Sekembali dari percutian sekeluarga di Pulau Langkawi 26 Disember lalu, hari-hari saya diisi dengan beberapa siri mesyuarat di sekolah dan bertungkus lumus menyedia, menyiap dan melengkapkan beberapa tugasan untuk menghadapi sesi baharu persekolahan. Saya pasti, memang ada kalangan guru yang agak sibuk dari yang lain pada waktu begini, ikut bidang tugas masing-masing. Selamat menjalankan tugas semuanya!
31 Disember, Dia kena balik ke kampusnya di Kedah. Tiket bas ekspres TI-SP jam 8:00 sudah sebulan lalu saya beli, kerana tahu waktu begini memang banyak kerja. Legalah konon dari segi masa, kalau Dia dapat naik bas sendiri.
Bagaimanapun, saat anak itu mengangkat beg untuk memasuki kereta ke stesen bas, rancangan berubah! Hahaha, tak sampai hati lah rasanya mahu melepaskan anak daraku itu naik bas sendirian.Dipendekkan drama, kira hanguslah tiket itu lalu kami sekeluarga menghantarnya ke Kedah.
Terasa masa masih awal taatkala melepasi plaza tol berhampiran Juru. Jadi, kami melencong dulu ke sini.
6 jam menghabiskan masa di Pulau Mutiara ini, sempat juga mengadakan lawatan kilat ke beberapa lokasi. Menjelang malam, baru kami teruskan perjalanan ke Merbok.
Bagaimanapun, setiap kali mai sini, kami tidak akan tinggalkan pulau selagi belum pekena juadah-juadah original di Pulau Pinang ini!
Pasemboq...kuahnya, tepung udangnya, ketam gorengnya, hmmm,teringat-ingat sampai tanah seberang! Bak kata ckZahan, sampai rumah sendawa rasa pasembur lagi!
Sotong bakaq...pueh menjamahnya!
Sotong kangkung...di tempat lain tak jumpa!
Baru lengkap pi Penang bagi orang luaq macam cheq...Bin dan Dia tak toleh kanan kiri dah!
Pergi 31 Disember 2011.
Sampai rumah, 1 Januari 2011 jam 12:45 malam.
Kira 2 tahun tu! Hehe.
Selamat tahun baru Masihi untuk semua. Selamat bercuti kepada yang bercuti. Kalau tak puas bercuti lagi, esok...............saya bagi tambah satu hari cuti lagi untuk anda, sempena menghormati Hari Ulangtahun Kelahiran saya 2 Januari ini. :D






Assalamualaikum ckLah
ReplyDeleteamboiii...melancung sakan....
ps: tak ada ke 1 bekas untuk Hulu Kelang...he he...gurau ajer
sedap tgk pesemboq n sotong kangkung tu....mai merbuk tu dkt sgt la dgn rmh mertua pcl....
ReplyDeleteslmt thn baru 2012, n hepi besday. ..esk kan?...panjang umur merah rezeki ckLah.
Assalamualaikum ckLah...
ReplyDeleteMoga cikgu sihat hendaknya atas izin~Nya..
Waduh cikgu, pasembur tu nampak sedap jer...tak pernah makan lagi.
Selamat hari ulang tahun kelahiran dan moga Allah curahkan keberkatan yang banyak pada usia cikgu..amin
hah! Itu baru betul-betul sotong kangkung!
ReplyDeleteDi sini, sotongnya menyorok di bawah batang kangkung!
Hebat sungguh bunyi 2 tahun tu, hehehe!
ReplyDeleteWahhh CkLah singgah Penang lawatan kilat naa :D
dah dekat hari lahirnya puan
ReplyDeleteselamat tahun baru...
ReplyDeleteselamat sudah jalan-jalan hihi
selamat hari lahir....
selamat memulakan hari persekolahan..
;)
Kali ini banyak vocation. Best!
ReplyDeleteAtuk;
ReplyDeleteSementelah anak-anak sedang berkumpul ni Atuk...:D
PCL:
ReplyDeleteOooo, anak menantu oghang utagha la ni...:D
Abdul Razak;
ReplyDeleteAlhamdulillah sihat sejahtera Ustaz.
