Dia memberi amaran kepada saya:
"Kalau hilang, cikgu mampu ganti ke?" Hmmmm, ya lah. Telefon mereka lebih canggih dari cikgu-cikgu mereka! Belum lagi lihat apa kandungan di dalam 'sim card' mereka. Cikgu kena beristighfar banyak-banyak! Mak ayah, tahu tak?
Murid sekarang, banyak membawa barang larangan ke sekolah....
"Huh, cikgu tak periksa beg budak-budak ke?"
Hmmmmm, nak periksa beg budak-budak saja ke kerja cikgu? Cuba tanya balik mak ayah mereka. Tak periksa beg sekolah anak kah? Pernah ditemukan dengan ibu bapa yang marah-marah akan cikgu, kerana 'pandai'-pandai' merampas barangan anak mereka!!!
Dalam almari saya di bilik pengawas, setakat 2 bulan saya di sini sudah macam-macam ada. Kalau setakat bedak, gincu, cermin, buku/komik yang terlarang, pendrive yang entah apa-apa isinya...ada dua kotak. Tak berani mereka tuntut!!!
....kalau asyik dok menyanyi lagu 'Bangau oh bangau' dan saling menyalahkan, masalah memang tak akan selesai. Yang pasti, baik guru mahupun ibu bapa, tugas mendidik dan mengasuh anak-anak adalah tanggungjawab bersama. Saya cukup tak berkenan dengan senario saling menyalahkan antara guru dan ibu bapa jika anak-anak ada masalah. Takkan ke mana!!!
Berbalik kepada perenggan pertama tadi, mengapa saya kata guru kena lebih berhati-hati?
Jangan terkejut andai tiba-tiba, di laman-laman sosial ada gambar guru,atau rakaman video aksi guru yang tidak kita sangka terpapar. Sedang kta bercakap di dalam kelas, rupanya ada yang merakamkannya dan menyiarkan di facebook. Ada murid yang dibenarkan membawa kamera ke sekolah kerana tugas-tugas tertentu. Ada juga yang memang sesuka hati membawanya, terutama jika ada sesuatu majlis penting di sekolah. Mengawalnya memang agak sukar.
(Tapi, kes yang cikgu sendiri sengaja memuat naik gambarnya di laman sosial....cerita lainlah pula! Masing-masing dah dewasa dan pasti memahami konsep kawalan keselamatan kendiri di alam maya!!!)
Murid-murid di sekolah lama saya dulu selalu merungut, kerana kebanyakan gambar saya yang mereka rakam, hasilnya...saya akan menutup muka dengan pelbagai cara. Bukan boleh dipercaya semuanya.
Setakat ini, pernah juga gambar saya disiarkan dalam facebook, tapi syukurlah yang boleh diterima saja. Ada rakan pernah terkena, klip video aksi dia dalam kelas disiarkan dalam laman sosial.
Bercakap pasal laman sosial, ada kalanya budak-budak ini lebih 'bijak' dari kita ibu bapa atau cikgunya. Sukar untuk dikesan, kerana mereka menggunakan pelbagai nama.
Saya tahu, ramai murid dan bekas murid saya mengikuti blog saya. Maka itulah, banyak yang perlu saya jaga, terutama penggunaan bahasa saya. Saya adalah guru Bahasa Melayu dan Sejarah mereka....Di sekolah baru, tiada seorang yang tahu kewujudan blog dan fb saya ini setakat ini. Biarlah terus begitu...
Di facebook, saya memang 'menerima' penyertaan murid-murid (sekolah lama) , tetapi saya tapis-tapis juga. Kalau saya lihat mereka 'keterlaluan' di alam maya, saya akan cuba menasihati. Kebanyakannya, memang dari golongan yang ibu bapa tidak tahu apa-apa tentang laman sosial. Ditambah dengan pemberian netbook percuma kepada begitu ramai murid, yang kebanyakannya memang golongan itu! Di sini, tugas cikgulah memantaunya. Kalau tidak mengendahkan nasihat juga, saya akan keluarkan dari senarai....
Kadang-kadang, murid melepaskan apa yang mereka rasa tentang cikgu mereka di laman sosial sesuka hati mereka. Yang ini yang kita bimbang. Budaya melepaskan perasaan di laman sosial. Alahhhh, orang dewasa pun suka buat. Kalau tulis yang elok, tak mengapalah, tapi kalau yang negatif, buruk kesannya. Keghairahan memuat naik apa-apa saja ke dalam laman sosial bukan menyerang minda budak-budak remaja ini saja, yang dewasa pun, ada yang tidak kalah....
Saya kekadang merayau melihat laman-laman sosial murid-murid yang saya dapat URLnya kerana mereka memasuki blog saya.
Saya pun pernah jadi 'subjek entri mereka!'
Contohnya ini....
