Suka citra @ xiiinam? Terima kasih :D

20110130

Mood kodok musim hujan...

Cucur kodok sebenarnya. Tapi, selalu disebut cekodok.

Kodok? Mungkin kerana rupanya yang hodoh seperti kodok? Hahahaha...(andaian tanpa kajian ilmiah penulis semata-mata...)


Hari minggu lalu, masa saya demam, ckZahan dan anak-anaknya telah berkolaborasi menyatukan dua bangsa kodok cekodok dalam satu pinggan....

Nampaknya, menu cekodok masih tetap mendominasi carta hidangan minum petang minggu ini....

Kali ini, ibu pula yang buat...

Mula-mula buat cekodok sukun.
Pernah dengar tak? Bukan semua jenis sukun sesuai dibuat cekodok. Pilih cekodok yang berisi kuning seperti ini kerana rasanya lebih manis dan lemak. Yang jenis putih, tawar. Pastikan benar-benar masak...Sukun sumbangan mak. Beliau yang tanam...



Yang di atas cekodok sukun.
Yang di bawah pula cekodok pisang, meski rupanya 'salin tak tumpah'....tapi rasanya lain-lain....

Pisang paling sesuai membuat cekodok adalah pisang awak, yang cukup ranum. Hanya capurkan tepung gandum, ramas, dan jemput untuk digoreng. Ya....untuk anak-anak dan suami, semuanya saya gunakan tangan, sambil membaca ayat-ayat pengasih selawat saat meramas dan menggoreng...itu petua di dapur para ibu, kan!



Petang tadi, dikunjungi 4 anak saudara, seorang cikgu baru dari Johor, seorang bakal cikgu dari Bangi dan dua budak sekolah dari Sabak Bernam (anak-anak dara kakak saya) Cuti seminggu, kan!
Bersimpang siur tangan mencicah....


Hahahaha...yang berpanah merah itu  bukan cekodok, tapi anak saya panggil cekodok ikan. Nak kata keropok lekor, tak nampak berlekornya. Anak buah ckZahan yang beri semalam, dan anak-anak buah ckLah dan anak-anak ckLah yang kendurikan sambil berborak dengan ckLah mereka masa hujan petang tadi...sambil menikmati tapai ubi, dan kerepek pisang buatan embah mereka. (mak sayalah!).







Monolog:

"Eleh, ckLah tu nak tunjuk pinggan lah tu!"

"Hey....ini semua pinggan tinggalan aruah mak mertua saya tau! Beliau beli masa zaman belum merdeka dulu. Orang sekarang dah hantar ke muzium dah...sebab sekarang zaman Vantage. Deme tak main dah pinggan corak bunga kangkung macam ckLah. Nak menunjuk 'amendenye kome''?"

20110129

Cerita Budak Kampung (Siri II)

Lepas ambil Nabil di asrama, kami bermalam di rumah emak. Bukan balik kampung, ya! Saya memang orang kampung yang tinggal di kampung.

Malam itu, balik dari Masjid, ckZahan dan bapa mertuanya bawa balik dua bungkus 'berkat  ambeng' dari kenduri rumah jiran. Ambeng kenduri, lebih original dari yang dijual di pasar malam (yang selalu disebut nasi ambang oleh orang bukan Jawa)  atau mana-mana kerana keberkatan 'konsepnya'.

Saya letak dalam talam besar. Ayam panggang itu tambahan. Yang itu memang saya beli dari pasar malam Sabak Bernam.

Untuk memuaskan rasa, saya buat sedikit sambal belacan, dan hidangkan kacang botor. Panjang tak? Membuktikan betapa sejuk jiwa yang menanamnya...


Kalau mahu daun selom, tinggal petik saja di sudut dapur dalam rumah mak. Rajin kan mak saya...macam tak cukup tanah. Walaupun tanah keliling rumahnya sangat luas, dia masih sempat buat tanaman hidroponik dalam rumah...

Nabil sedang tunduk mendengar leteran kakaknya, Diba;
"Asal balik saja angkut kain baju kotor. Kakakkkkkk juga yang kena basuh!"

Berleterpun....dia buat juga kerja tu. Diba, memang begitulah...
Di satu sudut dalam bilik air bapak yang memang sangat besar ini, kolah besar ini menjadi tumpuan Nuha...
Salah satu bilik air yang ada di rumah bapak. Kolah sengaja dibuat besar begini untuk menampung anak cucu bapak yang hampir mencapai angka 70 orang. Kalau semua balik serentak.....

Melepas rindu...Nuha dan abangnya bermain bola tampar lepas berjoging di jalan kampung...


