Suka tak?

20111026

"Jangan ucap Happy Deepavali tau...!" Kata Nuha!

Marah benar Nuha, apabila ada rakannya bergurau mengucapkan 'Happy Deepavali' kepadanya.

"Memanglah satu Malaysia, tapi bukankah Deepavali tu perayaan agama? Kenapa Nuha mesti nak happy di Deepavali? Nuha Muslim!!!" Itu hujahnya, apabila abah menegurnya, tak perlu marah-marah  sangat! Selalunya, anak dara bongsunya itu tahan gurau!

Budak, kalau berpegang kepada prinsip memang begitu. Ya lah, memang ada orang yang  kurang faham konsep  antara perayaan kaum (budaya) dengan perayaan agama. 

Hmmmm, ada sebab lain menyebabkan mood dia kurang baik sebenarnya. 

Hari ini 26.10.2011. Harijadi dia. Tapi, tiada tanda-tanda yang orang ingat hari jadi dia. Semua pakat diam, dari semalam. Kalau dia kecik dulu, mesti dia dah ingatkan orang awal-awal sehari dua sebelumnya! 

Pagi-pagi dah kena marah dek abangnya, kerana lambat bangun solat Subuh. 6:20 pagi, abangnya kata lambat!

(Abang dia tu, sebenarnya tak sabar nak bersarapan...sejak sebelum Subuh temankan ibu dia berkuntau di dapur)
Barulah dia mahu tersenyum, apabila nampak ibu menghidangkan juadah kegemarannya, Spaghetti Bolognese dan Puding Karamel Taruk Longan (nama resepinya..hehe) sebagai sarapan...

Kegemarannya...kaut sos semahunya ke pinggan dia!

Dia diberi bahagian dulu kali ini...
(Puding Karamel dengan 11 biji longan sebagai ganti kek berlilin . :D)
*******

"Tak ada kek lah Nuha!" Ibu menguji.

"Tak apa...ini pun ok. Kek harijadi untuk harijadi  budak-budak kecik aje!" Jawabnya.

"Yalah...anak ibu dah besar!!!"



Selamat Hari jadi yang ke 11, anak bongsuku Puteri Eiman Nuha!


Semoga menjadi anak cerdik yang bersungguh-sungguh mendoakan kebaikan buat ibu dan bapamu!!!

**************

64 catatan pelayar @XIIINAM:

  1. Assalamualaikum ckLah

    SELAMAT HARI JADI YG KE 11
    khas untuk Nuha

    moga menjadi anak yg solehah
    serta berjaya di dunia dan di Akhirat
    amin amin


    atuk suka buah laici...he he

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. jagalah hati ibu bapa mu dik Nuha... happy birthday.

    betul tu, no need to join in the celebration.

    ReplyDelete
  3. "Semoga Allah merestui usia-usia yang lampau dan usia-usia yang mendatang." SELAMAT HARI LAHIR NUHA CUCU ATOK

    ReplyDelete
  4. selamat hari lahir nuha..!



    karamel telur ke karamel roti tu cklah?
    kreatif,,!siap ada hiasan logan lagi...heheheh!

    ReplyDelete
  5. Cikgu
    nuha seumur dengn akmal tarikhnya lain sekolahnya jenis lain

    salam ulangtahun Nuha...semoga lankah mu sentiasa indah , lancar dan dinaungi rahmat Ilahi.

    ReplyDelete
  6. selamat hari lahir adik nuha! semoga terus menjadi kebanggaan keluarga dan masyarakat! :)

    ReplyDelete
  7. SALAM,
    TURUT MENGUCAPKAN SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN !

    ReplyDelete
  8. Thank You Ibu...........

    Thanks to all of ibu's friends here for wishing me! Hihi

    ReplyDelete
  9. Thank You Ibu...........

    Thanks to all of ibu's friends here for wishing me! Hihi

    ReplyDelete
  10. Thank You Ibu...........

