Suka tak?

20120124

Rehat sekejap...mengisi perut sambil mengisi minda anak-anak.

Perjalanan balik dari utara diiringi rasa libang libu. Kondisi kereta belum meyakinkan, kerana dari hari Ahad sampai hari ini,  memang tiada bengkel yang dibuka. Kalau ada pun bengkel orang Melayu, alat ganti memang tak ada. Kena berharap dengan tokeh yang sedang bercuti raya juga.

Tapi, dalam pemerhatian saya di premis-premis lain, nampaknya lebih banyak kedai Melayu yang ditutup, berbanding premis orang Cina! Betul-betul menghayati 1 Malaysia rakan-rakan Melayu kita ni!

Untuk mengelakkan kesesakan melampau seperti hari Sabtu lepas, kami memilih untuk mengelakkan Lebuh Raya PLUS. Kami ikut jalan biasa sambil menikmati pemandangan kanan dan kiri. Entah berapa kali kena berhenti kerana ada sekatan jalan raya, jadi, perjalanan ambil masa yang lebih panjang dari biasa!

Singgah bersarapan di gerai Cendol Pulut dan Laksa di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Al-Baqir, Bagan Serai, dekat-dekat Gunung Semanggol. Memang sedap kuah laksanya. Patutlah orang penuh.Dihidangkan dalam mangkuk tanah tanpa jenama ini saja...tak payah Vantage pun, kalau dah sedap, tetap sedap! :D


Antara hidangan utamanya adalah 'Nasi Kenduri'. Sesiapa yang teringin makan nasi kenduri tapi tak ada orang jemput, bolehlah ke mari. Hehehehe...

"Macam pernah dengar nama Abu Bakar Al-Baqir, tapi di mana ya?" Kata anak saya Bin.

"Huh, 'macam pernah dengar' tu maknanya ingat-ingat lupa! Tang situ yang kena perjelas tu! Kalau tidak, generasi sekarang terus lupa! "

Ibu kembali bersemangat lalu kembali menjamu selera sambil bercerita kepada anak-anak tentang sejarah Al-Marhum Ustaz Abu Bakar Al-Baqir Tokoh Pejuang Islam yang mejadi tonggak masyarakat dan perkembangan Islam Gunung Semanggol. Beliau antara tokoh yang mengasaskan Madrasah Ehya El-Shariff (tercatat dalam buku Sejarah Tingkatan 2 dan 5).

Lalu saya ceritakan kepada mereka tentang 'kegahan' madrasah itu yang bemula di era Kaum Muda, tempat bertunasnya gerakan Islam, Hizbul Muslimin yang digeruni Inggeris ketika itu, dan terus berjuang melalui zaman pendudukan Jepun dan  zaman keganasan komunis . Ustaz Abu Bakar pernah dipenjarakan oleh Inggeris yang memang takut akan perjuangan beliau yang ingin menegakkan Daulah Islamiah di negara ini.

Ada juga cucu-cucu al marhum yang menjadi rakan sekolah saya di Sekolah Raja Perempuan Taayah Ipoh dulu. Syukur, bonda saya juga adalah bekas murid marhum, kerana bonda saya juga bekas murid Ehya El-Sharif...

Sayangnya, tiada kesempatan untuk membawa anak-anak ke tapak sekolah itu, institusi tempat embah wedok mereka merantau belajar, dari Sabak Bernam puluhan tahun yang lampau.

30 catatan pelayar @XIIINAM:

  1. Assalamualaikum ckLah,
    Perjalanan jauh sedikit tidak menjadi hal, banyak yang boleh dipelajari.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum ckLah

    itulah istimewanya seorang cikgu, dlm suasana bagaimanapun akan dikaitkan dgn ilmu, tambah2 lagi sejarah itu ada kenamengena dgn embah wedok mereka....

    ReplyDelete
  3. sentiasa terpegun dengan kebolehan cklah..

    ayu byk yang dah tak ingat.. mungkin usia atau kurang pembacaan..
    ruginya ayu

    terima kasih cklah atas ingatan

    ReplyDelete
  4. memang benar. aku juga dapati banyak kedai melayu yang tutup berbanding dengan kedai cina di Teluk Intan...

    ada yang kata, cina tutup kedai apabila raya melayu sahaja... ermm.. memang 1Malaysialah...

