Suka tak?

20111123

Pasal bahasa, saya tidak akan berkompromi!

Saya abaikan dulu dunia blog ini barang seminggu dua, dengan meninggalkan entri panjang ini. Didahului dengan permohonan maaf, jika ada yang kurang selesa akan Sanggar Maya ckLah selama ini. Harap anda sabar membaca dan menaakul makna kata demi kata, frasa demi frasa dan ayat demi ayat, agar kelak tidak timbul salah faham.

Sebelum meneruskan penulisan, saya ingin menegaskan bahawa saya menerima penggunaan apa-apa sahaja bahasa dalam blog atau laman sosial lain samaada dialek kaum, dialek daerah, bahasa Inggeris, bahasa Cina mahu pun bahasa Tamil, asalkan penggunaannya secara betul! 'Tersilap', boleh dibetulkan. Boleh dimaafkan. Jangan silap tafsir. Isu yang saya cuba ketengahkan adalah 'sengaja merosakkan bahasa' dengan penggunaan 'bahasa SMS' atau 'bahasa rempit' yang semakin berleluasa mutakhir ini.


Saya tidak mahu menegur penggunaan bahasa orang di blog orang (atau di kotak komen orang) kerana saya tahu, bukan semua orang boleh menerima teguran dalam kotak komennya. Pernah saya menegur (secara bergurau) ejaan seseorang yang saya anggap sudah akrab dengan saya di alam blog, dalam blognya, tetapi mendapat reaksi panjang lebar dan sehingga kini individu tersebut tidak pernah menulis komen di blog saya (meski URLnya dilihat sering lalu lalang!) Tak apalah...


Jadi, saya tulis di blog sendiri. Kalau ada yang marah, apalah daya saya. Anda yang masuk dan membaca entri saya! Blog saya memang begini, seboleh-bolehnya, ada sesuatu yang ingin saya sampaikan. Bukan  untuk berhura-hura sahaja!

Saya menegur seorang murid kerana menggunakan bahasa demikian (bahasa rempit?) dalam karangan.

Murid itu menjawab:


"Salah ke cikgu? Mak saya pun guna bahasa macam tu dalam 'fb'! Mak saya pun cikgu, dia tak kisah pun?"

Nah...kalau kebiasaan yang salah, yang selama ini kita anggap betul diikuti orang lain, mungkin kita tak berapa kisah. Tapi, kalau kebiasaan yang tak betul itu dicontohi anak sendiri, adakah kita tetap tak rasa bersalah?

Sudah lebih 10 tahun saya terlibat dengan pemeriksaan kertas Peperiksaan Awam, dah setahun dua kebelakangan ini, memang sudah ada calon  yang menggunakan bahasa begini dalam peperiksaan penting ini. Bagaimanakah kalau itu adalah anak atau adik kita? Bagaimanakah kalau anak atau adik kita menulis begitu kerana mencontohi kita?

Kalau jawapannya masih "Tak kisahlah!", hmmmm, tak payahlah terus membaca entri saya ini. Saya tidak terima pendapat begini:


"X kshlah. Aslkn msj kt smpi kira orait arrrrr!  Wat per skema cgt! Relax arrr"

Kurang ajar tu! Kurang ajar terhadap bahasa bangsa sendiri!!!Bagi sayalah!


Ada orang yang bermati-matian menyatakan rasa tidak setujunya terhadap pelaksanaan PPSMI. Dia tulis dalam blog atau facebook. Dia akan komen kalau ada orang tulis pasal itu, tetapi malangnya semasa menulis bantahannya terhadap PPSMI itu, dia menggunakan bahasa 'rempit tersebut'. Dia sensitif dan mengamuk (bukan main) apabila bahasa Inggeris digunakan dalam P&P Sains Dan Matematik, tapi dia tak sedar bahawa dia sendiri sedang memperkosa bahasanya!!!

Saya pernah menulis isu ini pada laman facebook saya :
Rakan yang bukan Melayu lebih ramai 'setuju'!!!


