Suka tak?

20110823

Sekarang nakal. Bimbang nanti bertukar jahat. Na'uzubillah...

Penghuni Teluk Intan yang sering menggunakan Jalan Sultan Abdullah, Jalan Maharajalela, Jalan Mustafa Al Bakri atau laluan Sg Pak Kalong , pasti biasa terserempak dengan kereta lembu ini. Kadang-kadang, lembu-lembu ini dibiarkan berehat di satu kawasan lapang berdekatan Bandar Baru. Sesekali kereta lembu ini keluar, ada kalanya kesesakan berlaku sebentar di jalan raya yang sibuk. Rasanya, itulah satu-satunya kereta lembu yang ada di Teluk Intan ini.
Sedang menyusuri Jalan Sultan Abdullah.  Sayu hati ckLah melihat mata lembu-lembu ini. Kesian kau 'bu'!(Google Image)

Selepas ini, tak taulah kereta lembu ini beroperasi atau tidak.

Hari ini, saya diberitahu, salah seekor daripada lembu perkasa itu telah dicuri, dan dijual dengan harga yang murah...dan selamat dikendurikan di sebuah kampung berhampiran. Dijual dengan harga beberapa ratus, sedang menurut tuan punya lembu, lembu baka itu sepatutnya berharga RM30 000! Tak tahulah saya mahu menilai harga lembu itu, tetapi saya lihat, lembu itu memang sangat sihat dibandingkan lembu-lembu biasa.

Siapa yang mencuri lembu itu?
Itu yang buat saya mengucap. Salah seorang suspek yang terlibat dengan modes operandi mencuri lembu itu yang kini masih merengkok di lokap adalah seorang budak lelaki tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di sini.

"Saya tak salah cikgu! Saya cuma tolong tolak lembu itu masuk lori!" Kata murid tingkatan dua di sebuah sekolah di daerah ini itu bersungguh-sungguh, apabila di'lawati' cikgunya.

Sungguhlah. Kenakalan anak-anak remaja kini semakin menjadi-jadi. Yang baik pun ramai. Alhamdulillah. Tapi, yang nakal, kenakalan mereka kadang-kadang di luar jangkauan kita. Baik lelaki, atau perempuan, sama saja.

Ada murid lelaki yang ditangkap selepas menghadiri tazkirah Ramadhan di surau sekolah, kerana 'berpoya-poya' dengan sebotol besar Coca-Cola, rupanya adalah murid yang baru saja menerima bantuan duit raya sumbangan orang ramai yang diagih-agihkan kepada murid miskin.

Apabila dimaklumkan kepada ibunya yang dipanggil ke sekolah tentang anaknya yang tidak berpuasa, ibu yang datang ke sekolah dengan hanya memakai kemeja T dan berseluar 'Jin' tanpa bertudung itu hanya menjawab;

"Ater, nak buat macam mana cikgu? Udah dia tak mau, takkan nak paksa!" Astaghfirullah...

Maafkan saya, kerana membuat kesimpulan ini. (berdasarkan pemerhatian saya)

Kalau di zaman kanak-kanak saya dulu, murid-murid yang miskin atau susahlah yang sering menerima hadiah kecemerlangan apabila ada majlis Anugerah Kecemerlangan. Zaman itu, kemiskinan menjadi pendorong semangat. Kemiskinan tidak menyebabkan murid turut menjadi miskin semangat dan nilai murni apabila nilai-nilai pendidikan agama tetap mendasari kehidupan sesebuah keluarga itu.

Tapi mutakhir ini, murid-murid miskin biasanya juga adalah murid kelas hujung. Sudahlah miskin harta, bermasalah keluarga, malah biasanya mereka jugalah yang sering didapati mempunyai masalah disiplin. Maafkan saya, saya tidak mengatakan semua, tetapi kebanyakan. (sekali lagi, yang saya perhatikan)

Kenapa jadi begitu? Maafkan saya! Sepatutnya memang tidak begitu. Saya tidak sembrono mengkelaskan mereka. Saya dulu juga berasal dari keluarga yang tidak kaya.

Pokok pangkalnya adalah didikan asas dari rumah juga. Nilai-nilai kekeluargaan dan keagamaan sudah semakin longgar. Perhatian dan kasih sayang ibu dan bapa sudah semakin menyusut.

Cikgu buat apa?
Di sekolah, cikgu memang tidak putus-putus memberi pendidikan, bukan sahaja di dalam kelas, tetapi turut sentiasa menerapkan nilai-nilai moral melalui pelbagai aktiviti dan cara. Bukanlah mahu mengungkit, kerana itu memang tugas cikgu. Tapi, salah cikgukah kalau apabila kita memberitahu seorang ibu tentang aktiviti songsang anaknya, dan ibu itu hanya menjawab;

"Biasalah cikgu....budak-budak! Kita dulu pun macam tu!"

