Koleksi gambar XIIINAM

Instagram

20130225

Catatan random.

Tak dapat pergi Jepun membeli-belah di toko Jepun pun jadilah...lama sungguh Dia, Diba dan Nuha di sini!
Daiso Japan- semua item berharga RM5 tak kira kecil atau besar. Kena pandai pilih dan nilai...


Tak habis-habis cerita Jepun ckLah dari entri lepas ke ckLah?   (^o^)

Hmmmm...dah cuba dah untuk menulis cerita yang elok-elok untuk menyalin entri lama. Tapi...

Nak kata sibuk atau banyak kerja seganlah pulak. Kerja cikgu saja, kan...

Sejak minggu lalu, petang saya dihabiskan dengan anak didik yang gigih ini. Ada projek dan misi!
Di meja makan pun jadilah...
Petang tadi 

Tak cukup siang, malam pun mereka sanggup datang. Ibu bapa pun memberi sokongan penuh dengan menghantar dan mengambil anak mereka jika hari hujan.
Petang Ahad, semalam - diskusi santai di luar rumah.

Jujurnya, sejak ditukarkan di sekolah dalam kawasan kariah sendiri baru saya dapat merasai suasana begini. Mereka tinggal di sekeliling rumah saya sahaja. Dengan berbasikal pun boleh sampai.

Dulu, selama lebih 20 tahun, apabila saya keluar rumah, saya tidak peduli dengan anak-anak remaja yang berkumpul di hujung simpang, yang melepak di kafe siber berhampiran rumah, atau yang bermotosikal ke sana - kemari tanpa lesen dan topi kaledar, kerana saya tak kenal mereka. Ah...ruginya hidup saya. Teras begitu nafsu-nafsinya!!!

Namun kini, apabila saya keluar dari rumah, dan melihat fenomena sebegitu, saya akan menghentikan kereta juga. Mengamat-amati siapakah gerangan mereka. Ya...baik atau buruk, mereka anak-anak didik saya! Mahu tak mahu, saya kena menegur juga mana mana yang perlu.  Saya tahu, bukan semua remaja suka ditegur-tegur begitu. Bukan juga semua 'remaja purba' suka anak mereka ditegur-tegur begitu!Tapi InsyaAllah, kalau kena dengan caranya, banyak atau sedikit hasilnya ada juga.

Yang seronoknya, kalau dulu kami saling tak peduli apabila berselisih bahu kerana tidak kenal, kini, salam atau teguran untuk cikgu itu ada. Baik murid, malah ibu bapa mereka juga. Yang lari apabila nampak kelibat kereta cikgu pun ada!!!Ya...mereka bukan orang lain. Mereka anak anak jiran saya juga.

Apabila bertemu jiran jiran dalam majlis seperti ini, terasa hubungan semakin rapat kerana mereka adalah ibu anak anak murid saya. Isi 'sembang' menjadi lebih menarik kerana berkisar tentang anak-anak mereka...hubungan dengan ahli kariah semakin akrab. Saya semakin ramai makcik-makcik, kakak-kakak dan adik-adik. Syukur!
Aktiviti hujung minggu bersama para jiran...

Di sini juga lebih mudah untuk saya mendidik mereka tentang tatacara pergaulan dan hidup bermasyarakat.
Menziarahi rakan sekelas yang sedang kesedihan...

Baru baru ini, seorang anak 2RK saya kematian ayah. Dalam hal seperti ini, saya mudah untuk menerapkan nilai masyarakat, persahabatan dan simpati dalam kehidupan mereka. Rancangan membawa mereka menziarahi rakan yang sedang kesedihan lebih mudah. Apabila saya menyatakan bahawa saya mahu menziarahi keluarga rakan mereka itu, masing-masing mahu mengikut dengan berbasikal beramai-ramai. Sejujurnya, saya amat suka dengan suasana begini. Misi saya untuk membiasakan yang betul dan membetulkan yang biasa menjadi sesuatu yang mengujakan.

...dan jauh di sudut hati saya, saya amat bersyukur dengan penghijrahan saya ke 'kampung halaman sendiri' yang bermula pada tarikh 1 Ramadhan ini, walaupun dah hampir dua tahun, tapi masih terasa baru dan hangat!!!

...dan syukur Alhamdulillah. Kesihatan saya juga semakin baik, dengan disiplin pengawalan yang agak ketat dalam hal ehwal pemakanan. Walaupun memasak itu dan ini saban hari buat keluarga, tapi inilah menu sarapan saya sejak 5 bulan lalu. Mula-mula memang sukar...teutama saat tekak mahu memberi laluan kepada bijirin oat untuk memasuki ruang pencernaan. Tapi kini, alah bisa tegal biasa. :D

Selamat sudah  berbuka...

