Dengan murid-murid sekarang, cikgu kena lebih berhati-hati. Walaupun larangan membawa telefon bimbit ke sekolah sudah jelas, tetapi masih ada juga murid yang curi-curi membawa pelbagai jenis gajet seperti telefon pintar, kamera dan macam-macam lagi. Di sekolah baru,(saya menjadi Guru Pengawas di sini..huhuhu) pernah saya merampas telefon pintar seorang murid, dan berkata mahu menyimpannya sampai ibu bapanya datang.
Dia memberi amaran kepada saya:
"Kalau hilang, cikgu mampu ganti ke?" Hmmmm, ya lah. Telefon mereka lebih canggih dari cikgu-cikgu mereka! Belum lagi lihat apa kandungan di dalam 'sim card' mereka. Cikgu kena beristighfar banyak-banyak! Mak ayah, tahu tak?
Murid sekarang, banyak membawa barang larangan ke sekolah....
"Huh, cikgu tak periksa beg budak-budak ke?"
Hmmmmm, nak periksa beg budak-budak saja ke kerja cikgu? Cuba tanya balik
mak ayah mereka. Tak periksa beg sekolah anak kah? Pernah ditemukan dengan ibu bapa yang marah-marah akan cikgu, kerana 'pandai'-pandai' merampas barangan anak mereka!!!
Dalam almari saya di bilik pengawas, setakat 2 bulan saya di sini sudah macam-macam ada. Kalau setakat bedak, gincu, cermin, buku/komik yang terlarang, pendrive yang entah apa-apa isinya...ada dua kotak. Tak berani mereka tuntut!!!
....kalau asyik dok menyanyi lagu 'Bangau oh bangau' dan saling menyalahkan, masalah memang tak akan selesai. Yang pasti, baik guru mahupun ibu bapa, tugas mendidik dan mengasuh anak-anak adalah tanggungjawab bersama. Saya cukup tak berkenan dengan senario saling menyalahkan antara guru dan ibu bapa jika anak-anak ada masalah. Takkan ke mana!!!
Berbalik kepada perenggan pertama tadi, mengapa saya kata guru kena lebih berhati-hati?
Jangan terkejut andai tiba-tiba, di laman-laman sosial ada gambar guru,atau rakaman video aksi guru yang tidak kita sangka terpapar. Sedang kta bercakap di dalam kelas, rupanya ada yang merakamkannya dan menyiarkan di facebook. Ada murid yang dibenarkan membawa kamera ke sekolah kerana tugas-tugas tertentu. Ada juga yang memang sesuka hati membawanya, terutama jika ada sesuatu majlis penting di sekolah. Mengawalnya memang agak sukar.
(Tapi, kes yang cikgu sendiri sengaja memuat naik gambarnya di laman sosial....cerita lainlah pula! Masing-masing dah dewasa dan pasti memahami konsep kawalan keselamatan kendiri di alam maya!!!)
Murid-murid di sekolah lama saya dulu selalu merungut, kerana kebanyakan gambar saya yang mereka rakam, hasilnya...saya akan menutup muka dengan pelbagai cara. Bukan boleh dipercaya semuanya.
Setakat ini, pernah juga gambar saya disiarkan dalam facebook, tapi syukurlah yang boleh diterima saja. Ada rakan pernah terkena, klip video aksi dia dalam kelas disiarkan dalam laman sosial.
Bercakap pasal laman sosial, ada kalanya budak-budak ini lebih 'bijak' dari kita ibu bapa atau cikgunya. Sukar untuk dikesan, kerana mereka menggunakan pelbagai nama.
Saya tahu, ramai murid dan bekas murid saya mengikuti blog saya. Maka itulah, banyak yang perlu saya jaga, terutama penggunaan bahasa saya. Saya adalah guru Bahasa Melayu dan Sejarah mereka....Di sekolah baru, tiada seorang yang tahu kewujudan blog dan fb saya ini setakat ini. Biarlah terus begitu...
Di facebook, saya memang 'menerima' penyertaan murid-murid (sekolah lama) , tetapi saya tapis-tapis juga. Kalau saya lihat mereka 'keterlaluan' di alam maya, saya akan cuba menasihati. Kebanyakannya, memang dari golongan yang ibu bapa tidak tahu apa-apa tentang laman sosial. Ditambah dengan pemberian netbook percuma kepada begitu ramai murid, yang kebanyakannya memang golongan itu! Di sini, tugas cikgulah memantaunya. Kalau tidak mengendahkan nasihat juga, saya akan keluarkan dari senarai....
Kadang-kadang, murid melepaskan apa yang mereka rasa tentang cikgu mereka di laman sosial sesuka hati mereka. Yang ini yang kita bimbang. Budaya melepaskan perasaan di laman sosial. Alahhhh, orang dewasa pun suka buat. Kalau tulis yang elok, tak mengapalah, tapi kalau yang negatif, buruk kesannya. Keghairahan memuat naik apa-apa saja ke dalam laman sosial bukan menyerang minda budak-budak remaja ini saja, yang dewasa pun, ada yang tidak kalah....
Saya kekadang merayau melihat laman-laman sosial murid-murid yang saya dapat URLnya kerana mereka memasuki blog saya.
Saya pun pernah jadi 'subjek entri mereka!'
Contohnya ini....
 |
| Alahai... Cikgu bukan tak kenal kamulah. Ibu dan bapa kamu pun cikgu kenal kerana rumah kamu memang tak jauh dari rumah cikgu. Tapi dalam kelas, cikgu buat biasa saja kerana kamu bukan murid yang bermasalah untuk cikgu zahirkan perhatian lebih di hadapan murid lain. |
(ada lagi dari murid lain, cikgu dah cantas dan simpan. Tunggu masa sesuai saja...Yang dari bukan murid pun ada (ngumpat sesama bloger di alam maya! Tungguuuuu...:D)
Murid ini dapat 8A juga seperti kakaknya yang pernah menjadi murid saya, dan dia ditawarkan belajar di sebuah sekolah Menengah Sains (sesekolah dengan anak saya, Bin)
Saya kejutkan dia pula di
wallnya....(tertinggal pula huruf 'n' tu!)
Tak lepas punya...nasib baik tak ngumpat lebih-lebih! :D