Suka citra @ xiiinam? Terima kasih :D

20110531

Entri blognya yang itu, mendapat anugerah di peringkat negeri...(setelah dimurnikan plot dan teknik plotnya)

Pada hari guru lepas, saya ada memaparkan pautan ke blog anak bongsu saya  , Nuha. Ramai juga yang telah membacanya.

Bukanlah mahu  mempromosikan blog anak yang belum matang itu, tapi, waktu itu saya memang tersentuh amat dengan cara anak saya menyambut hari guru. Di kala kanak-kanak lain sibuk meminta duit ibu untuk membeli hadiah itu dan ini buat guru mereka, anak saya yang ini sibuk mengarang sesuatu untuk setiap gurunya....ada sajak, ada pantun, ada cerita pendek, dan ada juga yang diberinya puisi!

Hanya catatannya untuk cikgu Nona,  guru yang terpaksa bergerak di atas kerusi roda, tetapi punya jiwa yang begitu besar untuk mendidik anak-anak muridnya  itu Nuha masukkan ke dalam blognya.

Cerita Nuha dalam blognya yang pendek itu, tidak cukup untuk meluahkan semua. Terlalu pendek, tertahan-tahan, dan takut-takut....

Lalu, saya bimbing Nuha untuk memurnikan 'cerita pendek'nya itu. Saya ajari dia, menulis semula plotnya dengan memasukkan elemen-eleman penulisan kreatif seperti teknik kejutan, suspens, imbas kembali, monolog dan dialog. (Dengan bantuan kakaknya, Dia sebenarnya)


Saya tunjukkan kepada dia, cara memainkan bahasa agar indah dibaca dengan memasukkan unsur-unsur metafora, hiperbola dan personifikasi.


Saya selitkan tema dan persoalan yang lebih mantap dan jelas, di samping nilai kemanusiaan dan kasih sayang....serta pengajaran.


Saya ajari budak kecil ini, bagaimana mahu menjadikan penulisan sebagai medium meluahkan perasaan dengan cara yang bermoral. Tidaklah nanti sudah dewasa baru kemaruk menulis ayat-ayat yang sakarstik, mencarut , dan bahasa yang hancur dalam laman-laman sosial, kerana masa kecik tak jumpa laman web!!! .
(saja merahkan tulisan berlatar hitam)


Kata orang, melentur buluh biarlah dari rebung. Kalau sudah menjadi buluh kasap, tentu payah mahu bentuk! Betul, kan pendapat saya? Kan?

Saya memang guru Bahasa Malayu SPM, tapi untuk mengajar Nuha menulis cerita bahasa Melayu memang sukar amat. Tabik kepada guru BMnya (yang juga memang bekas murid BM saya). Dia akan berfikir dahulu dalam bahasa Inggeris dan menterjemahkannya dalam BM. Langsung tak sedap ayat terjemahannya. Kata cikgu BMnya, ayat BM Nuha macam sarikata drama Cina, kat TV!

Nuha, anak Jawa jati ini lebih suka bergaul dengan rakan yang bukan Melayu, dan berkomunikasi dalam BI. Saya akan terus berusaha untuk lentur rebung yang ini untuk menguasai penulisan BM sewajarnya... InsyaAllah.
BFF 1 Malaysia Nuha, dari usia 5 di Tadika sampai sekarang
(Ini masa darjah 2)

Dipendekkan cerita....

Akhirnya, catatan buat cikgu Nona yang telah dimurnikan itu, telah mendapat pengiktirafan ini apabila saya berusaha menghantarnya kepada pihak penganjur.

Itulah yang saya maksudkan dalam entri sebelum ini.




...bagaimanakan plot cerita Catatan Buat Cikgu Nona itu setelah dimurnikan? Maaflah, saya tidak boleh menyiarkannya di mana-mana, kerana karya itu telah mendapat hakcipta untuk dibukukan di dalam sebuah antologi khas.


Nuha ke lokasi majlis itu di Ipoh jam 7 pagi dengan cikgunya. Dia terpaksa menjalani upacara raptai dahulu pada jam 9 pagi.

Majlis mula jam 2 petang. Saya tiba di sana jam 3:10 petang. Menteri Besar sedang berucap.