Atau, apabila kita menegur murid kita yang berpakaian mencolok mata, si ibu mempertahankan anaknya dengan berkata:

"Udah memang begitu cara kami cikgu? Tak menyusahkan orang, biarlah!"

Siapalah saya untuk menasihati golongan ibu bapa yang sudah dewasa, dan punya cara dan pegangan hidup masing-masing. Cuma saya dapat menyeru, perhatikanlah anak-anak remaja kita. Kelakuan mereka adakalanya memang di luar jangkaan kita. Saya pun ada anak. Peringatan untuk saya juga yang tidak terkecuali dengan ujian demi ujian mendidik anak-anak sendiri dan anak-anak orang....kerana saya adalah ibu, dan saya juga seorang cikgu!

Sampai kini, saya masih merujuk kepada emak, sekiranya saya tiba-tiba merasa buntu dalam proses mendidik anak-anak. Dan pesanan emak yang paling melekat di hati saya adalah, biasakan membaca Ayat 200 surah Ali Imran ini untuk melembutkan hati anak-nak....

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْاللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

...yang bermaksud,


Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaran kalian; tetaplah bersiaga dan bertakwalah kepada Allah, agar kalian beruntung.  


Kata emak, bacalah ayat ini selalu sewaktu kita menyediakan makanan untuk anak-anak. Bacalah selalu dan hembuskan di ubun anak-anak kala mereka tidur. Atau, ketika mereka sedang menguji kita dengan kedegilan atau kemarahan, bacalah ayat ini dari jauh....dan hembuskan ke arah mereka senyap-senyap. (Boleh juga dilakukan ke atas suami yang 'degil', atau orang yang mungkin membenci kita....dengan izin Allah.) ...dan pastinya bersama usaha lain mengikut syariat, dan doa yang tidak putus-putus.


Itu cuma salah satu pesanan emak, yang telah berjaya mendidik 10 anaknya, 7 lelaki dan 3 perempuan,  hingga 'menjadi orang'. Alhamdulillah...




***Kisah-kisah di atas, bukan saya ambil dari murid-murid sekolah saya. Mengambil cerita dari rakan/pengetua di sekolah lain. Yang buruk, jadikan sempadan. Yang baik, ambillah pengajarannya, bagi yang mahu.


46 catatan pelayar @XIIINAM:

  1. makin hari makin mencabar dalam membesarkan anak2. makin maju teknolgi, makin sarat dengan masalah kerosakan akhlak...

    ReplyDelete
  2. salam..
    nauzubillah..
    walaupun saya bukanya
    sebaik manusia..saya nak
    kan anak2 saya jadi manusia
    berguna satu hari nanti..

    ReplyDelete
  3. terima kasih cklah,kerana memberi doa itu,insyallah..akak kaklong amal kan...kerana dizaman sekrang memang banyak cabaranya membesarkan anak-anak...

    ReplyDelete
  4. dulu masa pernah mengajar kat manjung pernah berdepan mcm yang cklah cerita...

    bila dipanggil ibunya ke sekolah sebab anak kalerkan rambut jd perang...cikgu2 semua terperanjat....rupanya maknya punya rambut sama kaler dgn anak...alahai...


    tima kasih cklah atas potongan ayat itu...insyaAllah saya akan amalkan...

    ReplyDelete
  5. Sekarang, tolong tolak lembu masuki lori. Bila tua, takut dia sendiri curilori-curilembu.

    Lembu penarik kereta mestilah jenis berkuasa tinggi dan mahal harganya. Kesihanlah tuannya, susah nak cari, nak bayar apalah lagi!

    ReplyDelete
  6. Saya selalu silent reader jek, tapi tergerak lak nak komen.

    Dulu saya sekolah kat felda. Sekolah saya memang jenis ambik student yang kene buang kat sekolah lain, masuk sekolah saya. Diorang nie selalunyer terikut-ikut pengaruh kawan. Kat rumah lak, mak bapak tak nak amek tau hal diorang, akhirnye, kawan2 nie lah yang jadik keluarga. Ade beberape senior yang dah insaf, banyak menyesal terikut-ikut kawan sangat.

    ReplyDelete
  7. gitulah ciklah...hang tahu kak..aku sebelum ni ngaja anak kampung..semua muslim...100%..tak terasa sangat tekanan..tapi sekarang di sekolah baru...bercampur bangsa...

    aku tadak masalah dgn gender murid..cuma bangsa..anak cina dan india...sungguh kurang ajar..berbahasa ibunda dalam kelas..hatta masa kita di depan pun...puas ditegur..masih bercakap..kita tak tahu samada dia ngata kita atau apa..bila tanya,berbincang jawapan katanya..rasa nak pelempang..kalau aku lempang..aku pulak dituduh rasis....
    apa aku buat....biarkan saja..lantak korang la....