    ReplyDelete
  5. err.. kejap.

    mungkinkah ia ada kena mengena dengan kehadhiran Tahun Naga yang memerlukan mereka membuka perniagaan bagi 'mendapat tuah' dalam tahun ini?

    ReplyDelete
  6. tq utk sedikit maklumat sejarah. rindu ngan cendol pulut. lama tak jamah.

    ReplyDelete
  7. kalaulah boleh dijadikan filem... bestnya kan :)

    ReplyDelete
  8. hehehehe
    cheqna ni kalau sebut bab sejarah memang kurang suka
    kalau math..meme feveret la =)
    tapi alhamdulillah tak pernahla lupa diri =)

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. cikgunormah;
    Tulis buku pun belum ada orang buat cikgu...

    ReplyDelete
  11. maksu;Jom kita pakat buat sendiri..hehe

    ReplyDelete
  12. aku;
    Dah lebih Cina dari orang Cina ya kalau pasal tu. Tapi tak kaya-kaya juga....hehe.

    ReplyDelete
  13. Ayu;
    Cerita sekadar tahu saja...untuk ank-anak agar mereka tidak lupa jati diri. Hehe

    ReplyDelete
  14. Atuk:
    Kebetulanlah Atuk...:D

    ReplyDelete
  15. mieza;
    Sekadar memenuhi ruang masa. Hehe..

    ReplyDelete
  16. muzakir;Bagus...bagus....bagus anak muda. :D

    ReplyDelete
  17. cikgu
    orang cina cutinya sekejap,,,,

    ReplyDelete
  18. sedapnya laksa dan cendol tu.. Alhamdulillah dapat ilmu tentang sejarahwan di sini.. terima kasih yer..

    ReplyDelete
  19. salam..
    saya setuju sangat..
    kedai melayu yang beria tutup
    time raya cina ni..kalau raya
    kita tak tutup orang cina bila
    meniaga..lagi untung banyak
    mereka sebab semua kedai tutup..
    di KL ada kedai cina, rasa cina
    kedua dah buka..tapi ada kedai melayu seminggu cuti..he he

    ReplyDelete
  20. Azani;
    Betul...pagi ni orang Cina dah buka kedai. Kedai Melayu masih 'istiqomah' tutup. Dipasar, peniaga Cina semua dah kerja, makcik-nakcik Melayu jual ulam masih cuti...Haha...

    ReplyDelete
  21. zulkbo;
    Betul, macam komen ckLah kat atas ni! Nak cari daun kesum hari ni pun kena beli dengan penjual sayur Cina...

    ReplyDelete
  22. Hanis Azla;
    Memang sedap tu Hanis....tu yang beria-ia masuk blog. Hehe....


    Pasal Sejarah tu, ckLah cuba catatkan sesuatu di blog ckLah ini untuk sesiapa yang suka. Taklah mengarut saja perjalanan citera Sanggar Maya ckLah ini jadinya. Harap-haraplah...maklumlah, bloger dah berumur macam ckLah ni. Anak-anak baca blog ckLah....hehe

    ReplyDelete
  23. Sambil makan, dapat ilmu, best tuh!

    Isy teringin sungguh tengok laksa tu..

    ReplyDelete
  24. Dinas;
    P jalan dekat-dekat je kena cari info sampingan....lepas ni nak cari gajah di Surabi, jejak tapak Dinas. Hahaha...

    ReplyDelete
  25. Kalau si anak bertanya ada ibu yang punya jawapan pasti mesti tak sama dgn anak yang ingat-ingat lupa tapi ibu tak berupaya mengingatkan apa yg dilupa itu cikgu...

    ReplyDelete
  26. kakzakie;
    Kebetulan ada jawapan...kadang-kadang menggagau juga...

    ReplyDelete
  27. cheqna;
    Tak suka tak apa. Lain orang lain kecenderungannya.

    :D

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...