Dari kanan, ke kiri, ke belakang dewan, saya cari Nuha di celah ribuan guru dalam Dewan Bankuet yang besar  itu. Tak jumpa...(Tak malu sungguh ibu Nuha ni)
(Berita tentang ini ada di Berita Harian 2 Jun, halaman 20)

Akhirnya, saya menyebok di konti  guru-guru Media yang sedang membuat liputan...tengok dari situ baru jelas, kerana pentas nun jauh di hadapan...

Baru turun dari pentas...muka serius : "Manalah ibu tak datang-datang ni?" Dia tak sedar ibunya ambil gambar.
Dah nampak ibu baru senyum...
Tanda...
Nuha sedang menerima hadiah dari Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri Dr Zambry dalam majlis yang gilang-gemilang di Dewan Bankuet Ipoh.

Dah...dah...dah...jom balik!!!


"Errrr...ini bukan kira promote anak dalam blog ke ckLah?"
?
?
?
?
?

"Entah! Kita makan dulu....!!!" Hehehehe...
"Akak 'jeles' tau!" Usik Diba.




Catatan entri terakhir Mei, tanggal 31, 2011.

20110530

Mengulit ambeng, di ambang Maghrib...

Balik mengambil Diba dari aktiviti 'study group' bersama beberapa rakan sekelas dan seorang cikgu mudanya yang rajin, jam enam tiga puluh petang. Sungguh, gigih amat cikgu Geografi muda itu melayan kumpulan anak saya yang lemah Geografi itu di cuti-cuti sekolah begini, walaupun sarat mengandung anak pertamanya. Moga Allah merahmatinya...

Kami singgah melawat seorang murid saya, rakan sekelas Diba, di Wad 1D Hospital. Dulu, saya ajar maknya. Sekarang anaknya pula....baru menjalani pembedahan.

Dalam  perjalanan menyusur keluar dari hospital, Diba beritahu bahawa dia sedang berpuasa.

Laaaaaaa, awat tak habaq. Patutlah tak makan tengahari tadi. Bila masa pula bersahurnya, entah! (Maknya yang dah tak ingat nak puasa.....huhu)

Nak balik masak, manalah sempat!!! Sudah lebih jam tujuh.


Bagai orang mengantuk disorongkan bantal....

Tak jauh dari hospital, kami nampak ini. Selalu nampak, tapi tak pernah singgah...
Ya, tuan-tuan dan puan-puan yang bukan Jawa.
Inilah sebutan yang betul. 'AMBENG' ya!
Bukan 'AMBANG!' tau!!!

"Ha ah, ambang tu...macam, diambang maut, gitu!" Sampuk ckZahan.
:D

Lalu kami pesan.......

...dan selepas Azan dilaungkan, anak beranak kerjakan ini seorang satu, termasuk yang tak puasa.
"Ayam Semornya enak banget! Gurih!" Komen Bin.

Mi Bakso, pilihan ibu yang tak makan nasi pada waktu malam...


Sedap. Memang kena dengan selera kami sekeluarga.
Harga, berpatutan.

Tuan kedai sangat ramah dan manis melayan pelanggan.........(apatahlagi sebaik mereka tahu kami juga orang Jawa.)

Hehe.

(SEKADAR MENYAMPAIKAN PESANAN TUAN KEDAI PADA SEPANDUK DALAM KEDAINYA YANG BERBUNYI: KALAU SEDAP BERITAHU KAWAN" KALAU TAK SEDAP BERITAHU KAMI!")

Lepas Maghrib, kita mahu mencicah buah dengan kuah rojak Mak Bee pulak...

Sebelum dikupas, paksa Nuha ambil gambar dulu (untuk tunjuk dalam blog), dan sukat saiznya....hampir sama panjang dengan lengan Nuha tu....besarrrr, kan! Hehehe...
Kepada AzieAzah, ini bukan kes lawan mangga hari tu tau! Tak adalah yang kena tidur luar pintu! Hehe
(Buah mangga epal dan mangga udang ini dibeli di hentian sebelah Bukit Gantang (PLUS)semalam. Bukan ckLah tanam...)




Sekian, laporan berita hari ini.






20110529

Zaman memang sentiasa berubah...anak-anakku!

Saya baru pulang dari menghantar dokumen perjanjian biasiswa Dia di kampusnya, nun jauh di utara tanah air.

