Suka citra @ xiiinam? Terima kasih :D

20110624

Ibarat Sireh Pulang Ke Gagang...

Hari ini berlangsung Majlis Anugerah Kecemerlangan sekolah saya, namun saya bukan mahu tumpukan cerita tentang acara  majlis yang sudah kali ke 20 saya acarakan ini, sebaliknya, akan berfokus kepada individu yang merasmikannya. (Tidak juga kepada angka 20 itu... Alah, cuma 20 tahun saja :D)

Biasanya, dalam majlis seumpama ini, sekolah akan menjemput tokoh-tokoh, pegawai -pegawai jabatan atau kementerian, orang-orang penting dalam masyarakat, ahli-ahli politik, menteri, malah Sultan juga. Dan sebagai pengacara majlis untuk kali ke 20 dalam majlis yang sama, telah pelbagai perasmi (VVIP) yang hadir.

Bagaimanapun, pada tahun ini, sekolah saya membuat kelainan. Apabila Pengetua menyatakan dalam mesyuarat untuk menjemput beliau sebagai perasmi, saya ada rasa sedikit terharu. Lalu, apabila naik sepanduk menguar-uarkan tentang majlis ini, saya catatkan sesuatu pada laman facebook saya.

Siapakah Chew Hoong Ling?

Saya pernah menulis entri tentangnya dalam entri ini. Beliau juga mempunyai beberapa laman web antaranya ini  dan ini
Gambar-gambar ini saya ambil dan edit dari web Hoong Ling. Maaf ya yang!
(Gambar bawah semasa masih berambut panjang )

Sebenarnya, kalau mahu dicatatkan, terlalu ramai bekas murid saya yang berjaya dalam kehidupan masing-masing. Ya lah. Sudah 20 tahun di sekolah yang sama, kan! Tapi, kami memilih beliau yang baru mendapat Anugerah Belia Negara 2011- Katagori Pencapaian Luar Biasa.

Semoga, segala yang pernah dilalui oleh Hoong Ling, yang tak semudah anak-anak lain (Ibu bapanya bercerai semasa beliau kecil) sehingga beliau menjadi apa yang beliau jadi sekarang akan berjaya menyuntik semangat baru buat anak-anak didik kami yang masih dibangku sekolah. Mudah-mudahan, dengan kehadiran orang muda, ditambah lagi bekas pelajar sekolah mereka sendiri, akan memberi impak yang baik buat mereka.

Hoong Ling seorang yang sangat aktif. Sejak di alam persekolahan dulu, sampailah sekarang.

Sehingga saat saya mahu merangka teks ucapan untuk mengalu-alukan beliau dalam ucapan saya, saya tidak tahu hendak menulis jawatannya sebagai apa. Apabila saya bertanya beliau melalui facebook, beliau menyenaraikan tugasnya yang amat banyak!

Ini petikan ucapan alu-aluan saya....yang saya bacakan dalam satu nafas!!! (ya, ya, ya, nafas saya memang panjang. Sebab tu saya pandai mengaji...hahahahaha. bluek!)

Pertemuan murid dan guru yang telah lama berpisah di dunia facebook, hari ini dieratkan lagi dengan pertemuan sebenar dalam keadaan yang membanggakan cikgu itu. Terkepil dalam gambar adalah buku tulisan Hoong Ling yang menceritakan tentang pendermaan organ yang pernah dilakukannya.
Tumpuan cerita adalah kepada Hoong Ling, jadi, kita tutup muka cikgu yang terlebih sengih itu. Haha


Satu naskah untuk bekas cikgunya...

Ooooops, dua kotak hitam itu memang sengaja diletakkan di situ. Hahaha.
Ya, tradisi di sekolah saya, pada Majlis Anugerah Kecemerlangan bukan sekadar meraikan murid-murid yang cemerlang, guru-guru yang dapat mengekalkan pencapaian cemerlang dalam pencapaian peperiksaan SPM dan PMR juga turut menerima penghargaan, terutamanya yang mendapat 100% untuk mata pelajaran diajar.
Dua pen berukir nama saya, untuk dua subjek yang saya ajar pada peringkat SPM.

Antara bekas murid cemerlang 2010 yang hadir menerima anugerah. Semuanya mendapat 9A SPM. Ramai yang tidak hadir kerana melanjutkan pelajaran masing-masing di kolej.
Tutup lagi muka cikgu tu, kerana fokus cerita adalah budak-budak 9A SPM itu.
(Semuanya pernah menjadi rakan sekelas anak saya, Dia)


Saya tak merakam gambar majlis, kerana harus mengawal mikrofon, mengawal suara, mengawal emosi, mengawal senyum...dan mengawal perjalanan majlis mengikut protokol dan masanya.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar hasil kerjasama cemerlang semua staf dalam bahagian kerja mengikut kepakaran masing-masing yang memang 'super!', tak kira yang masih muda atau telah veteran. Semua kesempurnaan yang mereka sediakan itu akhirnya membantu pula saya 'melangsungkan' majlis dengan lancar.