    ReplyDelete
  8. Ngah,
    Sungguh Ngah...perangai kita pun banyak yang kena kawal, agar tidak tersilap contoh kepada anak-anak...

    ReplyDelete
  9. zulkbo;
    ckLah pun sama Zul...

    ReplyDelete
  10. Long;
    Sekadar berkongsi pengetahuan yang sedikit ni Long.....

    ReplyDelete
  11. Ms Lilies;
    Maknanya....cabaran mendidik itu adalah ibu bapa murid sendiri, antaranya. Hakikat tu...

    ReplyDelete
  12. Imanshah;
    Sentiasa buat post mortem....tak selesai2 juga.

    ReplyDelete
  13. Temuk;
    Itulah biasanya kalau dari seusia muda dah mula tunjuk bakat ya paman.


    Tuan lembu tu memang marah. Budak tu pun masih dilokap...nyusahkan mak bapak tu satu hal. cikgu pun kena...

    ReplyDelete
  14. ka6-jeram;
    Terima kasih sui menyapa...

    ckLah pun baru dipindahkan ke sekolah yang begini 1 Ramadhan lalu. Sedang belajar menghadapi cabarannya....

    ReplyDelete
  15. cikgooden;
    Sejak berpindah ni, darjah 'keberangan' ckLah pun selalu naik dengan murid-murid yang begitu. Tapi, terpaksa berperang dengan diri agar tidak melayan amarah itu sampai ke dalam hati. Selalu naik darah, kesihatan ckLah juga yg parah nanti...memang kena sentiasa beristighfar kan Den, ngadap anak-anak macam ni. Setiap selesai solat Subuh, mesti minta Allah kuatkan hati untuk menghadapi 'pelanggan' hari itu. Kadang2 sampai termenangis.....hmmm, baru tiga minggu dah macam ni.

    ReplyDelete
  16. tak pasti saya sampai bla guru nak di jadikan tempat letak daleh oleh ibubapa...kdg malu saya....agaknya kalau mrk dpt yg istimewa ,gamaknya pada Pencipta dalehnya pula...saya istighfar buat sendiri...
    tapi cikgu jgn give up, tugas mulia harus diyrtuskan, moga satu hari berubah pandangan ibubapa tagi...ke arah kebaikan

    ReplyDelete
  17. kes mata kabur

    diteruskan...maaf cikgu

    ReplyDelete
  18. Azani;
    Ibu bapa dan guru...bekerjasamalah kita, demi kebaikan anak-anak.

    Di sekolah saya ini, selain aliran perdana, terdapat juga Pendidikan Khas Kategori Cacat Pendengaran dan Masalah Pembelajaran seperti down syndrome dan lain-lain. Sering juga saya intai-intai da berbual dengan rakan-rakan yang mengajar mereka. Memang mencabar....

    Sedang murid-murid yang sihat...tak mahu belajar, tak ada semangat dan tak ada motivasi dari rumah.

    Terima kasih atas doa Azani.

    ReplyDelete
  19. Tak apa Zani....tak sengaja. Mata ckLah pun dah beransur kabur...

    ReplyDelete
  20. Memang tembun sungguh lembu dalam gambar tu tu.

    Saya dah 8 tahun berdepan dengan budak2 macam tu. Tiap2 tahun mesti menangis. Kalau nasib baik, menangis sekali saja dalam tahun tu, kalau nasib tak baik, beberapa kali. Mungkin orang mengatakan saya lemah tapi itu cara saya untuk bertahan. Kalau saya simpan dalam hati & tak luahkan, mungkin saya hilang kewarasan atau kena apa2 penyakit kronik lain.

    ReplyDelete
  21. Dinas;
    Buat masa ini (dalam tempoh menyesuaikan diri dengan budaya baru ini, menangis adalah senjata ckLah. Tapi menangis ketika mengadu 'kepadaNya' lah. Kerana Dia maha tahu dan maha memberi pertolongan...


    Jangan dibuat nangis depan murid. Lagilah depa main-mainkan kita nanti...

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum...

    Bagaimana bentuk acuannya begitulah jadi kuehnya..

    ReplyDelete
  23. CKLAH,
    apa yang CKLAH perhatikan, dan ulas kongsi di sini, semunya benar dan lojik belaka. Saya setuju.

    Cikgu bukan hanya mendidik anak murid, tapi jika boleh ibubapa jugak jika boleh terdidik sama, alangkah baiknya, kan?

    Terimakasih sekali lagi CKLAH. Sebagai ibu (dan rakan maya), entri sebegini sangat seronok untuk dibaca dan dikongsi serta dihayati.