(ada lagi dari murid lain, cikgu dah cantas dan simpan. Tunggu masa sesuai saja...Yang dari bukan murid pun ada (ngumpat sesama bloger di alam maya! Tungguuuuu...:D)
Murid ini dapat 8A juga seperti kakaknya yang pernah menjadi murid saya, dan dia ditawarkan belajar di sebuah sekolah Menengah Sains (sesekolah dengan anak saya, Bin)
Saya kejutkan dia pula di wallnya....(tertinggal pula huruf 'n' tu!)
Tak lepas punya...nasib baik tak ngumpat lebih-lebih! :D


aslkm..
ReplyDeletesmga ck lah dlm rahmat kberkatan Ilahi jua..
sesekali myinggah di sini, terhibur dgn catatan cgu bkaitn dunia kita- psekolahn n pmasalahn yg blaku dlm sklh, khususny di zaman IT ni..
beruntunglh guru2 yg sedar risiko yg perlu dihadapi - spt yg cgu sentuh ini.. tp kesian, kan? ramai jg di kalangan kita (guru2) yg 'buta IT'..n tak sedar dirinya jadi bahan cacian, kutukan dsb..
sbb itu, sy mgunakn nama pena untuk mgelakkn dr dikenali oleh murid2/parents.. 'malangnny' ramai jg yg 'dpt hidu'..lalu, ada kala payah utk 'myamar'...ermm..
slmt mhadapi cabaran2 bg seorg guru disiplin/pgws spt cgu..
smga Allah bentengi diri cgu dgn payung kesabaran..
wslkm
hahah..hati-hati ye cikgu, budak-budak sekarang sangat updated dengan teknologi ;)
ReplyDeleteuihhh dulu nak juga jadik cekgu, tapi bila mikirkan cabaran yang mungkin saya takan tahan, saya serender je... rupanya cabaran tu lebih dari jangkaan saya... uuuiii camana nak sabo gini
ReplyDeletesalam
ReplyDeletemakin canggih dunia sekarang , makin besar masalah ...
Salam cikgu, rampas aja barang barang tu cikgu, simpan dalam almari cikgu beso . Emak bapak budak budak tu banyak belagak aja dan jangann dengo cakap dia orang. hidup ini kalau baik sangat nanti orang pijak kepala kita
ReplyDeleteseperti mana cikgu rasa mereka ada hak utk meluahkan perasaan tentang anak2 murid, samalah dgn anak2 murid. cuma mungkin, kematangan kita meluah...takkan sama.
ReplyDeletealam maya nieh ada masanya magical sikit...yg kita expect jd matang boleh transform jd tak matang dan seterusnya menjadi ghibah...
kita belajar bukan saje dr yg tua dr kita, tp yg kita ajar juga:)
mengajar kat asrama lagi lah cikgu ..hari2 maunya nak rampas..rampas hari ni, esok beli baru..mampu??
ReplyDeletemaleh rasenya nak rampas..bior je lah
Hahaha kantoi! Saya pun pernah kena kutuk dengan pelajar di blog dia sebab saya tegur potongan rambut dia yang udah macam payung rupanya (pelajar lelaki). Terima sajalah tapi saya tak menyesal tegur pasal rambut payung dia tu, untuk kebaikan dia jugak.
ReplyDeleteitulah keburukan dan baikan kecanggihan teknologi yang negara kita ada..
ReplyDeletekesan pasti ada biarpun utk golongan remaja sehinggalah dewasa.. kanak-kanak pun ada turut menjadi mangsa kepada gejala kecanggihan teknologi sampai mencuri..
apapun
tugas guru hari ni lebih mencabar
semua kita kene pantau kan?
tp seronok juga kalau ada blog bercerita perihal kita.. apatah yg baik2 pulak..
apapun
lepas ni jadi cikgu pengawas.. nampaknya kene slalu la buat spotcheck..
ck lah
teringat zaman sekolah dulu
saya seorang pengawas yng baik, mesra dan... hahaha
semoga terus sukses k?
doa yg baik2 utk ck lah
semua tu mengajar saya byk perkara utk msa depan..!!
amal;
ReplyDeleteDi sekolah baru ini, masalah disiplin memang agak mencabar. Namun, sesuatu yang sangat berharga di sini, semua rakan guru sentiasa memberi bantuan dan sokongan padu. Masing-masing sedar bahawa tugas mengawal disiplin bukan tanggungjawab guru disiplin sendirian. Saya secara rasminya adalah guru pengawas sahaja (dan Kelab Pencegah Jenayah Sekolah)dan guru disiplin adalah seorang rakan guru lelaki namun kami sentiasa saling bekerjasama. Tugas mengasuh anak2 kini semakin mencabar dengan hambatan teknologi tanpa sempadan imi....
Dr Najwa;
ReplyDeleteTulah pasal.....