Pelukan erat pengetua di hujung majlis dengan membisikkan "Well done Ram, thank you!", sudah cukup membuat saya berasa lega.....



20110623

Kegigihan seorang penggoda...

Dia yang petik lamtoro (dalam bahasa Jawanya) yang tumbuh melata tak dihirau dek orang di jalan masuk ladang kebun kelapa sawitnya, dia yang kupas satu persatu papan-papan kecil petai padi atau petai belalang itu, dia yang menumis dan dia yang bertanggungjawab sepenuhnya hingga menjadi seperti ini....

...dalam usaha untuk menggoda isterinya yang sudah berminggu-minggu kehilangan selera terhadap nasi putih! Hmmmm, malam Jumaat kanda buat sambal petai! Esok dinda nak pegang mikrofon de!!!


Dia memang suka menimbulkan semula juadah-juadah kampung zaman dulu aruah ibu mertua saya...yang tak boleh dibeli di mana-mana. Orang bandar moden memang tak pernah tengok menu-menu orang kampung begitu...

"Terima kasih mike.....
Habis dua senduk nasi awok  berbuke puase hari ni...sedap bebenor ayor tangan mike!"

Yang di atas itu cerita orang tua.
Yang di bawah ini cerita orang muda.

Diba pun puasa.

Tapi....

"Sorry, I pun tak selera nak makan nasi, tapi I tak makan petai-petai bagai semua ni!" Katanya, sambil mencicah strawberry yang di petik di ladang belakang rumah, dengan melakonkan lagak Datin Wanabe.... getik sungguh ibu nengoknya! Nak goda ibulah tu...

Hmmmm, sambal petai padi dan 'kepal-kepal' strawberry bercicah cokelat duduk bersebelahan di atas meja sarapan yang sama...juadah yang sangat padan! Hahaha...










***Malam ini harus tidur cepat, kerana esok saya akan mengacarakan satu majlis rasmi, antara jam 8:30 hingga 12:00. Doakan saya dapat mengawal diri dan emosi saya agar senyuman saya juga turut terkawal supaya nada suara yang terlontar sentiasa dalam kawalan dan mengawal kesihatan keterampilan saya.........agar saya dapat mengawal kelangsungan majlis dengan sempurna. :D


Jumpa lagi malam esok! InsyaAllah.

20110618

Bapa-bapa kesayangan saya...


Buat bapa-bapa istimewa di mata saya...

Bapakku...
Bapak dan isterinya...

Bapak anak-anakku...
Suamiku dan isterinya...

Abang-abang dan adik-adikku yang semuanya telah menjadi bapa yang hebat...

Abang pertama, Abang Long tercinta...
Abang Long saya, kanan sekali, bersama seorang abang
dan adik saya dalam sebuah majlis keluarga.

Abang ke 2 saya, yang paling susah nak jumpa kerana menguruskan perniagaan di Amman, Jordan dan Madinah.

Abang ke tiga saya...Profesor Dr Haji R.

Adik-adik lelaki saya yang semuanya telah menjadi bapa....
Adik saya Najib, yang menetap di Kota Kinabalu. Satu-satunya adik yang belajar seuniversiti dengan saya.

Adik saya Dr Haji H. Gambar ketika muncul dalam Segmen Bersama Doktor, SPM, RTM 1.

Adik  saya seorang lagi, seorang Software Engineer di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Ini gambar curi dari FBnya sewaktu menjalankan tugas di Satelite Radio Management Center, South Korea.
Satu-satunya adik yang saya 'sambut' kelahirannya di depan mata....



Adik bongsu saya, seorang Akauntan di Petronas.
Ketika di tanah suci, semasa masih bujang dulu...

Juga kepada:-
Abang ipar saya satu-satunya...kerana saya cuma punya satu kakak. Tuan Haji N.
Adik ipar saya satu-satunya , kerana saya cuma punya satu adik perempuan perempuan, Ustaz ZA.
Abang-abang dan adik-adik ipar sebelah ckZahan.

Rakan-rakan bapa yang berkunjung @Laman Maya ckLah hari ini....

Dan kepada semua bapa yang bertartanggungjawab. Ya, yang bertanggungjawab sahaja!