17 comments:

  1. Boleh jadi wakil rakyat tak nanti?
    hahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wakil Parti Cap Pisang...hahaha!

      Delete
    2. wes wengi, ngopo orak turu?
      esok ono sekolah.... hahaha

      Delete
    3. Hehe...orak biso turu ngenteni kakange lungo ngerungokke ceramah Ustaz Azhar Idrus karo konco-koncone. Haha..

      Delete
  2. ayu pun keluar maktab terus dpt mengjr di kg halaman..bila berkahwin ikut suami berpindah...x tahulah kalau pencen pindah kg semula hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ckLah baru setahun lebih balik ke sekolah 'kampung halaman'. Sebelum ni sekolah di tengah bandar. :D

      Delete
  3. Eh teluk intan dah ada daiso?! Wah lamanya tak sampai teluk intan! Sy ni pun kalau termasuk ke daiso ni mmg alamatla macam tak jumpa jalan keluar.... semua nak dibelek.. semua rasa nak dibeli.... tapi kang dah sampai kaunter tinggal 2 3 barang je sebab husband scan dulu.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teluk Intan Kedai Runcit Pak Ma'on aje yang ada Mah...hehehe.
      Ini di Aeon Manjung.

      Anak-anak pun merungut sebab ibu mereka tapis barang sebelum bayar. Dema sedap aje masuk bakul...padahal di luar barang tu boleh dapat lagi murah. Cuma tak ada cop Jepun. Ada ke plaster luka di luar harga RM1+ si Nuha boleh ambil masuk bakul...huhu.

      Delete
  4. Daiso ni mmg best.. masa first time saya ke sana, ambik barang pastu belek2 harga tak nampak.. laaaaama. last sekali cancel pk apa la kedai ni tak letak harga satu pun barang. dah nak keluar tu baru nampak tergantung atas kepala harga sumer rm5 hahaha. malu la nak pi kutip barang balik.
    kena pandai pilih sana,yg pinggan mangkuk kecik2 tu saya suka.
    So lagi best ngajar di "halaman sendiri" kan ckLah, kami dulu selalu pindah randah ikut skolah arwah bapak ngajar, sebab dia mmg nak dekat dengan murid dan rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CkLah pun mula mula macam tu juga. Pelik tak ada tanda harga. Tak percaya pada yg tertulis di atas tu. Siap tanya pekerja di situ. Hehe...

      CkLah ni rumah tak berpindah randah cuma sebelum ni di sebuah sekolah yang muridnya bukan dari komuniti di sekitar sekolah. Sekolah yg ni 300 meter je dari rumah. Muridnya anak jiran jiran saja...

      Delete
  5. ddk kawasan sendiri mmg best..baguslah usaha akak nie..mg usaha akak diberkati..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada baik dan buruknya juga. Tapi ckLah cuba kumplkan kesimpulan yg baik baik aje. Insyaz Allah

      Delete
  6. dah dekat 2 tahun ye? macam baru je cklah pindah, huhu....

    2 tahun jugalah saya kenal cklah.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...kecilnya dunia kan.

      Sebenarnya dengan ayah Najwa ckLah dah lama kenal sebab dalam satu bidang. Mak Najwa pun ckLah dah kenal lama juga tapi tak taulah pula merrka suami isteri. Dan lagi kelakar, tak taulah juga Dr Najwa ni anak dema...kenal dalam blog je.

      Delete
  7. bagusnya cikgu..macam nilah yg knor cari2..ingat dlm tv aje..sokong sgt..anak2 murid berselera nampaknya tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh oooo...sebenarnya ramai lagi cikgu yang jauhebih baik tapi mereka tak suka tulis tulis dan tunjuk di blog macam ckLah.

      'INGAT DALAM TV AJE...'. Hahaha...ckLah pun selalu sebut frasa ni dalam banyak perkara.Contohnya masa kali pertama memasuki sesebuah kelas...takkan ckLah buat sesi pengenalan macam dlm tv, murid bangun dan sebut nama seoang demi seorang. Hihi...tk payah buat gitu dalam seminggu dua dh hafal nama murid tanpa sedar...

      Delete
  8. bila usia kita makin meningkat...
    kehendak dan tujuan hidup kita juga turut berubahkan ckLah..
    seronok kalau kita dapat mengisi waktu kita dengan kerja2 kemasyarakatan..
    saya ni..masih macam nomad. asyik berpindah-randah saja. belum ada destinasi terakhir (kalau ikutkan, kuburlah)..kenalah ikut pepatah "di mana bumi dipijak..."

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Tuan Tanah @XIIINAM

Tuan Tanah @XIIINAM
@XIIINAM