Koleksi gambar XIIINAM

Instagram

20121030

Ulang tahun perkahwinan ke 20 bersama 4 'escort'.

25 Oktober ambil Bin di asrama, dan terus ke Shah Alam ambil Dia. Keluar dari pintu kampus di Seksyen 7 anak-anak terus ajak ke I-City semata-mata nak masuk SnowWalk.
Gambar dari telefon mereka saja. Tak berani bawa DSLR macam dulu...kanta kabur seharian lepas keluar.

26 Oktober.
Hari jadi Nuha yang ke 12. Cuma sempat membaca doa selamat awal pagi sebelum ke rumah mak dan bapak. Sebelum Jumaat, balik ke rumah sendiri kerana abah mereka terlibat dengan aktiviti korban, 8 ekor lembu di kariah kami. Malamnya, ke rumah mak semula menyertai BBQ adik beradik dan anak-anak buah.
Dah 12 tahun. Dah buat Kad Pengenalan petang 29 Oktober

26-27 Oktober, kami ke Cameron Highlands. Sudah kali ke 6 kami ke sini, tetapi kami pertama mengikut jalan T Intan-Batu Gajah-Simpang Pulai- Cameron. Selama ini ikut jalan T Intan- Tapah-Cameron. Ke dua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Bezanya, kalau ikut Tapah, jalan lebih berliku dan banyak tempat kita boleh berhenti dan melawat bermula dengan Bee Farm di Ringlet, sebuah hentian jualan sayur, buah dan bunga, ladang teh Cameron Valley, Tanah Rata, Brinchang lalu terus naik ke atas kalau mahu.

Kalau dari Simpang Pulai, kita akan masuk Cameron dari atas, bermula dari Kg Raja, Kuala Terla, Tringkap, Brinchang dan terus ke bawah. Kesesakan jalan yang teruk berlaku antara Kea Farm ke Brinchang dan Tanah Rata ke Brincang. Kami memilih sebuah apartment di Kea Farm, kerana anak-anak remaja lelaki dan perempuan kami sudah remaja belaka. Dulu, masa mereka kecil, sumbat semua sekali dalam satu bilik di hotel! :D

Rose Apartment, 3 bilik pilihan kami. Lengkap dengan dapur dan peralatannya. Harga asal ada kalanya mencecah lebih RM1000 semalam, ada kalanya turun sehinggaRM 388. Kena selalu tengok di web Agoda Hotel. Oleh kerana mata terkumpul saya di Agoda agak banyak, maka saya dapat potongan yang banyak juga! Hadiah ' ulangtahunlah kiranya...
Pemandangan dari unit apartment kami di tingkat 4
Tempat pertama disinggahi, Al Mashoor Strawberry Farm dekat Tringkap
Juadah pertama dijamah, aiskrim strawberry.

Sebenarnya, kami tak makan di luar pun. Suami memang susah makan di luar. Jadinya, kami gotong royong masak makan malam dengan lauk ringkas.
Dan masak sarapan pagi juga ringkas. Nasi goreng kampung dan sandwich.
Oleh kerana sudah kali ke 6 ke mari, tidak banyak tempat kami kunjungi. Sementelah, anak-anak makin membesar. Mereka lebih suka bersejuk-sejukan di apartment dengan udara dingin yang semula jadi, tanpa pendingin hawa melayan peranti dan gajet masing-masing! Hmmm, kalau macam ni, baik tak payah susah payah mendaki...di rumah pun boleh yang oi!
Dulu, kalau datang Diba dan Nuha pasti berebut mencari sarung tangan strawberry. Sekarang, makin besar, selera mereka juga makin berubah. Selera gothik!
Nuha ini, macam dia seorang ada abang!

Macam ladang teh bapak depa!
Tukang tarik tangan ibu, yang tak beapa larat mendaki

Aras tertinggi yang sanggup saya daki, Rose Centre Kea Farm.
Dia semakin menunjukkan minatnya dalam fotografi...
Teringin juga....macam Dato' Siti dapat dari Dato' K! :D (macam...tapi yang murah-murah sajalah macamnya!)

