(Amaran: Entri ini sangat panjang, tetapi saya tidak sekadar berhura-hura kosong. Jangan baca andai kamu tidak menggemari gaya penulisan @Laman Maya ckLah, dan jangan komen andai kamu tidak sanggup membacanya!!!)
Saya masih mahu berbicara tentang isu ini di @Laman Maya ckLah setelah menulis dua baris ayat pada laman
facebook saya. Perbincangan di
facebook, adalah dengan rakan-rakan yang semuanya mengenali saya di luar maya, dan hampir tidak pernah menulis komen di @Laman Maya ckLah, meski mereka mengikuti blog saya melalui @
Networkedblogs. Bukan mahu sengaja berprovokasi....dan rakan-rakan
facebook saya amat memahami maksud saya.
Melihat komen rakan-rakan dan banyak pihak, ada pelbagai pendapat. Ada yang kesiankan cikgu kerana beban kerja bertambah. Ada yang salahkan guru kerana peratus obesiti meningkat. Ada yang hentam ibu bapa kerana tidak prihatin dengan amalan pemakanan anak....hatta, melihat responden yang ditemu ramah di TV tentang isu ini, yang kesemuanya terdiri dari mak-mak. Tak nampak pun cikgu, melainkan respon dari wakil NUTP.
ckLah? Apa ckLah nak kata? ckLah adalah cikgu. ckLah juga adalah ibu. Kedua-duanya, tanggungjawab ckLah ada.
Pasal beban tugas guru yang diberi perhatian oleh kebanyakan orang (tentunya dari pihak guru) saya tak mahu ulas panjang. Hanya guru yang faham akan keadaan ini sebenar-benarnya. Kalau saya bercerita, nanti akan dianggap merungut-rungut tentang kerja. Tak seronok saya, kalau orang tak dapat memahami apa-apa yang saya cuba tuliskan. Sebab itu, saya menyorokkan lebih 300 daripada 730 entri saya selama ini, kerana ada komen provokasi!!!
Hari ini, saya buat kajian rambang tentang makanan anak-anak sekolah kita.
Siapa suruh? Tiada siapa yang suruh. Cikgu kan rajin!!! Semua kerja dia boleh buat! Kan! Kan!
Ha. Ha. Ha.
(Gelak pelik, sebab tu tulis macam tu!)
Sebelum tu, pagi tadi, saya tanya satu kelas, sesiapa yang bersarapan sebelum ke sekolah.
Daripada 33 orang murid, hanya 4 orang angkat tangan. Saya tanya apakah menu mereka?
Murid 1 : 'Koko Crunch' dengan susu.
Murid 2 : Roti dengan kaya.
Murid 3 : Biskut manis dengan teh O
Murid 4 : Bun kacang merah High5.
Nah! Hanya sebilangan kecil anak-anak kita yang bersarapan sebelum ke sekolah (Mulalah teringat mak saya di kampung....dia paksa kami menjamah sarapan yang dibuatnya subuh-subuh buta setiap hari (dengan dapur kayu/arang), samada ubi rebus, cekodok, pisang goreng atau lain-lain makanan kampung!)
Petang ini, banyak aktiviti di sekolah saya. Ramai murid 'stay-back' untuk sambung kelas tambahan, aktiviti kokurikulum dan latihan itu dan ini. Kalau sudah tidak balik makan tengahari di rumah, apa yang mereka makan? Hah, inilah yang saya nak kaji ni.
Jom, kita kaji....
Responden pertama saya temui, kurus kering bandannya. Hidangan tengaharinya,mangga muda dan asam boi. Beli dari 'Uncle Penjual Jajan' di luar pagar sekolah. Apalah daya cikgu untuk menghalang penjaja di luar kawasan sekolah, kan? Tak ada kuasa pun!
Responden kedua saya temui. Badan kurus kering juga. Beli di premis luar sekolah.
Responden ketiga, kurrrrrrrrrrrrrrrr semangat!!!!!!. Genggam tak tiris gelas plastik
Ice-Blended prisa cokelatnya tu....dari kedai luar sekolah.
Responden keempat. Laaaaaaaaaaaaa. Gula-gula sampai sebungkus! Juga dibawa dari luar sekolah.
Responden seterusnya....seorang anak tokeh komputer, seorang anak tokeh aluminium dan seorang anak pengurus tadika....ketiga-tiganya murid kelas saya, 5 Bestari.Semua bawa dari luar sekolah!
Sewaktu melewati kantin, saya terlihat sekumpulan murid dari kelas saya, Tingkatan 5 Bestari.Mereka ada Kelas Tambahan Matematik sebentar lagi.
Mari kita lihat, apa yang mereka makan.
Ini Fara. Fara tidak obes. BMI baik. Ibunya jururawat. Dia beli nasi dari kantin sekolah. PMRnya dulu 8A's.
Ini Azua. Azua juga bukan remaja obes. BMI baik. Ibunya Juru X-Ray. Dia baru menghabiskan bekalan nasi goreng dari rumahnya. Azua pun budak bijak. PMRnya dulu 8A juga.
 |
Putih gebu budak ni!
