Alhamdulillah...
Rupa-rupanya, gajiku yang lagi setangga
melanggar dinding di DG44 masih ada lorong meneruskan perjalanan, kerana dinding itu akan dirempuh dengan menandatangani penerimaan SBPA esok. Tempoh pertukaran gred pun, lebih cepat nampaknya. Yalah, sudah lama duduk atas tangga yang ini. Ingatkan mati gaji sampai pencen! Lama sangat bekerja dengan
gaji mati, takut nanti semangat pun mati sama! Hehehe
Taklimat tentang SBPA di sekolah saya sudah dibuat pada 8 Disember lalu. Kami diberi masa untuk menimbang-nimbang serta memahami kelebihan dan kekurangannya, dan esok, kami diminta datang semula ke sekolah untuk membuat keputusan samaada menerima atau menolak skim baru itu.
Macam-macam pendapat! Yang sebelum masuk ke Bilik Gerakan bermati-matian mahu tetap meneruskan usia persaraan pada angka 56, tiba-tiba berubah memilih angka 60 selepas diberi taklimat. Tiba-tiba rasa sihat dan kuat ya kak, bang! Hahahaha...
J
angan kata begini:
"Apa nak kerja lagi dah 60? Lutut pun dah longgar nak panjat tangga masuk kelas! 60 masa untuk tumpu buat amal ibadat pulak!" Hmmm, aura negatif tu!
Jangan! Jangan cakap begitu kakak, abang dan adik-adik! Jangan tunggu 60 baru tumpu untuk amal ibadat!!! Bukankah sekarang ini pun amal ibadat adalah tumpuan utama kita? Kerja kita juga ibadat! Jangan jadikan kerja penghalang untuk kita beribadat atau sebaliknya! Jangan selalu kata, umur 60 dah tak larat itu dan ini. Nanti berpenyakit betul-betul
macam saya ni. Masuk 40 sudah dapat bintang-bintang di hospital! Minta doa agar Allah kurniakan kesihatan yang baik! Amalkan sikap yang positif!
Dan,
jangan kata begini:
"Kita tak payahlah susah-susah dok mengira pasal gaji! Kita kerja saja dengan ikhlas. Rezeki Allah yang bagi!" (Tapi dalam senyap, tak lepas tangan dengan kalkulator dan sentiasa mengakses maklumat dalam Internet sejak pengumuman dibuat oleh PM di Parlimen tempoh hari. Hehehehe...(oooops!)
Hmmmmm,
nampok benor nipunye....cer ekhlas sikit kalo bercakap tu kome, Yoep, Yong!!
Memang, rezeki Allah yang bagi. Dan kenaikan ini pun, Allah yang bagi! (Kerajaan atau pemerintah tu perantara yang mengusahakannya sahaja). Kena kira dan tahu juga berapa gaji kita, untuk merancang ibadat. Terutama untuk menunaikan
Rukun Islam Yang ke 4 dan ke 5 itu...errr, atau memang ada ke kaki tangan awam yang tak bekerja mengira gaji? Lainlah kalau pekerja sukarela!
Sudah naik pun, masih ada yang merungut dan tidak puas hati, serta masih merasa tidak adil di sana-sini. Haih, manusia. Cubalah berlapang dada dan belajar bersyukur, dan bermuhasabah! Tertarik saya dengan bait-bait kata yang saya petik dari slaid semasa taklimat...
Sesuai sukat dengan timbangnya,
Sesuai belah dengan ukurnya,
Sesuai peluh dengan upahnya,
Sesuai penat dengan dapatnya,
Sesuai hukum dengan salahnya,
Sesuai alur dengan patutnya.
Apa-apapun, segala-galanya dari Dia, Yang Maha Kaya
(Al-Ghani), Yang Maha Mengayakan dan Memakmurkan
(Al-Mughnii), Yang Maha Adil
(Al-Adli), Yang Maha Melapangkan Hidup/Memberi Nikmat
(Al-Baasith), Yang Maha Memberi Rezeki
(Al-Razzaq)....Dia Allah
Zul Jalali Wal-Ikram, tempat kita meminta...
Alhamdulillah....
Banyak kenaikan yang diterima. Yang DG 41 antara RM300+. Yang DG 44 naik dalam RM500+, dan yang DG 48 lagi banyak, dalam RM700+. Syukur, kan! Jom, kita pakat-pakat kemas kini potongan zakat kerana di dalam sedikit harta kita itu ada hak milik asnaf yang 8 itu, dan bolehlah naikkan simpanan Tabung Haji kita (yang belum dapat panggilan Haji
macam saya ini lah) ...ya abang, kakak dan adik-adik...
Kerja elok-elok tau!
...tiada yang lebih utama dalam pencarian saya, melainkan keberkatan dariNya!
******************