SELAMAT HARI BAPA!

(Bapa yang dera anak, yang haruan makan anak, yang pemalas, yang belasah duit bantuan pelajaran anak, yang main dadah, yang kaki botol, yang gila judi, yang bapak ayam, yang pukul bini, yang tak amanah dengan tanggungannya dan seumpamanya...sila main jauh-jauh!)



Buat bapa mertuaku yang telah pergi dahulu, al fatihah.


20110617

Kiriman RACUN buat ckLah...

Teringat komennya semasa saya menulis entri Kerana Sebuah Sajak Di Atas Meja Yang Dicuri Intai, dia menulis komen bergurau begini....


Saya tahu dia bergurau, kerana dia memang suka bergurau. Saya bukanlah suka sajak sangat, tetapi, terkejut kerana mengetahui tentang penulis sajak di atas meja itu yang rupanya ada 'apa-apa' dengan saya.... :D

Tadi saya dapat kiriman dari dia...




Teman maya yang saban Jumaat, sering mengirimi bingkisan petikan khutbah dari Mimbar Jumaat yang dia hadiri kepada saya....


Bukan sekadar sebuah sajak yang diberinya kepada saya. Tapi, himpunan catatan dari blognya yang cukup indah adunan gaya bahasanya.  Sangat saya hormati, caranya mendaulatkan bahasa Melayu dalam penulisan di blognya, meski dia seorang lulusan kejuruteraan....


Ahhhhhhhh, ckLah kagum dengan kecantikan bahasa kamu.


Terima kasih, kerana menjadi rakan maya yang baik....
Semoga terus maju dan jaya, dik...




...siapa lagi yang wajar memartabatkankan Perkara 152 itu, kalau bukan kita, kan!

Al kisah tuan tanah dengan pisang-pisangnya di hari Jumaat...

Ini bukan kisah sedekah pisang di hari Jumaat yang sudah sinonim dengan masyarakat, hingga ada yang bergurau, 'Asal sedekah ke masjid, pisang. Asal sedekah ke masjid, pisang. Sesekali, tukarlah anggur ke, buah kiwi ke!'.

Haih...yang cuba buat lawak tu, pernah bagi buah apalah pulak ya! Buah halkum?

Jumaat, dalam masa cuti sekolah tuan tanah kedaung berkesempatan melawat kebun pisang yang bersulam seli dengan anak-anak sawitnya, di tanah baruh. Itulah antara cara seorang cikgu kampung ini menghabiskan cutinya, bersama-sama suami. Berbulan madu di kebunan pisang!

Tuan tanah mendapati, beberapa batang pokok pisangnya yang telah mengeluarkan tandan yang baik-baik berhampiran jalan telah ditebang. Lebih 8 batang semuanya. Ada kesan penebangan lama. Ada juga kesan penebangan haram yang baru.

Musykilnya, tiada pula kesan-kesan batang atau dedaun pisang lama terlonggok di situ. Cuma tinggal pangkal pokok yang mulai membusuk, dan anak pisang baru tumbuh di tepinya.

Setelah disiasat, maka tahulah tuan tanah kedaung, angkara dan olah siapalah itu....

Angkara siapa?
Angkara siapa?

Huh, kalau saya ceritaan siapa pelakunya secara teknik pemerian yang jelas, pasti boleh dituduh 'cuba menimbulkan isu sensitif'! Haiyuoooooooooooooo, baaaaaaanyak susah mau kira!

"Eleh....tuan tanah kedaung ni. Setakat pokok pisang beberapa batang, apalah sangat. Kira sedekah sudahlah!!!"

Hmmm....ini bukan pasal 'masalah pokok pisang kena curi semata-mata', tapi merentasi permasalahan agama.....


Yalah!
Demi tuhan, tuan tanah lebih rela pisang-pisangnya dicuri makan oleh burung -burung sesat atau monyet-monyet kelaparan daripada disedekahkan untuk melengkapkan upacara golongan tertentu. Apa pahala pun tak dapat!

Melengkapkan upacara?
Upacara apa?

Upacara apa yang memerlukan pokok pisang sebagai pelengkap peralatan? Maunya pokok pisang yang sudah mengeluarkan tandan subur dan bersisir-sisir saja!!! Yang kurus-kurus, tak ingin dia curi....Memilih tu! Hmmmmm, tak faham betul, mahu beribadat pun guna pelengkap curi...


Ini belum cerita pasal sepasang tangan kurus yang sering menerobos di celahan pagar dawai belakang rumah, memetik kuntum-kuntum harum cempaka kesayangan.

