Suka citra @ xiiinam? Terima kasih :D

20110731

Selamat tinggal (4) TAMAT.

Sambungan dari entri ini.

"Hahahaha...apalah ckLah ni! Nak pergi-pergi jelah....asyik bersambung-sambung entri! Cheh!!!"

Okey,okey, okey!
Kali ini tinggal betul-betul.
Dengan rasminya...saya bukan lagi staff Sekolah Menengah Convent dengan imbasan kad kerja terakhir saya sebelum melangkah ke luar dari pagar sekolah ini...detik 4:00:31 Jumaat 29 Julai.


Jadi lepas ni, kalau saya (masih mahu) berkisah tentang hal-hal sekolah, itu bukan Convent. Itu mungkin sekolah baru saya.

Sekolah apa?
Oooops, kali ini saya tak akan mendedahkan di mana kerja saya. Apa jawatan saya. Berapa gaji saya. Cukuplah sudah saya terlanjur memperkenalkan diri saya sebagai seorang cikgu di alam blog!

'Kepergian' saya sudah diraikan...

Oleh murid-murid yang saya ajar.

Oleh murid-murid kelas saya.


Oleh  rakan-rakan staff...makan tengahari terakhir secara buffet bersama-sama, 29 Julai. Minggu depan dah puasa kan!.

Oleh rakan-rakan karib saya, makan malam bersama sebentar tadi....(yang ini bukan terakhir dan benar-benar jamuan makan...kerana dengan mereka saya tak mungkin berpisah. Kami akan selalu berjumpa begini walaupun saya sudah bertukar sekolah. Bukan jauh pun..kan kawan-kawan!) Makan malam biasa yang pada mulanya hanya dirancang oleh 10 teman akrab berhampiran rumah, akhirnya turut disertai 30 orang rakan yang semuanya memang sahabat terbaik...

Saya sudah potong semua kek ini......kek yang saya terima sepanjang minggu ini.

Saya sudah penuhkan kereta dengan hadiah-hadiah dari mereka. Hahahaha...

Tak boleh berundur lagi...



Dengan mata yang bengkak...saya pergi jua. Huhuhuhuhu...



Ya,  REZEKI HIJRAH PADA TARIKH YANG CANTIK!
1 Ramadhan ini.


20110727

Selamat Tinggal (3)

"Haahhh? Ada sambungan entri lagi? Tak pergi-pergi lagi ke ckLah!"

Errr...tapi ada 15 siri lagi! Macam mana ni?  Hahaha

Selepas berjamu bersama 5 Dinamik sebelum ini, hari ini  saya menghabiskan masa dengan murid-murid kelas saya pula, 5 Bestari. Saya mengajar mereka dari tingkatan 3. Banyak kenangan pahit, manis, suka dan duka bersama mereka, seperti dalam entri ini , ini , ini, juga lain-lain.

Kek comel menunggu di meja cikgu semasa cikgu masuk ke ruang mereka...
Mula-mula...semua baik...

Pilih menu...ikut suka hati! Tokeh bayar..haha
"Ini kek untuk cikgu!" Kata mereka.
"Tak apa, kita sembelih, dan makan sama-sama...!" Kata cikgu.
Tambah...tambah..jangan malu-malu!
Riuh-rendah...segalanya akan tinggal kenangan...
Siapa tinggalkan siapa sebenarnya ni? Hahahaha....



Ya...wahai semua 31 anak-anak 5 Bestari cikgu yang bestari...
Riuh rendah yang menguasai keseluruhan tingkat bawah sebuah restoren petang tadi, adalah kenangan riuh rendah kita yang terakhir...

Walaupun cikgu terpaksa tinggalkan kamu di saat kita sedang menghampiri SPM, cikgu harap kamu semua teruskan perjuangan untuk SPM.

Kalau kesemua 31 orang kamu mendapat "straight A's" semasa PMR lalu, cikgu yakin....16 orang (atau lebih ) dari kamu juga berpotensi untuk meraih sekurang-kurangnya 8A+! Selamat tinggal semuanya...




Terima kasih dan salam cikgu buat ibu bapa kamu, yang menaja...
(Pssst: 5 Bestarian komen di fb ya! Jangan di sini!)

20110726

Selamat Tinggal (2)

"Alamak...nak pindah pun sampai buat cerita bersiri,ckLah ni!"