Walau bagaimanapun,  ada yang mempermainkan saya. Ini komen dari seorang rakan guru (ustazah) yang sedang mengambil Sarjana.(Tapi, maaf cakap, bahasa budak baru lulus UPSR jauh lebih baik!!!)

 Memang saya keluarkan dia dari senarai rakan facebook. 'Keluarkan dari senarai rakan facebook', tetapi di luar facebook, dia tetap rakan saya. Anak saudara saya sendiri pun saya keluarkan dari senarai kalau tidak menerima teguran tentang penggunaan bahasa di laman sosial, tetapi, di luar dia tetap anak saudara saya.

Laman sosial seperti blog ini, dibaca umum. Lainlah kalau kita tutup untuk umum.  Kita tidak tahu, siapa-siapa yang membaca tulisan kita. Saya sangat bimbang, andai orang mengambil atau meniru kesalahan saya atau perkara-perkara tidak baik yang saya tuliskan. Dosanya panjang tu! Yalah, apakah perkara yang apabila kita mati, masih boleh menolong kita? Ilmu yang berguna....kan! Cara menyampaikan ilmu itu, tidak terbatas. Boleh secara formal, secara santai, secara lawak jenaka dan macam-macam lagi.

Saya menerima ejaan singkatan yang sudah diterima umum seperti 'sbg', skrg', 'drpd' dan seumpamanya. Itu singkatan. Kalau murid saya gunakan dalam karangan, saya akan betulkan dengan ikhlas. (Namun, sebaik-baiknya, janganlah digunakan untuk penulisan di laman web begini) Masalahnya, ringkaskah kalau 'apa jadi perrrr', 'begitu jadi gitewwww', 'berani jadi braney' , 'ambik jadi amekkk' , 'kamu jadi kamooooo' dan seumpamanya?

Maafkan saya kalau ada sesiapa yang terasa hati. Saya tidak memerli sesiapa, tetapi saya memang berterus terang (direct) kepada sesiapa sahaja yang menggunakan bahasa begini dalam penulisan...

Antara cabaran pertama saya setelah berpindah ke sekolah bercampur!

Bahasa kita budaya kita. Bahasa penulis surat (yang cikgu rampas dalam kelas) di atas memang 'kasar' di luar dan dalam kertas. Ironinya, bukan sekadar bahasanya, malah budi bahasa dan akhlaknya juga  memang mengecewakan. Bacalah, kalau anda dapat memahami butiran tulisannya. Lihatlah  isu yang ditulisnya.

Luahan pada status  facebook seorang budak sekolah yang ada hati cuba 'berkawan' dengan saya. Anak cikgu ni. Dia kata, mak dia pun gunakan bahasa macam tu di fb!!!
Bahasa Menunjukkan Bangsa :
 Bahasa dan isu yang ditulis, sama-sama murah nilainya.)

Hmmmmm, cikgu dah tegur, tapi kamu tak endah. Malaslah cikgu nak terima kamu di fb. Betulkan dulu bahasa kamu di kelas. Dunia maya cikgu bukan untuk suka-suka dan berhura-hura semata-mata! Ada matlamat cikgu!

Susah mahu baca? Ya, itulah yang saya pernah hadapi semasa memeriksa kertas SPM beberapa orang calon dari sebuah negeri. Salah siapa? Ahhhh, tak guna salah menyalah.


Pasal bahasa, saya memang tidak akan berkompromi, kerana itu memang tugas saya...amanah saya!

Mungkin ada yang berpandangan, ini perkara biasa, atau kecil, atau tak perlu difikirkan, tapi bagi saya bukan begitu, kerana, setiap hari saya terpaksa membetulkan penggunaan bahasa yang semakin 'bobrok' (istilah Jawa ya!) dalam kalangan murid-murid saya. Saya boleh terima kesalahan ejaan atau tatabahasa kerana tidak sengaja atau tidak arif. Tak apa!!! Itu tidak sengaja. Saya pun adakalanya tersalah taip, namun saya tidak berkompromi jika disengajakan tanpa rasa bersalah!

