| Macam biasa...buka bekal sebelum berpisah lagi! Makan bersama di perkarangan kolej kediaman kakak Dia. |
Sekarang tinggal 3 orang lagi. 3 yang di atas itulah...
Yang 3 ini pun, ragamnya macam-macam. Memang seronok melihat ragam anak-anak dari satu peringkat ke satu peringkat.
Anak bongsu saya, Nuha, 'takut'nya dengan abangnya, Bin. Kalau kakak-kakaknya yang dua orang itu suruh mandi ke, suruh solat ke, suruh berkemas ke, bangun cepat ke, dia boleh tunjuk culas atau unsur-unsur memprotes, tapi kalau abangnya yang bercakap, cepat saja dia bingkas. Si abang pun, cukup cakna akan si adik. Si adik boleh menukar bajunya untuk keluar rumah, kalau abangnya kata baju itu tak elok, ketat, warna tak sesuai atau abangnya tak berkenan. Kalau dengan ibu, dia main sarung saja kadang-kadang baju merah jambu seluar kuning!
Syukurlah abang dah balik. Cuti panjang begini, abang tolong ibu tengok-tengokkan adik ya! Ibunya belum boleh bercuti. Minggu hadapan, 2 minggu ibunya tak boleh uruskan rumah kerana ibu ada tugas. Selalu saya katakan kepada si abang, sebagai anak lelaki tunggal, dialah yang akan menjaga adik-beradik perempuannya jika ibu dan abah sudah tiada. Kalau mereka mahu bernikah kelak, dialah bakal menjadi wali, kalau abah sudah tiada. Dan, saya benarkannya untuk bersekolah di SBP (asrama) seawal tingkatan satu, kerana dia anak lelaki. Biar dia belajar berdikari! Yang perempuan, rasanya lepas tingkatan 5 baru saya berani lepaskan, meskipun saya dahulu pun tingkatan satu sudah bersekolah asrma. Yalah, dulu lain...
Jumaat petang, saya bawa abang dan adik ini melawat anak sepupu di hospital. Biar mereka kenal saudara mara, dan belajar melihat penderitaan pesakit di wad barah. Dalam perjalanan pulang, Bin kata teringin makan nasi ambeng. Di asrama tak pernah jumpa!!!Adik menyokong saja. Apa yang abangnya makan, dia pun nak makan sama. Kalau tidak, disuruh makan pun susah! Makan dengan abang, licin!!! Ibu layankan abang dan adik ini...di sebuah restoren nasi ambeng berdekatan hospital.
Dah selesai seorang satu bungkus nasi ambeng, dema mengerjakan pula bihun sup ibu yang mutakhir ini tak berapa selera mahu menjamah makanan. Nah, makanlah...makanlah nak....kasi habis!
| Kalau abangnya tau dia buat 'Peace' di bahunya...mesti kena jentik jarinya tu! Hahaha |
Cerita hal-anak sendiri lagi. Mak-mak ramai anak memang beginilah. Nak cerita hal anak-anak
***Hari pertama cuti sudah mendengar berita 4 murid tingkatan 5 saya cedera, 2 parah di sebuah hospital swasta di Ipoh, setelah Citroen Xiara yang mereka pandu terlibat dalam kemalangan. Murid kelas saya masa tingkatan 3 dan 4. Hmmmmm, SPM tak habis lagi ni! Tapi, waktu cuti kan...mak ayah mereka lebih berhak! Kepada yang lain, sabarlah....tunggu sampai SPM habis!!! Walaupun cikgu bukan lagi cikgu kamu, tapi, cikgu sayangkan masa depan kamu!!!


Nuha memang nampak tinggi cikgu. Kalau banding dua kakak dia rasanya bila usia dia 15 tahun kelak dia akan lebih tinggi dari 2 kakak dia.
ReplyDeleteSejuk tengok muka bujang cikgu, nampak memang boleh jadi wali tuk puteri-puetri cikgu. Suka kakak...
anak yang sulong masih dlm exam...
ReplyDeletelepas exam pun kami duduk dirumah jer....huhuhu!
kakZakie;
ReplyDeleteSi abang tu dah sama tinggi dengan ibunya. Memang dalam proses membesar anak-anak tu. Seluar sekolah yang dibeli awal tahun semua sudah singkat. Memang kena lebihkan bajet untuk beli pakaian sebelum balik asrama ni, termasuk seluar harian. :D
...itulah bujang nan seorang kak! :D
Assalamualaikum ckLah..
