"Ibu, awan nano tu apa?" Tiba-tiba Nuha bertanya apabila mendengar frasa tersebut diulang-ulang oleh penyanyi!
"Ya lah, apa awan nano ya?" Cara ibu untuk tak nampak tak tau sangat, adalah mengalihkan soalan itu kepada orang lain, sambil cuba-cuba mencari idea.
"Entah...gula-gula nano, kereta nano, I-Pod nano, akak tahulah!" Huh....jawapan tak boleh pakai dari Diba!
"Takkan ibu tak tau. Ibu kan cikgu!!!" Das!!! Hmmm, pada pandangan dia, cikgu harus tahu semua perkara! Senangnya dia! Bertuah punya anak. Kenangan manis di Awana Porto Malai masa cuti di Langkawi tempoh hari ibu ingat sangatlah!
"Bukan tak tau, nak bagi orang lain peluang bagi pendapat dulu!" Eskapisme ibu lagi.
"Abang tau tak?" Nuha merujuk abangnya.
"Setahu abang, nano tu unit untuk menyukat. 1 nanometer = 0.000 000 001 meter. Kecik sangat tu! Setakat teropong mikroskop kat sekolah tu memang tak tertengoklah! Jadinya, awan nano tu berbilion zarah awan yang sangat kecillah!"
(...hmmm, tak sia-sia jadi murid Sekolah Menengah Sains! Hehe...)
Tadi terdengar pencipta lagu Awan Nano diwawancara oleh pengacara TV. Katanya, awan nano dalam lagunya itu bermaksud 'awan yang berselerakan, yang berfungsi menjadi pelindung kepada kita di bawah...'
.....oooooooooo, hanya satu unsur metafora!
Ya lah....selama ini bernano-nano awan sentiasa melindungi kita dari perit panas cahaya srengenge!!! Satu nikmat hidup dariNya yang kita kadang-kadang tak peduli akan wujudnya pun.
![]() |
| Ini awan apa entah? Gambar dirakam ketika ruang berjerebu dari XIIINAM yang sedang meluncur laju di atas Jambatan Pulau Pinang Ahad lepas. Nak ambil gambar kapal terbang tu sebenarnya! |
***Errr...ibu pun suka lagu ciptaan M Nasir ni. Sedap, dan bermesej. Itu baru dinamakan lagu!

salam..
ReplyDeletebukan ke sejenis
awan yang membawa hujan..
(alahai macam cikgu) la
pulak ayat saya nih :)
gula2 nano cheqna tahu =)
ReplyDeleteibu nak cover line tp tak boleh..hehehe....jawapan si abang itu ada logikanya....
ReplyDeletehmmm....saya serahkan pada prof Nizamarif untuk penerangan elanjutnya....
ReplyDeletezulkbo;
ReplyDeleteSemua awan mengandungi air...kan?
:D
chqna;
ReplyDeleteTak baik tau, bagi jawapan loyar buruk kepada anak-anak....hehe
Ey-nee;
ReplyDelete:P
Azani;
ReplyDeleteAlahhhh...terangkanlah! Terangkanlah!
:D
yang aku tau.. awan kumulus, awan kumulus nimbus, awan sirrus, awan dania...
ReplyDeleteawan nano tu mungkin guna istilah meterologist kut... kalau tak juga, mungkin penulis lirik tu cuma cari justifikasi terhadap perkataan 'nano' tu...
Aku;
ReplyDeleteAwan Dania? Err.....er....
Betul tu...dia cuma nak masukkan perkataan nano tu saja. Boleh juga awan meter, awan milimeter, awan kati, awan pikul.....begitu? Hehehe...
lagu2 m nasir memang banyak berkaitan dengan kehidupan dan alam maya
ReplyDeletekomen sket boleh x cikgu
ReplyDeletefont putih background hitam memang ok dah, tapi font disini tak sekata, dan x berapa clear mngkin faktor mata saya jadi harap maafkan
Assalamualaikum,
ReplyDeleteAsal cikgu je kena tahu semua ye kak?
Anak cikgu pulak,kadang percayakan cikgu dia dari ibubapa sendiri.
Besarnya pengaruh seorang guru.
SUD@;
ReplyDeleteBetul tu...
Owh, minta maaf, sebenarnya seleps entri 13 Januari lalu ckLah sedang dalam proses mengemaskini paparan blog. Tak sempat nak selesaikan. Okey, ckLah set semula ke warna yang asal...semoga memudahkan tetamu membacanya.
Terima kasih atas terguran...
waterliliy;
ReplyDeleteSungguh haih.....
Bila dia dah tak tau sangat, baru dia ingat yang mak dia pun cikgu. Kalau tak, cikgu dia juga yang betul...hehehe
assalamualaikum - cikgu geog. sy tak ada pulak beritahu tentang awan nano ni...lain2 jenis awan ade le - cikgu sy tak habis belajar @ sy tak beri perhatian semasa cikgu ajar !
ReplyDeleteKalau cikgu mesti dicap/dicop serba tahu.. Entah kenapalah..? Begitulah awan nano nano nano nano nano....sampai habis nafas..hehe
ReplyDeletesonato;
ReplyDeleteZaman kita belum ada teknologi nano. Sistem sukat pun masih main timbang kati...belum ada unit nano. Hehe...
Muzakir;
ReplyDeleteBetul tu...tak boleh langsung kita jawab 'tak tau' kepada soalannya. Budak-budak sekolah pun macam tu! Ada masanya, kelentong jugalah buat sementara...hehe
hehe cikgu geografi ni pun tak pernah belajar pasal awan nano..
ReplyDeleteNazrah;
ReplyDeleteCikgu Sejarah ni...apatah lagi. Haha