Hahahaha. Ini adalah entri 'syok sendiri'. Saya masih mahu menulis tentang murid-murid yang akan saya tinggalkan sempena Hijrah saya  1 Ramadhan.  Murid-murid saya, kan? Lagipun, mulai minggu hadapan, pasti tiada lagi catatan saya tentang mereka di@Sanggar Maya ckLah ini. Jadi, kepada yang sekadar lalu-lalang di laman saya ini,janganlah menyampah pula ya! :D

Ya, daripada beberapa komen dalam entri lalu, saya tahu, dan faham serta akur benar, bahawa arahan bertukar adalah suatu perkara biasa bagi seorang guru. Saya tahu. Tak melawan pun, walaupun bagi saya memang tak biasa kerana selepas keluar dari Universiti Malaya, inilah satu-satunya sekolah tempat saya bertugas. Sampai 2 dekad 'tak beralih punggung!' Saya tak merungut pasal itu pun. Saya terima dengan terbuka, walaupun kesedihan itu tetap menebal! 20 tahun weh! Dari zaman saya anak dara,sampai berkahwin, sampai anak sulung saya tamat SPM di situ...bukan sedikit kenangan! Harap jangan ada yang menganggap saya merungut atau berkeluh-kesah! Saya gembira sebenarnya.

Saya terima...arahan itu,dan sekarang, di samping menulis entri ini saya sedang kelam kabut menyiapkan banyak perkara, sebelum menyerahkan Nota Serahan Tugas Jumaat ini. Maaflah kalau saya 'gagal' menziarahi blog rakan-rakan atau membalas komen. Leka melayan anak-anak di facebook...

Cikgu terima, tapi bagi anak-anak murid, mungkin itu suatu perkara yang sukar diterima.Saya mengajar tingkatan 3 dan 5. Murid tingkatan 3 akan menghadapi percubaan PMR minggu depan, terpaksa saya tinggalkan begitu saja.

Perpindahan saya sedang menjadi isu yang hangat diperkatakan oleh semua orang (hahahahahaha....ayat penyata bernada perasan!) . Bukan saja murid-murid saya....malah, bekas murid-murid saya yang sudah lama tinggalkan sekolah...

Bekas murid yang sedang menuntut di luar negara....

Bekas murid yang sudah tamat belajar di luar negara...

Bekas murid yang baru nak keluar negara...
Yang dalam kolej persedian ke luar negara dalam negara...

Rakan setugas saya yang sudah bersara...

Ibu murid saya...

Dan....haih...macam-macamlah luahan mereka...
Maaf ya kalau ada yang diulang semula...dah banyak sangat...(KAN DAH TULIS DI ATAS, INI ENTRI SYOK SENDIRI SEORANG CIKGU YANG DISURUH PERGI...HAHAHA)
Alahai...budak-budak,beginilah...
Kira dia saja...
Ada yang cuba menyabarkan kawan-kawannya....alahai....
Yang menerima dengan terbuka..hehe
Berpantun untuk cikgu...

Yang sempat 'meraikan' kepergian cikgu mereka
Tak nampak sedih punnnnnnn!!! Hahaha...


Ya...ya...mari peluk cikgu, sayang...
Emmmm, nak baca lagi tak? Cikgu akan sambung entri ini untuk kamu semua sekali lagi, sebelum cikgu melangkah keluar dari pagar Convent, dan berundur dahulu dari dunia blog  sempena Ramadhan ini. Untuk kamu,murid-murid cikgu. Ya, sebelum HIJRAH cikgu!!!

Semua itu..akan menjadi kenang-kenangan buat saya.

20110723

Selamat tinggal...

Selamat tinggal anak-anakku...
Selamat tinggal kawan-kawanku...

Selamat tinggal segala-galanya di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Teluk Intan...
Setelah dua dekad...
Tibalah masanya...

Jiwa Cikgu pun berat...


...tapi cikgu terpaksa pergi....
Kita relakan saja perpisahan ini...


"Mulanya Di Sini...
.............
............
Sehingga di sini...
Tiada berpaling lagi...."

(klik video untuk lirik penuh)
....ya, sehingga di sini. Pangkal  Mei 1991 hingga hujung  Julai 2011..., bukan masa yang singkat...


...lirik dan melodi koir  yang itu, memang mampu membuat air mata cikgu menitis berkali-kali...





'Yes girls...I'll certainly carve this memory into my heart....'

'Good bye!!!'


(Rabb, semoga hijrahku pada 1 Ramadhan  ini adalah ketentuanMu yang terbaik....amin.)





Selamat pengantin baru...Daly dan Victor.

Buat murid saya (bekas ketua kelas Tingkatan 5 M - 2001) saya Dalylla, dan suaminya Gan Victor (Taufik)
Sabtu 23 Julai...


Alhamdulillah dan tahniah...majlis berjalan lancar...
Tanjung Malim...


Beraya dengan mak mertua lah tahun ni ya!  Hehe
Selamat berpuasa juga untuk pengantin baru...beberapa hari lagi.
:D




(Maaf ya, untuk entri yang ini, komen di facebook sahaja)

Selamat jalan Dia...


Cuti sudah habis.
Masa untuk kembali ke kampus sudah tiba.
Selamat meneruskan perjuangan...

Maafkan ibu.
Ibu dapat hantar ke stesen bas saja....
Jumpa lagi di penghujung Ramadhan nanti.

Ilal liqa'.
InsyaAllah...



Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...