Ibu mereka. melawat kawasan....melihat-lihat atas dan bawah...hahahahaha


Hmmm....

Seorang staf Convent yang setia, berjaya mengupas durian....


Bukan untuk dia, tapi untuk anak-anaknya...sila percaya. Hahaha...


Tuan Tanah Kedaung Mak saya sedang mengawasi pekerja di ladang kelapa sawitnya...


Semua kena upah orang buat sekarang...

Bukan mudah mencari anak muda tempatan yang mahu melakukan kerja-kerja ini. Mujur ada Mat ni...


Ya lah, nak harapkan siapa lagi. 10 anaknya semua punya kerjaya masing-masing di merata pelusuk dunia...


Nak harapkan anaknya yang bernama ckLah itu?

Ceh...baru kena gigit nyamuk sikit pun sibuk nak ambil gambar, dan tunjuk dalam blog...hahahaha

"Tengok ni!!! Habis darah kita tawwwww!!!" :D


Err....tunjuk kaki . Maaf ya!


.

20110128

Diskaun 50% Tahun Baru Cina.

Kelas hujung.
Jumaat, tengahari rembang.
Loceng panamat waktu pun berbunyi. Sebelum beredar, cikgu berpesan

Cikgu : Sebagai pengubat rindu kamu kepada cikgu sepanjang cuti seminggu akan datang, ini cikgu bekalkan   2 set soalan esei...................(belum sempat mengabiskan ayat)

Murid 1 : Waaaaaaaaaaaaaah, cikgu orrrrrrrr!

Murid 2 : Aiyuoooo, cheguooo. Banyak kejam!

Murid 3 : Ala cikguuuu. Janganlah. Dah banyak homework!

Murid 4 : Orang mau raya lor teacher....


........dan macam-macam bunyi bernada rungutan.




Cikgu : Hey......cikgu tak habis cakap lagilah sayang!  Maksud cikgu, cikgu bagi dua set soalan esei, tapi, sempena Tahun baru Cina, cikgu pagi potongan 50%. Kamu pilih satu saja soalan yang kamu suka, dan jawab!!!



Lepas cuti, hantar!!!



Renuka : Haiyuoooo. Banyak sporting lah ini cikgu. Cari dalam peta dunia pun tada jumpa cikgu macam ini.

(Nada bodek tahap hiperbola! Bodek, memang identiti dia! Sinonim, bagai lagu dengan irama.)




Selamat Tahun Baru Cina kepada murid-murid Cina cikgu dan kawan-kawan Cina saya.
Cikgu terrrrrrrrpaksa cuti minggu ini, kerana kamu semua bercuti.









20110127

Perang Psikologi....bertemu, dan berlawak.

Ahad. Sementelah ibu sedang terdesak menyiapkan kerja-kerja akhir mengedit satu video korporat  kerana tarikh pembentangan yang kian mendekat dalam keadaan demam, tugas menyediakan hidangan tengahari itu beralih tangan kepada Dia, dibantu adiknya Diba.

Dia, senyap sahaja apabila membuat kerja.
Berlainan dengan Diba. Lebih banyak bunyi mulut dari kerja.



Bunyi 1.

Diba : Nuhaaaaaa! Pergi ambil daun kari!

Nuha : Daun kari yang mana satu? (sambil terus memusatkan perhatian ke netbook)

Diba : Pokok yang di tepi pagar tu! Takkan tak tau!

Nuha : Ooooo, yang daunnya 'ijau-ijau' tu ya? (soalan tanpa perasaan, sambil jemari nya terus juga memainkan papan kekunci, walaupun sudah bangun dari kerusi)

Diba : Ada ke daun yang tak hijau? Banyak helahlah dia ni!!!

Nuha : Ya lah...yalah...nak pergi ni. Daun yang bau Hi*du tu kan!

Diba:   Bila masa Nuha cium Hi*du? Cepatlah!!!





Bunyi 2
Diba : Nuha, pergi ambil daun serai!

Nuha : Haih....suruh lagi! Serai wangi ke serai biasa?

Diba : Akak nak masak lauk....bukan nak buat ramuan mandi tangas!!! Sajalah nak lambat-lambat tu!!!





Bunyi 3
Diba: Nuha, asyik main komputerrrrrr je! Pergi ambil daun kunyit.

Nuha : Saja tak boleh tengok orang senang (merungut tetapi tetap keluar ke belakang rumah. Sepantas kilat meletakkan daun yang dipetiknya di atas meja ruang tamu, dan mengadap netbook semula.)



Tiba-tiba...


Diba: Nuhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Nuha : Apa lagi? Nak suruh ambil pokok rambutan?

