Suka tak?

20120111

Laporan Dari Stesen 16.

Sebelum buat laporan rasmi kepada bos, buat laporan main-main di sini dulu untuk terapi minda. Hehe...

Bertugas di 'check point 16', acara larian merentas pekan desa. Sementara menunggu peserta melalui 15 stesen yang lain, mata dan hati tertarik dengan kehijauan landskap rumah teres lot tepi di hujung simpang tiga yang saya jaga itu.

Dipendekkan cerita, sudah rezeki saya, dipelawa masuk ke laman sepasang suami isteri separuh umur berbangsa Cina yang selama ini belum pernah kami bersapa walaupun jarak rumah mereka dengan rumah saya tak sampai 1 KM pun!!! Ramah dan mesra sungguh mereka.

Jelas, pasangan ini sehati dan sejiwa, dilihat dari luahan susun atur landskap dari depan hinggalah ke belakang rumah...

Sayangnya, permainan lensa tak dapat dilakukan dengan baik kerana peserta sudah menghampiri stesen saya. Cuma sempat menggunakan kamera telefon!




"Ini check point terakhir. Pastikan di tangan kamu ada 5 gelang getah sebelum masuk ke kawasan sekolah!"

   Entah berapa kali saya ulangi ayat itu untuk lebih 900 murid, kerana tugas saya mengedarkan gelang getah terakhir sebelum mereka membelok menuju ke pagar sekolah yang berjarak 300 meter di hadapan. Gambar yang ini saja sempat set kamera DSLR! Yang di atas, semua guna telefon! Berdiri di tepi jalan, takut kena ragut...hujan pun mulai merintik, takut kamera kesayangan basah! Hehe...
Hmmm, menggenggam getah gelang begini, teringat zaman kanak-kanak, tatkala sibuk berbasikal menghulu dan menghilir kampung bersama budak-budak lelaki, dari darat sampai ke baruh dengan gelang getah memenuhi ke dua-dua lengan dan butiran guli memberat di kedua-dua kocek seluar...lagak samseng Kampung Pinang Sebatang!!!

...tapi, zaman  sekarang, anak-anak saya, di suruh keluar main di luar pagar rumah pun tak mau.

...lalu tatkala menyaksikan aksi-aksi lembik anak-anak murid berlari bagai tiada langsung kemahuan dan usaha untuk menang tadi, terasa bagai mahu mengulangi zaman kegemilangan dahulu kala! Merentas desa, sambil sempat berhenti panjat pokok rambutan Haji Darus yang meranum buahnya untuk melepas lelah. Sampai check point terakhir, dapat hadiah roti panjang dari cikgu besar!!! Hihi!

40 catatan pelayar @XIIINAM:

  1. Assalamualaikum ckLah

    getah gelang yg lebih tu... boleh buat getah seluar...he he

    ReplyDelete
  2. Salam ckLah,
    Apa khabar kak? hehe.. teringat zaman main lompat getah. Benar, anak-anak sekarang suka duduk dalam rumah.

    ReplyDelete
  3. kalu bab merentas desa mesti cheqna akan dapat nombor lasr...bukan merentas pun..banyaknya berjalan hahahaha

    ReplyDelete
  4. saya tak minat sangat merentas desa.. sebab tu makin tua ni makin montel! ahaha

    ReplyDelete
  5. Cikgu... baca N3 cikgu kali ini betul-betul membuat kakak gelihati sendiri. Teringat masa kanak-kanak dulu kakak pun bermain gelang getah sampai penuh lengan. Siapa banyak dialah hero...

    Budak sekarang mana ada...

    ReplyDelete
  6. DULU

    dengan getah ni pun , dapat satu permainan ....

    ReplyDelete
  7. gelang getah,
    jangan jumpa dek anak jantan kaklong..dibuatnya lastik cicak malam jumaat...heheheh!






    lanskap tu memang cantik cklah...

    ReplyDelete
  8. heheheh..membangkitkan nostalgia betul la bila cerita pasal mendapat hadiah roti panjang tu....kira oklah dapat mkn rambutan ranun..saya dulu merentas desa dlm ldg kelapa sawit...apa nak dimakan....gelang getah mengalahkan mami jarum...main pangkah guli...kita tgk guli siapa yg powerrr tak pecah....

    ReplyDelete
  9. luasnya laman rumah orang tu...

    ReplyDelete
  10. Apabila baca tulisan ini,teringat saya semasa jadi ahli PBSM dan tukang memberi getah semasa merentas desa. Rasa baru semalam peristiwa itu berlaku. Sebenarnya baru tahun lepas..hehe

    ReplyDelete
  11. salam.. Cklah ini cikgu erkh..terima kasih dtg ke blog ema..salam kenalan

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum..
    Kak ckLah, cantik benar landskap rumah ni. Rajin tuan rumah menjaganya.

    Erm cepat benar sekolah akak dah buat acara merentas desa. Kalau zaman sekolah dahulu, kami meredah ladang kelapa sawit dan kawasan tanah merah.

    Kamera DSLR memang pantang kena air tau kak.. Cantik gambar yang terakhir tu.. :)

    ReplyDelete
  13. Salam Kak..
    ermm..awalnya merentas desa sekolah
    mesti target sebelum CNY ni..melihat
    getah gelang..teringat budak2 dulu main "tuju getah"..pakai bateri lagi :)

    ReplyDelete
  14. salam...kak, cantik la landskap..

