Suka tak?

20120126

Sesekali ku rasa teringin...

...bersila atas lantai, sambil menikmati mi segera!

Hidangan percubaan ketika semua selera entah hilang ke mana, meski telah memasak pelbagai juadah untuk anak-anak dan suami!

Mengimbau kenangan 1990, ketika menyewa unit kediaman di tingkat 7 Brickfields, di tengah bandar raya Kuala Lumpur dengan kadar bayaran RM700 sebulan bersama 11 rakan sekuliah di Universiti Malaya Lembah Pantai. Bersesak bagai dalam tin sardin!!! Kala itu, elaun bakal-bakal guru lepasan Ijazah yang mengambil Diploma Pendidikan di universiti  cuma RM500 sebulan (sebelum dipotong yuran pengajian). Dengan masa seharian memang lebih banyak dihabiskan dalam kampus, dengan rumah yang tiada peralatan memasak, dengan duit yang memang hampir tiada untuk dijimatkan untuk tambang Bas Mini No 12....memang mi segera rendam kosong saja!  (Dan masa itu memang zon kurus! Hahaha)


...tapi sekarang tak ada kawan nak buat begitu. Ajak anak-anak....mereka tak minat mi segera walaupun telah di'up-grade' oleh  ibu mereka! Huhu...



"Tak minat sudah! Usah dok hingaq, pi main jauh-jauh...!"




52 catatan pelayar @XIIINAM:

  1. Dia sekarang di IPT tak sama macam kita kan cikgu. Budak sekarang walau tak ada ptptn tapi poket mak-ayah masih boleh korek... Makan pun sedap-sedap maggi rendam macam kita dulu tak adalah...

    Kalau kakak dapat mee yg cikgu tunjuk tu nak juga:)

    ReplyDelete
  2. he he
    ngimbau kenangan masak maggi dalam baldi pakai heater gantung....

    ReplyDelete
  3. kadang2 memang lepas gian makan mee segera...

    sesekali makan mengimbau saat zaman belajar dulu2

    ReplyDelete
  4. kakzakie;
    ckLah pun makan tak habis tadi....makan saryur dan telur je. Hehehe. Pening bau rempahnya!

    ReplyDelete
  5. Azani;
    ...dan 'heater' meletup kerana tukang masak air leka menaip kerja kursusu dengan mesin taip patuk ayam zaman itu! Hehehe

    ReplyDelete
  6. Mrs Azmi;
    Kat kedai mamak, mereka cas mahal tu..hehe

    ReplyDelete
  7. tajuk dah macam lagu Shima...hehe....mengimbau zaman megisegera yg tidak lagi anak2 rasai kesusahannya kini...

    ReplyDelete
  8. betul tu, kalau sya teringin sesangat
    pantang yg memang enpakwe buat tu sya langgar semacam je
    sedapkan sesekali pekena mee segera

    ReplyDelete
  9. betul tu, kalau sya teringin sesangat
    pantang yg memang enpakwe buat tu sya langgar semacam je
    sedapkan sesekali pekena mee segera

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum ckLah,
    Kena pergi China Town cari Maggi Malaysia, terliur Maggi ckLah...

    ReplyDelete
  11. ey-nee;
    Anak-anak banyak sangat didehkan dengan ilmu 'nutrisi dalam pemakanan'. Yang begini, mereka tolak. Hehe...

    ReplyDelete
  12. Mieza;
    Oooowh, nanti balik Malaysia kena bawa bekal ya! Hehe

    ReplyDelete
  13. maggi memang bekal utama masa jadi student dulu

    ReplyDelete
  14. cheqna;
    Pernah ckLah bekalkan anak ckLah dengan megi ke asrama....sampai cuti semestar depannya tak berusik! Hehe..

    ReplyDelete
  15. haha boleh paham tu macam mana rasa dok masih belajar,makan maggee...anak anak tu walaupun xsuka skrang,bile dorang dah masuk belajar tu nanti,suke la tu.xda hal la...hahah

    ReplyDelete
  16. Mr Clive;
    Hanya yang pernah melaluinya yang tahu...hehe. Terutama yang mengharapkan duit elaun semata-mata.

    ReplyDelete
  17. meggi memang makanan kegemaran saya....:)

    ReplyDelete
  18. lieynanilaz;
    Tapi tak boleh selalu sayang...banyak MSG tu. Hehe

    ReplyDelete
  19. sesungguhnya aku biasa juga rendam mee segera dalam air sejuk... kerana tak ada air panas...

    ReplyDelete
  20. Aku;
    Itu baru betul-betul segera!

    Tak payah rendam pun sedap!
    "RENYUK...GONCANG....MAKAN!"
    Cer cuba!