    Thanks to all of ibu's friends here for wishing me! Hihi

    ReplyDelete
  11. selamat ulangtahun.
    semoga nuha sejahtera dan dikurniakan kesihatan yg baik...

    ReplyDelete
  12. happy birthday... uniknya kek tu... selalu tiuo lilin... ni guna longan jer... saya suka durian... agak2 kalau letak durian ok tak... hehehe

    ReplyDelete
  13. Tu dia aih, garang sungguh abang! Adik bangun 6:20 pun dah kata lambat, takut woh! :D

    Happy 11th birthday, Eiman Nuha!

    Cek teringin sungguh nak rasa puding karamel boh longan tu :D

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum...

    Selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran ya Nuha...

    ReplyDelete
  15. hepi besday jugak kat Puteri Eiman Nuha. moga termakbul doa ibunya.


    p/s : tertiba terliur lah plak tengok buah longan tu..

    ReplyDelete
  16. selamat hari jadi buat nuha..moga panjang umur dan murah rezki serta menjadi anak cemerlang di dunia dan akhirat..amin..

    ReplyDelete
  17. wah CkLah pagi-pagi makan spegheti..sentap saya!!

    ReplyDelete
  18. Selamat Hari Lahir Nuha..Mendoakan segala yang terbaik buatmu..

    ReplyDelete
  19. salam..
    ermm..rasanya kalau kita
    sebut Happay Diwali untuk
    niat menghormati jiran tak
    apa..asal jangan SELAMAT
    DIWALI seolah meredhakan
    perayaan mereka..apapun yang
    penting hati anda..Allah Maha
    Mengetahui..Islam itu mudah..
    :)

    ReplyDelete
  20. zulkbo;
    Baca tajuk aje ye? :D

    Ada beza antara perayaan budaya dan perayaan agama. Dan Islam itu jelas...Jangan main 'rasanya' dek...

    ReplyDelete
  21. zureen;
    Amiiiin...terima kasih sudi mencatat kali ini. Selalu lalu aje...:D

    ReplyDelete
  22. Imanshah;
    Jangan sentap-sentap mak....:D

    ReplyDelete
  23. Sal;
    Amin....terima kasih sudi mencatat di sini juga...

    ReplyDelete
  24. Penyubiru;
    Beli je dalam tin...buka, boleh di makan begitu saja. :D

    ReplyDelete
  25. AbdRazak;
    Shukran ya ustaz...:D

    ReplyDelete
  26. Dinas;
    Abang memang gitu...gunakan kuasa abang sepenuhnya untuk adiknya nan seorang ini....:D

    ReplyDelete
  27. dwaty;
    Errrrrrrrr....bukan kek lah kakak! Puding tu!

    ReplyDelete
  28. kakngag;
    Amin....terima kasih atas doa!

    ReplyDelete
  29. N uha;
    Heh...sampai 3 kali klik tu! Biaaaasa tu!



    :D

    ReplyDelete
  30. Luah Fikiran;
    Terima kasih Pak Di...

    ReplyDelete
  31. Acik;
    Terima kasih atas ucapan dan doa...

    ReplyDelete
  32. Azani;
    Semoga Akmal sentiasa siat dan ceria.

    Terima kasih atas ucapan...

    ReplyDelete
  33. kakLong;
    Karamel telur. 5 biji telur dengan satu tin susu cair...

    ReplyDelete
  34. amalhaj;
    Amiiiin. Terima kasih atuk...

    ReplyDelete
  35. Maksu;
    Terima kasih...





    Betul maksu...

    ReplyDelete
  36. Atuk;
    Terima kasih atuk...


    Buah longan tu atuk. Dengan laici, lebih kurang aje rasanya...

    ReplyDelete
  37. hepi besday Nuha ;)


    Jangan noti2 na

    ReplyDelete
  38. Salam Kak..