    ReplyDelete
  24. Salam


    setiap ibubapa mengharapkan yang terbaik untuk anak anak mereka...

    seperti pB sendiri , pB mahu anak anak pB lebih berjaya dari pB (dunia dan akhirat).

    terima kasih atas doa tersebut...








    Selamat Hari Raya untuk ckLah sekeluarga.
    Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  25. terima kasih cikgu sebab tolong share doa.

    mintak izin share di blog saya pula yer...

    dalam dunia yang serba mencabar ni, nak besarkan anak dah jadi satu perkara yang menakutkan bagi saya...

    mudah-mudahan dijauhkan dari segala perkara mungkar...

    ReplyDelete
  26. orang tua-tua cakap le...kelakuan dan keperibadian anak-anak mencerminkan ibu-bapa itu sendiri. Institusi kekeluargaan mesti dijaga dengan baik sebab segalanya bermula di sini.

    ReplyDelete
  27. sekarang ni budak sekolah rendah pun dah terlibat ngan gejala sosial.

    betul mcm cklah cakap kalau dulu pelajar miskin yg selalu naik ke pentas terima hadiah kecemerlangan.

    ReplyDelete
  28. terima kasih berkongsi doa tu cklah ;)




    apa yg cklah cakap tu saya setuju, pokok pangkalnya.. bermula dari rumah.

    ReplyDelete
  29. Asas tak kukuh, camner nak bina bangunan yg tinggi2... haih

    ReplyDelete
  30. Cklah,

    Teringat kata-kata pendita Zaaba

    "Anak sejak kecil tidak dilatih, bila besar ibu bapannya letih!"

    ReplyDelete
  31. Abd Razak;
    Moga kita mampu menjadi acuan yng baaik...

    ReplyDelete
  32. AzieAzah;
    Cikgu sangat mengharapkan sokongan ibu bapa senenarnya dalam mendidik anak-anak kita...

    ReplyDelete
  33. pB;
    Betul pB...dan segala yang kita lakukan pun memang untuk keselesaan dan kemakmran anak-anak....


    Semua ibu bapa mengharap ....tapi, tak semua ibu bapa berusaha untuk menggapai harapannya. Tak boleh berserah begitu saja.....anak perlu dididik, bukan diternak. Moga kita sama2 berjaya, kan...

    ReplyDelete
  34. buahkedondong;
    Moga Allah lindungi kita....

    ReplyDelete
  35. Dr Sam;
    Moga anak-anak kita terdidik dengan betul dan menjadi cerminan yang baik buat kita....

    ReplyDelete
  36. julietchun;
    Betul...kecik-kecik dah jadi kacang hantu!

    ReplyDelete
  37. najwa;
    Semoga Allah memberi kejayaan kepada ibu muda ini dalam mendidik anak2nya....amin.

    ReplyDelete
  38. Aku;
    Bangunan tak tahan lasak....gempa sikit dah runtuh...

    ReplyDelete
  39. Aliff;
    Tepat kata-kata tu....

    ReplyDelete
  40. Bukan senang nak membesarkan anak2...

    ReplyDelete
  41. eynda;
    Nak membesarkan senang...
    Nak mendidik bukan senang...

    ReplyDelete
  42. tiang agama tidak dijaga... beginilah akibatnya.

    ReplyDelete
  43. a kl citizen;
    Betul...Islam sudah cukup lengkap untuk diamalkan sebagai cara hidup.

    ReplyDelete
  44. td mcm itu jugaklah cklah masa saya mengajar tuisyen salah seorang anak cikgu kat sekolahs aya

    ibu dia beria-ria mintak saya tolong anak dia. saya pun berialah menolong.. namun usaha tu dari sebelah saya saja..

    mula2 saya bersabar.. lama-lama hari ni saya dah tak sabar dah.. keluar jugak tazkirah saya

    saya tak pernah marah kalau dia lemah, tp sikap tak jujur dia meniru jawapan belakang memang betul2 membuat saya hilang sabar..

    akhirnya saya meletup jugak saya hari ini..

    tp sampai jer kat emak dia, yang seorang cikgu.. terus2 dia hempaskan pencil box dia.. konon2 protes terhadapa saya..

    sabar je la

    masa kecil ni dah pandai melawan, tak tau la bila dah besar nanti..

    ReplyDelete
  45. Salam buat cikgu ckLah..
    saya ada abang yg berjaya membentuk kelima2 anaknya menjadi doktor.. dia selalu berpesan dgn saya, awasi pergaulan anak-anak..kenalpasti kawan2 mereka..dan persekitaran terlalu mempengaruhi perkembangan anak2..Rasanya saya bersetuju dgn dia

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...