    ReplyDelete
  21. saya pun, bila datang mengidam dan terasa nak makan, kdg2 layan gak mee segera ni.

    syiokkk!!! imbauan masa zaman study dulu. mee segera ni dah kira makanan mewah :)

    ReplyDelete
  22. izzu;
    Yang dah sengkek sangat, dia akan mengendeng kawan;
    "Nak rasa kuah sikit!"

    Hehehehe. Kesiankan...


    ***Burger kosong pun dah cukup mewah masa tu. Tak adelah bersikret resepi, pijahat, dan tuti fruti bagai macam budak-budak U la ni. Hehe

    ReplyDelete
  23. Ibu masak lauk lain lagi sedap! :P

    ReplyDelete
  24. anak2 kngah memang hantu megi. jarang beli sebab kalau ada, depa nak makan megi jek...

    ReplyDelete
  25. Sekarang ni makan jugak tapi bila terpaksa saja, kihkih! Walau diupgrade dengan cara paling glamer sekalipun, tetap teringat zaman boh megi dalam bekas plastik & tutup tunggu kembang lepas boh ayaq hangat dulu. Sedih.

    ReplyDelete
  26. Geoul oXO (haih....nama apa ni?):

    Tolong tak apa!!!

    ReplyDelete
  27. kakngah;
    Budak budak tak boleh selalu makan makanan segera...nanti lemah iq dan eq..

    ReplyDelete
  28. Dinas;
    Makanan ruji perantau ya! Hehe..

    ReplyDelete
  29. Salam.. Kak, mereka tak nak tapi saya nak..

    Sesekali tak mengapa.. jangan selalu.

    ReplyDelete
  30. Nur-NBA;
    Heehe....kalau selalu, masuk hospital lah ckLah...

    ReplyDelete
  31. ayu suka, tapi masalahnya ayu cuba hindari.. dah hampir 5 tahun xmakan maggi..
    kawal diri..
    hehehhe

    tapi, maggi versi cklah sangat nyammi.. khasiat nya

    ReplyDelete
  32. lebih kurang je time kita berada di brickfield tu. bas mini no 12 dan bas no 40 memang saya ingat sgt. hehehe

    ReplyDelete
  33. AHP;
    Owh...ya ka?

    Masa tu saya selalu buat kerja sukarela di MAB (persatuan orang buta Malaysia) di Brikfields tu, kebetulan kawan baik saya masa belajar di UM tu pelajar cacat penglihatan. Yang kagumnya, dia lebih cekap dari saya untuk memicit loceng kalau kami naik bas. Bas No 40 Sri Jaya ya? Hehehe...dah tak ada dah semua tu.

    ReplyDelete
  34. Kasihibu;
    Maafkan ckLah, baru jumpa komen awak dalam SPAM. Tak taulah kenapa masuk SPAM. Blog dah mereng sikit ni!

    ReplyDelete
  35. anak2 n ibunya memang suka maggie ini terutama yg ditambah2 ramuannya!

    ReplyDelete
  36. teratai;
    Cuba buat megi goreng macam di kedai mamak...letak telur mata kerbau, suka juga depa!

    ReplyDelete
  37. Sesekali Memang mai rasa dok ngidam Maggi. Masa dok hostel SEMAJA dulu, maggi rendam air sejuk - bagai penawar duka :)

    ReplyDelete
  38. najwa;
    Tak payah rendam....renyuk,goncang, makan je! :D

    ReplyDelete
  39. Salam,bila anak-anak balik tentu nak makan masakan istimewa air tangan ibu.. tak main la mee segera ni he he

    ReplyDelete
  40. saya sempat gak merasa naik bas mini no 12 dan intrakota no. 40 ... hahahah tapi kak mee tu mmg nampak sedap ....

    ReplyDelete
  41. mayangsayang;
    Dekat-dekat lah kiranya angkatan kita ya....hehe

    ReplyDelete
  42. wah....demam demam gini terliur plak tengok megi upgrad akak....hehehe....best x bercuti kt Penang...

    ReplyDelete
  43. Henrietta;
    Owh...demam lagi! Semoga smbuh cepat ya! Ke sana demi pasemboq je...hehe!

    ReplyDelete
  44. sesekali makan meggi memang best.. sesekali mengenang cerita lama pun lagi best..

    ReplyDelete
  45. Hanis Azla:
    Boleh datangkan ilham ya Hanis...hehe

    ReplyDelete
  46. sedapnye akak.. maggie... makanan time di kampus..

    ReplyDelete
  47. Ladybird;
    Makan orang sibuk...hehe

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...