Diba : Ini bukan daun kunyittttttttt! Ini temulawak!!!! BERTUAH punya adik!!

Nuha : Ooooo...patutlah rasa nak tergelak masa ambik tadi. Dah bertemu, buat lawak pulak! (tanpa rasa bersalah, dan terus mengadap netbook semula)

...hanya dibezakan dengan warna pelepah dan aromanya.



Hah, sekarang bunyi ibu pula:

Ibu: Lain kali, sebelum masak sediakan dulu bahan-bahannya. Jangan awas-awas dah masuk periuk belanga baru nak petik daun itu dan ini!

Diba : Saja je....jaki tengok Nuha asyik ngadap laptop. Macam dia pulak nak buat presentation.... ngalahkan ibu.

Ibu : Hmmmm alah... Tak ada ruginya kita ikhlaskan hati masa buat kerja, kan!


(Lalu, si ibu pun terpaksa mengambil alih senduk...tak tahan dia mendengar bunyi-bunyi itu!.)




***Nuha dapat berinternet atas alasan dia yang paling cepat bangun pagi, paling cepat siapkan kerja sekolah, paling cepat basuh kasut, dan paling banyak baki wang belanja sekolah minggu ini, seperti terma yang terkandung dalam perjanjian. Jadi, masa tiga jam yang diperuntukkan oleh ibu, seboleh-bolehnya  mahu digunakan sepenuhnya tanpa gangguan.  







Kak Diba jaki melihat Nuha yang asyik 'bersidang video' dengan 'rakan maya'nya dari Singapura...sedangkan dia di dapur. Meski sekadar menolong kak Dia, tapi dia yang terlebih-lebih mengarah...



20110125

Pengawal peribadi Siri IV

Babak 1
Sabtu, habis kelas terus ambil Nuha di SKC.
Separuh perjalanan ke rumah mak yang cuma berjarak 45 KM.

"Nuha, tolong SMS abah. Cakap kita nak ke rumah embah kejap!" Saya meminta Nuha menghubungi abahnya di tempat kerja.

"Kenapa nak kena beritau?" Dia menyoal.

"Ya lah, abahkan suami ibu. Abahkan ketua keluarga, kenalah minta izin!" Jawab ibu.

"Dah dekat nak sampai, baru minta izin. Hmmmmm, entahlah...." dia menggeleng kepala dan mendecit-decitkan lidah, buat bunyi cicak!


........ibu tak tau nak jawab.




Babak 2
Petang, sebelum Nuha meneroka kebun belakang rumah, seperti yang saya ceritakan dalam entri panjang berjela semalam:

"ckLah, tolong startkan kereta bapak tu! Dah berapa hari tak start. Bawak motor aje pergi masjid!" kata bapak,  diterjemahkan terus dari bahasa Jawa.

Setelah memanaskan enjin, bapak suruh saya ke kedai. Alang-alang enjin keretanya sudah panas, saya gunakan keretanya. Dan pengawal peribadi saya, setia menemani di belakang pemandu.

Sepanjang perjalanan dari rumah ke kedai yang sejauh hampir 1 KM itu, entah berapa kali saya menyalakan lampu dan mengangkat tangan untuk membalas 'sapaan' semua orang yang berselisih dengan saya. Saya pasti, mereka mengangkat tangan atau menyalakan lampu kerana menyangka Ustaz Zek yang memandu kereta berwarna kuning itu.


"Ibu, mentang-mentang abah tak ada, semua orang ibu lambai ya! Jadi peramah pulak tiba-tiba!"  Ya Allah, sinisnya dia!


....dan ibu tak tau nak jawab, juga.
Kereta antik bapak, nun di bawah bangsal yang dibinanya sendiri...


Babak 3
Sebelum meninggalkan kampung, kami terpaksa melalui 'gate dan pondok jaga' di jalan masuk kampung. Dari jauh, pengawal bertugas mengangkat tangan sambil melepaskan tali pengikat penghadang jalan. Pengawal itu tidak menyoal kerana sudah biasa melihat kereta saya keluar masuk.

Saya perasan, di sebalik kaca mata Nuha, ada sepasang mata mengawasi ibunya dengan curiga.

Kali ini, saya tak mahu angkat tangan lagi dah. Cukup sekadar menyalakan lampu. Tak sanggup mendengar bebelan pengawal peribadi kecil itu!!!



Aduhai, kau ingat ibu engkau ni nak kaki birah ke nak oi.....






