Rupa-rupanya, ada orang lain yang ambil kesempatan dan berpesta dengan stok pen dakwat merah ibunya yang banyak itu. Bukan sikit dakwat ibu dia dah habis ni!
Itu baru satu muka surat bersaiz A4!!! Ada bermuka-muka surat lagi...pengaruh Korea agak ketara!
Anak bongsu saya ini memang suka sangat melakar dan menulis. Itulah yang dibuatnya, kalau ada ketikanya ibunya mengenakan perintah berkurung 'jangan buka netbook'!
Cerita berbaur-baur hasil hayalan antara siri Bleach, Shugo Chora, Code Geass, Kuroshitsuji , kisah-kisah fiksyen dan cerita-cerita Korea/Jepun yang dibaca dan ditontonnya melalui internet. (Jaga tengkuk anda ya...jangan teleng, cerita sengaja dibaringkan... hahaha)
![]() |
| Banyak dakwat merah ibunya habis! |
Saya bukan menulis tentang 'elok' anak-anak saya saja. Saya juga pernah menulis tentang masalah Nuha yang menyebabkan kami dipanggil ke sekolah. Ada juga menulis tentang sisi 'ketidak gembiraan' anak-anak saya. Itupun, kira menunjuk-nunjuk juga, kan? Entahlah, yang elok jadikan teladan, yang buruk, jadikan sempadan. Mudah, kan?
...pendekkan cerita, maaflah kalau selama ini ada yang tersinggung apabila saya menulis entri tentang anak-anak, atau sebarang isu lain! Bukan niat menyinggung sesiapa, hanya mencatat di blog sendiri!
...dan, melalui entri itu, Nuha telah dipanggil ke depan perhimpunan oleh Guru Besarnya yang baru, kerana dari entri itu Guru Besarnya menemui blognya pula. Ingatkan guru besar nak marah, rupanya beliau menyuruh murid lain mencontohi Nuha dalam memahirkan bahasa. Alahai, ramai lagi murid Convent yang lagi pintar cikgu! Anak saya ni, 'malas' orangnya! Sampai pernah kena 'gam' dengan cikgunya! Pernah!!!
Sejak-akhir-akhir ini, dia beralih arah ke penulisan 'skrip drama'. (Dia jugalah yang menggelar skrip drama- tahap dia!) Ya....dia memang kehabisan pen berdakwat hitam dan biru. Dan tahap bahasanya masih lemah...
Bukannya dia tak ada alat tulis sendiri!!! Kepunyaan ibunya juga yang dia minat. Macam ibunya juga, cerewet memilih alat tulis. 3 set hadiah alat tulis 'Angry Bird' yang diperolehi dalam minggu-minggu terakhir sesi persekolahan dalam pelbagai aktiviti, dia tak pedulikan pun. Katanya, dia tak minat Angry Bird. Belon dapat masa jamuan kelas. Kepala Angry Bird biru, cikgunya bagi semua rakan kelasnya yang kekal di kelas pertama! Dia memang tak suka mana-mana watak katun yang digemari kanak-kanak lain pun!!! Dia suruh berikan kepada sepupunya yang di Tadika......biarlah dia buat sesuka hatinya sebagai seorang kanak-kanak dalam masa cuti yang panjang ini. Yang penting, ada di hadapan mata ibu, jaga solat, dan mengaji di hadapan ibu. Tak mau tekan-tekan sangat dengan belajar, dan belajar.
Tahun depan, darjah 6! Cabaran pertama untuk dia, dan semua rakan sekelasnya di Tahun 6 Alamanda sesi depan. Semalam, 39 orang murid sekolahnya mendapat 5A UPSR, menjadikan sekolahnya kekal terbaik dalam daerah dan dalam 'top ten' dalam negeri Perak. Tapi, setakat ini, cuma ada satu program Kem Cuti Sekolah (3 hari 2 malam dalam hutan) dan dan satu Kem Cintai Solat (2 hari 1 malam) telah saya daftarkan untuk dia. Kelas tuisyen? Tak ada. ...tapi, ya lah, lain anak lainlah pendekatannya kan. Ikut cara dan kesesuaian masing-masinglah...
Selamat merancang pengisian masa cuti anak-anak kita...yang amat panjang!



kagum dgn lukisan Nuha........
ReplyDeletesy pernah cuba menulis, tapi disekat.
Aduh..senget kepala teman nak memabca skrip korea nih..! Berbakat sungguh!
ReplyDeletekebiasaannya alatulis yg katun-katun camtu kurang kualiti la cklah...
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteSelamat bercuti dengan pena bertinta merah cikgu, boleh pinjamkan saya satu?
masa kecil dulu, saya pun suka menulis cerita macam tu, malah ada yang saya tukarkan jadi cerpen dan simpan buat kenangan. Sekarang, dah tak sempat nak menulis, tulis kertas kerja je.