    Kita tidak diharuskan bersama-sama mereka menyambut perayaan mereka sebagaimana kita menyambut hari raya kita. Adapun sekadar memberi ucapan selamat atau menziarahi mereka di rumah -bukan di kuil atau dalam majlis khusus yang diadakan sempena perayaan mereka- insya Allah harus. Memberi ucapan selamat tidak semestinya kita mendoakan selamat untuk agama mereka atau untuk kekufuran mereka.

    Sambung sini:

    http://ilmudanulamak.blogspot.com/2009/01/hukum-mengucap-selamat-kepada-perayaan.html

    ReplyDelete
  39. salam cklah
    MM ni kerdil & jahil sgt bab2 hukum hakam agama ni.. tapi stahu MM deepavali ni perayaan kebudayaan kaum india bukan perayaan agama, sebab tu ada kaum india yg beragama islam menyambut depavali ni juga dikenali sebagai pesta cahaya. thaipusam yg kita tak boleh raikan sebab itu perayaan agama hindu.. memanglah sambutan india islam dgn india hindu tak sama, yg islam tentunya hanya merayakan pesta cahaya ni tanpa mngunjungi kuil, bernande' & sebagainya... maaflah kalau MM salah & silap...

    ReplyDelete
  40. sebelum terlupa, sebenarnya nak ucap selamat ulangtahun utk nuha...smoga jd anak yg solehah, bjaya selalu seperti ibu, kakak2 & abg nuha...ikhlas dr MaMa MoDeN...:)

    ReplyDelete
  41. Ms Lilies;
    Terima kasih....ya lah makcik!

    :D

    ReplyDelete
  42. Zulkbo;
    Cuba baca betul-betul. Tajuk entri dan 2 perenggan pertama. Tiada mana-mana ayat pun dalam entri ini yang mempertikaikan apa yang Zul bincangkan itu.

    Frasa "Jangan ucap happy Deepavali tau.." itu adalah ayat Nuha, kerana rakannya memberi ucapan Happy Deepavali kepadanya, sedangkan dia seorang Muslim.

    Seorang budak seperti Nuha, merasakan tidak wajar orang mengucapkan Happy Deepavali kepadanya, kerana dia seorang Muslim.

    ckLah tak mempertikaikan LANGSUNG hukum memberi ucapan kepada kaum yang merayakan.

    Entri ckLah ni, kena dibaca setiap ayat suapaya benar-benar faham. etiap ayat dalam entri ckLah adalah hasil pemikiran sendiri, tidak 'copy paste' dari mana-mana. Memang selalu orang masuk beberapa saat terus tulis komen, dan akhirnya jadi silap faham kepada si pengomen (atau ckLah sendiri). Lebih teruk lagi kalau ada pengunjung yang habitnya tak baca entri, terus komen atas komen macam di bawah itu.

    Fasal perbezaan antara perayaan agama dan kaum, memang ada bezanya. Saya yakin, Zul pun tahu tentang itu. Saya pun pelajaran Agama tidak setinggi mana, hanya setakat mengambil Syariah dan bahasa Arab dalam STPM.

    "Lakum Dinukum Waliyadin...."

    ReplyDelete
  43. Mama Moden;
    Sila baca komen ckLah di atas ni.

    FRASA" DIA FAHAM KE APA YANG DIA BUAT TU???" merujuk kepada 'berpakaian seperti kaum itu', mencalit dahi dengan tanda, serta membuat kolum. Tahukan apa maksud di sebalik kolum tu?

    TAk ada ckLah tulis pasal pergi ke kuil atau 'sama-sama meraikan.'

    Deepavali perayaan agama atau budaya? Cuba kaji balik mitos di sebalik perayaan itu. Ada beberapa versi,antaranya untuk meraikan kejayaan Dewa Krishna membunuh Narakasura dan satu lagi dari Epik Ramayana, kisah Rama membunuh Ravana untuk menyelamatkan Sita. Kejayaan itu disambut dengan memasang lampu.(konsep cahaya menumpaskan kejahatan)

    ....kita nak sama-sama berpesta cahaya?