Lampiran:
Tadi mak telefon. Katanya, durian pertama luruh beberapa minit selepas kami meninggalkan rumahnya. Dan sehingga petang ini 5 biji lagi gugur. Berkat saya siarkan gambarnya dalam blog semalam. Teruja agaknya pokok durian tu!!!Hahaha..

"Siapa nak makan semua ni?" Tanya mak, juga diterjemahkan terus dari bahasa Jawa.

"ckLah faham maksud mak tu. Yalah mak, petang Jumaat ni, ckLah sampai Manila lepas habis kelas Taekwondo, dan ambil Bin di asramanya! Tunggu.....takkan lari durian dikejar! Ada beratus-ratus biji lagi dari 3 pokok tu! Siapa nak, jemputlah ke Sungai Manila!!!"

20110124

Nuha melawat kawasan...(cerita budak kampung)

Sabtu. Balik dari sekolah, saya memacu kereta ke MANILA.
Petangnya, Nuha meneroka kawasan rumah embahnya yang luas itu.

Tumpuan pertama.
Sejak bunga berputik dulu, setiap kali ke rumah embah, progres ini yang dipantaunya....

"Hey, apa buat bawah pokok tu? Timpa dek durian karang!"
'Hmmmm, lama lagi nak gugur ni! Bau pun belum ada!"
Beralih ke kebun pisang pula...
Lepas itu, kutip ulam pegaga...ibu mahu buat kerabu.
 Petik cili. Ibu nak menyambal Nuha...
Hasilnya.....

"Embah, ini ulam raja ke?" tanya cucu.
"Bukan! Itu bunga tahi ayam!" jawab embahnya.
Lepas cium bunga tahi ayam, bagi ayam makan...

"Embah....hauslah. Nak minum air kelapa!" si cucu merengek manja.

"Ambooooooi, bukan main mengarah embah petik kelapa muda tu ya! Tak kesian embah ke?" Kata ibu sebelum galah pengait bertukar tangan.


Errr....



Err....


Galah bertukar tangan? Tipulah! Mana buktinya?
Hahaha...gambar tak ada kerana kamera di tangan sudah bertukar dengan galah!!!




Menikmati kelapa muda, berlatar belakang rimbunan misai kucing...meeeooowww!

"Ish...ish...ish...cantiknya anak dara minum  macam tu! Pergi ambik gelas!"Tegur embah.
"Haaaaa, kan sopan tu! Barulah macam anak dara ckZahan!" Embah memberi kredit kepada cucu.
Kerja Nuha selesai. Masa untuk membawa pulang hasil mahsul dari kebun...

Sampai rumah, ibu demam urat. Air kelapa memang melemahkan saya. Tapi degil, nak mencicip juga.  Penat mendongak mengait kelapa agaknya. Mujur, hari ini dapat ke sekolah....





Aku bukan siapa-siapa.

Dari sebuah widget, saya dapati beberapa kali avatar profil blog saya di 'klik' sejak mula diguna-pakai dan menerjah kotak-kotak komen di blog terpilih yang suka dengan kehadiran saya lain untuk berkunjung balas. Nak baca beritanya  dengan jelas ya? Hehehehe...maaflah, saya telah kecilkan resolusi dan saiznya.

Inilah imej yang saya simpan dengan judul 'perasan habis' dalam fail gambar saya....


Seperti yang diujarkan oleh personaliti di atas, dia bukan sesiapa. Sudahlah buruk rupa, harta pula tiada.
Melawak saja...walaupun tak kelakar!



Avatar baru ini membawa konotasi bahawa, dalam berblog, cukuplah orang mengenali dan tahu perkembangan dia melalui tulisannya di blognya sahaja. Apa-apa yang ditulisnya, itulah dia yang sebenarnya setakat yang boleh dan mahu  dikongsi . Dengan yang  sudilah....


Kan!




"Cheh!!!Terdesak sungguhlah makcik ni!  Bluweekkk!" Errrr...siapa merungut tu?




Hahaha...


Seperti yang pernah saya nyatakan dalam entri sebelum ini, saya berblog bukan sekadar suka-suka meski dalam cara penulisan yang bukan cara golongan bijak pandai.  Saya hanyalah 'pemain blog' makcik-makcik yang tidak bersusah hati memikirkan jumlah komen, 'trafik', atau pun  'rating' blognya. Sesiapa mahu ikut dan baca, silakan. Sesiapa yang tak mahu, ya sudah! Bukan bermaksud menyombong diri, tapi itu cara saya. Lain orang lain caranya, betul tak? Kalau ada yang meluat dengan kenyataan saya ini, meluatlah.....




***.....dan saya menulis tentang blog saya. Tidak merujuk atau menyentuh blog individu lain dalam mana-mana para di atas.)

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...