Sepatutnya, dokumen itu diserhkan semasa pendaftaran minggu lepas. Tapi, itulah ceritanya. Saya serahkan kepadanya bulat-bulat untuk menguruskan segala dokumen, untuk melatih dia berdikari dan saya rasa, saya percaya dia akan melakukan dengan teliti. Saya memang tak semak langsung, dan tak tolong langsung dari memuat turun borang, mengisi maklumat, mendapat pengesahan, urusan pembayaran, pemeriksaan kesihatan  dan semuanya. Alhamdulillah, semua dia dapat lakukan. Saya cuma bantu membeli  keperluan peralatan yang mahu dibawanya.

Bagaimanapun, setelah saya kembali ke rumah, Dia mengatakan dia terlepas pandang tentang dokumen perjanjian itu, kerana dalam senarai semak pendaftaran memang tak kelihatan dan meminta saya menguruskannya segera, termasuklah mematikan stem hasil.

"Kalau tidak, nanti Dia tak dapat elaun!" katanya.

Alhamdulillah, siap semuanya. Dan terpaksalah (terpaksa ke memang rela nak ke sana lagi? Haha) saya menghantarnya ke sana. Yang iyanya, Bin mahu sangat melihat tempat kakaknya. Masa pendaftaran tempohari, Bin masih di asrama, tak dapat itut.

Bukanlah mengeluh kerana sedikit tugas di atas. Untuk anak sendiri juga. Cuma peristiwa ini mengingatkan saya kepada satu senario. Yalah, masa berubah. Segala kemudahan juga, pastinya berubah. Bukan juga untuk menunjuk-nunjuk, tapi, untuk mengingatkan anak-anak zaman ini...bahawa kalian sangat beruntung kerana segalanya semakin mudah kini!!!

Teringat semasa saya masuk U lebih 20 tahun dulu. Dari mula terima surat (dulu zaman surat) semua saya lakukan sendiri. Dapatkan tandatangan dari 'Ketua Kampung' (TAK KENAL ORANG-ORANG BESAR LAIN SELAIN KETUA KAMPUNG), pemeriksaan perubatan, dan segala-galanya. Bapak hanya mampu menghantar dengan kapcai usangnya yang sering mati enjin di tepi jalan, ke sana dan ke mari. Jalan di kampung saya ketika itu, belum beraspal (tar) dan jaraknya dari jalan raya bukanlah dekat! 18 km, dengan motorsikal lama dan jalan tanpa tar!!!

Kesian bapak! 10 anaknya, semua melalui proses yang sama...(mungkin angkatan adik-adik saya yang lebih muda lebih beruntung kerana kehidupan sudah mulai selesa. Sewaktu adik-adik saya memasuki universiti, abang-abang dan kakak mereka sudah menamatkan pengajian dan berkerjaya. Kemudahan kampung juga semakin lengkap)

Masa saya sekolah menengah di asrama Ipoh, bapak hanya sekali melawat saya, kerana kebetulan beliau ada kursus Imam di Jabatan Agama Islam, Ipoh masa itu. Setiap minggu, saya hanya melihat rakan-rakan saya berkelah bersama keluarga di bawah pokok sekitar asrama. Saya hanya balik ke Kg Sg Manila, ketika cuti penggal, dengan menaiki bas. Setakat cuti hujung minggu atau cuti umum, memang saya bertapa di asrama. Dari tingkatan 1 sampailah 6 atas, menahan perasaan melihat rakan-rakan dijemput pulang oleh bapa dengan kereta menjalar....Huhuuhu.

Semasa sesi pendaftaran saya di UM, bapak minta tolong jiran yang punya kereta untuk menghantar. Sampai UM, enjin kereta jiran saya tersangkut-sangkut saat mahu mendaki jalan-jalan kampus yang berbukit-bukit. Bapak suruh saya keluar, bawa segala beg besar, beg kecil dan baldi. Saya menyeret semua itu, menuju ke tempat pendaftaran di Kolej Tunku Kurshiah, UM. Sedihnya saya saat itu, melihat pelajar lain dihantar ibu bapa, datok nenek dan seisi keluarga!

Selesai mendaftar, saya tunggu bapak. Sampai petang saya tunggu. Ahhhh, rupa-rupanya, bapak dah balik, tanpa sempat saya bersalam dan mencium tangannya!!! Saya masuk ke bilik, tekup muka dengan bantal, duduk belakang katil, lalu......apa lagi.?Meraunglah semahu-mahunya. Sudahlah masa itu senior (pembantu haluansiswa) masing-masing tunjuk wajah garang macam pak dan mak tiri zaman Cinderella!

