Boleh dikira macam tulah juga memandangkan dunia blog sudah semakin jarang disentuh dan Sanggar XIIINAM ini juga sudah semakin jarang diberi sentuhan... Apakan daya, daya sentuh-menyentuh semakin mengurang untuk menyuburkan blog ini! Anggaplah ini sentuhan terakhir untuk 2012. Tahun berikutnya...tak tau lagi apa hayatnya! Andai ditakdirkan memang setakat ini keupayaan saya menulis entri, saya mohon maaf zahir dan batin!
SENTUHAN TERAKHIR yang saya maksudkan di atas adalah berkenaan kerja-kerja mengubahsuai rumah yang tamat secara rasminya hari ini dengan sentuhan bahagian pagar.Rasmi tu maksudnya, pembayaran terakhir dah dibuat...dan poket pun agak kempis kini....huhu. Tukul dan pahat, sudah tidak lagi berbunyi. Pembinaan TAMAT! :D
Kerja keseluruhan melibatkan penambahan ruang dapur ala kampung, sebab boleh main badminton kat dalam (haha) dan ruang makan keluarga di belakang seluas 24 x 12 kaki sahaja, beserta dua kabinet ringkas. Satu lurus. Satu berbentuk L. Juga penambahan ruang tamu ke dua seluas 12 x 15 kaki, serta mengubah kedudukan pintu pagar. Pagar dah siap tiga hari lalu, tapi sepasang lampu pagar itu baru dipasang masa saya di sekolah tadi. Lampu pun sudah beli lama, masa hantar anak Kem Inspire Jannah di bawah kelolaan Dato' Dr Fadzilah Kamsah di Ulu Lenggeng tempohari, sempat singgah di Nilai 3.
![]() |
| Kiranya, macam tak sabar nak tunggu malamlah untuk tengok fungsi lampu tu.. :D. |
(Hmmmm....alah. Tak payahlah tunjuk-tunjuk gambar yang lain tu ckLah oiiii...bukan hebat mana pun! Nyampah orang! Udah-udahlah tu...ckLah pun dah malas nak melawat blog orang, orang pun dah getik nak intai blog ckLah yang pemalas ni! Haha...)
Sentuhan dan tenaga sekarang...tertumpu kepada kerja kerja mendekorasi laman yang cuma tinggal sekangkang kera ini. Kami buat berdua saja suami isteri....kedekut kos. Tak mampu nak bayar 20-30K untuk arkitek landskap! Tunggu pergola yang telah ditempah. Minggu hadapan sampailah harapnya! Tak sabar nak tunggu rumput tumbuh penuh, kerana kucing jiran asyik berulang ke tanah berpasir itu...buat macam tandas awam!
![]() |
| Taman larangan di tanah nan sekangkang kera yang belum siap. |
Cuti sudah hampir berakhir untuk anak anak sekolah. Tapi...untuk saya minggu ini sudah dikira habis cuti secara rasmi. Beberapa siri mesyuarat telah bermula...dan bersambung Isnin.
Penat kerja di sekolah? Jom, singgah rumah ckLah dan rehat-rehat kat sini...
![]() |
| Huh! Nak nunjuk juga tu...heh heh...Ate, bende baru kome. Mau idok kemaghuk! :D |
Selamat tahun baru 2013, kepada semua yang masih sudi ke mari...semoga segala-galanya bermula dengan baik, dan berakhir dengan baik juga di tahun yang baru!





mama dya cikgu pun dh start bz..hihi..bz kemas klas.
ReplyDeleteDya bunga;
DeleteGitulah kalau mak cikgu ya. Kesian anak cikgu. Hehe
Tak puaslah kakak sebab tak dapat tengok keseluruhan renovation cikgu. Ala... ikut cara kakak cikgu tepek aje gambar mana kita suka. Siapa tak suka jgn tengok.
ReplyDeleteSelamat menyambut 2013 juga dari kakak.
KakZakie;
DeleteSoganlah kakak...hehe.
Terima kasih atas ucapan kakak tu. Sampai dah masuk tahun baru Cina baru jawab. Maaf ya kakak...