ReplyDeleteMereka berdua tu cari apa dalam bihun sup tu...:)
Long;
ReplyDeleteTak apa. Biar dia hadapi periksa dengan tenang.
***Biasanya, kalau anak sedang dalam dewan periksa, ckLah duduk diam-diam....baca Yaasin, atau berdoa semoga Allah bantu dia yang sedang bertungkus lumus. InsyaAllah...
Abd Razak;
ReplyDeleteCari ayam....yang tak berapa ada. Hehe
yang si abang tu macam dah ada misai... ek?
ReplyDeleteAku;
ReplyDeleteHahahahaha...iyalah. Baru perasan. Janggut ada 3 lai, tu yang dia sayang sangat. Suara pun....garau ya amat! Kalu tarik suara masa Azan dah pecah...
rukun keluarga cikgu, seronok
ReplyDeleteAzani;
ReplyDeleteKisah-kisah biasa saja.Macam kehidupan keluarga lain juga. Alhamdulillah...
syukur.. sejuk perut cklah mengandungkan mereka, moga semuanya membesar menjadi anak yg soleh dan solehah
ReplyDeletememang nampak ciri 'abang' ... tu. Alhamdulillah
ReplyDeleteSalam ckLah,
ReplyDeletebetullah kata orang, adik-beradik yg umurnya yang agak dekat, hubungannya rapat. hehe.. teringat bacaan saya pasal tinta merah tu. Yg penting, abangnya mahu cakna. Ada setengah abang takmau ambil tau pun. Alhamdulillah. :)
wah bahgianya...
ReplyDeletesemoga semua anak CKlah membesar menadi anak soleh..
salam ziarah dan ukhwah.
ReplyDeletemoga ckLah sekeluarga sentiasa dalam rahmat dan redha Allah.
t kasih atas kunjungan dan doa.
Oh,cklah pi merbok sabtu lepas yer... Kata nk mai Penang?
ReplyDeleteibuintan;
ReplyDeleteMudah-mudahan berterusan begitu....cabaran masa depan masih terbuka luas tu. Sekarang ni, dema muda sangat lagi...
a kl citizen;
ReplyDeleteKat mana agaknya ciri tu...hehe
indahouse;
ReplyDeleteNuha dengan Nabil...jarak umur paling jauh berbanding yang lain. Tapi mungkin sebab yang si abang cuma punya 1 adik tu, dan yang si adik cuma punya 1 abang itu.
Jedi;
ReplyDeleteAmin...
Anak-anak Jedi juga...tahniah kerana dah jadi ayah!
HIV Positif;
ReplyDeleteckLah baru ketemu blog awak. Semoga awak kuat dan tabah sentiasa ya! Terima kasih atas kunjungan balas...
zahanajwa;
ReplyDeleteRancangan masuk ke Penang terpaksa dibatalkan kerana masa tu semua laluan ke Jambatan di tutup. Ada program apa entah atas Jambatan. Depa suruh naik feri....tak jadilah sebab di TI ada majlis kenduri. Hehe...
baru sampai Perak tadi....
ReplyDeleteSyira yg demam pun sihat dah....penangan rumah nenek!
bihun sup mmg favourite saya ;)
nuha nakal eh buat peace kat bahu abang!
ReplyDeletesalam cklah,
ReplyDeletebila anak-anak dah besar, nanti cklah dan pak zahan akan berdua je ke hulu ke hilir seperti kakpah ni. Hii.. honeymoon.
Ms Lilies;
ReplyDeleteSelamat menyingsing lengan....hujan saja sekarang ni!
Ngah;
ReplyDeleteAdik memang nakal sikit...nakal campur manja!
Ibundo;
ReplyDeleteSungguhlah kakPah....
Itu pun, kalau ada lagi dua-duanya....
salam kak raza..
ReplyDeletesuka tengok nuha dgn bin close gitu.. selamat si nuha heheheh
juneginie;
ReplyDelete...tak sanggup tengok setiap kali abangnya nak balik ke asrama. Merah matanya.
mula-mula bedua... bila anak dah besau.. kita tinggal berdua semula... bulan madu!
ReplyDeletecemomoi;
ReplyDeleteKalau masih ada kedua-duanya...entah siapa yang pergi dulu. Huhu...