Dan bapak hanya datang semula ke kampus UM, ketika hari konvokesyen saya!!! 3 tahun tu!!!

Itu saya. Paling menyedihkan waktu abang saya menerima tawaran di MRSM Kulim pada tahun 1978. Dengan 'BORANG KOSONG', bapak lepaskan abang saya, budak lelaki comot berusia 12 tahun itu menemui pegawai-pegawai MARA dan lain-lain untuk membuat urusan. Bayangkan, budak lelaki comot berusia 12 tahun itu telah dimarahi dan dimaki oleh pegawai-pegawai bertali leher itu......kerana membawa borang kosong???

Kami sering mengenang-ngenang peristiwa sebegini ketika bersama-sama......dan budak lelaki comot yang dimaki oleh pegawai-pegawai bertali leher itu, kini telah menjadi seorang PROFESOR di fakulti kejuruteraan sebuah IPTA, setelah menamatkan PH Dnya dalam bidang kejuruteraan di University Of Leeds, UK.

Pada tahun 1983, seorang abang (pelajar MRSM juga) telah dihantar oleh MARA untuk membuat A-Level di Ecxeter Collage, England sebelum keputusan SPM diumumkan. Maknanya, usianya baru 17 tahun.  Ketika usianya 17 tahun, beliau sudah terpaksa menguruskan hidupnya sendiri di perantauan. Bapak hanya mampu menghantarnya ke lapangan terbang, (dengan kereta sewa)dan zaman itu, berhubung hanya melalui surat beberapa bulan sekali.. harga stem pos ke England amat mahal!!! Ketika itulah....

Itu baru cerita saya dan abang saya.

Belum lagi cerita pasal abang sulung saya yang terpaksa di pos oleh bapak melalui Keretapi Tanah Melayu, ketika beliau hendak belajar di Johor. Abang sulung saya belajar di Sekolah Menengah Sains, Kluang sejak tingkatan 1, tahun 1973!!! Kehidupan bapak memang agak susah waktu itu.

Dan saya ketika itu masih berusia 6 tahun, melihat emak, menangis sembunyi-sembunyi di kebun belakang rumah!!!

Lebih mengharukan lagi kisah kakak saya. Saat bapa mahu menghantarnya mendaftar di UPSI Tanjung Malim. tahun 80an juga. Keluar dari rumah menaiki motorsikal 'cup' bapak. Dalam perjalanan, motorsikal meragam. terpaksa ketuk pintu rumah orang untuk pinjam motorsikal. Naik motorsikal dari Kg Sungai Manila, (dekat sabak Bernam) sampai Tanjung Malim!!!

Ahhhhh, banyak lagi kisah-kisah pahit getir kami semasa kecil yang mungkin tidak dilalui oleh orang lain. namun, Alhamdulillah.....segala-galanya itu tetap menjadi pengajaran yang amat mahal untuk kami 10 beradik, dan semua itu menjadikan kasih sayang kami teradap bapak dan mak tiada tolok bandingnya kini. yang ada di minda dan jiwa kami, adalah, kami tidak mahu melihat mereka mengalami sebarang kepayahan dalam hidup tua mereka, walau sedikitpun! Mereka telah puas melalui kepayahan menanggung kami....dan usaha menjadikan kami 'manusia'!!!

Keluarga besar saya, dari 10 anak! Semalam bertambah seorang lagi apabila adik saya, pasangan Ustazah ckPah dan ustaz Zek, menyambut kelahiran anak mereka yang ke 5. Alhamdulillah...
Gambar ini dipetik dari entri ini.

Ya, catatan ini buat anak-anak ibu...
Supaya kalian sentiasa mengenali asal-usul dan akar umbi! Bersyukurlah, kerana kalian dilahirkan di zaman yang berbeza dengan kami. Dan cabaran hidup, semakin lama semakin rumit...berhati-hatilah.



'Bukan senang nak senang, anak-anakku!!!'
(Dan murid-murid cikgu yang terbaca catatan ini...bahawa cikgu tak mahu kamu jadikan 'kesusahan hidup' sebagai penghalang kepada kejayaan, seperti senario yang berlaku mutakhir ini! -berdasarkan pemerhatian saya kepada murid-murid kelas hujung saya.)


20110525

"Kenapa pulak Nuha dapat jemputan? Nuha bukan cikgu? Ibu pun tak dapat!" Tanya Diba berbaur dengki. "Entah!" Jawab Nuha.