Ironinya, orang Melayu, akan cepat-cepat menegur jika orang Melayu tersilap penggunaan Bahasa Inggerisnya, tapi, kalau orang Melayu sengaja menghancurkan bahasa Melayunya, orang Melayu tak pula ghairah nak menegur!!!

BETULKAN YANG BIASA, DAN BIASAKAN YANG BETUL! Siapa lagi yang wajar menghormati bahasa bangsa kita kalau bukan kita sendiri? Kita yang wajar CAKNA akan PERKARA 152 itu!!! Bukan Thaksin Sinawarta atau Lady Gaga!!!

"KITA PERKASAKAN BAHASA MELAYU, KITA KUASAI BAHASA ASING - FORMULA TERBAIK PERKAYA ILMU!"

...ya, anak-anak saya sendiri ada yang mengambil mata pelajaran Bahasa Jerman (Bin), Bahasa Arab (Nuha) dan Bahasa Jepun (Dia), sebagai bahasa antarabangsa pilihan di sekolah, selain bahasa Inggeris dan pastinya Bahasa Melayu!!!


Maafkan saya kalau ada yang tersinggung atau marah dengan tulisan saya, lalu tidak ingin kembali lagi ke sini. Saya tidak kecil hati, kerana tuan blog ini memang tidak pedulikan 'trafik' keluar masuk blognya, seperti yang saya catatkan   pada bahagian atas pemuka blog ini. Ya, saya menulis bukan kerana nama...




Catatan pada kotak komen...
Ya, saya maksudkannya...



*******

39 catatan pelayar @XIIINAM:

  1. ok!
    insyaALLAH..saya akan cuba amalkannya..


    p/s: ambil masa yang lama untuk tulis satu persatu..hehe

    ReplyDelete
  2. kaklong sendiri kalau baca tulis bahasa rempit budak2 ni,tergagap2..macam mengeja pulak..
    eh,'pulak' tu tak apa kan cklah...heheheh!

    ReplyDelete
  3. Syabas cikgu. Kakak walau bukan cikgu tetap tidak benarkan anak-anak kakak menulis dlm fb mereka dgn bahasa rojak. Sebab itu mereka lebih suka guna bahasa Inggeris supaya tidak kena tegur mama mereka. Kakak boleh 'access' fb anak-anak kakak.

    Pencemaran sekarang terlalu banyak cikgu, bila yg duduk di atas masih guna perkataan seperti KL center, KL city dsb...

    ReplyDelete
  4. cikgu, saya pun sokong apa yg cikgu tulis kat sini. macam kawan lama saya. eja waktu jadi wak2. sakit hati saya baca. saya pun ada rasa nak kick dia dari fb saya. sama mcm yang cikgu rasa.

    ReplyDelete
  5. fuh. saya tak boleh nak baca status FB yang cikgu print screen tu.. saya rasa bahasa rempit adalah sangat cacat. cacat di mata. cacat bila disebut.

    ReplyDelete
  6. As salam


    selamat menanda kertas jawapan.


    Panjang umur , insyaallah , kita berjumpa lagi .

    ReplyDelete
  7. HAH!. Apabila guru bahasa BERBAHASA, sangat berbisa dan menusuk rasa.. bagi yang tidak terasa dan masih menganggap biasa-biasa, memang deria rasanya gagal berfungsi agaknya!!.

    Betul cklah!.
    "MEMBETULKAN YANG BIASA DAN MEMBIASAKAN YANG BETUL"

    Tiny sangat setuju dan sangat sokong.. (statement cklah itu melekat kemas di kotak minda - dan sangat terkesan dijiwa).

    Siapa lagi yang hendak mempertahankan bahasa kebangsaan kebanggaan kita andai semua yang luar biasa mula dibiasakan.. (sebab tu timbul seksualiti merdeka.. menuntut hak luar tabii'e kebiasaan manusia!! Allahu!!).

    Saya akan sedayanya turut mempertahankan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan seperti yang diwar-warkan cklah.. (tegur saya ya Ibu Guru, jika saya tersasar dan terkhilaf dalam berbahasa..)