    ReplyDelete
  15. Ngapa tak minta sepasu bonsai teh (pokok tehkah?) tu masuk ke dalam XIII NAM yang dah sedia menunggu? Memang nyaman persekitaran rumah orang tu. Kawan Paman kata, kamera DSLR tu 'dedah selalu luar rumah'. Kameranya!! Jangan simpan dalam beg dia saja, nanti jamuren lensanya.

    ReplyDelete
  16. Wah...

    Rajinnya tuan rumah ni- pencinta laman hijau.

    ReplyDelete
  17. ehem cantik landskap & keta Xiiinam tu !!..he2x..masa mama sekolah dulu bila lalu kat depan rumah sendiri mama sempat curi2 balik minum air..ha2x..

    ReplyDelete
  18. tengok getah banyak-banyak tu teringat time kecik-kecik dulu selalu main getah hehehe...

    ReplyDelete
  19. Atuk;
    Betullah Atuk...zaman dulu, itulah getah seluar katok kita. Hehehehe

    ReplyDelete
  20. Indahouse;
    Ya lah Nur...mak-mak pun takut nak biarkan anak keluar sangat pun. Banyak bahaya di luar, zaman ini...

    ReplyDelete
  21. cheqna;
    Hehehehe...sambil bersembang dengan geng ya!

    ReplyDelete
  22. Mrs Azmi;
    Kena joging selalu ni! :D

    ReplyDelete
  23. kakzakie;
    ....lepas tu, siapa yang kalah nangis! Tuduh kawannya 'main tipu'. Hehehehe

    ReplyDelete
  24. pB;
    Bukan satu...tapi, banyak jenis permainan...hehe

    ReplyDelete
  25. kakLong; ckLah sampai sekarang tak pandai melastik dengan getah macam ni. Selalu terlastik muka sendiri. Kalau dengan lastik betul.....juara kampung. Hehehehe


    Ya, cantik. Sebab tu cklah dok intai-intai setiap kali lalu....

    ReplyDelete
  26. Ey-nee;
    Ey-Nee kira anak zaman moden lagi...zaman cklah, kelapa sawit belum popular di kampung. Masa tu, pokok kelapa yang tinggi-tinggi tu...hehe

    ReplyDelete
  27. Muzakkir;
    Baru lepas sekolah lah ni ya? Hehehe

    ReplyDelete
  28. Mama Ema;
    Salam disambut....terima kasih ya! Hehe

    ReplyDelete
  29. Nur-NBA;
    Terpaksa buat cepat kerana tahun ni sekolah jadi tuan rumah beberapa acara sukan peringkat Negeri dan daerah...

    ReplyDelete
  30. zulkbo;
    Main getah pakai bateri? Tu kira moden lah tu...hehehe.


    ckLah punya permainan labih tradisional kerana ckLah anak tahun 60-an dan 70-an. Hehehe

    ReplyDelete
  31. cikgu Ma;
    Memang cantik sangat. Terpikat ckLah...:D

    ReplyDelete
  32. Temuk;
    Kesian pokok tu kalau dibawa ke rumah ckLah....tak ada yang rajin membelai dia lagi. Hehehe


    ckLah selalu menembak, tapi foto-fotonya hanya disimpan di blog peribadi ckLah saja. Untuk tatapan sendiri...hehehe. Gambar di blog banyak guna kamera telefon saja, terutamanya kalau di sekolah, memang ckLah tak pernah bawa kamera gedabak tu sejak pindah sekolah baru. Di sekolah lama dulu, merangkap fotografer sekolah masa pegang Majalah sekolah selama 7 edisi. Di sekolah dulu, letak kamera atas meja guru tak ada siapa berani usik. Di sekolah baru ni, jangan dibuat. Lesap nanti. Budak-budaknya lain macam. Hehehe

    ReplyDelete
  33. Munsyi;
    Teringin ada rumah macam tu....selalu tengok Majalah saja, tapi tak terikut...

    ReplyDelete
  34. mama aini;
    Tu lagi syok tu....boleh duduk depan peti sejuk lama sikit, sejukkan badan...Hehe

    ReplyDelete
  35. Ms Lilies;
    Macam-macam jenis permainan kan...hehe

    ReplyDelete
  36. lama taj menjenguk ke sini..baru lepas kerja2 yang menghalang drpd merayau2 ke sana sini..

    main getah dulu-dulu...bestnya....habis getah mak simpan kena curi buat main...hehe

    ReplyDelete
  37. CkLah...
    tadi terbaca 1 entry kat 1 blog ni. Saya ni bab Sejarah memang tak berapa nak handal hehehe...cuma nak tanya, betul ke artikel tu sebagaimana yang diceritakan..



    http://sozcyili.blogspot.com/2012/01/rupanya-puteri-hang-li-po-hang-tuah.html

    ReplyDelete
  38. nazrah;
    Tak apa...bukan ada apa yag penting pun di sini...

    ReplyDelete
  39. Ms Lilies;
    Sumber Sejarah ada dua. Sekunder dan Primer.

    Kalau sekadar menulis ambil pendapat orang, dengan harapan trafik blognya meningkat.... hmmmmmm. Tengok gaya bahasa pun, alahai... .Maaf cakap, malas nak layan tulisan picisan begitu. Kalau cakap tentang Sejarah, ckLah lebih tumpukan kepada yang bercatatan sahih. Cerita berbaur hikayat dan lagenda yang memang terselit banyak unsur mitos, kurang cakna sikit. Itu ckLahlah...orang lain, tak taulah...:D

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...