Anak-anak perempuan, memang pantang kalau dipelawa membeli apa-apa. Tapi yang lelaki seorang ni, susah sikit. Dia tak gemar membeli belah. Jika dipelawa, dia akan jawab...'Tak apalah!', 'Tak payahlah!', atau 'No Thanks!' Jadinya, saya belikan dia teropong saja masa dia pergi ke tandas. Tak payah tanya. . Nampak gembira benar wajahnya. Jangan pula kau halakan teropong ke asrama perempuan nanti Bin!

Gahairah dengan yang ini bukan kerana sedap sangat pun,  tapi kerana pokoknya tak ada di bawah sana nun.


Semoga Allah memanjangkan segala nikmat yang ada ini. Amin.
Oh, cukuplah. Dah banyak gambar dimasukkan rupa-rupanya. Jarang buat entri baru dah, sekali buat, macam mabuk pula...buat kenangan anak-anak, dan suami...andai ditakdirkan ibu pergi terlebih dulu suatu hari nanti.
Terima kasih rama-rama sudi menumpang di sini...
Terima kasih perayau maya sudi mencemar duli ke mari...


30 Oktober.

Ulang tahun perkahwinan kami ke 20. Syukur Alhamdulillah...tapi disebabkan 30 Oktober hari bekerja dan anak-anak sudah pulang ke asrama masing-masing, kami sambut lebih awal bersama mereka. Yang sambut berdua....belakang cerita! :D

57 comments:

  1. Selamat meyambut ulangtahun ke -20 CkLah. Alhamdulillah. Semoga diberi keafiatan dan rezeki yang luas serta bahagia sokmo.

    ReplyDelete
  2. DrSam,
    Terima kasih atas doanya Dr. Amin...amin. Semoga Allah limpahkan kurnia yang lebih baik dan banyak buat Dr dan keluarga.

    Saya minta maaf ya Dr...masih tak dapat meninggalkan komen pada blog Dr kerana Android gajet saya tak dapat melepasi word verification di ruang komen blog Dr. Nanti kalau berkesempatan saya guna laptop, mungkin boleh. Maaf sangat!

    ReplyDelete
  3. السلم عليكم ورحمة الله

    Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan buat cikgu dan suami, moga Allah kurniakan kebaikan yang banyak buat cikgu berdua, bahagia hingga ke akhirat...aamiin

    ReplyDelete
  4. Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan ke 20, CkLah! Seronok la tengok percutian keluarga tu. Sarung tangan tulang tupun saya suka tengok, kehkeh!

    ReplyDelete
  5. Abdul Razak,
    Waalaikum salam warah matullah. Terima kasih atas doa ustaz. Moga Allah mengabulkannya, amin,

    ReplyDelete
  6. Dinas,
    Terima kasih Dinas...

    Nuha tengah kemaruk sarung tangan tu. Tadi, masa buat IC, sampai JPN rupanya dia pakai sarung tangan tu. Mujur ckLah sedar sebelum nombor dipanggil.....kalau tidak harus pegawai pendaftatan tu pengsan masa nak ambil contoh cap jari....l

    ReplyDelete
  7. Selamat hari ulang tahun perkahwinan.. Semoga hari2 mendatang lebih membahagiakan..
    Bestkan dapat jalan2 sekeluarga... Makchaq la ni jarang sangat dpt jalan ramai2...pakchaq susah cuti.. Kena plan lama... Tp bila plan lama sangat x jadi pulak..

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan buat akak dan suami.. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke syurga.

    Seronoknya berjalan dengan anak2.. Nur cuma bercuti di kampung je..

    ReplyDelete
  9. Makchaq,
    terima kasih makchaq.

    Kami pun jalan dekat dekat saja sekarang ni sebab anak anak pun dah jarang berkumpul.
    :-)

    ReplyDelete
  10. NurNba
    Terima kasih Nur.
    Di kampung pun seronok juga Nur!
    Kami ni, memang tinggal di kampung, jadi cutinya kena keluar. Hehe...

    ReplyDelete
  11. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan untuk CkLah dan suami. Semoga bahagia dan sejahtera sepanjang hayat.

    Buat Nuha, selamat menyambut hari lahir. Semakin remaja lagi tahun demi tahun yer. Semoga Nuha semua hasrat Nuha dalam hidup tercapai semua, InsyaAllah

    Cantik gambar-gambar di CH tu. Dah lama tak kesana.

    ReplyDelete
  12. rama-rama pun mahu menumpang suasana romantik tu...