Patutla lama menyepi... sibuk jadi supervisor ubahsuai rumah ya.... org sebelah tu memang nak berpagarkan zink tu je ke ckLah?
ReplyDeleteMrs azmi
DeleteHehe...idakle gitu.
Panjang kisah pagar sebelah tu dik Mah...
wah cantik rumah..taman sekangkang kera pun jadilah..
ReplyDeleteKnor;
DeleteAlhamdulillah ada rezeki berumah ya. Hehe...
..cantik landskap cKLah..org kreatif xyah upah org..bt sndiri je..kire sbg senaman gak kn..
ReplyDeleteslmt mula bertugas..kami pn dr mnggu lps lg dh habis bercuti..hari2 kena p sek.. :)
Ziraziz
DeleteDi situlah empat senam ckLah sekarng Zira. Hehe...sambil berkejar dengan kucing jiran.
Oooo dah siap! lama juga tukang ambik masa utk siapkannya ya... Berkenan saya dengn pagarnya tu...
ReplyDeleteBegitulah cikLAH hidup berjiran kena bertolak ansur... tp geramnya kita je pulak yg asyik bertolak, dia tak juga beransur-ansur...
Apa2 pun SELAMAT TAHUN BARU... dan selamat memulakan sesi persekolahan 2013... saya dah lama tak menyibukankan diri time bukak sekolah... dua permata hati saya dah ke Universiti.
Sweetie;
DeleteSelamat tahun baru kem ali...walaupun dah tahun baru Cina baru dapat balas ucapan tu. Maafkan ckLah ya!
Assalamualaikum ckLah.
ReplyDeleteWah cantik kerja-kerja penambahan dan ubahsuai ini. Tentu puas hati kalau macam ini. Apa salahnya kalau nak tunjuk dapur dan ruang tamu yang baru tu. Dapat juga kami tumpang tengok... hehehe
YB,
DeleteWaalaikum salam....
Ahhhh....seganlah nak tunjuk. Orang KL lagi cantik cantik dan besor besor istananya...^-^
bila 'anak-anak burung' dah mula keras sayapnya dan terbang nanti, terasa kosongnya... sehinggalah.. sehinggalah.. mereka pulang membawa suri dan anak-anaknya...
ReplyDelete(skrg sedang tonton drama sedih pasal emak-anak)
Nizam Arif
DeleteKesian mak burung kan nanti....
salam kak
ReplyDeletemashaAllah cantik tu kak rumah akak
wah klu saya dtg umah akak boleh saya pijak2 kaki kat batu kecil tu
Ummu
DeleteAhlan wa sahlan...sila, sila!
:D
Awat tak bubuh gambaq... Nak jugak tengok hasilnya...makchaq duduk quarters tak boleh buat apa2..
ReplyDeleteEntry lepas ni bubuh gambaq saja x payah cerita pun tak pa.
Aww...tak pa lah makchaQ. Tak ada cantik tara mana pun. Hehe
Deletewah
ReplyDeletelepas ni makin tak sabar la nak pulang ke rumah selepas keje
terapinya ada kat rumah,,,
apapun
selamat menjalankan tugas yer..
Sama-sama ucapan buat cikgu Ikhram juga ya!
Deleteselamat tahun baru 2013 ciklah...dan selamat menikmati keindahan rumah "baru" (yang memang cantik! i like wood)
ReplyDeleteTerima kasih atas ucapan tu MK. Dah tahun baru Cina baru balas ni...maafkan ckLah ya!
DeleteSelamat tahun baru cklah...
ReplyDelete**tadi tanya ayah.... ayah tukar sekolah eh? Lor, kesian le, pencen kat sek baru.....
Dia mcm buat muka sedih juga. Tapi gembira juga katanya.....huhu
Najwa
DeleteBaru ni jumpa dia datang sekolah. Antara ceia dan tak katanya....
pastinya indah dan menawan.
ReplyDeleteItu ajelah adanya...hehe
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMana gambar yang lain2 tu CkLah. Tertunggu2 juga nak tengok hasilnya.
ReplyDeleteKiranya tahun baru dlm suasana barulah ye..
Hmmm...sganlah pulak Salmi. Hehe...