ReplyDeleteAssalamualaikum ckLah
ReplyDeletetak apa laaa, aktiviti yg suatu hari nanti mendatangkan keuntungan...
Wassalam
betulah tu nuha...
ReplyDeletedah dewasa la,mana minat angry bird angry bird ni...heheheh!!
selamat menenyeh pen merah cklah!..tenyeh dengan tenang yer...
hehehe!
kaklong pun belom ada perancangan cuti sekolah ni,anak yg sulong kan SPM..penting kena dahulukan tu.
:)
berbakat macam mak dia la....
ReplyDeletenanti mana tau leh jadi novelis tersohor...
insyaallah satu hari nanti , dia akan mampu terus membanggakan ckLah dalam apa jua bidang yang dia ceburi
ReplyDeletekreatif... mana tahu satu hari boleh jadi novelis. kannnn
ReplyDeleteblm plan lg cklah...kepala otak hala ke kenduri je buat masa ni
ReplyDelete:)
Guru besar baca blog :)
ReplyDeleteBukan semua orang mahir menulis....bakat tu!!!
pesal dia perabih pen merah?
ReplyDeletekan ke banyak lagi pen warna lain?
nak 'dengki' kat kemerahan ibu la tu... kakaka
soalan tahun ni banyaknya KBKK kak oi..budak2 saya tak suka KBKK
ReplyDeleteberbakat besar nuha..
ReplyDeletelagilah blog beliau..
bagus tu, nuha tak minat tang angry bird,
ala2 umai, dia kata garang.. hehe
PS: moga nuha berjaya menjadi salah satu top ten di sekolah akan datang
Bila menulis bab anak-anak ni, saya sendiri mengaku memang jadi keliru dan sedikit nervous.
ReplyDeleteSaya mengaku, saya pernah tulis statement “anak jiran lebih pandai lah Azie” sebab itulah yang orang pernah beri saya. Itu yang buatkan saya cukup berhati-hati. Tidak niat lak nak tujukan pada orang lain.
Yang pasti suka baca kejujuran dan ketelusan CKLAH bercerita tentang anak-anak.
Yang baik jadikan teladan. Setuju!
wahhhh..ank cikgu... hehehe... =]=]=]
ReplyDeletewahhhh..ank cikgu... hehehe... =]=]=]
ReplyDeletecikgu cklah nak pen biru tak? heheehe
ReplyDeleteSatu hari si anak akan tulis novel "Tinta Merah" yang didedikasikan utk ibunya. Semua duit royalti, beli pen merah. Juga utk ibunya. Itu jam, pen kering dek tak sempat pakai, bukan sebab banyak pakai!
ReplyDeletePaman seronok baca cerita ckLah ni. Itu kisah anak-anak kita, kreativiti mereka, yang tak pun mengganggu orang lain.
takpe lah CkLah ... biarkan Nuha berkreativiti dgn pen merah tu
ReplyDeletehabis beli lagi... lembaga tu pun beri banyak... kan
pening juga nak rancang program utk anak2 cuti ni..mak+ayah sibuk jaga periksa..hehe
ReplyDeletezonaku;
ReplyDeletesiapa yang sekat?
Dadycool;
ReplyDeleteSaja nak bagi senaman. :D
Ngah;
ReplyDeleteYe ke?
Abd RAzak;
ReplyDeleteHahaha...
nora;
ReplyDeleteBagus...bagus...
atuk;
ReplyDeleteMudah mudahan...
Long;Betul tu....biar dia periksa dengan tenang...
ReplyDeletejedi;
ReplyDeleteHahahaha...kalaulah...
pB
ReplyDeleteHarapan semua mak...
NM2;
ReplyDeleteHmmm...tak taulah...
Ms Lilies;
ReplyDeleteSelamat berkenduri....
najwa;
ReplyDeleteguru besar cakna...
Aku;Kecik kecik dah dengki....
ReplyDeleteImanshah;
ReplyDeleteBudak pandai tak apa...
Ayu;
ReplyDeleteBlog budak-budak....tahap bahasa pun udak-budak je...haha
AzieAzah;
ReplyDeleteEloknya tak payah nak beri komen yang boleh menyinggung orang. Selamat.... kan! Kadang-kadang, memahami tulisan orang tak sama dengan memahami bahasa lisan...sebab nadanya tak dapat didengar.
ahmoi;
ReplyDeleteWaaaa....
Kenapa?
:D
maksu;
ReplyDeleteBuat masa ni....tak nak. Hehehe
Temuk;
ReplyDeleteBukan semua orang suka cerita ckLah....tapi, dalam tak suka tu, hari-hari masuk blog ckLah untuk baca. Beci tapi rindulah tu...haha.
ibuintan;
ReplyDeleteHahaha...memanglah banyak...tapi, lambat lagi nak dapat. Hehe