    ReplyDelete
  13. Selamat ulangtahun cklah...


    Bestkan dpt cuti satu fmly....hehe, zaman sekarang ni, semua ralit dengan gajet masing-masing. Kalaupun ada 10 orang dirumah, tapi sunyi......pasal semua dok bergajet, ehehehe.


    #balik kg baru ni, ayah tanya......kat mana kamu kenal cikgu ramlah?...... ehehe.

    ReplyDelete
  14. wah dah 20 tahun!

    tahniah! moga terus berbahagia, dilimpahkan rahmat dan keberkatan dariNYa

    ReplyDelete
  15. gambar last tu... unik and artistik.! :)

    *camner rasa stroberi berbungkus coklat.?!

    ReplyDelete
  16. wow dah 20 tahun tu. happy 20th anniversary, semoga kekal bahagia hingga akhir hayat...aminnnn
    seronok bila tgk gelagat anak2 akak. saya ni dah lama tak bwk anak2 pegi CH, mana tau tuhan makbulkan doa saya bwk depa sambut birthday kat sana. insyaallah

    ReplyDelete
  17. selamat ulangtahun perkahwinan cklah..
    semoga keduanya berbahagia selalu....

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah
    moga kekal bahagia hingga ke syurga
    cheqna nak g cameron on 4 hb ni

    ReplyDelete
  19. selamat ulangtahun perkahwinan ye kak... doakan moga terus berbahagia selamanyer amin2

    ReplyDelete
  20. ckLah

    Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan. Tahniah! Seronoknya sekeluarga bercuti begitu. Semoga terus ada ruang dan peluang berkumpul dan bergembira, selalu. Paman amat rasakan hari ini... tahu-tahu, para anak dah pun "hilang", meneruskan kehidupan dengan anak-anak mereka sendiri pula!

    Strawberry al-Mashoor memang memikat. Pemiliknya, Tuan Syed A.R. bakal kenduri kahwinkan anaknya di Cameron Highlands awal bulan November ni. Sedih betul tak dapat pergi sebab nak ke tempat lain.

    ReplyDelete
  21. HAPPY ANIVERSARY yg ke-20, Semoga jodohnya berkekalan hingga keakhir hayat!

    Seronok ya di Cameron Highland, saya pun dah lama x ke sana.

    ReplyDelete
  22. salam ciklah. Lama tak makan stroberi ch. Macam teragak je dah ni.
    Happy anniversary. Semuga kasih berkekalan.

    ReplyDelete
  23. selamat ulang tahun ke 20 cikLah......(bukan cik lah masterChef noo), seronok tengok gambar cuti cuti cameron

    ReplyDelete
  24. kunang kunang,
    Terima kasih kak...jurugambar Dia pegang DSLR, dia tak suka ambil gambar orang. Lebih banyak buat close up objek yg dia suka. Huhu.....gambar orang hanya diambil dengan telefon dan tablet.

    ReplyDelete
  25. Nizam,
    Rama rama tu datang masa kami berehat lepassolat jamak di masjid kg Raja.

    ReplyDelete
  26. najwa,
    Kalau dgn keluarga, ke mana pun best, kan!
    Sungguh...nak tinggal semja laptop di rumah, takut hilang, sebab dah banyak kejadian di sekitar sini...

    Hehe...lama dah tak nampak cikgu Midi walaupun meja kami bersebelahan. Selalunya, pagi pagi lagi dah dengar ada orang hilang cermin matalah...songkoklah...telefonlah. Hahaha....

    ReplyDelete
  27. Mrs Azmi,
    Terima kasih Mah...
    :-)

    ReplyDelete
  28. Sepa,
    Idaklah sesedap mana. Glamour je lebih. Hehe....

    ReplyDelete
  29. Tahniah! Selamat menyabut ulangtahun perkahwinan yang ke 20. Alhamdulillah...moga kebahagiaan itu sehingga akhirnya.

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum kak
    selamat ulgtahun perkahwinan ke 20thn...bestnyer anak2 dh besar....

    mmg cantik view CH..teringin sangat nk kesana

    ReplyDelete
  31. Tahniah cikgu!!... 20 tahun melayari bahtera dikurniakan 4 penyeri mahligai. Sentiasa senyum kakak melihat semua gambar yg ditepek. Rasa seronok menyelinap sama. Mengharap kakak boleh begini juga...