Semalam, memang hari yang paling tak tak makmur buat saya. Puncanya? Entah yang mana satu.
Selepas terjaga jam dua pagi, saya terus mengadap 'kerja-kerja tambahan seorang guru', dan terus berjaga hingga siang. Owh, ini bukan komplen ya, cuma tunjuk perasaan mereng dan meraban sikit!!!

Hasil kerja? Banyak yang tidak betul. Panjanglah ceritanya lagi...tak payahlah cerita. Seganlah nak cerita kesibukan kerja sendiri. Jadi sibuk, kerana tak pandai mengurus masa, sebenarnya cikgu tua ni. Bukan ada apa sangat pun...

Sampai rumah jam 2.30 petang. Saya rasa tidak sedap hati. Entah apa puncanya.

Masuk rumah....

"Astaghfirullahal'adziim........aku tertinggal anak aku!" Baru teringat pesan abahnya untuk mengambil Nuha di sekolahnya. Dia keluar jam 1.30. Wah....lewat sejam!.

Di hadapan Bangunan Pejabat Tanah, tiba-tiba terdengar bunyi gedegang!


Bagussssssssss, ckLah terlanggar pembahagi jalan lagi!!!
Kali ke dua. Dalam bulan yang sama. Setelah 20 tahun memandu dengan rekod bersih! Kemek lagi kereta saya, tak sampai 3 minggu kekemekan sebelumnya dibaiki.

Sampai sekolah, nampak beg Nuha di pondok jaga. Orangnya tak ada. Sekolah sunyi. Ahhhhhh, cuainya ibu. Merajuk kah dia?

Pengawal keselamatan tolong mencari, dan dia ditemui di kantin.

Saya dapat bayangkan muncungnya....

Tapi, dia nampak sungguh girang.

"Tadi, Guru Besar dan PK Ko-ku panggil Nuha. Mereka kata, ada Pegawai JPN cari Nuha! Mereka jemput Nuha ke Majlis Hari Guru Peringkat Negeri. Nuha dapat anugerah!" Beriya-iya dia bercerita, dan dia memang menggunakan bahasa Melayu yang baku, kalau bercakap!

"Anugerah apa pulak? Hari guru, cikgu lah yang patut dapat anugerah?" Saya acuh tak acuh.

"Alaaaaaa, susahlah mahu cerita. Esok, guru besar nak jumpa ibu!" katanya.

Hari ini, saya ada mesyuarat sampai jam tiga. Abahnya saja yang berjumpa guru besar.

ckZahan bawa surat ini.


"Hadiah apa pulak ni?" Tanya saya.
Aisk....siap raptai bagai!!! Aku nak kena hantar ke ni? Jauh ni...


Ooooooooooo, hadiah itu. Alaaaaaa, payahlah mahu cerita. Nantilah, tunggu lepas Nuha balik dari majlis itu.


Errr.....itupun kalau ada yang nak tau la, kan!
Ada ke yang nak tau?

Cer kabor! Cer kabor!
Kalau ada, nanti baru ckLah buat sesi menunjuk-nunjuk tahap dewa...sampai orang muntah hijau, hehehe!


20110524

Terima kasih El Zahraa...

Terima kasih dan penghargaan buat kakitangan Hotel El Zahra Inn Sungai Petani, kerana nilai murni yang ada pada etika kerja mereka telah mengembalikan semula netbook kesayangan saya yang tertinggal dalam laci di Kamar Eksekutif Nombor 312, pada 21 Mei lalu...


Tidak sia-sia saya memilih hotel bajet kepunyaan seorang Melayu Muslim, yang menerapkan etika kerja Islam dalam urusan perniagaannya.

Ini kali ke tiga saya bermalam di Sg Petani. Kali pertama, bersama keluarga besar saya dalam acara keluarga di Cinta Sayang Golf And Country Resort. Biasa saja, seperti resort yang lain. Hampir separuh unit yang ada dihuni kami sekeluarga malam itu.

Kali kedua, sekali lagi dengan keluarga besar saya ke Sungai Petani dan memili Swiss Inn, dalam misi menghantar rombongan meminang gadis Sungai Petani buat adik saya.  Hampir separuh jumlah bilik yang ada di Swiss Inn Hotel, menjadi milik kami semalaman itu. Hotelnya juga biasa saja, seperti hotel yang lain.