Tengok tangan sajalah ya! Anak dara orang, tak berani ekspose! |
Ini Jolene. Kecil molek orangnya. Ibunya sibuk bekerja. Makciknya menghantar hidangan tengahari untuknya setiap hari. Harmoni sungguh keluarga Jolene. Tidak hairanlah, Jolene tampil sebagai murid yang lincah, ceria dan bijak juga. Dia pun
straight A's masa PMR. Aktif, tengoklah lencana pangkatnya!!! Dan tengok menunya...
Dan yang ini, Turga. Ketua kelas saya. Bertuah Turga. Ibunya sentiasa menjaga pemakanannya. Ibunya suri rumah sepenuh masa yang sentiasa menjaga pemakananya. Ibu turga dulu bekas murid MRSM Kuantan dan kemudian belajar di USA dalam bidang IT. Tapi, ibu Turga menjadi suri rumah sepenuh masa demi menumpukan perhatian kepada anak-anaknya. Bukan semua orang sanggup atau boleh membuat keputusan seperti ibu Turga. Saya pun tak dapat buat begitu. Ya lah, ayah Turga seorang Pengurus Estet yang pendapatan bulanan mencecah 20K!
Kalau abah anak-anak saya pun begitu, saya pun nak jadi suri rumah.
Tengok, apa juadah yang disediakan ibu Turga terhadap anaknya...Hidangan yang lengkap!!!
Turga India. Tapi, ada tempe dalam hidangannya. Mungkin kerana makanan berkhasiat itu, Turga sentiasa menjadi antara Top 3 dalam setiap peperiksaan di sekolah. buktinya, ini keputusan peperiksaan terbaru Turga. 10A!!!
Benar. Makanan dari rumah, adalah makanan terbaik buat semua anak. Tapi, bukan semua ibu 'dapat' menyediakannya sepanjang masa, terutama ibu yang bekerja. Kita tak boleh salahkan ibu-ibu juga.
Sebelum balik, saya rajinkan diri meninjau sebuah restoren makanan segera yang hanya beberapa meter di belakang sekolah saya. Ini juga cabaran bagi anak-anak sekolah bandar ini!
Ini, anak siapa pula yang menjamah 'chicken chop' waktu tengah hari ni? Tak jaga pemakanan betullah. Siapalah agaknya ibu budak ni ya? Mari kita lihat.
 |
| Nak salahkan mak budak ni ke, cikgu budak ni? :D |
Ooooooo, maknya cikgu rupanya!!!!Nampaknya, ibu budak ini tidak berhati-hati. Cermin matanya!
Ya, cermin mata atas meja itu membuatkan dia 'terkantoi'. Orang boleh kenal siapa dia! Tak boleh nak sembunyikan identiti lagi wahai si ibu!!!
"
Errr, saya bukan sengaja bagi anak saya makan ni. Selalunya saya masak chicken chop sendiri. Tapi, hari ni memang tak sempat. Ada kelas tambahan. Ada aktiviti persatuan! Saya cikgu! Pukul 4 baru saya balik. Bila saya nak masak untuk anak saya??? Saya tak sengaja. Selalunya saya masak sendiri. Kalau tak percaya, cuba baca entri ini!!!" bersungguh-sungguh dia merayu kepada penulis, agar dia tak dipersalahkan kerana bagi anak makan makanan begitu!
Ha Ha Ha
(Gelak pelik lagi!)
Kesimpulannya....kalau anak obes, bukan salah cikgu mengandung!
Cikgu memang dari dulu dah buat kerja timbang ukur 'tumbesaran' anak-anak murid untuk direkodkan dalam pelbagai kad. Kantin sekolah juga sentiasa dipantau oleh AJK Kantin di bawah Jawatankuasa Induk 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan di sekolah) Siapa tu? Siapa lagi? Cikgu-cikgu juga. Kerja cikgu kan bukan mengajar saja! Kebersihan, menu, jualan, harga, kualiti dan kuantiti makanan, semuanya sentiasa dalam kawalan cikgu. Kalau cikgu buat tak tahu, merinyu kesihatan akan datang ke sekolah. Kalau hasil pemantauan didapati markah kantin kurang dari 80%, kantin akan diarahkan tutup!
Jadi...
Wahai bangau yang kurus, jangan salahkan ikan yang tak mahu timbul!
Wahai ikan, jangan salahkan rumput yang panjang sangat!
Wahai rumpuat, jangan salahkan kerbau yang tak mahu makan kamu!
Kerbau sakit perut!
Kerbau jangan pula salahkan nasi yang tak masak!
Nanti nasi kata kayu habis basah....
.....dan sampai bila-bila pun, begitulah!
Takkan kita tak perasan anak kita gemuk atau kurus!
Saya ibu, dah tentu tak mahu ibu disalahkan.
Saya cikgu, dan saya juga tak mahu cikgu disalahkan.
ckLah: Cikgu teringin nak timbang Menteri Kesihatan dan Timbalannya yang tambun comel itu untuk ukur BMI mereka!
:D