    ReplyDelete
  32. nuha dh semakin tinggi dh besar pnjng

    ReplyDelete
  33. bestkan dapat cuti2 Msia dgn family...anak2 bila dh besar susah nk diajak brjln..mcm2 alasan mrk..mrk lebih suka lepak2 kt rumah masa cuti....
    Saya pn dh masuk 20thn thn ni.....

    ReplyDelete
  34. Selamat ulang tahun....semoga berbahagia selalu

    ReplyDelete
  35. tahniah....selamat ulang tahun ke-20...semoga terus berbahagia dan sihat sentiasa...

    ReplyDelete
  36. selamat ulang tahun perkahwinan ke 20...moga terus bahagia selamanya bersama keluarga tercinta...:)

    ReplyDelete
  37. Mamasyaza,
    InsyaAllah...sampai sana nanti. Tak pun tempat lain yang tentunya lagi menarik, kan!
    Terima kasih ya Mamasyaza!

    ReplyDelete
  38. kakngah,
    Terima kasih, amin.

    ReplyDelete
  39. cheqna,
    Teeima kasih. Pergi dengan suami ke? Jangan lupa main kejar kejar kat ladang teh...hehe

    ReplyDelete
  40. Kesuma Angsana,
    Terima kasih ya KA? CkLah mendoakan kebahagiaan yang berlebih lebih lagi buay keluarga KA. Amiiiiin.
    :-)

    ReplyDelete
  41. Temuk,
    Terima kasih paman.
    Yalah paman, sekarang 2 orang dah di asrama pun dah mula rasa gitu dah.

    Ohhhh, untungnya paman dapat berkawan dengan beliau. Pi cameron senang nak berkira....
    :-)

    ReplyDelete
  42. Sweetie,
    Terima kasih Sweetie. Kami pun tak kerap sangat. 2-3 tahun sekali gitu saja...alang alang dekat, kan!

    ReplyDelete
  43. ibundo,
    Terima kasih ya kakpah....
    :-)

    ReplyDelete
  44. makcikkantin,
    Terima kasih MK. Jom kita pergi ke sana ramai ramai....

    :-)

    ReplyDelete
  45. JunAina,
    Terima kasih Jun. Semoga keluarga Jun dianugerahkan kebahagiaan yang lebih lagi...amiiiin.
    :-)

    ReplyDelete
  46. Izan mama mia,
    Terima kasih izan.

    Hehe..nanti anak anak Izan dah besar, teringat ingat masa mereka kecik....macam akak.

    ReplyDelete
  47. kakzakie,
    Terima kasih atas doa kakak. Doa ckLah semoga kakak dan kawan kawan lain diberi anugerah kebahagiaan yang lebih lagi....amiiiin.
    :-)

    ReplyDelete
  48. HanaKamilia,
    Kalau berdiri sebelah kakak Hana....dia jadi kakak. Hehe...

    ReplyDelete
  49. NZA,
    Terima kasih ya Nza. Owh....sama kita ya! Dah jadi mak mak veteran....
    :-)

    ReplyDelete
  50. Azievee,
    Terima kasih atas doanya. Amiiiin.

    ReplyDelete
  51. Nazrah,
    Terima kasih ya kerana mendoakan ckLah....

    :-)

    ReplyDelete
  52. Aishah Jahirah,
    Terima kasih Aishah. Semoga Allah kurniakan kebahagiaan yang lebih lagi buat adik dan keluarga. Amin.

    ReplyDelete
  53. Assalammualaikum..Slmt ulang tahun perkahwinan dan salam perkenalan..sya folo cikgu.blog yg best. :D

    ReplyDelete
  54. hitomi lavender,
    Terima kasih...
    Terima kasih juga kerana sudi mengikuti blog ini. Blog yang ceritanya semakin jarang berganti baru ini...

    ReplyDelete
  55. Hello Cikgu, nak tanya kek yang berwarna-warni itu kan, dekat Teluk Intan ke cikgu beli?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chiaweii, itu kawan cikgu buat. Seorang cikgu Matematik di Seri Perak. Home made. Rumahnya di Taman Perkasa.

      Delete

Terima kasih daun keladi...

Tuan Tanah @XIIINAM

Tuan Tanah @XIIINAM
@XIIINAM