Apabila disergah, dia kata:-
"Mau bikin semayang punya ceguoooo!"



Coretan diakhiri dengan teka-teki di hari Jumaat;
Soalannya...
Siapakah yang mencuri pokok pisang bertandan subur bersisir-sisir di kebun tuan tanah selama ini?

Cer teka...cer teka...






Yenna Dey?



Gambar sekadar sendalan.
...pisang tanduk kembar, terbaik  dari ladang...



Amma!

20110616

Peribahasa Hari Ini: Ibarat tua cendawan, makin tua makin busuk...

Saat segalanya sedang terganggu...
Minda ada kalanya menjadi lemah...
Jiwa juga tak semena-mena menjadi layu...
Namun, segala yang belum selesai tetap perlu disudah!

Meski...
Berfikir pun aku rasa tak mampu...

Ada kalanya merasa bodoh.....

Terasa-rasa, sakit sana, sakit sini....

Rasa tak guna...tak produktif, sungguh, haih!

Nampak separuh? Separuh bahagian yang mereng....Separuh saja ya! Belum masuk tahap tiga suku! Hahaha!
Hmmm....
Membaca jawapan pemahaman mereka satu demi satu, rasa bagai mereka sedang  memerli cikgu mereka ini, yang sedang jiwa kacau kacau bilau! Macam tahu-tahu saja...

Tapi.....

Oooooops, yang ini tak betul! Tak betul! Tak kena! Cikgu tak hapak! Tak! Tak! Sumpah tak! Hahahaha!

"Eh....ini kenapa semua beri jawapan tak tepat? Bukankah cikgu sudah beri maksud peribahasa itu semasa memprosa teks tempohari?" 

Haih....orang jiwa kacau memang macam tu. Tiba-tiba jadi perasa tak tentu hala!!! Dengan jawapan murid dia sendiri pun dia nak terusik! Ceh!


...entahlah, hypoglycemia sering menyerang mutakhir ini.
Langgar pembahagi jalan pun, purnama ini sudah dua kali.
Manakan tidak, memandu pun tangan terketar-ketar.
Ohhh, tuhan. Kembalikanlah semangatku yang pudar....


(Saya mohon maaf daripada 'pihak-pihak yang saya susahkan' kerana kerja-kerja saya yang semakin tidak sempurna dan tidak memuaskan hati!)

Petikan Teks Pelayaran Penuh Peristiwa: Antologi Harga Remaja.


***AMARAN: Jangan ikut perangai penulis entri ini, pada masa ini, yang sedang tak boleh diteladani!

Pahit Manis. Gelap Terang.

Bismillahirrahmanirrohim...

"Gimana mau mulain ya pak, bu?"

Selalunya, apabila tuan blog mengatakan begini:

           "Eh, dah 2 hari tak update blog....."
Atau:
           "Owh, dah bersawang blog ni...."
Atau:
           "Sekarang saya tengah malas nak bloging..."
Atau:
           "Alamak, tergesa-gesa update blog ni...."
Atau:

....seumpamanya, sebenarnya pemilik blog nak bagi tau pasal apa ya? Pasal dia sibuk sangat? Pasal, dia nak beritau orang yang dia dah tak berapa 'angau' dengan blog cerita peribadi macam dulu-dulu? Atau, dia terasa, berasa, merasa dan perasan kononnya ada ramai sangat orang menunggu-nunggu entri terkininya? Hehehe...


Oooooooooooooooops! Ooooooooooops! Oooooooops! Jangan sentap dulu! Jangan! Saya bukan menulis tentang siapa-siapa. Saya menulis sebagai kesinambungan entri terakhir saya yang dicatatkan pada 31 Mei lalu.

Ya, 31 Mei! Hari ini sudah 16 Jun. Setengah bulan.

Baru hari ini ada 'roh' untuk menyambung perblogan! Itupun bergantung sejauh mana respon orang terhadap tulisan ini. Minta maaf kepada yang sering masuk @Laman Maya ckLah selama 2 minggu ini. Minta maaf, kerana selama itu tiada apa-apa yang disuguhkan buat kalian. Kemasukan ke laman Maya ckLah terbanyak setakat ini adalah dari sini....