DeleteYa...barulah kononnya ni. Baru depan dan belakang aje...
hebat hasil tangan sendiri ckLah. saya sendiri main tepek gambar ikut suka. bukan apa, kadang2 jadi penghibur diri sendiri..
ReplyDeleteAnim...sekarang ni tiba-tiba ckLah jadi segan nak nepek-nepek. Dulu...belasah aje. Hehe
Deletesalam kenal Cklah. Cantiknya landskap cklah. Dan selamat bertugas cikgu
ReplyDeleteSalam kenal kembali Rozita. Maaf ckLAh lambat balas ya! Terima kasih.
DeleteHuih penat2 di sekolah, balik rumah dok kat situ memang bestlah!
ReplyDeleteSelamat tahun baru, CkLah :)
Dinas...
DeleteRumah ckLah dah siap...
Tapi...rumah Dinas pula dah ditutup pintunya buat ckLah. SEDIH...
Selamat tahun baru 2013 ckLah.... dah penat kerja memang balik rumah nak lepak dalam keadaan selesa...
ReplyDeleteAmie. MAafkan ckLah lambat balas ya. Dah masuk tahun baru Cina dah ni.
DeleteSelamat Tahun Baru Kak ckLah.. Cantik rumah akak.. Akak tunjukkan la hasil renovation tu.. Selamat bertugas juga.. Tentu lepas ni lebih tenang bila pulang ke rumah... :)
ReplyDeleteNur...maaf ckLah lambat balas salam tu sampai masuk tahun baru Cina. Terima kasih ya... :)
Deleteselamat kembali ke sekolah...wah cantik rumah baru er diberi wajah baru
ReplyDeleteSelamat dah...hehe. Terima kasih... Membaharukan yang lama. Hehe
Deleteslamat tahun baru dan slamat umur bertambah CkLah...
ReplyDeleteHehe...semakin tua ya. Terima kasih ibuintan
Deletewah cantiknyer...happy new year cikgu
ReplyDeleteTAk lah antik mana,,,sikit sikit aje. Hehe
DeleteKalau ckLah cepat kenduri renovasi, akan cepatlah hilang bau simen, kapur, pasir, cat dll tu. Keluar pula aroma lauk pauk dengan nasi istimewanya. Semoga lebih ceria dan selesa selalu, dengan ruang bersaiz baru, berwajah ayu.
ReplyDeleteSelamat mengharungi 2013 yang juga baru, dan semoga ayu selalu.
Rasa ayu ckLah membaca komen paman Temuk ni. Hehehe
Deletecantik, kak. kontemporari. :)
ReplyDeleteKontemporari ya... Macam citarasa lama je ni Sepa. Hehe
Deletecantik
ReplyDeletesimple
selamat tahun baru
Selamat ya PB. Terima kasih...
Deleteselamat tahun baru, salam perkenalan..
ReplyDeleteSalam kembali...
Delete:)
Tak takut ke kerusi kat luar tu kena rembat... hehe..
ReplyDeleteKerusi camtu saya letak dalam rumah, tp awak letak kat luar je...
*Lama tak jenguk sini.. :)
InsyaAllah selamat tu...
DeleteTu dalam kawasan berpagar.
salam.. jom meriahkan kembali blog.. kawe rindu ke demo laa.. hihihi
ReplyDeleteGuano mung...tak tubek-tubek. Hehe
Deletesalam ckLah,
ReplyDeleteSemoga kita dapat membaca cerita cikgu lagi.
Selamat tahun baru yer 2013.
Insya Allah mak long. Tapi....jarang-jarang lah ya...
Deletedah sebulan... ni baru sy jengah sini.... maaf ya...
ReplyDeletenak tgk juga gambar2 hasil pengubahsuaian yang lain.... blh dijadikan ilham untuk rumah sendiri nanti... insyaallah..
Ala...fesyen bajet ciput je ni...
DeleteAssalamualaikum ckLah
ReplyDeletesalam ziarah rumah baru
Waaaikum salam...
DeleteJemput masuk...sila.
Assalamualaikum akhie dan ukhtie semua...
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi menyapa ckLah di ruang ini. Maafkan ckLah ya kerana keadaan ckLah yang begini rupa mutakhir ini di dunia blog...