Kali ini, saya pergi dengan keluarga kecil saya sahaja, atas urusan keluarga kecil saya juga. Kami cuma pilih sebuah hotel bajet.

Sebaik masuk ke ruangnya....
...imej dari facebook mereka...

Laluan ke kamar...(dengan Nuha menjadi model tidak berbayarnya)

Memasuki ruang kamar...

Al Quran, sejadah, telekung, kain batik dan kain pelekat di sediakan di setiap bilik. Juga minuman Radix keluaran syarikat mereka menyambut tetamu....terus terang, memang kali pertama saya jumpa di Malaysia...

Jadual waktu solat....

Segala barangan di bilik air yang 'mesra pengambil air wuduk' menggunakan nama HPA...

Kamar yang luas, pada harga yang rendah. Hanya RM150 semalam.
Diba dan Nuha...melepas lelah.

Tiada kolam renang, kerana memang bukan itu yang anak-anak saya cari setelah mereka remaja kini. Makanan juga tidak disediakan, tetapi tidak menjadi masalah kerana HPA mempunya beberapa rangkaian restoren di sekitar kawasan itu. Restoren HPA Organik cuma di sebelahnya. Kami memilih Radix Fried Chiken's (RFC) mereka malam itu. Nampak seperti restoren segera terkenal yang lain....


Bezanya, kita tidak was-was dengan 'kehalalan'nya, dan tiada hiruk pikuk amoi-amoi berskirt dan berseluar katuk pendek seperti kebiasaan restoren-restoren segera yang lain...

Bangga dengan kejayaan bumiputera dalam perniagaan...dan saya juga sebahagian mereka, meski sekadar ahli biasa.


Bukan sekadar menunjuk-nunjuk. Apalah yang nak ditunjukkan pun....orang lain dah biasa turun naik hotel bertaraf 5 bintang, luar negara lagi!!! Ini cuma hotel bajet, tapi saya abadikan di sini kerana mereka benar-benar mengamalkan konsep 'Halalan Toyyiban' dalam perniagaan mereka. Itu sebenarnya perkidmatan  yang saya cari.


...dan lebih dari itu, promosi percuma ini dibuat kerana sikap amanah pekerja mereka.

Terima kasih, kerana memulangkan netbook saya yang tertinggal....




Pasti, saya tidak akan memilih penginapan lain, kalau ke sini lagi.

Dan kalau saya banyak duit, saya pun nak bina hotel berkonsep begini...

......meski tanpa taraf berbintang-bintang...(berangan sajalah ckLah...)



20110523

Jaga diri, hiasi peribadi, perkasakan hati dan murnikan nurani, anakku...

Setelah  bulat hatinya menolak dua tawaran Kementerian Pelajaran ke Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng dan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) di IPG Raja Melewar, Seremban,  Dia akhirnya tekad memilih tawaran Kementerian Pengajian Tinggi ke Asasi Undang-undang sebuah  IPTA yang memang cita-citanya yang diusahakan selama ini.

Lalu, tiba masanya, kami pasrahkan Dia di sini....


Kami tinggalkan perkarangan kampus, dengan beberapa pesanan, ingatan...dan harapan.


Dan abah, terus memandu keluar menyusuri jalan menuju ke lebuh raya PLUS, dengan senyap. Sesekali, apabila ibu menoleh ke arah abah, abah kelihatan cuba menyembunyikan sesuatu dengan  melemparkan pandangan wajahnya ke arah sawah luas terbentang di kaki Gunung Jerai, yang begitu indah kelihatannya.

Ibu biarkan abah....


"Isk...selsema pulak!" Abah tiba-tiba bersuara, sambil tangan kirinya meraih kotak tisu di hadapan, lalu memekupkan hidungnya dengan kertas tisu.

Entah, tadi, elok saja. Tak ada tanda-tanda selsema pun!

Di belakang, tinggal dua orang anakku, setelah Bin terlebih dahulu dipasrahkan ke sebuah SBP tahun lepas.

Diba : Nuha nangis ke?

Nuha: MANA ADA? KITA SELSEMALAH!!!

Diba: Aik, tiba-tiba semua orang selsema!

(Sedang dia sendiri, tadinya sudah terang-terangan menangis saat berpelukan dengan kakaknya. Diba, memang jenis budak yang tak simpan-simpan perasaan! )


Ibu?
Elehhhh, ibu kuat! Ibu gagah perkasa! Buat apalah nak menangis, kan? Anak nak belajar, relakan sajalah perpisahan ini. Kan Ibu? Kan?