    Benar, jika saya seorang IBU memperkotak-katikkan bahasa melayu, bagaimana anak-anak saya akan menghormati malah menukilkan perkataan dalam bahasa melayu dengan betul tatabahasa dan penggunaan ayatnya?.

    (memang pening baca bahasa 'rempit' yg ditulis di FB tu.. baca sebaris dah pening!!).

    Semoga diberi kesihatan dan kelapangan fikiran dalam menyemak kertas-kertas yang bertimbun itu ya cklah.. Ameen..<3

    ReplyDelete
  8. salam kak raza..

    benar sangat apa yg akak tulis tu... saya memang anti baca ayat rempit camtu sbb memang tak paham.. kena mengeja terangkak2 macam budak 5 tahun, pastu baca 10 kali.. buang masa!

    tapi saya mampu gak baca isu yang ditulis dalam kertas dlm blog tu.. pening!..

    semoga akak terus istiqamah dengan budak2 tu.. dan diberi kesihatan badan untuk melaksanakannya.. amin..

    ReplyDelete
  9. Kalau dibaca tulisan / Surat rempit diatas....Terasa nak muntah,dan tak berapa nak faham....


    Memang tak boleh terima dek retina untuk terus membaca,heheh.


    ***kat blog saya pun sesekali keluar bahasa yang tak berapa nak rempit :)

    ReplyDelete
  10. terima kasih atas teguran.... saya akan baiki di masa depan.


    dan contoh y dipaparkan, memang amalan muda mudi zaman sekarang. saya x daya nak membaca....

    ReplyDelete
  11. saya bersetuju dengan ckLah. bila makin tua, makin tak boleh nak terima tulisan-tulisan yang merempit begitu

    ReplyDelete
  12. saya sokong ckLah.

    terima kasih atas teguran yang cukup ikhlas demi bahasa kita... Bahasa Melayu

    ReplyDelete
  13. ckLah...bahasa rempit adalah bahasa yang akak tak pernah suka... menyusahkan orang utk membaca apa yang ditulis...

    Akak pun seboleh2nya akan menulis menggunakan bahasa yang betul...

    Terima kasih ckLah kerana menyedarkan kita semua betapa pentingnya bahasa kita... kalau kita pun dah menggunakan bahasa yang tidak betul...jgn marah kalau bangsa lain menggunakan bahasa melayu yang lebih teruk...

    ReplyDelete
  14. Siapa lagi yag nak diharapkan memartabatkan bahasa kita kalau bukan kita. Semoga anak-anak murid menyedari hakikat ini

    ReplyDelete
  15. sya sendiri kadang tak faham apa singkatan mesej yang hendak di sampaikan kalau terlalu di kerat kerat ejaan sms/ mesej tu
    rimas terpaksa membaca berulang ulang untuk memahami bahasa sms macam tu

    ReplyDelete
  16. saya sangat-sangat setuju!
    sejak dulu selalu kagum dengan keprihatinan tuan punya blog terhadap perkembangan bahasa tanah air.
    tahniah!

    ReplyDelete
  17. saya tak faham status pelajar CkLah dalam FB tu..

    ReplyDelete
  18. Salam cikgu, memang benar. Kalau kita tak sayang bahasa kita, siapa lagi. Membesarkan anak2 berbelas tahun di luarnegara sangat membataskan bahasa Melayu mereka. Alhamdulillah bila balik ke Malaysia, belajar bahasa Melayu rasmi. Kesudahannya, kalau bercakap pun memang guna bahasa yang teratur tu. Memang bunyi peliklah bagi orang kita tap tak apalah daripada guna bahasa rempit tu.

    ReplyDelete
  19. Aku, sedaya upaya, menulis dengan bahasa yang baik dalam blog aku...

    cuma, kadang-kadang tu, aku terikut-ikut guna bahasa 'komersial' juga... terutamanya bahasa jawa... hahaha

    ReplyDelete
  20. bahasa kat blog saya jugak rojak....


    tapi saya tetap sokong apa yang CKlah juangkan..Sebab ianya untuk kebaikan bersama...

    terima kasih cikgu..