    Cuba mama klik pada koleksi Tazkirah di You Tube (Ust Azhar Idrus-Meraikan Raya Kafir)

    ReplyDelete
  44. Mamamoden lagi;
    Terima kasihlah, kerana tak lupa ucapkan...

    ReplyDelete
  45. tahniah Nuha... selamat menyambut usia baru, moga Nuha terus cemerlang dalam pelajaran, berjaya dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  46. Ibuintan;
    Terima kasih...doa untuk adik beradik Intan juga...

    ReplyDelete
  47. heee takleh tiup lilin nanti ingat kat pelita plak...

    moga nuha jadik anak harapan agama bangsa dan negara

    ReplyDelete
  48. Alahai auntie tertinggal sikit Sayang. Selamat ulangtahun ke 11. Moga beroleh kebahagiaan di dunia & akhirat.

    Kalau rumah auntie pun lama dah kalau beli kek pun kami tak bubuh lilin. Ironainya Mak Nuha punya persepsi sama macam Nuha juga tak boleh 'wish' Deepavali pada Nuha. Sayang Nuha..:)

    ReplyDelete
  49. Cemomoi;
    Hehe...janganlaaaaah. Nanti sensitif pula...


    Terima kasih atas ucapan dan doa.

    ReplyDelete
  50. kakzakie;
    Bukan apa, sebenarnya si bongsu tu kecil hati kerana rakannya tak ucapkan "Happy birthday" seperti yang dia harapkan, sebaliknya ucapkan "Happy Deepavali" pula. Budak-budak, kan....Nasiblah, sebab tarikhnya sama!

    Terima kasih atas ucapan tu...

    ReplyDelete
  51. assalamualaikum kak cklah
    selamat hari lahir untuk nuha
    moga jadi anak solehah dan cerdik cendiakawan.amin.
    kanak2 berkata dengan pandangan yang jujur kan kak.

    ReplyDelete
  52. ummu;
    Waalaikum salam Ummu.
    Amin, terima kasih atas doa...

    ReplyDelete
  53. happy birthday nuha, my Allah bless you..

    ReplyDelete
  54. nazrah;
    Amin..terima kasih doakan untuk anak ckLah...

    ReplyDelete
  55. huhuhu...selamat hari lahir nuha, semoga doa ibu termakbul dan nuha menjadi anak yang soleh

    ReplyDelete
  56. yanhamid;
    Apa yang huhuhu tu. Nangis ya?

    Hehehe...terima kasih atas ucapan dan doa buat anak ckLah. Amin.

    ReplyDelete
  57. CkLAh,

    Selamat hari lahir Nuha. Kamu sebaya anak saudara Chik. Namun tarikh lahirnya diawal tahun.

    gonna break from the net for a week. need to attend a leadership camp.

    *doakan adikmu yang tempang dan tidak kuat sangat ini selamat.

    ReplyDelete
  58. Aliff:
    Selamat menghadiri kem kepimpinan itu. Moga pulang dengan daya kepimpinan yang semakin teguh.

    Kuat! Kuat! Kuat! Tak mau lemah-lemah. (ckLah kejar nanti!)

    ReplyDelete
  59. Selamat Hari Lahir Nuha.. semoga jadi anak yang solehah dan berjasa pada kedua-dua ibu bapa.

    Semoga berjaya dalam UPSR pada tahun 2012.. Amin..

    ReplyDelete
  60. Nur-nba;
    Amin. Terima kasih doakan anak ckLah...

    ReplyDelete
  61. happy besday Nuha..mg menjadi anak yg solehah dan membahgiakan ibu bapa..amin

    ReplyDelete
  62. Selamat Hari Lahir Nuha
    Semoga menjadi anak yang soleh dan sentiasa mendoakan ibu-bapanya...

    ReplyDelete
  63. buah kedondong;
    Amin...amin...

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...