...dan  di rumah, waktu dinihari itu, seorang ibu yang seperti kebiasaannya akan menjenguk ke kamar anak-anaknya untuk membaca ayat-ayat suci dan doa-doa amalan harian ke ubun anak-anaknya seorang demi seorang, tiba-tiba kolam matanya pecah...

......kurang satu lagi ubun-ubun untuk dicium.




Ahhhhh......suuuuuudahlah ckLah!!!









20110519

Bukan menolak peluang, tetapi terpaksa memilih satu ...

Ralit  menghabiskan hari-hari terakhir bersamanya, sebelum Dia pergi. Masa untuk bersama rakan-rakan yang maya, agak dibataskanlah....ya! Jangan kecil hati!

Ya. Bagasi Dia, siap sudah.

X-Ray, dan laporan perubatan, lulus sudah.
Dokumen pendaftaran, lengkap sudah.
Yuran pendaftaran, tertunai sudah.
Keperluan perjalanan, servis kereta, hotel penginapan, peta...semua sudah.

....dan sambal goreng tempe kegemarannya untuk bekalan, sedia sudah.
(Anak Jawa ini memang dibesarkan dengan tempe...tempe mentah pun dia boleh makan!)

Tiba masanya sudah...
Malam ini, buat doa selamat sekeluarga...
Esok, Dia akan kami hantar merantau jauh dari keluarga buat pertama kalinya.

Kepada kedua-dua embah Dia, bapa-bapa saudara dan ibu-ibu saudara Dia dari kedua-dua pihak abah dan ibu, yang banyak mendoakan memberi pandangan, nasihat, kata-kata perangsang, panduan dan peringatan  (malah salam keruk dengan Dia yang berisi RM juga) buat Dia sebelum kepergiannya...terima kasih tidak terhingga.

Terharunya saya melihat sokongan mereka terhadap 'keponakan' mereka ini....Harap-harap Dia dapat memanfaatkannya semua 'sangonan' mereka untuk keperluan pelajaran, ya!

Kepada seorang rakan blog saya yang paling banyak memberi  'Inspirasi ' dan sokongan moral, emosi dan fizikal kepada Dia (kepada ibu Dia sebenarnya) . Segalanya pasti tidak mudah ckLah lupakan.

Dan paling mengharukan...saat-saat kami bersiap-siap, tiba satu bungkusan pos laju, bingkisan dari 'Awak'. Empat buah buku yang pastinya akan menjadi 'tangkal' sepanjang pengajiannya nanti.

Siap dengan penanda buku yang istimewa...

Terima kasih awak. Semoga Allah murahkan rezeki mu, dan semoga Allah memberi kejayaan yang lebih lagi buat anak-anak awak.   Amin. Amin.

(...satu-satunya rakan bloger yang pernah saya (berani) tambah dalam senarai facebook saya dan (berani) bertemu secara 4 mata sambil berhadap-hadapan di meja makan malam bersama-sama. Walaupun baru sekali, namun keikhlasan dan daya caknanya, membuat ckLah rasa segan! Namun, sangat bersyukur kerana dipertemukan Allah dengannya...Sungguh!    Ya awak....ckLah dah tukar nama tadi, ikut permintaan awak yang tak benarkan ckLah tulis nama awak....! Tadi cklah tulis, siap url sekali...)



***
Hari ini buat kali terakhir sebelum pergi, Dia datang mengucapkan sayonara kepada cikgu-cikgu dan dua rakan karibnya yang masuk ke  Tingkatan 6 Rendah. Mereka pernah berjanji akan bersama-sama masuk tingkatan 6, tapi Dia kena pergi, dan memilih laluan lain untuk mencapai cita-citanya....
Sahabar Akrab 1 Malaysia Dia...

Anak-anakku, Dia, Lee Sah dan Veetha, cikgu (ibu) harap, persahabatan kalian tidak akan terputus....meski Dia sudah berjauhan dari kalian.

_____________>..<____________
Catatan (Edisi) Tambahan :
Jam 11.00 malam.

.....dan selepas berdoa selamat sekeluarga tadi, terus semak Web Kementerian Pelajaran. Ada satu lagi tawaran, di saat segala persiapan ke IPTA sudah disiapkan...
Dia tidak memberi apa-apa respon. Cuma diam!