    ReplyDelete
  21. Salam..
    ermm..harap bukan saya la tu ye?
    saya okey je..kalau orang nak tegur
    pun hak masing-masing kan..kalau tajut di tegur jangan main blog..main FB je..he he

    ReplyDelete
  22. syabas cklah... semangat waja yang kata mantan pm 'kepimpinan melalui tauladan'

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum,

    Kekandaku CkLah,

    Memang sejak kebelakangan ini, penggunaan bahasa mat rempit, bahasa muka buku dan pemerkosaan terhadap bahasa berleluasa, katanya mengikut aliran semasa. Namun masing-masing lupa yang berbahasa dengan baik adalah jiwa bangsa.

    Kata mereka mahu menjimatkan masa dan ruang, namun sebenarnya menyakitkan hati dan mata.

    Apalah yang boleh diharapkan daripada pengguna bahasa sebegini dalam memperjuangkan lingua franca kita yang semakin dirosak dihakis gelombang hedonisme. Pantun di bawah ini;

    Yang kurik itu kundi
    Yang merah itu saga
    Yang baik itu budi
    Yang indah itu bahasa

    -sudah tinggal nama agaknya!

    (Marah jua kerana kakak yang tua dan adik bongsu sendiri adalah guru bahasa Melayu mengadu perkara yang sama!

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum cikgu.

    saya sokong sangat-sangat dgn apa yg cikgu cakap ni dan yg pasti ada juga sesetengah classmates saya ckp saya skema sbb tulis ejaan penuh. tp peduli apa yg penting kita faham apa yg kita tulis. kadang2 diorang pun tk faham apa yg diorang tulis sebab terlalu rempit :D

    ReplyDelete
  25. betul! sangat2 setuju

    ramai pelajar yang guna singkatan perkataan yg pelik2 sekarang

    ada pelajar yg menghantar SMS pada saya untuk bertanya tentang kerja rumah yg tidak difahami

    tidak faham dan rasa meluat
    jadi saya tanya "kamu cacatkah?"

    Entri tepat!

    ReplyDelete
  26. PUAS!

    Puas hati saya baca luahan dan matlamat yang CKLAH cuba sampaikan, dan sedang sampaikan.

    saya tak kuasa nak baca semua bahasa rempit tuh, sakit dada sebab sakit kepala nak fikir.

    Saya seperti juga orang lain, memang ada tersilap menulis bahasa.

    tapi saya yakin, YAKIN CKLAH faham saya orang yang bagaimana, bila menyentuh soal bahasa.

    Jadi saya tak mau ulas panjang.

    Terimakasih! Saya menyokong penuh!

    ReplyDelete
  27. Selamat bertugas dan tunaikan dengan penuh amanah..

    ReplyDelete
  28. i like!!!!
    satu n3 yang tersangat bagus. Banyak sangat tulisan caca merba dengan singkatan yang tak difahami. Buat pening kepala.

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum cikgu...

    Alhamdulillah, rasa puas membaca keluhan cikgu dan saya memang tidak setuju dengan penggunaan bahasa SMS dalam apa jua bentuk penulisan.

    Selamat menjalankan tugas, moga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat cikgu dan dipermudahkan segala urusan ...amin

    ReplyDelete
  30. DARI ZAMAN SEKOLAH DULU, SAMPAI SEKARANG TAK BERUBAH YA LAH. SANGAT KUAT KECINTAANNYA TERHADAP BAHASA. YALAH, KALAU TIDAK MASAKAN SANGGUP TINGGALKAN KAWAN-KAWAN DARI UNDANG-UNDANG SYARIAH LARI KE KURSUS PENDIDIKAN BAHASA DI UM DULU. TAK SIA-SIA . SYABAS CIKGU LAH...

    ReplyDelete
  31. Betul tu Cklah...saya pun warning dah kat bebudak saya kalau mahu beriteraksi dengan saya di dalam facebook, gunakan bahasa yang betul..

    Tapi saya tak sangka sampai tahap ini penggunaan bahasa mereka seperti paparan cklah..!