(walaupun masuk sampai lebih seribu kali, tuannya tak meninggalkan jejak pun. Opps, orang lain yang guna URL ini, agaknya. Bukan tuannya! Tuannya tak masuk pun ke sini! Kan!) Yang 'takepaidsurveyonline' di atas itu memang sah SPAM. Saya dah 'block' URL tertentu. Dan yang terkini (minggu ini) banyak dari sini....
Selalu nampak URL masuk....tapi hampir keseluruhan di atas, tak pernah tinggal komen pun.
Musykil juga, kenapa klboyzwangsa itu sering ke sini???
Apa yang dicarinya di blog makcik-makcik ini???
Itu blog bergenre politik gaya mutakhir.....yang langsung tiada sealiran dengan blog saya! Saya memang tidak berani langsung mendekat-dekat dengan blog politik yang serang-menyerang begitu. Tak cukup kuat untuk disakiti dan menyaikiti...

Kalau saya seorang bloger yang 'teruja' dengan rekod trafik masuk, tentu ini merupakan antara kebahagiaan saya dalam berblog. Tapi, ahhhhhh, malaslah mahu cerita!!!




"Isk ckLah ni! Kalau banyak sangat songel, tutup ajelah blog cklah ni! Selagi dibuka kepada umum, siapa-siapa pun boleh masuk? Apa daaaaaaaa!!!!"

...hmmmm, memang dalam proses untuk itu pun!

 Lain orang, lain cara dan tujuannya berblog, bukan?
 Di @Laman Maya ckLah, BLOG TANPA IKLAN ini, lain pula. Nak ulas lebih-lebih, nanti ada yang tersilap memahami dan menafsir, lalu lain jadinya. Ya, saya tak kisah dengan trafik masuk ke blog ini, atau rating blog saya di dunia bloging. Tapi, terus terang, saya 'kisah' kepada pemberi komen yang meninggalkan URL, kerana blog tanpa 'bloglist' ini hanya mengunjungi blog lain melalui kotak komen dia sahaja. Ada 50 URL, 50 bloglah yang akan saya kunjungi. Kalau ada dua sahaja, maka dua blog jugalah yang akan saya ziarahi.

Ooooops, jangan mendengus. Jangan menjuih bibir! Bukan ku sombong, bukan tak mesra alam maya, tapi....lain padang lain belalang, kan! Dan itulah padang @Laman Maya ckLah...


....jadi, sekejap lagi saya mahu menziarahi URL-URL yang terdapat di dalam kotak komen entri yang lepas. Sesempatnya lah!!! Yang tak sempat, tunggu balik sekolah petang esoklah ya! Petang esok saya balik jam 4, ada kelas Taekwondo!

Maklumlah, saya hanya berblog selepas waktu kerja, kerana saya adalah golongan 'Yang Menurut Perintah'. Etika kerja dan amanah tentang masa, perlu diutamakan....takkan waktu sekolah sibuk mengadap web peribadi, sedang kita sudah mengaku di blog bahawa kita seorang guru! Saya memang tak akan berblog pada waktu sekolah, meski saya tidak ada kelas waktu itu, dan meski saya membawa broadband sendiri ke sekolah. Saya tidak sekali-kali menggunakan wifi sekolah untuk tujuan peribadi, tetapi saya menggunakan broadband peribadi untuk melancarkan P&P dan melakukan kerja-kerja rasmi atas talian apabila talian internet sekolah tidak mampu memuaskan kerja saya....


Oi ckLah! Yang kau sampai dua minggu tak berblog tu kenapa?
Ceritalah?

Errrr, dua minggu? Nak cerita apa berlaku dalam 2 minggu?
Alamak, banyak sangat. Tak tau nak pilih yang mana?
Takkan asyik nak cerita ke mana kita pergi? Apa kita buat? Apa kita makan? Apa kita bagi suami kita makan? Apa kita dapat? Apa kita beli? Asyik-asyik itu-itu saja, bosan pulak orang dengan cerita sayakan? Apatah lagi bloger makcik-makcik macam saya ini....



Jadi?
Jadi, tak payahlah cerita. Hehe...



Nanti-nantilah....nak fikir, apa genre entri-entri  saya selepas ini....kalau masih mahu.

...kerana banyak perkembangan dalam dunia blog mutakhir ini, yang tidak saya gemari! Tapi, biarlah semua itu menjadi antara kenangan pahit sepanjang berblog andai @Laman Maya cklah sudah berundur nanti, di antara lebih banyak rentetan kenangan yang manis.


***
Sendal...

"Macam mana boleh terlepas pegang gelas tu. Kan abang dah cakap, tak payah bawa ke dapur?" Seorang suami berleter sambil memeriksa luka di kaki isterinya yang sedang kewalahan, di celah kegelapan malam, sewaktu bekalan elektrik terputus........


"Luka dikaki...nampak berdarah kan bang!  Luka di hati................ahhhhh, poooodah lah ckLah!"

Sekian. Kak Ram Sing melaporkan untuk @laman Maya ckLah....

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...