"PJK? Seronoknya jadi cikgu PJK!!! Lagi best dari lawyer!!!" Nuha yang lebih-lebih.
"Kau diam, Pe'ah!" Kata kakaknya.



Haih......janganlah ada yang goyah lepas ni! Kena istikharah lagi malam Jumaat ni!!!




20110517

Tersentuh...

...membaca catatan anak bongsu saya, Nuha (10 tahun) untuk cikgu kesayangannya, sempena hari guru...


"Last year is a troublesome year. My parents always been called by discipline teacher since I did not finish my homework. The real problem isn't that I'm lazy but I was too busy with competition hear and there. I don't know how to manage my schedule. I kept on thinking about transfering to another school.

The teachers said that I never pay attention in class. (Especially Ustazah X- I feel that...she doesn't like me!!!) I am actually short-sighted and I haven't known it at that time. I was scolded and no one cares about my real problem. My friend, Kan Pei Tse, scolded me for giving up so quickly. Luckily, a teacher on a wheelchair rescued me. Her name is Cik Nona......."


Catatan selanjutnya, akses Blog nuha di sini....





20110516

16 Mei saya...

Terima kasih untuk semua...
Pagi-pagi dapat banyak ucapan di fb, blog, MMS dan SMS, antaranya, dari Menteri Besar...


"Ek...eleh ckLah ni...macam dia seorang yang dapat. SePerak ni cikgu dapat SMS dari MBlah ckLah oiii! Perasan! (Hahaha)"

Pagi, di saat sekolah seberang jalan depan, dan sekolah-sekolah kejiranan sudah mula bersuka ria menyambut hari guru, dan ada sekolah kejiranan yang tamat sesi persekolahan hari ini seawal jam 11.30 pagi, kami tetap masuk ke kelas. Rakyat diutamakan, kan! Kan! Ini jadual kami di Hari Guru.
Hari guru tetap hari bekerja.....
Kami sambut secara ringkas, dan P&P tetap berjalan seperti biasa buat kelas menengah rendah yang tiada peperiksaan di luar waktu sambutan. Memang lain dari sekolah lain, hatta sekolah berhadapan kamipun. Agaknya, ini antara faktor sekolah saya sentiasa menerima Anugerah Sekolah Harian terbaik dalam daerah setiap kali peperiksaan awam kot dan tercalon untuk SBT 2011. Hahaha

Sambil mengawas peperiksaan , saya terintai di belakang seorang murid yang sedang khusyuk menjawab soalan, ada bakul siap dengan epal berbungkus cantik. Terharu.....nama ckLah di carta teratas dalam senarai cikgu yang akan menerima epalnya lepas rehat nanti kot! Hihihi.

Lepas rehat, kami masuk dewan dalam acara karpet merah.

Kali ini, tema pakaiannya 'silver'. Tapi yang saya tengok....warna kelabu saja! Ya lah...kalau ikut hukum pendidikan Seni dan Sains, silver itu bukan warna. Hahaha

Dan ckLah, setakat itu sajalah dia sanggup 'menyilverkan' dirinya. Mana ckLah? Hahaha, yang paling tinggi...itulah dia.

...sampai terpejam-pejam mata menyanyi lagu Guru Malaysia!
(Gambar lain cklah tak berani ekspose...nanti kena saman oleh dato'-dato' kerana menyiarkan gambar datin-datin mereka tanpa izin. Hahaha)

Nakal! Orang bersiap siaga nak baca ikrar, dia sempat bergosip berbual dengan Yob dia. Hahaha...

Pengetua sedang membaca perutusan dari Pak menteri. Dah helaian terakhir nampaknya tu, yeeeeha!

Lepas itu tengok persembahan.
Kuntuman ros pertama diterima...


Apa yang berlaku di pentas selepas itu? Ahhhhhh, malaslah mahu cerita...

Orang bagi hadiah....ambik...
"Eleh..entah-entah bunga pinjam tu!"
"Eleh, dengkilah tu...heheheh!"

Deretan kad ucapan dari murid sesi petang buat cikgu mereka di laluan Galeri.


Hadiah paling comel untuk cikgu paling besar (badannyalah!)
....sebenarnya, bukan hadiah penuh meja begini yang cikgu harapkan wahai anak-anak muridku, tapi dah kamu bagi cikgu ambiklah kejayaan kamu dalam pelajaran dan sahsiah adalah hadiah paling berharga buat cikgu.



Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...