga...semoga hari raya tahun lebih meriah lagi..maaf zahir dan batin...

    ReplyDelete
  13. sebagai adik di alam maya ni,biar la kaklong menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari cklah,kiranya ada komen kaklong kurang menyenangkan hati cklah...maaf zahir batin,
    selamat hari raya dari kaklong sekeluarga juga...

    ReplyDelete
  14. Salam, ckLah...dah lama tak dengar istilah 'bas lompat' tu...pernah juga merasai pengalaman menaiki 'bas lompat' dulu-dulu...uihhh...seksanya mengheret beg...

    "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin"

    (kena minta maaf ni sebab selalu lalu-lalang di blog ckLah tapi tak tinggal komen... :)

    ReplyDelete
  15. Selamat hari Raya cikgu...

    Semua balik rasa sihat dan cerianya tidak terucap cikgu...
    Kakak suka gambar dlm kad raya cikgu. Siapa yg lukis. Fantastic!!

    ReplyDelete
  16. SALAM,
    SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN ! PIHAK LF AKAN MENGAMPUNKAN SEGALA DOSA (JIKA ADA, YG SENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA)

    ReplyDelete
  17. ::lain tahun (bila tuan rumah ada) Cklah dijemput singgah di laguna merbok yer ;)


    .
    .
    bestnya semua dah balik.
    selamat hari raya, maaf zahir batin.
    Jemput datang ke rumah kami - kg banjar ;)

    ReplyDelete
  18. selamat hari raya CkLah... moga gembira dan ceria di lebaran ini

    dah berkumpul tu bolehlah mula membakar beskut..kan

    ReplyDelete
  19. zureen;
    Selamat hari raya buat Zureen...

    ReplyDelete
  20. Abd Razak;
    Amboi....mengesot pun boleh sampai ya ustaz.

    ReplyDelete
  21. zonaku;
    Tu lah....mengejar masa. Hari ni masih sekolah. InsyaAllah Disember kami ke Penang. Bin pun ada masa tu...

    ReplyDelete
  22. ainnoraini;
    Selamat hari raya buat Ain juga ya...

    ReplyDelete
  23. kaklong;
    ckLah pun sama Long....maaf kalau entri atau komen ckLah selama ini kurang menyenangkan...

    ReplyDelete
  24. cikguIna;
    Selamat hari raya....

    ReplyDelete
  25. kakZakie;
    Guna photoshop kasar je tu kak...

    Selamat hari raya buat kakak ya!

    ReplyDelete
  26. LP;
    Selamat hari raya buat LF...

    ReplyDelete
  27. LuahFikiran;
    Selamat hari raya maaf zahir dan batin...

    ReplyDelete
  28. najwa;
    InsyaAllah jumpa juga kita nanti....rasanya kita dah makin dekat dari segi maklumat dan fakta. Heheh


    **ckLah jadi guru kelas si Halim tu...

    ReplyDelete
  29. ibuintan;
    Selamat har raya.....jemput Intan hari ni?


    Biskut tunjuk je ibuintan...

    ReplyDelete
  30. Selamat Hari Raya kepada ckLah sekeluarga...maaf andai ada coretan2 yg mengguris perasaan selama di alam maya...Nanti singgah2 le Manjung...=)

    ReplyDelete
  31. Husmyna;
    Laaaaaa, Manjung? Petang ni memang nak ke rumah adik di Manjung. Singgah di Tesco kejap....(adik ckLah mengajar di BT 10 Lekir...

    ReplyDelete
  32. selamat hari raya buat CKLah sekeluarga

    ReplyDelete
  33. Salam ckLah,
    Jauh perjalanan tu kak. Tapi barangkali hilang letih, bila korum dah cukup. :)
    Rasanya saya nak salin resipi masak lomak cili api rebung tu. Macam sedap je. :D
    Selamat hari raya, buat ckLah, ckZahan, Dia, Diba, Nuha, Bin. Mohon maaf zahir dan batin :)

    ReplyDelete
  34. kalau cklah terperangkap dalam jem kat hiway tu.. lagi terasa aura balik kampung hihihi!!

    alhamdulillah.. kakngah dah selesai juzuk 30 asar semalam..