    ReplyDelete
  32. lady setuju dengan pandangan cikgu.. kdg2 lady turut terasa dengan penggunaan yang main bedal jerk.. tetapi kebanyakan mereka ada yang berusaha untuk menggunakan bhs sebaik mungkin.. syabas kepada mereka.. lady pun skrg sdg berusaha untuk menggunakan bahasa dengan sebaik-baiknya di laman sesawang lady..

    ReplyDelete
  33. saya selalunya akan pangkah pada X sebelah kanan blog jika bahasa yang digunakan adalah seperti itu...malas nak menyusahkan diri membacanya...

    ReplyDelete
  34. salam cklah
    semoga sihat bersama keluarga..
    walaupun MM bukan cikgu, tapi MM pun tak suka dengan bahasa2 & tulisan2 rempit macam ni... sakit mata , sakit hati membacanya... tapi haruslah MM tak bacapun...

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum ckLah cikgu yang dihormati..

    catatan yang sangat menarik..

    saya sebenarnya seorang yang suka akan bahasa yang indah.. penggunaan loghat perak dalam blog 'atasnamaaku' sekadar memenuhi 'trademark' semata-mata.. menulis dalam loghat perak sesungguhnya amat payah namun tetap saya teruskan..moga saya tidak termasuk dalam kelompok penjahanam bahasa..

    maaf kerana lama tidak berkunjung ke mari..saya 'bercuti' untuk sementara waktu..saya jelaskan dalam catatan saya yang bertajuk "apa kabo kome"..semoga cikgu sentiasa sihat dan dirahmati Allah selalu..

    ReplyDelete
  36. Salaam,

    I am particularly pleased to see this posting, on a subject very close to my heart. I had thought of writing on similar line but so far, alhamdulillah, there has been no necessity to offend my visitors. My visitors seem to represent those who do not care for sms language or such like. I respect them all for that.

    It saddens me to see the deterioration of our Bahasa in practice. To a large extent I blame DBP itself for over-borrowing foreign words, particularly English, when we should be exploiting the expanded usage of old Malay terminologies. DBP dictionary is no longer a Malay dictionary compared to, for example, Wilkinson’s Malay-English Dictionary, compiled and published in 1932. There is plenty of room to exploit existing Malay words instead of resorting to words like ‘pruduk, minda, bajet’ and so on. In fact when you used ‘ironinya’ in your posting my mind began to search for an old Malay word. Unfortunately, I am no god at that.

    It saddens me to hear my village folks telling me “ Mulut dia laser, Pakcik”, “Bahasa Inggeris dia power, Pakcik. Ayah dia lagi best.” And I have been asked ny my pupils such questions as; “Belanjawan tu apa?” .. “Budget? …. Oh, eja betulnya b-a-j-e-t. Apa lah Pakcik ni.” I am behind time. I choose not to write my blog in Bahasa because mine is old-fashioned. I am good at writing in jawi script. Alas, they have changed the spelling to make it all ‘baku’! Again I am behind time. So I dislike bahasa ‘rojak’ and those ‘modern’ ways. Thank you for this wonderful posting. You have said it all.

    Pardon me for an unnecessarily long comment.

    p/s Would you allow me to make reference to this posting in my blog, or copy/paste part of it? E-mail me if you please. almanar@pd.jaring.my
    Pakcik

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum ckLah

    bahasa saya memang lemah
    tapi tak rela bahasa saya dilemahkan

    (saya teruja, di tanah Arab, ramai perniaga berbahasa Melayu. di Kemboja, ramai yang boleh bertutur bahasa Melayu dengan lacar)

    Wassalam

    ReplyDelete
  38. Terima kasih di atas respon kalian! Tahniah kerana anda semua menunjukkan sokongan terhadap mesej saya. Terima kasih saya ucapkan.

    Buat masa ini saya sedang begitu sibuk dengan tugas-tugas khas di bawah Urusan Seri Paduka, dan tidak sempat menjawab satu persatu komen kalian. Maafkan saya ya...bagaimanapun, saya sangat menghargai pendapat, pandangan dan sokongan anda!


    ***al manar-saya telah jawab komen anda melalui e-mail.

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...