20120123
Sibuk bertahun baru juga!
Gambar di atas diambil dari dalam kubu di bawah, melalui tingkap kecilnya itu...bertarikh 31 Disember 2011. Port Cornwallis, Padang Kota Lama. Melayan 4 anak remaja saya ini. Entri ini.
Malam tahun baru 2012 tempohari kami ke mari. Malam Tahun baru Cina ni datang lagi.
Kebetulan, bukan sebab mahu turut meraikan tahun baru Gregorian dan tahun baru Cina itu kami meredah Jambatan Pulau Pinang dalam kemeriahan lalu lintas, tapi...semata-mata memenuhi selera anak-anak yang nak makan pasembor lagi! Ambil DIa di Merbok, dan patah balik ke Pulau Pinang!
Kali ini cuba pasembor di premis lain, tak berapa sedap kuahnya...terlebih manis.
Orang memang penuh di medan selera Padang Kota Lama malam ini. Memang tak selesa dari mula sampai diserbu oleh 'promoter-promoter' premis makanan masing-masing! Tempat duduk pun sesak.
Untuk menghadamkan rojak pasembor dan segala macam juadah yang baru dihabiskan, jalan-jalan sebentar mengambil angin laut. Melihat-lihat orang ramai yang berpusu-pusu kerana ada sambutan Tahun Baru Cina oleh Astro AEC di sekitar kawasan itu.
Malam Tahun Baru, biasalah...Tarian Naga, Ching Hei, dan bunga api! Pelancong asing pun ramai juga. Jalan-jalan melihat-lihat orang berjualan di sekitar...
Puas, dapat melayan anak remaja berempat ini yang sudah semakin jarang dapat berkumpul semuanya...
...dah letih, kami tinggalkan Pulau Pinang dan balik semula ke hotel di Sungai Petani. XIIINAM meragam pula. Letih agaknya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


Wah! Pasemboq! Nanti nak cuba la bila p penang nanti.
ReplyDeleteAssalamualaikum ckLah
ReplyDeletesaya dengar berita, jln jem teruk di jambatan P Pinang dua2 hala....tu yg agaknya XIIINAM meragam
Muzakir;
ReplyDeleteAnak-anak dah ketagih....:D
Atuk;
ReplyDeleteMasa kami lalu semalam, trafik lancar. Tiba-tiba kompreseor pendingin hawa bocor! Tak ada bengkel buka pula tu! Kalu ada pun kedai Melayu....tak ada 'spare-part!' Terpaksa bermalam di sini dulu!
kereta mogok sebab dikerah bekerja di tahun baru agaknya... hehehe
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteermm..apa nak buat
1 MALAYSIA la katakan..
selamat Bercuti :)
Assalamualaikum ckLah, lapaq pasemboq!
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteLama benar alumni USM ni tak ke Padang Kota Lama..menikmati air laut dan angin yang sepoi-sepoi bahasa
rindunyer ngan penang..
ReplyDeleterindunyer ngan penang..
ReplyDeleteselamat bercuti cklah..
ReplyDeleteerr sedapnya abc aiskrim tu
sedapnyaaa ABC...
ReplyDelete