    ReplyDelete
  35. salam cKLah...

    selamat menyambut hari lebaran yg bakal tiba tak berapa hari jer lagi...

    ampun dan maaf dari iols... andai kata ada komen2 iols sebelum ini mengguris hati dan perasaan cKLah....

    salam...

    ReplyDelete
  36. waaaahhh..

    semua dah adalah..

    bestnya.. baru feel nak raya nih.. hihihi...

    (tak sempat nk guide tempat makan char kue tiaw.. lenkali tiny bg directionnya eh.. lagipun, kan cklah akan KERAP naik UTARA nuuun... hihihi)..

    ReplyDelete
  37. riuhlah rumah seminggu ni ya.

    salam aidilfitri utk cklah sekeluarga.

    ReplyDelete
  38. aku seronok nak beraya sebab nak bercuti panjang sebenarnya...

    entahlah kenapa... hu hu hu

    ReplyDelete
  39. sejukkk

    bersua muka tidak, tapi tetap setia; beramah-tamah tidak, tapi tetap mesra; bersenda ikut suka jee, tak tau plak ada yang terasa; mengomen macam le hebat, tak prasan rakan rasa kena sebat; duhai sahabat duhai pelawat, kususun ruas jari yang karat, mohon ampun ke hadrat, agar kita semua beroleh rahmat, Allah limpahi dengan berkat

    ReplyDelete
  40. salam..Selamat Menyambut Hari Raya..Maaf Zahir Dan Batin.

    ReplyDelete
  41. cklah, salam lebaran, maaf zahir dan batin :)

    ReplyDelete
  42. Lorrr...baru baca la pulak (12.30a.m)....hahaha....dah balik la gamaknyerr....ke tidur kat manjung?....kalau tahu tadi...boleh singgah....

    ReplyDelete
  43. salam cklah..
    berukhwah dialam maya, so bmaaf zahir batin pun dialam maya jelah yer cklah... smoga bhgia slalu di syawal nanti cklah... makan ketupat lemang ingat2 sama kesihatan yer cklah...:)

    ReplyDelete
  44. assalamualaikum,
    Selamat Hari Raya ckLah (:

    Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  45. Selamat Hari Raya cikgu ckLah. Cantik kad raya..

    ReplyDelete
  46. arpeggios;
    Salam kembali dari ckLah...

    ReplyDelete
  47. indahouse;
    Hehe..mana ada ckLah tulis resepinya...ngarut aje tu.


    Salam aidil fitri buat Nur

    ReplyDelete
  48. Ngah;
    Mujur hari tu belum mula jam...hehe.
    Selamat hari raya ya Ngah...

    ReplyDelete
  49. milais;
    Dari ckLah juga. Selamat hari raya dan maafkan segala salah penulisan ckLah.

    ReplyDelete
  50. Tiny;
    Kerap ke utara tapi tak pernah dan nak singgah-singgah sebab selalunya perjalanan mengejar masa. Nantilah...Disember kot ada rezeki boleh pi saja-saja melawat. Boleh singgah Penang, Lagkawi, Padang Besaq...Bin pun cuti masa tu.

    ReplyDelete
  51. julietchun;
    Riuh dan berserabut. Hehe.
    Selamat hari raya buat Juliet. Kalau ada salah siap ckLah, minta maaflah...

    ReplyDelete
  52. Aku;
    Mestilah seronok sebab tak pergi kerja...hehe

    ReplyDelete
  53. cemomoi;
    ckLah pun macam tu juga. Salam aidil fitri ya...

    ReplyDelete
  54. abadiromeo;
    Salam dari ckLah juga....

    ReplyDelete
  55. maksu;
    Sama-sama maksu. ckLah pun macam tu...

    ReplyDelete
  56. Husmyna;
    Hehehe...dah tau dekat ni, ada jodoh nanti kita jumpa juga...