***pssst; Ssssssssyh, jangan pecah rahsia tentang blog ckLah kepada 'mana-mana' warga sekolah baru ckLah ni tau. Hanglah satu-satunya bloger yg tau! :D
cemomoi;
ReplyDeleteSemua kerjaya ada cabarannya...cuma jenis dan betuknya tak sama. Tapi, kalau sudah itu yang kita pilih,hadapi jugalah...
pB;
ReplyDeleteItu yang kita (orang dewasa) kena kawal. Jangan kita pulak jadi ikutan negatif anak-anak dalam besosial maya...
Panglima Muda;
ReplyDeleteItulah tuan...tapi banyak 'pekeliling, prosedur dan etika'yang perlu kami patuhi dalam tugas2 menangani disiplin anak-anak ni...
cheryna;
ReplyDeletePandai-pandailah membuat kawalan kendiri...
Imanshah;
ReplyDeleteSemua sekolah, sama saja. Cuma bentuk dan tahap jenis masalahnya tu mungkin berbeza-beza...
Dinas;
ReplyDeleteBetul tu....jangan mengalah dengan budak-budak ni. Selagi mereka berada di sekolah, mereka perlu sedar siapa yang bertanggungjawb ke atas mereka...kita dibayar gaji untuk 'mendidik' mereka, di dalam dan di luar kelas...
ikhram;
ReplyDeleteSekadar berkongsi cerita dengan rakan-rakan bloger yang berminat dengan cerita ckLah. Kalau ada yang mahu mengambilnya sebagai pengajaran, syukur Alhamdulillah...
Ikhram bakal guru yang masih muda. CkLah doakan Ikhram akan menjadi pendidik yang berjaya. Apabila sudah sampai ke sekolah nanti, sentiasa bersemangat, sabar dengan karenah murid dan ibu bapa, dan yang penting, cikgu2 muda.....jangan berkira sangat soal beban tugas dan bidang tugas. Elok cuba semuanya....barulah dapat pengalaman.
doakan moga ckLah & guru2 di M'sia bertambah kesabaran & kecekalan dalam mendidik anak bangsa kepada kemajuan teknologi yg semakin pesat kini ...
ReplyDeleteInsyaAllah Sch@. Terima kasih....
ReplyDeletetabik hormat pada guru2 yang memikul dua tugas serentak: di rumah mendidik anak sendiri, di sekolah mendidik anak orang...
ReplyDeletememang banyak cabaran ye cklah..
cabaran mendidik anak2 murid di zaman moden kan cklah...
ReplyDeletesangat berbeza murid murid sekarang dan dulu,
ReplyDeletedulu masa sya sekolah nak bawak majalah pun takut, nak bawak scap book pun takut
sebab tu anak anak sya belum di bekalkan lagi telefon bimbit
salam..
ReplyDeleteantara keburukan FB dan
mereka yangg tegar dengannya..
tak tahu nape saya rasa nak
padam je acc FB saya..
ckLah dan kakak ipar saya sama, guru BM Form 5, nasihat dalam blog ckLah yang saya baca dari entri lepas2 serupa macam apa yang kakak ipar saya selalu cerita..(anak-anak saya di bawah pemantauan kakak ipar saya di sekolah - jadi mereka tak dapat lari - ada aja berita sampai ke pengetahuan ayah mereka - hehe)
ReplyDeletekadang2 sbg ibubapa, kami juga terlepas pandang, sokongan guru2 amat penting bagi pendapat saya untuk memantau anak2 di sekolah.
ibundo;
ReplyDelete...dan menangani cabaran itulah pekerjaan kita ya kakPah...
ms lilies;
ReplyDelete...dan anak-anak sendiri di rumah juga.
kasihibu;
ReplyDeleteTak salah beri telefon kepada anak, tapi, dengan kawalan dan kebijaksanaan...biar mereka faham, antara keperluan dan tujuan lain...
zulkbo;
ReplyDeleteSama saja, maksud ckLah Laman Sosial itu....termasuk blog juga! Fb tak salah, cuma cara kita menggunakannya...cerdik atau kurang cerdik.
Blog pun sama juga....
yanhamid;
ReplyDeleteCikgu pun ibu bapa juga...ada anak-anak di rumah. CkLah bukan menyalahkan ibu bapa semata-mata, meski ckLah guru, ckLah juga ibu....
di sekolah, amat menghargai jasa guru-guru yg memantau..
ReplyDeletedi rumah.. ibu bapa kena betul2 prihatin dgn pergerakan anak2..
mmg kena selalu buat SPOT CHECK! dan kerap bertanya kpd guru-guru.. - jgn dok 'amin'kan sgt cerita anak..
betul yg cklah ckp, jgn dok berlagu bangau oh bangau.. ramai plak yg terbabit sama!