Memang sedap, dan di tempat lain tak dapat yang rasa asli macam tu! :D
Aku;
ReplyDeleteKalau kat sini...kang bersotong... Nama kangkung di depan. Hehehe
Dinas:
ReplyDeleteToleh-toleh juga kot terjumpa Adruse..hehe
Imanshah;
ReplyDeleteMakin tua..hehe
Ms Lilies;
ReplyDeleteTulah...nak memulakan sekolah, tapi cuti tak habis-habis ni. Hehehe
Nuha;
ReplyDeleteDah buka sekolah...tak boleh main-main lagi!!
salam tahun baru.. lama nya holiday hehe
ReplyDeleteSalam ckLah,
ReplyDeleteselamat tahun baru 2012
selamat hari ulangtahun kelahiran
selamat mengajar kembali....
semuga bahagia selalu...
Amin...
*dpt dr blog atuk*
Kakak mulakan dengan ucapan Selamat Ulangtahun kelahiran cikgu. Tahun baru kian sibuk... bukan utk anak sendiri tapi sehari-dua anak didik juga sehingga masih bercuti tapi kelihatannya ramai kalangan guru yang sudah bertugas.
ReplyDeleteKalau kakak dapat rojak tu cikgu mesti macam Dia dan hero cikgu juga. Nampak menggoda sungguh:)
selamat ulangtahun cklah..
ReplyDeleterasanya semalam kita mungkin berselisih di highway.
menjelang malam, kami bertolak dari sg petani ke Penang. Cklah pulak sebaliknya ;)
Salam cKLah..
ReplyDeleteselamat menyambut hari tambah usia..mudah2an panjang umur dan berbahagia di dunia dan akhirat....
cklah, happy birthday :)
ReplyDeletesetelah setahun.. CP kembali lagi, untuk sama2 meraikan hari kelahiran kita hehe.. Happy birthday to us.. semoga 2012 membawa lebih erti dalam kehidupan kita..
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteSelamat hari lahir CkLah, semoga diberikan umur yang panjang untuk melihat anak2 membesar menjadi putera/puteri yang soleh. Diberi kekuatan untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Aminn
pesemboq..
ReplyDeletetersemboq bila makan
heheheh!
selamat hari lahir ckLah... moga rezeki bertambah :)
ReplyDeletepasemboq padang kota ka? awat tak makan semilang asam pedas kat gelugoq ka apa nama tempat tu, sedap sungguh
ReplyDeleteCkLAh,
ReplyDeletePenang adalah tempat saya mengenal manusia, tempat menangis dan ketawa dan jua tempat menggemgam segulung ijazah!
untung la
ReplyDeletebalik ke hostel ibu bapa hantar..
huhuhu
teringat zaman belajar dulu
terperanjat makan pasembor sampai rm15 ringgit sorang2.. hahaha..
punya la sedap ambik itu ambik ini.. hahaha
zino;
ReplyDeleteSalam tahun baru buat Zino juga.
Rozila;
ReplyDeleteTerima kasih atas ucapan-ucapan.
Terima kasih juga sudi ke mari. Sayangnya saya tak dapat akses web Rozila...
kakzakie;
ReplyDeleteNampaknya , anak beranak sepakat kata pasembor tu sedap. Tu yang berusaha merentasi jambatan juga tu. Hehehe.
Terima kasih atas ucapan!
najwa;
ReplyDeleteYa lah...kita berselisih. Tasneem naik gunung Jerai rupanya!
nyanyisunyi;
ReplyDeleteTerima kasih atas ucapan dan doa. Amin....
maksu;
ReplyDeleteTerima kasih ya maksu!
che' pit;
ReplyDeleteYa..ya...ya...ckLah ingat tu! Ramai sebenarnya yang 'sebaya' kita. Dalam facebook ckLah ada 8 orang yang sama. Heheheh...
Lama tak nampak? Blog ckLah pun rasa-rasanya akan jadi macam blog che pit. Tak sempat dah...
Imanshah;
ReplyDeleteTerima kasih Shah....atas ucapan dan doa tu. AMin...
kakLong;
ReplyDeleteKena baca Bismillah dulu...hehe
cikgunormah;
ReplyDeleteTerima kasih ya....sayangnya ckLah tak dapat mengakses web cikgu Normah. :(
cemomoi:
ReplyDeleteSedap ya? Boleh cuba lain kali ni...hehe
Aliff;
ReplyDeleteKira pulau kenangan lah tu ya? Hehe
ikhram;
ReplyDeleteHehehe...kalau makan untuk seorang memang parah!
Tak apalah...Ikhram anak lelaki. Kemudahan kenderaan dari Seremban ke Penang pun boleh tahan....
TI ke SP ni, harapkan 1 bas itulah....Keretapi pun tak ada. Hehe
dah lama tak jengah cik Lah...Emmm...boleh ke saya bercuti sempena b day c lah? Nak ke Penang.
ReplyDelete