    ReplyDelete
  57. Mamamoden;
    ckLah pun macam tu MM. Selamat hari raya. Jadi ke balik Johor? Baik-baik di jalan ya!

    ReplyDelete
  58. Wos;
    ckLah juga ....selamat beraya ya!

    ReplyDelete
  59. AidaAli;
    Selamat hari raya buat cikgu juga...


    Kad raya ala katun tu...hehe

    ReplyDelete
  60. hahaha...
    saya yg dok jauh ni., awal2 dah diingatkan beli tiket.. kalau tak beraya lah kat hostel.. takkan ada orang nak ambil huhuhuh..

    apapun dari setiap tahun, ada saja cerita perjalanan balik kmpung yang menyiksakan.. namun bila dikenang-kenang, itu semua meninggalkan parut yg manis utk dikenang.. hehehehe

    ReplyDelete
  61. Ikhram;
    Tulah pasal....Dia kata dia takut nak keluar ke Bandar Sg Petani untuk beli tiket. Yang koperasi universiti jual hanya sampai di Ipoh.



    Sebenarnya, mak ayah sentiasa risau sepanjang anak-anak dalam perjalanan. Kadang-kadang nak hantar ambik tiada kesempatan. Moga anak-anak pandai jaga diri...seronok tengok catatan perjalanan keretapi Ikhram tu...

    ReplyDelete
  62. Si ibu, pastilah merasa sangat puas hati bila semua ahli rumahnya berkumpul. Bawa pulang, walau dari jauh!

    Nanti ni cerita 'asal kumpul, mangan ora mangan' atau 'angger kumpul, mesti mangan'? Hihi.

    Dgn adanya ahli wanita yg ramai di rumah, pastilah banyak juadah raya akan disediakan. Semoga semua sihat dan bergembira menyambut 1 Syawal nanti. SELAMAT HARI RAYA. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  63. Temuk;
    Baru tau macam mana perasaan mak sendiri kalau anak-anak balik atau tak balik ya paman.


    Memang penuh kembalilah rumah Ustaz Zailani tu paman. Nanti cerita 'ono panganan yo kumpul' pulak ya. Tak bagi lagi tugas...siapa nak ambik janur buat ketupat, siapa nak tangkap dan sembelih ayam, siapa nak menjaga rendang di kuali...tau-tau dah siap aje.

    Selamat hari raya buat paman sekeluarga...

    ReplyDelete
  64. Selamat hari raya, ckLah. Sama la kita. Rumah parents Yati pun dekat je. Kita Seri Iskandar, mak di Lumut. :)

    ReplyDelete
  65. Yati;
    Wah, boleh ulang alik tiga empat kali sehari...seronokkan Yati. Dah dekat juga dengan tempat ckLah ni...

    ReplyDelete
  66. Selamat hari raya & maaf zahir batin, CkLah :)

    ReplyDelete
  67. Dinas;
    Salam kembali...salam buat kakGee

    ReplyDelete
  68. selamat hari raya

    maaf zahir batin, ckLah

    ReplyDelete
  69. a kl citizen'
    Untuk cikgu Normah juga...

    ReplyDelete
  70. dah 4 thn saya tak rasa feel blk kg ni, dgr lagu raya pun rasa biasa je..mak 5km dr rumah, mak mentua 15km..apa pun seronok jg tunggu org lain blk kg..agaknya kalau tunggu anak blk dah tua nanti mcmana la ye, mesti lg seronok,

    selamat hari utk ckLah sekeluarga, maaf jika ada tulisan yg tidak menyenangkan.

    ReplyDelete
  71. Selamat Hari Raya Aidilfitri ckLah sekeluarga!

    ReplyDelete
  72. Selamat Hari Raya.. salah silap harap ampun dan maaf jua dipinta

    tahun ni pertama kali kami beraya tak cukup korum

    ReplyDelete
  73. Bapak;
    Untuk bapak juga...

    ReplyDelete
  74. Shifu;
    Ambo pun begitu juga...

    Jange nanges ya!

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...