.. makin mencabar tugasan guru di zaman IT ni kan cklah.. dulu cikgu2 jumpa surat 'cinta' dlm buku teks sekolah je.. skrg siap hp, ipad, thumbdrive segala bagai.. hadoilaaarrr...
moga semakin melimpah ruah pahala kaum guru yg dgn jujur dan tulus menjalankan amanah dalam ibadah kerja ini.. ameen.
kaktiny;
ReplyDeleteBetul...betul....betul...ibu bapa dan guru mesti bekerjasama untuk kebaikan anak-anak juga.
Bukan saja tugas guru, tugas ibubapa juga semakin banyak cabarannya...Guru tu, dah memang tugas dia di sekolah macam tu. Yang ibu bapa ni....jangan asyik terlepas pandang saja. Anak siapa tu?
Memang kena banyak berkorban untuk anak-anak ni...Membesarkan mereka mudah, tapi mendidik roh mereka tu, perlukan banyak pengorbanan, kekuatan dan istiqomah....
(Peringatan untuk diri ckLah....seorang ibu yang masih banyak lompang di sana-sini)
ckLah
ReplyDeleteAssalam. Kalaulah maklumat yang ada dalam sim card dan pen drives boleh dilihat dan diteliti, mungkin lebih banyak data dapat dikumpul mengenai tingkahlaku pelajar sekolah hari ini.
Data itu boleh membantu kita menstrategi langkah untuk memenangi hati anak muda yang semakin lama, umumnya, semakin rebellious.
Temuk;
ReplyDeleteMemang terkejut apabila menyelongkar kandungan gajet mereka. Yang boleh ditegur, ditegur, kalau tak mampu, diserah kepada kaunselor dan seterusnya pentadbir...yang melampau, diberi tindakan. Ikut prosedur...gantung atau pindahkan sekolah. Semua tidakan terikat dengan prosedur dan etika...kalau sampai ada kes yang memerlukan soal jawab kelab, cikgu jangan harap ada yang membantu atau menyebelahi....sistemna udah begitu....ya paman!
***kelab>kelak.
ReplyDeleteBetul cikgu kalau kisah diperpanjang macam lagu bangau oh bangau tak akan kemana jadinya. Setiap ibu-bapa kena prihatin lebih. Periksa beg anak sebelum ke sekolah bukan tunggu cikgu buat laporan dan nak salahkan sekolah pula...
ReplyDeleteAssalamualaikum Cikgu.
ReplyDeleteBangau oh bangau ada di mana-mana. Tapi kalau peraturan dah jelas, maka tugas kita adalah melaksanakan atau menguatkuasakannya.
Maksudnya, kalau ada perkara berbangkit di kemudian hari, kita ada sesuatu untuk disandarkan. Jadi sepatutnya tak perlu rasa takut.
Tapi ada juga situasi yang guru memang 'takut', dan natijahnya sekolah akan 'bermasalah'. Ini kerana disiplin sudah tidak terkawal lagi.
TQ
Assalamualaikum cikgu...
ReplyDeleteTegasnya pendidikan di rumah perlu mantap..
kakzakie;
ReplyDeleteBetul...
Kalaulah semua ibu bapa begitu...aman sekolah.
abdul razak;
ReplyDeleteSokong...kerana ckLah juga seorang ibu yang juga punya anak yang belajar di sekolah lain...
admin;
ReplyDeleteBukan masalah takut.
Untuk pengetahuan tuan, saya belum sampai 2 bulan ditukarkan ke sekolah ini- sebuah sekolah yang terkenal dengan masalah disiplin dan banyak menempatkan murid-murid yang dibuang sekolah dari sekolah lain. Sementelahan pula, sebelum ini, 20 tahun saya mengajar di sekolah perempuan yang disiplinnya paling cemerlang. Saya belum pernah terlibat dengan bahagian disiplin sebelum ini...
Namun saya masih berpegang kepada prinsip 'akur, walau di mana juga ditempatkan'
....dan entri saya sekadar menceritakan pengalaman baru saya. Tidak sesekali berniat untuk berkeluh kesah.
salam buat ckLah, guru yg dihormati..
ReplyDeleteselain tanggung jawab mengajar..guru juga perlu menjaga peribadinya, dalam dan luar sekolah..itu juga cabaran yg sukar buat insan bergelar guru..moga ckLah terus cemerlang menjadi 'guru'...
a samad jaafar;
ReplyDeleteBetul...termasuklah peribadi guru di laman maya, kerana semua tentang guru akan jadi perhatian anak-anak didik....dan masyarakat juga. Semua guru bertanggungjawab menjaga profesionalisme nya...
Cklah,
ReplyDeletepelajar muda baru praktikal datang minta tempat dengan saya, agak kurang budi bahasa kerana laman sosial agaknya. budaya lepas perasaan tanpa ambil kira hati budi orang..