Suka tak?

20111227

Melayan anak-anak...

Setelah undian dibuat, tempat ini menjadi pilihan mereka lalu kami ke sana.

Baru masuk feri...sibuk menunjukkan itu dan ini kepada anak bongsu yang terlebih teruja dan tak dapat tidur malam beberapa hari, sejak tahu plan percutian ini.

Kenderaan yang kami sewa sepanjang beberapa hari di sana.


Pembaca peta dan penunjuk jalan yang cekap, teruja dan sedia berkhidmat..

Antara...

Malam berhampiran Jetty Point dan Dataran Lang. Dirakam oleh Dia, yang sukarela menjadi jurugambar utama.


Gunung Mat Cincang adalah fokus utama anak-anak. 'Tempat lain tak pergi pun tak apa', kata Nuha. Masa terlalu banyak dihabiskan di sini menyebabkan tentatif lawatan terpaksa diubahsuai.
MAAF...ibu tinggal di bawah saja. Mereka berempat saja yang naik. Ibu gayattttttttttt!!! Huhuhu...

 Biar mereka meneroka sendiri...
Rekreasi air di Tanjung Rhu, Pantai Pasir Hitam, Pantai Chenang dan Telaga Harbour.

Telaga Tujuh.
 Keluar melihat-lihat Langkawi waktu malam. Jam 9 malam.
 Lain-lain lawatan sambil belajar...

Membeli-belah?
Banyak kedai dimasuki, tak beli...terus belah. Hehehe....
Premis pertama diserbu, Haji Ismail Group, Kuah.

Beli satu bagasi murah dan mengisinya penuh-penuh dengan cokelat di HIG.
Apa lagi yang dibeli?
Tak payah ceritalah. Segan.

Di Padang Mat Sirat, Nabil dan Nabila (Bin dan Diba) teruja apabila jumpa iklan ini....


Bukti hadir...hehehe

Nak balik dah...


Jadi antara kenangan keluarga...


Dah habis cuti ibu, dengan rasminya esok ibu mulai bekerja dengan beberapa siri mesyuarat, untuk mengelakkan guru meninggalkan kelas sekiranya mesyuarat diadakan pada minggu pertama. Kalau boleh, hari pertama semua pengurusan telah selesai dan terus nak jalankan P&P, itu harapan semua guru!

Sekian untuk kali ini.
Nak pantau Diba yang diarahkan memfaraidhkan cokelat untuk jiran, rakan dan taulan. Banyak bekas kosong lagi tu! Hehehehe...

32 catatan pelayar @XIIINAM:

  1. Ibuuuu...
    Thank you for the sweet vocations!

    >**<

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. telah selamat percutiannya..

    waaahhh.. puteri bongsu tu sgt teruja ya..

    cklah tak naik kereta kabel tu eh?.. hihihi.. (kita serupaaaaa... lebih sanggup tunggu kt bawah je.. kuikuikui)...

    ooo... motel nabil nabila.. bolehla nk buat tempahan lepas nih.. call bin ngan diba jer.. kehkehkeh...

    bersama keluarga adalah momen terindah walau di mana shj kaki melangkah.. I LUV IT!.. hihihi..

    <3

    ReplyDelete
  3. Tiny;
    Dia terlebih teruja sebab belum pernah ke sana. Yang lain tenang saja, sampai di duruh segera ersiap pun tetap tenaaaang, sampai ibu naik darah! Hehe...

    Jumpa papan iklan tu di tengah pasar. Tapi kami tak menginap di situ...hehe

    ReplyDelete
  4. Nuha;
    Bersiap sedia untuk ke sekolah!

    ReplyDelete
  5. Salam.

    Alhamdulillah dapat juga ckLah membawa anak-anak pergi melancong di musim cuti sekolah ini.

    Kami tidak dapat berbuat begitu kerana w/p yg bersekolah cuti tapi yg di matrik dan di UIAM tak bercuti. Emak Adam rasa tak seronok kalau ada anak-anak yg tertinggal masa kami pergi makan angin.

    ReplyDelete
  6. banyaknya coklat..sya suka sangat coklat nasib baik enpakwe ots di langkawi terus sya order coklat (,")

    nabila jumpa motel dia di sana ye? dapat 1/2 harga tak sama nama? ;p

    ReplyDelete
  7. Semasa di sana bulan lepas, diantara misi aku ialah untuk merasai masakan orang Langkawi... tak jumpa pun. banyak yang dari Siam. Adalah seorang dari Perak....

    ReplyDelete
  8. bestnya dapat bercuti 1 family.



    Bersiap sedia untuk bekerja..ngeh3.

    ReplyDelete
  9. CkLah,

    Seronoknya dapat bercuti. Aliff dapat arahan sempena SBPA semua pegawai kanan tidak boleh bercuti. (Sebulan di bulan Disember). 29 hari cuti bawa ke hadapan!


    Lotih den~!

    ReplyDelete
  10. yeayyy semua hepi....
    sekarang kena on mode kembali ke sekolah hehehe

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum cikgu..

    Nice vacation. Aduhai sebeg coklat. Minta satu..:)

    ReplyDelete
  12. Langkawi...lamanya pcl dah tak ke sana walaupon dok balik Kedah.

    ReplyDelete
  13. Dah lama tak ke langkawi. Tumpang tengok gambar jadi lah :)

    ReplyDelete
  14. Faraid kepada kami? Hehehe...

    Lamanya tak ke Langkawi, kali terakhir jejak kaki pun tahun 1988.

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum

    jenguk kawan lama... moga sihat sokmo

    huuuu takcukup br1m la...

    ReplyDelete
  16. Ambo sempat pg Tasik Dayang Bunting hari tu

    ReplyDelete
  17. rugi tak naik mat cincang tu....

    ReplyDelete
  18. Memang best pergi Langkawi. Rasa nak pergi ronda lagi. Selamat tahun baru..

    ReplyDelete
  19. YB;
    Mak-mak memang macam tulah...

    ReplyDelete
  20. kasihibu;
    Kedai cokelat saja yang anak-anak teruj...hehe

    ReplyDelete
  21. Aku;
    Kami meang cari gerai di kampung-kampung. Kat sini, depa lebih guna kunyi kot...

    ReplyDelete
  22. najwa;
    Kerja...cuti...kerja...cuti...cuti...cuti...kerja...hehe

    ReplyDelete
  23. Aliff;
    Tak apa....pemuda harapan bangsa, berkhidmat untu negara. Hehe

    ReplyDelete
  24. Ms Lilies;
    Hehe...betul...betul!

    ReplyDelete
  25. Abdul Razak
    Tak sempat buat stok ustaz...hehe

    ReplyDelete
  26. cikgunormah;
    Jom buat lawatan cik kiah...

    ReplyDelete
  27. kedondong;
    Nanti kita hulur kat tingkap..hehe

    ReplyDelete
  28. cemomoi;
    Alhamdulillah....sihaat.

    ReplyDelete
  29. imanshah;
    Minum tak air dia?
    Hehe

    ReplyDelete
  30. AidaAli;
    Betul tu...tak puas.

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...